Labels

Sunday, January 18, 2009

Kuala Terengganu:Selera pengundi PAS dan BN masih sama



Walaupun PAS menawan semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu namun kemenangan calon parti itu serta kekalahan calon Barisan Nasional masih menunjukkan sokongan pengundi kepada PAS serta BN tidak banyak berubah.

Sungguhpun Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi, calon PAS itu hanya berjaya menarik pengundi baru seramai 949 orang.

Ini kerana jumlah undi diperolehi dalam pilihan raya kecil tersebut adalah 32,883 manakala Mohamad Sabu yang bertanding ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu mendapat 31,934 undi.

Kekalahan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula menunjukkan kegagalan parti itu mengekalkan 32,562 undi yang diperolehi allahyarham Datuk Razali Ismail pada Mac tahu lalu. Beliau mendapat mendapat 30,252 undi iaitu kurang 2,310 berbanding Razali.

Peratusan keluar mengundi kali ini turut menurun dengan 79.3 peratus atau kira-kira 63,993 pengundi daripada 80,229 orang layak mengundi berbanding 82.3 peratus atau kira-kira 66,112 pengundi daripada sejumlah 80,325 pengundi yang layak pada pilihan raya umum lalu.

Kemerosotan 3 peratus pengundi ini bermakna seramai 2,119 pengundi yang keluar mengundi Mac lalu tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihanraya kecil ini.

Mengambilkira jumlah undi diperlolehi calon Bebas, Azharuddin Mamat@ Adam sebanyak 193 undi serta undi rosak direkodkan berjumlah 665 undi, kemungkinan bermakna ada diantara mereka yang mengundi Mak Cik Maimon Yusof tahun lalu mengalihkan undi mereka kepada Abdul Wahid.





Dalam pilhian raya umum Mac lalu, Maimon memperolehi 628 undi manakala undi rosak 931 undi.

Kelebiihan 949 undi diperolehi Abdul Wahid kemungkinan disumbang oleh mereka yang dulunya mengundi Maimon dan jumlah yang merosakkan undi masing-masing.

Secara tidak langsung, jumlah perbezaan undi calon Bebas dan undi rosak berbanding tahun lalu dan pilihan raya kecil ini adalah sebanyak 691 undi yang memihak kepada calon PAS.

Apa yang jelas, PAS seolah-olah mempunyai pengundi tetap yang menyokong parti itu setiap pilihan raya dan faktor menang atau tewas parti itu kepada calon BN boleh dikaitkan dengan kekurangan jumlah keluar mengundi selain undi dipecahkan calon Bebas serta direkodkan rosak.

PAS juga beroleh kemenangan disebabkan faktor pengundi lama yang sudah sebati dengan parti itu dan generasi muda yang enggan keluar mengundi turut memberi kelebihan kepada mereka.

BN juga dilihat mempunyai pengundi tetap yang tidak banyak berubah dan jika menang atau kalah, ianya adalah disebabkan faktor sama seperti di atas.

Punca Wan Ahmad Farid tewas boleh dikaitkan faktor di atas termasuk bilangan keluar mengundi yang merosot.

Sumber-sumber jentera BN yakin sekiranya peratusan keluar mengundi meningkat atau jumlahnya sama seperti pilihan raya umum lalu, Wan Ahmad Farid mempunyai peluang menang pada pilihan raya kecil ini walaupun majoritinya kecil.

Ada juga yang mengandaikan pertarungan kedua-dua parti itu lebih sengit serta seimbang dan nasib PAS mungkin berubah seandainya jika bukan Wan Ahmad Farid yang menjadi calon BN.

Selain faktor Wan Farid yang dinilai ‘ kurang mesra ‘ ramai kalangan pemerhati yang merasakan terdapat beberapa faktor seperti diatas yang ‘ menekan’ BN berbanding PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil ini. – 17/1/2009

Saturday, January 17, 2009

Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu



KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193 undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.9 peratus atau 63,993 pengundi.



Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi. SUMBER




BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen

Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.

Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.

Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.

Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang.

Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22). SUMBER

Tuesday, January 13, 2009

Hukum Talqin dan permasalahannya

Para ulamak memperselisihkan tentang persoalan: Apakah hukum talqin kepada mayat setelah dikebumikan..?

Terlalu banyak kitab-kitab dan karya para ulamak dari dahulu hingga sekarang yang membicarakan tentang perkara ini. Sebahagiannya mengatakan hukumnya adalah sunat, yang diberi pahala kepada pelakunya. Manakala sebahagian yang lain pula mengatakan hukumnya adalah bid’ah yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Ini bermakna pelakunya akan mendapt dosa.

Para ulamak telah berselisih pendapat tentang hukum talqin selepas mayat dikebumikan. Perincian perselisihan para ulamak itu adalah seperti berikut:

Mazhab Pertama: As-Syafi’iah dan Hanbali

Mereka mengatakan bahawa talqin ke atas mayat mukallaf selepas dikebumikan adalah sunat. Caranya ialah, orang yang bertalqin itu duduk disisi kepala kubur dan mengucapkan:


يا عبد الله ابن امة الله، اذكر ما خرجت عليه من دار الدنيا: أشهد ان لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وأن الجنة حق، وأن النار حق، وأن البعث حق، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور، وأنك رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا، وبالقرآن إماما، وبالكعبة قبلة، وبالمؤمنين إخوانا...



Mazhab Kedua:
Golongan ini mengatakan bahawa amalan talqin setelah pengkebumian adalah bid’ah.

