Dalam bulan Ramadhan segala amal makruf mendapat ganjaran pahala yang jauh lebih banyak dari lain-lain bulan. Dalam keadaan biasa semua amalan dan ibadah dalam bulan biasa kita diberi ganjaran pahala mimimum 10 dan maksimum 700 gandaan pahala, terpulang kepada keihlasan kita mengerjakannya. Tetapi dalam bulan puasa pula Allah (a.w) memberitahu bahawa gandaan pahala segala amalan adalah melebihi 700 kali gandaan.
Maka sehubungan itu orang Islam yang beriman yang tahu ilmunya akan berusaha untuk melipatgandakan amalan dalam bulan Ramadhan, terutamanya mengerjakan umrah dalam bulan puasa. Fikirkanlah betapa banyaknya ganjaran pahala melakukan sesuatu ibadah itu dalam bulan Ramadhan di masjid al-haram atau di Mekah. Mengerjakan sesuatu amalan dalam Masjid al-Haram dapat gandaan 700 kali dan ganda pula 100,000 kali dan kalaulah gandaan itu lebih dari 700 kali maka digandakan pula 100,000 kali, alangkah banyaknya pahala. dalam pada itu Allah (a.w) turunkan kerahmatan pula setiap siang dan malam di Mekah. Sabda Rasulallah (s.a.w) dalam sebuah hadith, mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Pada suatu waktu ketika Nabi (s.a.w) selesai menunaikan haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan al-Ansariah: ‘Apakah yang menghalang engkau menunaikan haji?’ Jawab Ummu Sinan: ‘Bapa si fulan.’ (Maksudnya: merujuk kepada suaminya). Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor digunakan untuk menunaikan haji (sebagai kenderaan) baginya dan yang lainnya untuk menyiram kebun kami.’ Maka sabda Nabi (s.a.w): ‘Umrata fi ramadhana taqdi hajjatan ma’iya.' [Yg bermaksud: Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji bersama-samaku.] [Hadith Bukhari, Kitab Haji].
No comments:
Post a Comment