Labels

Friday, May 27, 2011

Tarif elektrik naik!!

Sepertimana yang dijangka, kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menaikkan kadar tarif elektrik dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat. Kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah terhimpit sekaligus menyaksikan bebanan demi bebanan dihempap atas bahu rakyat Malaysia. Adakah kerajaan Malaysia kini sudah mula menganggap rakyat Malaysia sebagai beban? Tidak cukup dengan beberapa siri kenaikan sebelum ini, jangkaan kadar tarif elektrik juga bakal dinaikkan menepati ramalan.

Semua subsidi yang diberikan selama ini untuk membantu rakyat akan dihapuskan sedikit demi sedikit dalam program rasionalisasi kerajaan. Bak kata Perdana Menteri kita sendiri, subsidi kepada rakyat adalah umpama candu.Subsidi pada kroni Independent Power Producer (IPP) pula nak kata apa?heroin? ganja?. Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini (27/5/2011) bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluluskan kadar tarif elektrik akan dinaikkan bermula pada 30 Mei 2011 ini (Isnin).

Sumber mengatakan bahawa kerajaan memilih untuk menaikkan tarif elektrik berbanding menaikkan harga minyak RON 95 kerana kenaikan harga minyak RON 95 bakal menimbulkan kemarahan rakyat secara besar-besaran.Ini kerana, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa kenaikan tarif elektrik ini tidak membawa impak yang besar.

Setiap hari, propaganda berita mengatakan bahawa ekonomi Malaysia semakin maju dan dikhabarkan dapat mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5%-6%. Tapi, disebaliknya, segala macam kenaikan dikenakan terhadap rakyat.Timbalan Perdana Menteri kita juga semalam menyatakan bahawa rakyat perlu bantu diri sendiri.

Ya, kami tahu kami perlu bantu diri sendiri.Tapi kalau segala macam halangan dan masalah diletakkan atas bahu kami, adakah ianya adil.Apa kata Menteri juga berjuang sama dengan rakyat.Mintak gaji dan elaun Menteri dan YB dikurangkan sebanyak 50%.Boleh ke menteri-menteri ini bersetuju?.

Kenapa kami perlu berkorban untuk kesenangan Menteri-menteri dan YB ini? Asyik kata rakyat perlu ubah cara hidup. Sepatutnya nasihat ini terpalit juga kepada Menteri-menteri berkenaan di luar sana. Anda juga perlu ubah gaya hidup wahai pak menteri.

Sumber berkaitan
Sumber berkaitan the star
Sumber TMI