Mazhab Ketiga: Maliki dan sebahagian kecil daripada golongan Hanbali .
Meraka mengatakan bahawa amalan talqin adalah makruh kerana yang demikian tidak dinukilkan dari Nabi Muhammad s.a.w.

Mazhab Keempat: Abu Hanifah .
Beliau tidak mengatakannya sebagai sunat ataupun makruh amalan talqin sesudah mayat seseorang dikebumikan. Perbuatan itu tudak disuruh dan tidak dilarang, kerana ia suatu perbuatan yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. Tegasnya, suatu perbuatan yang tiada kebajikan padanya dan tiada kejahatan.

-----------------------------------------------
DALIL

Dalil Mazhab pertama

Golongan ini mengemukakan dalil dari al-Hadis, iaitu:
Hadis pertama:


عن أبي أمامة: إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا: امرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره، فليقم أحدكم على رأس قبره، ثم ليقل: يا فلان بن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولا تشعون فليقل: اذكر ما كنت عليه من دار الدنيا من شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، وإنك رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا، وبالقرآن إماما، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه فيقول: إنطلق بنا ما يفيدنا عند من قد لقن حجته، فقال رجل: يا رسول الله، فإن لم يعرف أمه؟ قال: ينسبه إلى أمه حواء: يا فلان بن حواء.



Ertinya: dari Abu Umamah r.a katanya: apabila saya meninggal dunia, maka lakukanlah untukku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami untuk melakukannya terhadap orang-orang yang mati di antara kami dengan sabdanya “Apabila meninggal dunia salah seorang dari saudara-saudara kamu, kalau kamu ratakan tanah di atas kuburnya maka hendaklah salah seorang daripada kamu bangkit berdiri pada bahagian kepala kuburnya. Kemudian hendaklah dia berkata: wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang yang mati mendengarnya tetapi tidak menjawabnya. Kemudian dia berkata lagi: wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang mati itu berkata: tunjukkanalah kami nescaya Allah mengasihanimu, hanya kamu tidak merasakannya. Maka orang yang berdiri itu hendaklah berkata kepada orang yang mati itu: ingatlah apa yang pernah kamu lakukan selama hidup di dunia, seperti kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Nya, dan bahawasanya engkau redha bahawa Allah adalah tuhanmu, Islam adalah agamamu, Muhammada sebagai nabimu dan al-Quran sebagai Imammu. Sesungguhnya Munkar dan Nakir, setiap satu daripadanya menarik tangan temannya sambil berkata: marilah kita pergi menghindar dari tempat kita disisi orang yang telah diajar hujjah. Berkatalah seorang lelaki (setelah mendengar sabda Rasulullah s.a.w): Jika tidak diketahui nama ibunya? Baginda menjawab: Dinisbahkan kepada ibunya, Hawa. (Riwayat at-Thabarani)

Hadis Dua:


عَنْ ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَحَدُ التَّابِعِيْنَ قَالَ: كَانُوْا يَسْتَحَبُّوْنَ إِذَا سُوِّيَ عَلَى الْمَيِّتِ قَبْرُهُ وَانْصَرَفَ النَّاسُ عَنْهُ اَنْ يَقُوْلَ عِنْدَ قَبْرِهِ: يَا فُلاَنُ قُلْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ. يَا فُلاَنُ قُلْ رَبِّيَ اللهُ وَدِيْنِيْ الإِسْلاَمُ وَنَبِيِّيْ مُحَمَّدٌ.



Ertinya: Daripada Dhamrah bin Habib r.a. iaitu salah seorang tabi'in, katanya: Mereka menyukai apabila tanah perkuburan mayat telah di ratakan, dan ketika orang ramai beredar bahawa dikatakan pada kuburnya: "Wahai fulan, katakanlah Laa Ilaaha Illallah, tiga kali. Wahai fulan, katakanlah Tuhanku adalah Allah. Agamaku adalah Islam. Nabiku ialah Muhamad.
(Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mansur)

Dalil Mazhab kedua:

Golongan ini mengatakan bahawa talqin tidak boleh diamalkan kerana tidak sabit sama ada melalui al-Quran ataupun hadis sahih. Setiap amal ibadat yang tidak didasarkan diatasa nas al-Quran dan hadis sahih adalah bid’ah yang sesat. Golongan ini menolak pernghujahan dalil yang digunakan oleh mazhab pertama.

Penolakan hadis pertama (dikenali dengan hadis Umamah)
Mereka mengatakan bahawa membuktikan amalan itu sunat dengan hadis berkenaan adalah tidak sah kerana hadis-hadis yang menunjikkan kesunahan amalan talqin semuanya bertaraf dha’if. Kedha’ifan hadis ini dapat dibuktikan melalui kata-kata para ulamak yang telah diakui keilmuannya:
1. Al-Haithami di dalam kitab Majma’ al-Zawaid mengatakan:



وفيه اسناده جماعة لم أعرفهم




Ertinya: di dalam sanadnya terdapat segolongan orang yang aku tidak mengenali mereka.

2. Al-Athram pernah bertanya kepada Imam Ahmad:
“Inilah yang mereka buat, bila mayat telah dikebumikan, seorang lelaki berdiri dan mengatakan: Hai si fulan bin si fulan....” (bertalqin). Imam Ahmad menjawab: "Saya tidak melihat seorang pun melakukannya kecuali penduduk Syiria ketika kematian Abul Mughirah."

