Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Friday, April 3, 2009
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak- PM ke-6
3/4/2009-Jumaat:Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dan sumpah menyimpan rahsia tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Majlis mengangkat sumpah yang penuh dengan adat istiadat itu berlangsung dengan disaksikan oleh rakyat seluruh Negara melalui siaran langsung yang disiarkan oleh TV1.
Selesai acara mengangkat sumpah majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) kepada isteri beliau Jeane Abdullah yang juga membawa gelaran Tun.
Selepas majlis berkenaan, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah pergi ke rumah ibunya Tun Rahah Tan Sri Noah. Setelah menemui bondanya, Najib kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan Abdullah di Masjid Negara.
Najib kemudiannya meluangkan masa kira-kira satu jam menziarahi pusara ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Husin di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib itu kemudiannya sampai kepada kemuncaknya apabila jam 4.50 petang Abdullah menyerahkan nota tugas kepada Najib pada satu majlis khas di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Kemudiannya, Abdullah dengan diriingi oleh Najib bersalaman dengan barisan jemaah menteri, timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan dan pegawai serta kakitangan Jabatan Perdaan Menteri sebagai tanda perpisahan.
Najib kemudiannya mengiringi Abdullah ke kenderaan samabil Abdullah kelihatan bersalaman dengan mereka yang berbaris di tangga bangunan Perdana putra sambil melambai-lambaikan tangan kepaa mereka yang berada di kawasan berkenaan.
Sebelum memasuki kenderaannya, Abdullah kelihatan sekali lagi bersalaman dengan Najib dan memeluk penggantinya itu.
Setelah Abdullah meninggalkan perkarangan bangunan Perdana Putra, Najib kemudiannya kembali memasukui bangunan Perdana Putra bagi memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri secara rasmi petang Jumaat.
Dengan lengkap beberapa acara peralihan kuasa berkenaan, sekali lagi Malaysia menyaksikan proses peralihan kempimpinan Negara dalam tempoh lima tahun lima bulan tiga hari.
Pada 31 Oktober 2003, majlis yang sama telah berlangsung antara Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah.
Sempurnanya majlis perlantikan berkenaan, segala desas-desus termasuk berita yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Yang di-Pertuan Agong menolak perlantikan Najib adalah pembohongan semata-mata.
SUMBER
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment