Labels

Sunday, December 18, 2011

Malaysia minta bantuan Bank Dunia pada tahun 1999?


Adakah benar dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap 'bekas mentornya' Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri Malaysia itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999?...

Bank Dunia dan IMF adalah dua entiti/organisasi yang berbeza. Melihat kepada data IMF, Malaysia tidak mempunyai sebarang hutang/loan/debt dengan IMF. Cuma sekarang ini adalah berkenaan Bank Dunia. Persoalannya, Bank Dunia merupakan institusi kewangan dunia yang mempunyai ahli seramai 187 negara. Jika Malaysia pernah meminjam dari Bank Dunia, saya rasa bukan benda yang menghairankan kerana Malaysia merupakan antara ahli Bank Dunia dan kebanyakkan negara-negara lain pun turut meminjam. Malah kadar bunga/interest/faedah pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Dunia agak rendah berbanding IMF.
Jadi salahkah kalu kerajaan Malaysia pernah meminjam dengan Bank Dunia sedangkan negara-negara maju yang lain turut meminjam malah kadar pinjaman mereka agak tinggi seperti Jepun dan Perancis.



 IMF- Data Source


                                                      IMF- No outstanding loan/debt


World Bank- Loan Approved US$400 million



                                               Video 1: Adakah Anwar kena fitnah?

                                             Video 2 : Dr Mahathir suruh Anwar tunjuk Bukti

                                           
                                                                    Video 3


                                                Video 4: Siapa yang pinjam?


p/s: sedang dan masih mengkaji


BERKAITAN:

World Bank Data -Malaysia Debt
World Bank -Loan Approved
Malaysiakini
Malaysian Insider -Dr M says took, but never sought, World Bank loans
Malaysian Insider -Dr M: ‘I was the most feared PM’
Malaysian Insider -Najib backs Dr M 
Malaysian Insider -Malaysia’s World Bank loans — Dr Mahathir Mohamad
Malaysian Insider -Dr M insists did not seek World Bank help
Malaysian Insider -PKR shows more proof that Dr M borrowed from World Bank
Agendadaily -Analisa dan Konteks sebenar
Malaysia Today -Mahathir is cause 0f 1997 Financial crisis
Free Malaysia Today -PKR reveals new proof
Blog Tun Dr. Mahathir

Saturday, December 17, 2011

Pensil yang berwarna dendam



Mengapa terlalu sukar untuk memberi kemaafan kepada orang lain? Mengapa merelakan diri diselubungi dendam yang tidak pernah padam? 

Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.

Sedarlah, setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya. Mungkin hari ini hari kita. Apakah kita jamin yang kita tidak akan melakukan salah dan silap?

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari Allah jua. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerima masalah itu dengan sebaik-baiknya ataupun tidak.

"DIA-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (untuk kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan DIA Maha Kuasa (membalas amalan kamu), dan DIA lagi Maha Pengampun" -Surah al-Mulk ayat 2

Namun, jika kita tetap tidak mahu memaafkan kesilapan orang, tiada apa-apa keuntungan darinya. Yang tinggal hanyalah sebuah kehidupan yang serba tidak tenang.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik manusia adalah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda apabila sudah marah dan sejahat-jahat manusia adalah orang yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu” -Hadith riwayat Imam Termizi

Adakah anda sejahat-jahat manusia?





Maka demi kebahagian dunia dan akhirat maafkanlah kesalahan orang lain. Siapalah KITA untuk berdendam sesama hamba makhluk, kerana al-Muntaqim (MAHA PENYIKSA), hanyalah Engkau, Ya TUHAN pencipta seluruh Cakerawala.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.


Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Sekian,

17/12/2011-Saturday

Wednesday, December 14, 2011

Sultan Abdul Halim, Yang di-Pertuan Agong ke-14


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Ini kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama adalah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam, menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, kelmarin.
Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.


Istiadat semalam adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Upacara bermula jam 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Mesyuarat dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian di-Raja Kedah yang dikenali sebagai ‘Sikap’ yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.
Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi. Istiadat semalam juga membabitkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.



Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syed Danial kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan. Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan berkenaan.

Istiadat semalam dihadiri Raja-Raja Melayu, kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir semua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua jabatan.


SUMBER:

BERITA HARIAN
KOSMO
MALAYSIAKINI

Tuesday, December 13, 2011

Lee Kuan Yew dan Malaysia

Malas sungguh nak ulas tentang Lee Kuan Yew (mantan Perdana Menteri Singapura) ini..namun perlu juga saya ulas sebab ramai mungkin tidak tahu sejarah Lee Kuan Yew dengan Malaysia (sejarah dari konteks luar media popular)..



Lee Kuan Yew pendokong Gagasan Malaysia

Semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama) mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia..Lee Kuan Yew (ketika itu Ketua Menteri Singapura) yang pertama sekali menyatakan persetujuan.