3. Di dalam sanad hadis berkenaan terdapat ‘Asim bin Abdullah, adalah seorang yang lemah dalam meriwayatkan hadis. Ini bermakna hadis yang terdapat beliau salah seorang sanadnya bertaraf dha’if .

4. Imam Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah juga mengakui tentang kedha’ifan hadis berkenaan ; sekalipun beliau menganggapnya sebagai sunat tetapi tidak menafikan kedhaifan hadis Umamah.

5. Ibnu al-Qayyim di dalam kitab ar-Ruh mengatakan bahwa hadis Umamah adalah dhaif dan beramal berdasarkannya adalah bid’ah, dan tidak boleh tertipu serta terpengaruh dengan banyaknya orang yang melakukannya.

6. Abu Syamah iaitu seorang guru kepada Imam al-Nawawi menganggap talqin adalah bid’ah kerana tiada sandaran dari hadis sahih .

-------------------------------
Jawapan kepada penolakan hadis pertama

Golongan pertama menjawab penolakan terhadap hadis Umamah adalah sebagai berikut:
1. Imam Nawawi berkata di dalam kitab Ar-Raudhah: sekalipun hadis ini bertaraf dha’if namun ia diperkuatkan dengan bantuan hadis-hadis sahih. Manusia masih lagi mengamalkannya sejak dari zaman pertama hingga kepada zaman umat yang patut diikuti .

2. Maksud yang serupa diucapkan oleh ramai para imam mazhab syafi’e, antaranya ialah:
Ibnu As-solah, Ibnu Syirwani , Ibnu Hajar al-Haitami dan Syeikh Khatib as-Syarbini .

3. Beberapa perbincangan disekitar pengukuhan syahid-syahid hadis sahih terhadap hadis Umamah yang bertaraf dha’if.

Pendapat Kiyai Sirajuddin Abbas

Kiyai Sirajuddin Abbas di dalam bukunya 40 masalah agama menyatakan secara terperinci maksud Imam Nawawi dan para ulamak syafi’iyah lainnya: Sekalipun hadis ini bertaraf dha’if, namun ia diperkuatkan dengan bantuan dari hadis-hadis sahih... Sehinggakan menurut beliau, dengan sokongan darinya, hadis Umamah naik tarafnya menjadi Hadis Hasan Lighairihi .

Sokongan pertama, Hadis:


عن شماسة المهري قال: حضرنا عمر ابن العاص وهو في سياقه الموت... قال: فإذا انا مت فلا تصحبني نائحة ولا نار. فإذا دفنتموني فشنوا التراب شنا ثم اقيموا حول قبري قدر ما تنحر جزور ويقسم لحمها حتى استأنس بكم وانظر ماذا أراجع به رسل ربي.



Ertinya: Daripada Syamasah al-Mahri beliau berkata: kami menghadiri pada ketika Umar bin al-’As dalam keadaan akan wafat... Seterusnya beliau berkata: Maka apabila aku mati janganlah aku diarak dengan ratapan dan obor api. Apabila aku telah dikuburkan dan tanah telah diratakan, berhentilah sebentar sekeliling kuburan agak selama waktu kalau kamu menyembelih kambing menguliti dan membahagi dagingnya, supaya aku terhibur dengan kamu. Dan aku ketahui apa yang aku harus jawabkan kepada Malaikat-malaikat yang menjadi pesuruh tuhanku. (Hadis riwayat Muslim)

Keterangan hadis ini:

1. Hadis ini hadis sahih, dirawikan oleh Imam Muslim.
2. Hadis ini hampir sama dengan hadis talqin Abu Umamah, iaitu seorang sahabat berwasiat apa yang perlu dilakukan selepas kematiannya nanti.
3. Wasiat ini diberikan pada ketika ia hampir wafat, sama dengan hadis Abu Umamah.
4. Beliau meminta, kalau ia sudah dikuburkan dan tanah sudah diratakan maka jangan tergesa-gesa balik. Tetapi berhentilah lebih dahulu sebentar kerana ia akan dapat terhibur dengan orang yang di atas kubur itu, dan ia dapat pula mengetahui jawapan apa yang akan diberikannya kepada malaikat-malaikat pesuruh tuhan yang akan datang bertanya kepadanya.
5. Nampaknya beliau minta diajarkan, ditalqinkan, jawapan-jawapan itu supaya dapat dijawabnya dengan mudah.
6. Hadis ini senada dan seirama dengan hadis Abu Umamah, isi-mengisi sehingga menjadi satu.
7. Hadis ini menjadi pembantu dari hadis Abu Umamah, sehingga hadis Abu Umamah yang mulanya lemah (dha’if) menjadi kuat (Hasan Lighairihi).
8. Hadis Hasan Lighairihi dapat dijadikan dalil penetapan hukum, dalam hal ini hukum sunatnya mentalqinkan orang mati.
9. Mungkin orang yang membatalkan talqin tidak menjumpai hadis ini.

