Hari ini kapitalisma sedang menghadapi
krisis yang tenat. Pelbagai hujah telah diberikan untuk menerangkan
kepada orang ramai tentang krisis ini. Manifestasi dari krisis
kapitalisma ini sedang dialami oleh kita semua justeru tidak perlu lagi
kita berdolak dalik untuk menafikan kewujudan krisis ini.
Apa
yang masih belum jelas ialah kenapa krisis ini berlaku. Ada yang
mengatakan bahawa krisis ini timbul kerana banyak peraturan perniagaan
telah dilupuskan. Ada pakar ekonomi yang mengatakan bahawa krisis ini
muncul kerana gaji CEO , pengarah syarikat dan pemegang saham telalu
tinggi. Ada yang mengatakan bahawa krisis ini timbul kerana tamak
haloba. Semua ini betul. Semua ini tidak salah.
Sebab
itu, jawapan-jawapan ini hanyalah manifestasi dari sistem kapitalis itu
sendiri. Justeru adalah salah untuk menerangkan bahawa krisis hari ini
adalah krisis kewangan. ¨Financial Crisis¨ ini hanyalah symptom dari
krisis kapitalisma itu sendiri. Sistem kapitalisma ini mencakupi semua
– keewangan, khidmat, pembuatan, pengeluaran dan pengguna.
Jika
kita sakit kepala pasti ada bahagian tubuh badan kita yang kurang
sempurna. Jika kita deman pasti ada puncanya. Jika kereta rosak maka
kita akan mencari apa yang telah patah atau skrew mana yang tercabut.
Tubuh badan kita adalah satu sistem. Enjin kereta yang bergerak itu
juga adalah satu sistem. Ekonomi yang kita gunakan ini juga adalah satu
sistem.
Permasalahan
yang muncul hari ini wajib dilihat bukan hanya pada sebiji skrew,
sehelai wire tetapi melihat keseluruhan sistem itu sendiri.
Kapitalisma
bergerak atas dasar membuat keuntungan maksima. Inilah asas kapitalisma
yang tidak pernah berubah-ubah. Jika ianya bukan berasaskan keuntungan
maksima, maka sistem itu bukan lagi sistem kapitalis.
Untuk
mendapat keuntungan maksima, maka langkah pertama yang akan dilakukan
oleh para kapitalis ialah membayar ubah tenaga yang rendah. Dengan upah
tenaga yang rendah bermakna kaum pemodal akan mendapat keuntungan
maksima. Lebihan tenaga buruh ini akan menjadi tambahan untuk
keuntungan kaum pemodal. Lebih murah upah diberi maka akan lebih banyak
keuntungan yang akan dipungut.
Sistem
ekonomi kapitalis telah menanamkan nilai konsumer/pengguna kepada kaum
buruh dan pekerja. Nilai konsumer ini amat penting dalam budaya
kapitalisma. Tanpa menghayati dan menyembah budaya konsumer, maka
kapitalisma tidak dapat berkembang. Konsumer dan kapitalisma adalah isi
dengan kuku.
Dalam
budaya kapitalisma nilai hidup dan erti hidup dihitung dengan barang
yang dimiliki, harta yang dipunyai, percutian yang dilalui dan
benda-benda yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Untuk
mendapatkan produk maka kita diwajibkan menjualkan tenaga kita kepada
kaum kapitalis.
Melalui
upah yang kita dapati ini, justeru kita akan boleh membeli barang dan
produk konsumer. Lebih banyak barang konsumer yang kita beli dan pakai,
kita akan dinilai sebagai berjaya dalam budaya kapitalisma.
Di
sini muncul krisis dari sistem kapitalisma. Dari satu sudut - para
kapitalis ingin barangan yang mereka keluarkan dari kilang dijual dan
digunakan. Dari sudut yang lain - bakal si pembeli dan pengguna ini
wajib diberi upah yang murah untuk memastikan keuntungan maksima.
Namun, dengan upah yang murah mana mungkin si pembeli dapat dan
berupaya membeli produk-produk ini.
Inikah kontradiksi dalam sistem kapitalis. Kontradiksi ini tidak akan dapat diselesaikan oleh sistem kapitalisma.
Percubaan
untuk menyelesaikan kontradiksi ini telah dijalankan. Kita melihat
sendiri di Malaysia di mana kaum pemodal tempatan dan antarabangsa
untuk melipat gandakan keuntungan enggan menaikkan upah tenaga kaum
buruh. Hingga ke hari ini tidak ada dasar gaji minima untuk kaum buruh,
walau pun kaum pemodal memiliki dasar keuntungan maksima.
Untuk
melarikan dari tuntutan upah tinggi, maka apa yang telah dilakukan oleh
para kapitalis tempatan dan luar negara ialah mengimpot tenaga buruh
dari luar. Tenaga buruh dari luar ini telah berjaya menurunkan tuntutan
upah dari kaum buruh tempatan.