Malahan Lee Kuan Yew terus membuat referendum kemasukan Singapura ke dalam Malaysia dimana 70% rakyat Singapura menyatakan sokongan. Sedangkan Sabah dan Sarawak terpaksa dibuat referendum dua kali sebab ada tentangan daripada beberapa pihak.

Maka, Singapura dengan gembiranya menyertai Malaysia pada tahun 1963 dimana sambutan besar-besaran diadakan di seluruh Singapura (anda boleh lihat dalam filem-filem lama di Arkib Singapura).

Lee Kuan Yew menentang penyingkiran Singapura daripada Malaysia

Ramai anak-anak muda Malaysia ingatkan bahawa Singapura keluar dari Malaysia atas kehendak mereka sendiri..sedangkan jawapannya TIDAK sama sekali...

Apabila Tunku Abdul Rahman bercadang mengeluarkan Singapura daripada Malaysia (kerana masalah perkauman dan sentimen 'Malaysian Malaysia')...Lee Kuan Yew menentang sekeras-kerasnya...

Malah Lee Kuan Yew telah memujuk Tunku Abdul Rahman untuk tidak mengeluarkan Singapura daripada Malaysia...sehinggakan apabila Parlimen Malaysia membuat usul penyingkiran Singapura daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965...kesemua Ahli Parlimen dari Singapura memboikot pengundian tersebut sebagai tanda protes...keputusan undian ialah 126-0 menyokong penyingkiran...

Akibatnya..Singapura terkeluar secara rasmi pada 7 Ogos dan diistihar sebagai negara merdeka pada 9 Ogos 1965. Lee Kuan Yew dalam keadaan menangis teresak-esak mengumumkan penubuhan negara Singapura di siaran TV dengan kata-kata :

"For me, it is a moment of anguish. All my life, my whole adult life, I... I believed in Malaysian merger and unity of the two territories. You know that we, as a people are connected by geography, economics, by ties of kinship... It literally broke everything that we stood for.... Now, I, Lee Kuan Yew, as Prime Minister of Singapore, in this current capacity of mine do hereby proclaim and declare on behalf on the people and the Government of Singapore that as from today, the ninth day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five, Singapore shall be forever a sovereign democratic and independent nation, founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of the people in a most and just equal society."

Anda boleh lihat rakaman itu dalam rancangan History Channel..

Selepas daripada itu..Lee Kuan Yew tidak putus-putus mengkritik, hentam negara kita..mungkin rasa tidak puas hati dalam dirinya masih bersarang dan menebal...mungkin juga Lee Kuan Yew masih bermimpi Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia...

Ini terbukti pada tahun 1999 (tak silap saya)..Lee Kuan Yew pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura perlu kembali menyertai Malaysia untuk terus 'survive'...malah Lee Kuan Yew mencadangkan agar Singapura menjadi Wilayah Autonomi Khas dalam Malaysia..seperti Hong Kong (Hong Kong adalah Wilayah Autonomi Khas dalam China)..

Entahlah...inilah sejarah yang kita jarang tahu atau tak mahu ambil tahu....setuju Singapura kembali menjadi sebahagian daripada Malaysia ???




p/s: entahlah

Sunday, December 11, 2011

Syair yang menyebabkan Imam Ahmad Menangis

Renungkanlah rangkap syair ini....

Rangkap inilah yang membuatkan Imam Ahmad Bin Hanbal menangis...

Semoga ia menjadi muhasabah untuk  kita....



Jika tuhan bertanya kepada ku
Tidak malukah kau bermaksiat kepada-KU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku
Dan datang padaku dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas dikafankan diriku
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku
Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?
Akan ku disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku!Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan dan hari ad-deen(Qiamat)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb!seorang hamba datang bertaubat
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepada MU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban
  
Ya Allah!


  VIDEO SYAIR YANG MENYEBABKAN IMAM AHMAD MENANGIS TERESAK-ESAK



Wednesday, December 7, 2011

Rupiah redenominasi


Hari ini (7/12/2011) Dewan Rakyat Indonesia sudah meluluskan rang undang-undang mata wang iaitu REDENOMINATION. Apa jadahnya redenomination ni? Ia merupakan istilah ekonomi merujuk kepada pengurangan nilai mata wang berbanding mata wang asal.

Rupiah adalah salah satu mata wang "termurah" di dunia, dengan denominasi mencecah 100,000, yang kedua selepas mata wang Dong (Vietnam- mata wang tertingga sehingga 500,000). Kita akan melihat sama ada kelebihan dasar kompleks ini adalah wajar.
Redenomination adalah satu dasar untuk menukar mata wang pada nisbah tertentu. Dalam kebanyakan kes, redenomination dijalankan hanya dengan menghapuskan beberapa sifar dalam denominasi lama.Perubahan ini tidak mengubah kuasa membeli kerana ia adalah semata-mata 'figure'.
Dalam pelan yang diluluskan, Bank Indonesia (BI) akan menggantikan Rupiah semasa dengan mata wang yang baru pada nisbah 1 hingga 1,000.