Sokongan hadis kedua:


عَنْ عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ: "إِسْتَغْفِرُوْا لأَخِيْكُمْ وَاسْأَلُوْا لَهُ التَّثْبِيْت فَإِنَّهُ اْلآنَ يُسْأَلُ


Ertinya: Dari saidina Uthman bin ‘Affan r.a, beliau berkata: adalah nabi s.a.w. apabila selesai mengkuburkan mayat, berhenti sebentar dan berkata (kepada sahabat-sahabat beliau): Minta ampunlah untuk saudaramu ini kepada tuhan, dan mohonlah supaya ia tetap dan tabah (dalam menjawab pertanyaan), kerana ia pada waktu sekarang akan ditanyai (oleh malaikat Munkar dan Nakir). (Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis ini menyokong hadis Abu Umamah dari dua sudut:
Pertama - Dinyatakan bahawa mayat yang sudah dikubur itu akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir.
Kedua - Bahawa orang yang telah dikubur itu masih dapat ditolong oleh kita dari luar, yakni mendoakan kepada tuhan supaya ia bersikap tabah pada ketika itu. Membacakan talqin ialah menolong saudara kita yang telah terdahulu dari kita, pada waktu ketika itu ia sangat memerlukan pertolongan .

Itulah sebabnya maka dikatakan oleh ulamak-ulamak hadis, bahawa hadis saidina Uthman ini menjadi syahid bagi hadis Abu Umamah .

Sokongan ketiga, Hadis:


سمعت ابا سعيد الخدري يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لقنوا موتاكم لا إله إلا الله.



Ertinya: Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Talqinkanlah orang mati daripada kamu La Ilaaha Illah (لاإله إلا الله). (Hadis riwayat Muslim)

Beliau membahaskan maksud Mautaakum (موتاكم), apakah ia bermaksud orang yang sudah mati atau yang akan mati..? Menurutnya Imam an-Nasai lebih cenderong kepada memberi makna orang yang sudah mati. Jika begitu, ini satu lagi dalil yang mengatakan talqin adalah sunat. Manakala menurutnya, Imam Nawawi lebih cenderong memberi makna mautaakum (موتاكم) dengan makna orang yang akan mati, bukan yang sudah mati .

Ini bermakna, terjemahan hadis tersebut berdasarkan pendapat an-Nasai adalah:
Talqinlah orang yang telah mati daripada kamu kalimah La Ilaaha Illah (لاإله إلا الله).

Manakala menurut pendapat Imam Nawawi ia bererti:
Talqinlah orang yang akan mati daripada kamu kalimah La Ilaaha Illah (لاإله إلا الله).

Kesimpulan yang dibuat oleh beliau dari pengertian an-Nasai dan an-Nawawi ialah:
Di dalam hadis ini dinyatakan bahawa kita boleh dan bahkan diperintahkan oleh nabi supaya mengajar dan memberi peringatan kepada orang yang Sakraat (sakaratul maut), yang sedang nazak dan peringatan itu ada faedahnya bagi mayat.

Orang yang dalam sakraat dan orang yang baru sahaja mati sama sahaja. Yakni sama-sama memerlukan peringatan dari kita.

Itulah sebabnya maka hadis ini dikatakan penyokong yang kuat dari hadis Abu Umamah, di samping pendapat Imam an-Nasai, bahawa hadis ini dalil bagi talqin .

Sokongan keempat, al-Quran:

Allah berfirman,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِيْنَ.

Ertinya: Dan ingatlah, kerana peringatan itu berguna bagi orang mukmin. (Surah Az-Zariyaat: 55)

Berdasarkan ayat al-Quran diatas beliau menjelaskan bahawa peringatan itu amat berguna kepada setiap mukmin, terutamanya yang sedang memerlukan. Menurutnya, tiada bezanya mukmin yang dimaksudkan di dalam ayat, yang masih hidup atau yang telah mati .

Bagaimana ayat ini menjadi dalil talqin..? Katanya, ayat al-Quran di atas menerangkan apa itu peringatan secara umum. Manakala hadis Abu Umamah memberi perincian keumuman tersebut. Ayat a-Quran menyatakan bahawa peringatan itu perlu, sedangkan hadis menerangkan tentang cara-cara memberi peringatan. Hasilnya, antara ayat dan hadis Abu Umamah mempunyai satu tujuan .

Komentar pendapat Kiyai Sirajuddin Abbas:
1. Kiyai Sirajuddin Abbas dalam upayanya mahu menaikkan taraf hadis Abu Umamah yang dha’if kepada hasan lighairihi telah menyatakan sepuluh sokongan terhadap hadis berkenaan dalam bentuk hadis sahih dan ayat al-Quran. Empat sokongan darinya telahpun kami nukilkan bersama bahasannya sekali. Namun begitu, sejauh manakah kekuatan dilalah/penunjukan dalil dari nas-nas penyokong dapat benar-benar berfungsi sebagai penyokong dalam erti kata yang sebenarnya masih boleh dipertikaikan. Secara tepatnya ia masih berada di dalam lingkungan daerah ijtihadi. Nas-nas sokongan sekalipun ada yang berbentuk Qath’ie seperti ayat al-Quran atau Zanni seperti hadis sahih, namun dilalahnya tidak sarih, masih boleh ditafsirkan dengan pelbagai kemungkinan (sudah tentu berdasarkan kaedah-kaedahnya).

2. Oleh itu, nas yang digunakan apabila dilalahnya tidak sarih, sudah tentu dapat mempengaruhi keupayaan mengangkat hadis Abu Umamah yang dha’if itu kepada hasan li-ghairihi. Sebab itu para ulamak, sebahagiannya beranggapan bahawa dilalah dari nas-nas berkenaan dapat menjadi penyokong kepada hadis Abu Umamah. Lalu hasilnya hadis tersebut dengan sendirinya naik taraf menjadi hasan li-ghairihi, dan sudah tentu boleh diamalkan. Manakala sebahagian ulamak beranggapan bahawa dilalah nas-nas berkenaan bukan menunjukkan ke arah itu. Maka dengan sendirinya hadis Abu Umamah yang bertaraf dha’if masih terus kekal dengan kedha’ifannya, dan sudah tentu tidak boleh diamalkan.