Hasilnya
taraf kehidupan warga terus tidak berubah malah secara nisbah semakin
merosot. Cita-cita untuk menikkan taraf kehidupan terus gagal kerana
upah untuk bekerja amat murah.
Upah
yang rendah ini juga tidak memungkin berkembang dan merancakkan tahap
ekonomi dalam negara. Warga yang tidak berduit tidak mungkin ianya akan
berbelanja. Upah murah bermakna para konsumer tidak memiliki memiliki
tenaga beli.
Perkara
yang sama juga telah dilakukan oleh kaum kapitalis di Amerika dan
Eropah. Mereka mengimpot tenaga murah dari dunia ketiga. Untuk terus
melipat gandakan keuntungan, mereka telah menjalankan dasar apa yang
dipanggil out sourcing. Mengupah orang luar dengan upah yang rendah
untuk melakukan pekerjaan yang dahulunya dilakukan dalam negara. Bila
ini berlaku maka sekali warga Amerika dan Eropah sendiri kehilangan
pekerjaan kerana buruh impot dan buruh luar sanggup menerima upah yang
lebih murah.
Tidak
cukup dengan ini kaum pemodal ini telah menutup kilang di Amerika dan
Eropah dan membuka di wilayah-wilayah dunia ketiga dimana harga buruh
amat murah. Kaum buruh di Amerika dan Eropah sekali lagi hilang
pekerjaan apabila kilang kilang mula berpindah ke Vietnam, Malaysia,
China dan Thailand.
Hari ini hampir 100 peratus barangan yang terjual dari WalMart di Amerika didatangkan dari negara China.
Kontradiksi
ini bertambah meruncing. Produk produk yang dibuat di China ini
bertujuan untuk dibeli oleh pengguna di Amerika. Tetapi para pengguna
di Amerika telah hilang pekerjaan — bermakna tidak memiliki keupayaan
untuk membeli. Apa yang terjadi — barangan yang dibuat murah di China
semakin menggunung kerana tidak dapat dijual.
Justeru inilah yang telah ditunjukkan oleh Karl Marx bahawa kapitalisma ini membunuh diri sendiri.
Kapitalisma
dapat berkembang hebat – boom time - apabila menemui tanah baru seperti
Amerika, Australia dan Kanada. Kapitalisma berkembang hebat apabila ada
penemuan-penemuan teknologi baru – letrik, jalan keretapi, tenaga
nuklear termasuk internet. Boom time ini akhirnya akan menjadi burst
time dan pancet. Ini adalah sifat asli kapitalisma.
Penemuan
baru akan memungkinkan kaum pemodal membuat keuntungan berlipat ganda.
Apabila Britain membuat enjin kereta ianya mengambil hampir 100 tahun
sebelum Malaysia dapat menirunya. Selama 100 tahun ini nisbahnya
Britain memiliki monopoli – ini antara Britain dengan Malaysia. Tetapi
hakikatnya apa sahaja penemuan baru ianya hanya dapat bertahan dari
tahun ke tahun sebelum teknologi itu ditiru. Malah teknoloji telah
berkembang luas – apa sahaja penemuan teknologi baru akan ditiru dengan
cepat.
Jika
ini berlaku, nampaknya boom time cukup singkat sebelum sampainya burst
time. Contoh terbaik terjadi dalam dotcom boom di akhir tahun 80’an
dahulu.
Apabila
tiru meniru terjadi, apabila semua negara mengeluarkan produk yang
hampir sama, maka hasilnya ialah pengeluaran yang berlebihan dari
permintaan. Supply and demand mengikut teori Adam Smith akan mewujudkan
‘tangan halimunan’ untuk memperseimbangkan dua pekara ini. Ini tidak
pernah berlaku kerana yang halimunan ini tidak pernah wujud. Tangan
halimunan ini adalah satu illusi dalam teori kapitalsima.
Hari
ini telah terbukti pengeluaran telah melimpah ruah melebihi permintaan.
Lambakan demi lambakan produk murah dari China misalnya sedang
mengancam sistem kapitalis ini sendiri.
Pengeluaran
melimpah ruah ini juga adalah sifat kapitalisma itu sendiri. Setiap
kapitalis akan merahsiakan barangan dan produk yang mereka hasilkan.
Kapitalis ingin dapat mengeluarkan satu produk yang eksklusif. Tetapi
ini hanyalah angan-angan kerana semua kaum kapitalis memiliki sifat
yang sama. Justeru mereka bersaing dan melawan antara satu sama lain
dalam usaha untuk melahirkan dan mencipta produk. Di sini jelas
pembaziran tenaga, modal dan fikrah.