Proses ini, sudah tentu, memerlukan satu tempoh peralihan, di mana semua barangan dalam ekonomi akan mempunyai dua harga: satu untuk rupiah lama dan satu untuk  rupiah baru.

Konsep ini adalah benar-benar mudah dan banyak negara telah menerima pakai. Sejak tahun 1960, terdapat 70 siri redenomination (Moseley, 2005), termasuk Turki (2005), Romania (2005), Zimbabwe (tiga kali antara 2006 dan 2008) dan Brazil (1994).


 

Redenomination selalunya dilakukan disebabkan dua aspek utama: Pertama, jika ekonomi mengalami inflasi yang tinggi dan kedua untuk menyatukan mata wang organisasi ekonomi (seperti EURO).


Turki, sebagai contoh, mengalami hampir 100 peratus inflasi tahunan pada tahun 1990-an sebelum memilih untuk melaksanakan redenomination. Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan harga barangan meningkat tinggi. Maka kerajaan mengambil langkah untuk redenomination dan menyebabkan enam sifar telah dikeluarkan daripada mata wang turki.

Indonesia juga mempunyai pengalaman yang sama pada tahun 1965. Selepas terjadinya salah urus ekonomi makro, inflasi mencapai 1,136 peratus. Redenomination telah dilaksanakan, dan Rp baru 1 menggantikan Rp 1,000 untuk mata wang lama.

Antara faedah yang paling penting redenomination ialah memulihkan kredibiliti pembuat dasar negara. Melalui polisi ini, pihak berkuasa menghantar isyarat bahawa pengurusan ekonomi makro yang lalu adalah salah: dan memerlukan pengurusan ekonomi makro yang lebih berhemah dan berhati-hati.

Satu lagi kelebihan redenomination adalah memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Kebanyakan manusia tidak boleh berurusan dalam pengiraan yang melibatkan angka yang terlalu banyak. Kita boleh bayangkan bagaimana masa yang terpaksa dihabiskan untuk mengendalikan mata wang yang denominasi sampai berbillion-billion (sembilan sifar). Malah, sistem elektronik boleh mengalami kesilapan jika dipaksa untuk mengendalikan urus niaga dengan angka yang terlalu banyak.

 

Walau bagaimanapun, redenomination itu adalah dasar instrumen semata-mata. Ia boleh berjaya dan boleh gagal untuk mencapai matlamat asalnya. Jika pelaksanaan ini akan menyebabkan hilang keyakinan orang ramai, siri redenomination ini sia-sia sahaja.

Perlu diingatkan bahawa Bank Pusat Zimbabwe pernah melaksanakan redenominations empat kali antara tahun 2002 hingga 2008, tetapi inflasi tahunan kekal di luar kawalan. Bank itu berputus asa. Akhirnya sejak April 2009, kerajaan Zimbabwe telah menerima pakai mata wang Afrika Selatan dan dolar USA sebagai mata wang.


BI telah merancang untuk menetapkan satu tempoh peralihan (antara 2013-2018) apabila kedua-dua rupiah yang lama dan baru diguna-pakai.  Dalam tempoh ini, para peniaga perlu meletakkan tanda harga menggunakan kedua-dua mata wang baru dan lama.

Satu lagi masalah mungkin timbul kerana kegagalan koordinasi. Ia mungkin berlaku tatkala selepas dasar redenomination, maka harga barang-barang tertentu yang baru tidak sama. Keadaan ini kemungkinan besar akan timbul apabila persaingan pasaran tidak sempurna (inefficient) kerana kehadiran amalan monopoli dan oligopolistik.

Akhirnya, saya berharapa para penggubal dasar perlu menjelaskan jika redenomination adalah satu cara yang terbaik untuk mencapai kedudukan mata wang yang lebih baik. Manfaat yang paling penting  dalam redenomination ialah memulihkan kredibiliti pembuat dasar khususnya dasar ekonomi negara..

p/s: menanti kesannya.

Saturday, December 3, 2011

Peristiwa menjelang kiamat


Menjelang kiamat akan berlakunya beberapa perkara antaranya:

1-Memberi salam hanya kepada orang tertentu(hanya kepada orang yg dikenali)
2- Berleluasanya perniagaan sehingga isteri (terdesak) membantu  suami dalam perniagaannya
3- Putus silaturrahim
4-Tersebarnya pena
5-Berleluasanya saksi palsu
6-Dan tersembunyinya kesaksian yang benar

-Hadith riwayat Imam Ahmad no: 407