3. Oleh itu kami mengambil kesimpulan bahawa masalah dilalah dari hadis Abu Umamah adalah masalah khilafiah sebagaimana masalah-masalah lainnya seperti Qunut subuh, bacaan basmalah di dalam al-Fatihah dan bersentuh perempuan ajnabi ketika ada wudhuk.

4. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-’Asqalani di dalam kitab At-Talkhis mengatakan isnadnya adalah baik dan diperkuatkan oleh ad-Dhiya’ di dalam kitabnya.

5. Sekalipun hadis dha’if tetapi ia boleh diamalkan untuk perkara-perkara fadhail. Talqin adalah sebahagian daripada perkara-perkara fadhilah.

Komentar kepada pengamalan hadis dha’if dalam perkara fadhail:
1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa jumhur ulamak membenarkan pengamalan hadis-hadis dha’if dalam perkara fadhail, tetapi perlu berada di atas syarat-syarat yang telah ditetapkan. Melihat dari sudut lain pula, hadis dha’if sebagaimana telah disepakati oleh para ulamak tidak boleh sama sekali dijadikan sebagai hujjah dalam penetapan hukum-hakam. Atas dasar ini, seandainya para pengamal talqin jika melakukannya berdasarkan kepada hadis Abu Umamah yang dha’if atas alasan ia adalah sebahagian daripada perkara-perkara fadhail dapat diterima seandainya ia tidak beranggapan bahawa perkara itu adalah sebahagian daripada perkara sunat.

Tepatlah sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya al-Ikhtiyaraat:
(Pendapat ulamak di dalam masalah ini ada tiga macam: disukai, dimakruhkan dan tidak disukai, tidak dimakruhkan. Pendapat yang paling adil ialah: yang tidak menyukai dan tidak memakruhkan. Akan tetapi selagi masyarakat memandang sunat, tetaplah kita memandang bahawa yang demikian itu suatu bid’ah, sebagai yang telah ditegaskan oleh al-Imam Abu Syamah dalam kitab al-Ba’ith ).

2. Memandang suatu perkara sebagai sunat bermakna telah menetapkan suatu hukum mengenainya. Untuk menetapkan hukum perlulah didasarkan dengan dalil al-Quran atau hadis sahih. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pada ketika lain menyebutkan sebagaimana yang telah dikutip oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi:
(Apa yang dikatakan oleh para ulamak tentang dibolehkannya menggunakan hadis-hadis dha’if untuk fadhail a’mal, tidaklah bererti menetapkan disunnahkannya sesuatu berdasarkan hadis yang seharusnya tidak boleh dijadikan hujjah. Sebab, menetapkan disunnahkannya sesuatu adalah termasuk suatu hukum syar’ie, dan kerana itu, tidak berlaku kecuali dengan suatu dalil syar’ie pula. Dan siapa saja yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyukai suatu perbuatan tertentu, tanpa mengemukakan suatu dalil syar’ie, maka ia telah mensyariatkan sesuatu yang tidak ada izin Allah tentangnya ).

3. Apabila kita tinjau antara syarat pengamalan hadis dha’if di dalam fadhail a’mal ialah perlunya amalan itu pada dasarnya telah mempunyai hukumnya yang diperolehi sama ada melalui al-Quran, hadis sahih atau ijmak. Sebagai contoh amalan berzikir, amalan itu memang telah mempunyai hukumnya berdasarkan al-Quran dan hadis sahih. Kemudian terdapat sebuah hadis sahih yang menyatakan tentang kelebihan atau kadar pahala amalan tersebut.

4. Baiklah, mari kita melihat kepada hadis talqin yang bertaraf dha’if jika diandaikan ia mahu digunakan untuk fadhail a’mal. Talqin ialah mengajar atau memberi peringatan kepada mayat yang baru saja dikebumikan dengan sesuatu yang diharapkan agar dapat membantunya menjawab pertanyaan malaikat.

Persoalan pertama yang ingin kita utarakan ialah, apakah amalan talqin seperti ini telah ditetapkan hukum kesunahannya melalui al-Quran ataupun hadis sahih..? Dari sini kita akan mendapati jawapan dari dua golongan, iaitu:

Golongan yang mensunnahkan akan menyatakan ya, sudah tentu ada. Mereka akan mengemukakan antaranya ayat al-Quran,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ertinya: Dan ingatlah, kerana peringatan itu berguna bagi orang mukmin. (Surah Az-Zariyaat: 55)

Mereka berpendapat bahawa peringatan amat berguna untuk orang-orang beriman. Dan ini sudah tentu disetujui oleh kedua-dua belah pihak. Selanjutnya mereka lebih jauh berpandangan bahawa kemanfaatan peringatan itu bukan sahaja boleh diperolehi oleh orang mukmin yang hidup bahkan yang telah mati. Siapakah lagi antara orang mukmin yang paling memerlukan peringatan jika bukan mereka yang sedang menghadapi fitnah pertanyaan kubur..? Apabila mayat dapat menerima manfaat dari peringatan manusia yang masih hidup, maka dengan sendirinya ia telah menganggap bahawa ayat al-Quran berkenaan dalil asas bagi amalan memberi peringatan (termasuk talqin).