Satu
lagi cara untuk terus unggul di pasaran ialah memurahkan harga barangan
mereka. Awalnya ini dapat dilakukan dengan upah buruh yang murah. Atau
dengan teknologi baru. Teknologi akhirnya akan ditiru. Upah buruh murah
akan membunuh kuasa pembeli. Maka hasilnya ialah lambakan barang murah
yang tidak ada pengguna.
Kontradiksi ini tidak dapat diselesikan oleh kapitalisma.
Percubaan
telah dilakukan untuk menyelesaikan kontradiksi upah murah ini. Di
Amerika – konsumer terbesar dalam dunia – tidak memiliki daya beli. Apa
yang telah dilakukan oleh kaum kapitalis semenjak tahun 80’an ialah
memberikan bakal konsumer ini duit pinjaman. Duit yang dipinjamkan ini
diharapkan akan mengerakkan pasaran jual beli konsumer.
Di
Malaysia sendiri skim ini telah dijalankan oleh bank dengan memberi kad
kredit. Ini untuk menggalak lahirnya para konsumer untuk membeli
produk. Dari laporan media, kita mengetahui hari ini hutang kad kredit
yang tidak terpungut hampir mencecah 10 bilion ringgit. Ini hanya di
Malaysia.
Di
Amerika pukul rata warga memiliki lebih dari lima keping kad kredit.
Memang betul untuk satu masa yang pendek ada pergerakan jual beli
konsumer produk dengan berhutang. Apabila sampai masanya untu memungut
hutang maka didapati bahawa sipiutang ini tidak ada keupayaan untuk
membayar. Inilah dia subprime loan yang sedang meracun kapitalisma.
Sebenarnya, kapitalisma ini sebenarnya tidak ada bezanya dari sistem ekonomi Pak Man Telo.
Selama
hampir 150 tahun, sistem ini telah bergerak dan berkembang. Membuka dan
mencari pasaran baru. Mengeluar produk baru. Tetapi masanya telah
sampai di mana sistem ini tidak dapat bergerak lagi. Seperti Pak Man
Telo – orang terakhir untuk membeli labu peramnya telah sampai. Tidak
lagi ditemui pembeli baru. Pak Man Telo tidak dapat memusing dan
memutar lagi. Akhinya semuanya lungkup.
Amerika
dan Eropah sedang berusaha untuk menampal lubang lubang kapitalisma
yang sedang bocor dengan menggunakan berbilion duit rakyat. Untuk
seketika ini kapitalisma masih bergerak dengan tempang. Satu demi satu
bank jatuh muflis. Satu demi satu syarikat gergasi masuk gaung. Kaum
buruh semakin banyak hilang pekerjaan. Rumah semakin banyak tergadai.
Kemiskinan semakin meluas. Jurang mereka yang kaya dengan mereka yang
miskin semakin melaut.
Hakikatnya sistem kapitalis ini penuh dengan kontradiksi yang membunuh dirinya sendiri.
Jawapan
kepada krisis kapitalisma bukan memperbaiki sistem ini, tetapi
menghumbankan sistem ini dan memunculkan satu sistem ekonomi terancang
yang bukan berasaskan keuntungan maksima. Satu sistem ekonomi yang
demokratik di mana jual beli diuruskan oleh orang yang menjual dan
orang yang membeli.
Pendemokrasian
perniagaan ini amat penting untuk dijadikan asas di mana pembuatan dan
pengeluaran adalah untuk keperluan bukan untuk keuntungan. Pembuatan
dan pengeluaran adalah untuk kebaikan ramai bukan untuk kebaikan
individu atau peribadi tertentu sahaja. Mereka yang membuat barang di
kilang bukan hanya membuat barang tetapi akan turut sama membuat dasar
kilang.
Jadi,
sebelum keruntuhan sistem Pak Man Telo adalah lebih baik kita gunakan
tenaga dan akal fikiran untuk mencipta satu sistem ekonomi yang lebih
adil dan yang berdiri di bumi yang nyata dan bukan berilusi dengan ‘the
invisible hand’. (HR)
Nota:
Makalah ini diedarkan sewaktu Seminar Ekonomi Alternatif, anjuran ASASI
pada 23 Mei 2009, di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.
1 comment:
Do not use all of these Private Money Lender here.They are located in Nigeria, Ghana Turkey, France and Israel.My name is Mrs.Ramirez Cecilia, I am from Philippines. Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal or business loan?contact Fast Legitimate Loan Approval he help me with a loan of $78.000 some days ago after been scammed of $19,000 from a woman claiming to be a loan lender from Nigeria but i thank God today that i got my loan worth $78.000.Feel free to contact the company for a genuine financial call/whats-App Contact Number +918929509036 Email:(fastloanoffer34@gmail.com)
Post a Comment