Kiyai Sirajuddin Abbas menulis di dalam perkara ini:
Tanya - Bagaimana kita dapat mengajar orang yang sudah mati, sedang mengajar orang yang hidup dan sihat dan segar-bugar sangat susah. Apalagi orang yang mati..?
Jawab - membacakan talqin bukan sebagai mengajar yang kita fahamkan, iaitu seperti mengajar anak sekolah, mengajar ilmu fekah, mengajar ilmu tauhid. Membaca talqin sekadar mengingatkan. Orang yang dikubur mungkin ia lupa apa yang akan dijawabnya kepada malaikat Munkar dan Nakir, kerana situasi di kubur pada -ketika itu menakutkan dia tersebab ia baru sekali itu mencuba tidur di kubur .

Dari sinilah telah timbul satu konflik lain yang kemudiannya menjadi berlarutan... Di mana pihak yang kedua sudah tentu tidak menyetujui pandangan ini. Mereka mengatakan memang benar bahawa mayat dapat mendengar suara yang terhasil dari orang hidup dengan dalil dari al-Quran dan hadis sahih, tetapi mengenai dapat menerima ajaran atau peringatan sama sekali tidak dapat diterima. Ini juga didalilkan dengan al-Quran dan al-Hadis, antaranya ialah apa yang telah disebutkan oleh A. Hasan Bandung.

Kesimpulannya, pihak yang mendakwa talqin adalah sunat mengatakan, bahawa mayat dapat mendengar dan menerima ajaran atau peringatan. Manakala pihak kedua pula mengatakan bahawa mayat hanya boleh mendengar tetapi tidak dapat sama sekali menerima ajaran atau peringatan.

Penolakan Hadis kedua

Golongan ini menolak hadis ini, iaitu:
Di dalam sanad hadis ini terdapat Rashid bin Sa’id, yang didha’ifkan oleh Ibnu Hazm .

Jawapan terhadap penolakan hadis kedua

Golongan yang menyatakan talqin adalah sunat berdasarkan hadis / athar ini menolak pendapat golongan yang mengatakan bid’ah dengan:
a. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-’Asqalani di dalam kitabnya At-Talkhis tidak memberikan apa-apa komen tentang taraf hadis ini.
b. Berdasarkan hadis ini, bahawa yang menyukai agar talqin talqin selepas pengkebumian ialah sahabat .

KESIMPULAN

1. Hukum talqin selepas mayat dikebumikan diperselisihkan di kalangan ulama: Samada sunat, harus, makruh atau bid’ah.

2. Perselisihan pendapat di antara ulamak berlaku mengenai masalah talqin adalah berpunca dari hadis Umamah, athar sahabat dan amalan mereka. Mereka berselisih pendapat ketika membicarakan taraf hadis tersebut:
a. Sebahagian dari mereka menyatakan isnadnya adalah baik.
b. Sebahagian yang lain mengatakannya sebagai dha’if.
c. Terdapat juga yang tidak mengetahui kedudukan hadis, apakah sahih atau dha’if.
d. Seperti athar sahabat, ada yang tidak memberikan apa-apa komen.

3. Mereka terbahagi pula kepada beberapa golongan iaitu:
a. Mereka yang menghukumkannya sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dari hadis sahih.
b. Mereka yang menghukumkannya sebagai makruh kerana tiada keterangan yang jelas dari al-Quran atau hadis sahih.
c. Mereka yang menghukumkannya sebagai harus yang tidak diberi pahala atau dosa kepada pengamalnya, kerana tidak diperintah atau dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.
d. Mereka yang menghukumkannya sebagai sunat, kerana terdapat hadis yang menganjurkannya, sekalipun dha’if tetapi disokong oleh sejumlah hadis-hadis sahih yang lain dan beralasan boleh beramal dengan hadis dha’if dalam perkara fadhail.

4. Setiap golongan mempunyai hujjah, alasan dan dalil masing-masing yang mendasari pendapat mereka. Bagaimanapun sandaran dari pendapat masing-masing tidak disandarkan kepada nas yang Qath’ie yang sorih, sama ada dari pihak yang melarang atau mensunatkannya. Dalil-dalil tersebut masih berada dalam lingkungan daerah ijtihadi.

5. Tentang penggunaan hadis dha’if, menurut mereka, mereka bukanlah beramal dengan hadis tersebut semata-mata, tetapi setelah hadis tersebut diperkuat oleh syahid-syahid dari hadis sahih. Bahkan ada yang mengangkat hadis Umamah yang dikatakan oleh kebanyakan ulamak sebagai dha’if kepada hasan li-ghairihi. Ini disebabkan syahid-syahid dari hadis sahih yang menyokong.

Monday, January 12, 2009

Akal Mengukur Maklumat

Masalah paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam ini.

Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak fikir’ mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama samada hasil percakapan orang atau bahan bacaan. Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama.

Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.

Inilah yang terjadi kepada agama Kristian di Barat pada hari ini sehingga penghormatan para penganutnya terhadap perlambangan utama agama tersebut; termasuk Tuhan dan Jesus menjadi bahan sendaan dan mainan. Ini kerana ajaran agama di Barat gagal menghadapi perkembangan akal kritis yang ada dalam kalangan mereka.




Ini berbeza dengan negara-negara yang rakyatnya berjiwa feudal, atau rakyatnya diharamkan berfikir lalu mereka menelan segala perkara, samada benar ataupun salah tanpa mampu, atau mahu berfikir. Inilah yang terjadi kepada penganut berhala totok yang menyembah apa sahaja yang terlintas atau difikirkan ajaib. Sesiapa yang pergi ke India akan dapat melihat kemandulan akal dalam beragama.

Sesuatu riwayat atau kisah atau matan yang hendak dianggap benar untuk dikaitkan dengan Islam dinilai secara kritis sejauh manakah kesahihan maklumat tersebut. Ini mesti dilihat kepada sumber maklumat; samada ia berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah atau tidak?

Sementara jika riwayat itu bersumberkan hadis atau athar; hendaklah dipastikan ia riwayat yang diterima di sisi ilmu periwayatan. Bukan riwayat yang para perawi atau periwayatnya ditolak.

Setelah proses ini dilepasi, dinilai pula sejauh manakah kemunasabahan sesuatu teks atau riwayat itu. Adakah ia bertentangan dengan al-Quran, atau realiti yang nyata, atau sejarah yang tidak dipertikaikan, atau akal yang disepakati? Jika ini berlaku dan tiada jalan keluar untuk menserasikannya, maka riwayat itu ditolak.

Contohnya cerita bahawa Bahtera Nabi Nuh a.s. tawaf ka’bah dan bersolat di makam Ibrahim dua raka`at. Ini semua adalah dusta. Tidak masuk akal. Nabi Nuh a.s. wujud sebelum Ibrahim a.s. Sementara Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Makam Ibrahim mengambil sempena nama Nabi Ibrahim a.s.

Di mana Kaabah dan makamnya ketika itu untuk Bahtera Nuh bertawaf? Dengan itu para ulama hadis hadis menolak cerita ini. Termasuk yang menempelak riwayat tersebut al-Imam al-Syafi’I (al-Jurjani, al-Kamil fi Du’afa al-Rijal, 4/270, Beirut: Dar al-Fikr). Malang sekali, masih ada penceramah agama yang mendendangkan kisah karut ini.

Beberapa email saya terima mengadu mengenai sebuah tulisan dalam akhbar ini yang menyatakan tentang sunat membuat bubur pada sepuluh Muharram kerana mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin ‘Ali r.huma. Ada yang bimbang masuknya unsur syiah ke dalam masyarakat yang tidak diajar menilai sesuatu dengan kritis.

Saya kata; kita tidak bimbang asal-usul sesuatu unsur pemikiran atau kefahaman dari mana datangnya. Selagi ia benar atau bertepatan dengan fakta, datanglah dari mana sahaja, sekalipun dari Yahudi. Kebenaran tidak memilih bulu. Apa yang dibimbangi adalah unsur tersebut terpinggir jauh dari kebenaran.

Soal kelebihan amalan atau fadilat adalah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Dalam riwayat sahih yang manakah yang menyebut kelebihan membuat bubur hitam atau merah atau apa warna sahaja pada Hari ‘Asyura? Yang pasti ia tidak pernah ada. Apatahlagi peristiwa pembunuhan Husain bin ‘Ali berlaku pada tahun 61H, di zaman pemerintahan Yazid bin Mu’awiyah. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/258, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Terlajak membicarakan tentang pembunuhan cucunda Nabi s.a.w ini, al-Husain bin ‘Ali yang amat kita cintai, ingin saya jelaskan bahawa ahli-ahli sejarah ramai yang berpendapat bukan Yazid yang membunuhnya seperti yang didakwa. Saya ingin memetik apa yang diulas oleh sejarahwan besar, al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H):

“Orang ramai mempunyai berbagai pendapat tentang Yazid bin Mu’awiyah. Ada yang mencintai dan mengangkatnya iaitu segolongan penduduk Syam yang beraliran Nasibiyyah. Adapun golongan Syiah Rafidah, mereka mengejinya dan mengada-adakan berbagai pembohongan yang Yazid tidak lakukan. Ramai mereka menuduhnya zindiq (kafir yang berpura muslim). Dia tidak sampai begitu. Sementara pihak yang lain, tidak menyukainya dan tidak pula mencercanya. Ini kerana mereka tahu dia bukan zindik seperti yang dituduh oleh golongan Syiah Rafidah, namun pada zaman pemerintahannya berlaku berbagai peristiwa yang jelek dan perkara-perkara yang dibantah, hodoh dan keji. Paling teruk adalah pembunuhan Husain bin ‘Ali di Karbala. Namun dia tidak tahu (mengarahkannya) dan barangkali dia tidak meredhainya” (al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/256).

Kata tokoh pengkaji hadis al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H):

“Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh al-Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai bahawa perintah agar dibunuh al-Husain dari orang yang mengepalai dalam pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah, Kaherah).




Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) mempunyai ulasan yang menarik, katanya:

“Apabila kaum keluarga Husain datang kepada Yazid, dia memuliakan mereka dan mengiringi mereka ke Madinah. Diriwayatkan dia melaknat Ibn Ziyad atas pembunuhan al-Husain. Katanya: “Aku meredhai ketaatan penduduk Iraq tanpa membunuh al-Husain”. Namun begitu beliau tidak menampakkan bantahannya, membela kematiannya dan mengambil tindakan membunuh balas sedangkan itu adalah kewajipannya. Maka dengan itu, pendokong kebenaran mengutuknya disebabkan dia meninggalkan kewajipan di samping perkara-perkara lain. Adapun musuh-musuhnya mereka menokok tambah pendustaan ke atasnya berbagai-bagai lagi” (Ibn, Taimiyyah, Majmu’ al-Fatwa, 2/253, Riyadh: Maktab al-‘Abikan).

Unsur syiah bukan baru dalam masyarakat kita, walaupun ia belum lagi keterlaluan. Ini dapat dilihat bagaimana orang melayu menamakan akar-akar kayu dengan nama ‘Ali dan Fatimah; seperti tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Tidak dinamakan tongkat Abu Bakr atau ‘Umar, tidak juga Kacip ‘Aishah, atau Habsah.

Dalam jampi juga ada menyebut: “fu kiri, fu kanan, berkat doa baginda ‘Ali”. Jika sekadar nama ‘Ali atau Fatimah tiada salahnya. Mereka ialah kaum keluarga Nabi s.a.w yang amat kita kasihi. Sebaliknya yang ditakuti apabila perkara yang tidak agama dianggap agama dalam Islam. Itu yang menakutkan.

Sehingga di Pakistan, Iraq, Iran dan kawasan-kawasan yang kuat pegangan Syiahnya, pada hari ‘Asyura mereka mencederakan diri masing-masing dengan alatan tajam kerana mengenangkan Saidina Husain dan kekejaman Yazid. Ribuan bahkan ratus ribu kaum Syiah berkumpul pada sepuluh Muharram saban tahun melukai tubuh dengan darah dan membasahi pipi dengan airmata mendendami Yazid dan mengenang al-Husain bin ‘Ali.

Lalu peristiwa hitam semalam, terus menjadi dendam hingga ke hari ini. Siapakah sasarannya? Apapun jawapannya, ia adalah antara sebab terpisahnya sunni dan syi’ah. Satu ajaran yang hidup dalam nostagia luka yang sebahagiannya mungkin benar, sebahagiannya mungkin palsu.

Apapun, saya tidak dapat bayang jika seseorang yang ingin menganut Islam hadir menyaksikan upacara yang dikaitkan dengan Islam yang dipenuhi manusia yang mencedera dan melukai diri sendiri, apakah dia akan terus menganggap agama yang membangunkan akal dan jiwa, mudah dan lurus mencapai Tuhan?

Atau mungkin dia tidak dapat membezakan antara ajaran Kristian yang mendakwa darah Jesus terpaksa ditumpah untuk menebus dosa manusia, atau mungkin dia akan keliru dengan agama sesat yang menyuruh penganutnya berjalan atas api dan melukai diri untuk menunaikan nazar atau menebus dosa? Saya tidak pasti. Apa yang pasti itu bukan sifat Islam seperti yang terkandung indah dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Sunday, January 11, 2009

Ezam ada rahsia besar Anwar-Dr Mahathir...


Jika selama ini bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor sering dibayangi dengan isu enam kotak dan banyak mendiamkan dirinya apabila dicabar untuk membuktikan kewujudan kotak-kotak dokumen berkenaan, Sabtu malam pada ceramahnya di Kuala Terengganu, Ezam meleraikan isu berkenaan.

Katanya, semasa berada di dalam PKR beliau ada menyebut enam kotak dokumen berkenaan kerana beliau masih ingat tarikh melihat kotak-kota berkenaan yang berada dalam simpanan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 September 1998.

“Saya ingat tarikh itu kerana pada tarikh itu, isteri saya berada dalam bilik bersalin di hospital dan saya menerima telefon daripada Anwar meminta saya datang menemuinya. Saya pergi menemui Anwar dan meninggalkan isteri saya yang hendak bersalin. Pada masa itu saya melihat kotak-kotak dokumen berkenaan.

“Namun ada yang lebih penting pada tarikh itu... saya telah diberikan ‘tugas’ oleh Anwar dan tugas itu ada kena mengena dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Saya cabar Anwar nafikan perkara ini, dan saya sedia mendedahkan apakah ‘tugas’ yang diberikan kepada saya itu,” jelasnya.

Menurut beliau, 'tugas' besar yang dimaksudkannya itu ialah bagaimana Anwar pada tarikh berkenaan telah menulis sepucuk surat kepada Dr Mahathir meminta untuk 'berdamai' setelah beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana didakwa melakukan salah laku seks.



Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. ekoran pemecatannya itu, Anwar melancarkan 'serangan' terhadap Dr Mahathir dan mula bergerak ke seluruh negara bagi mencabar keputusan Dr Mahathir memecatnya.

Jelas Ezam, tugas itu menunjukkan sikap sebenar Anwar.

"Setelah menghentam Dr Mahathir sejak dipecat tetapi pada 8 September secara sulit meminta saya untuk membawa surat beliau kepada Dr Mahathir mohon berdamai dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Surat itu ada pada tangan saya sehingga sekarang dan ia menjadi bukti Anwar adalah pemimpin yang hari cakap lain esok dia akan cakap lain...hari ini hentam Dr Mahathir esok nak berdamai pula...pemimpin jenis apa ni," tambahnya.

Kesimpulannya kata Ezam, Anwar adalah pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya.

Beliau yakin, dengan pendedahan itu, rakyat akan dapat menilai siapa sebenar Anwar dan sikap sebenar Ahli Parimen Permatang Pauh itu.

Ezam juga berkata, beliau perlu mendedahkan perkara berkenaan kerana mahu rakyat tahu siapa sebenarnya Anwar dan mereka tidak terus tertipu dengan helah serta mainan politik Anwar.

“Orang yang bermuka-muka macam ini perlu kita dedahkan agar tidak terus membohongi rakyat,” jelasnya. – 11/1/1009

Sumber: Agendadaily

Friday, January 9, 2009

Mahasiswa boleh demo,sumbang



Tahniah, saya tidak pasti adakah ini pertama kali, namun tindakan YB Menteri Pengajian Tinggi membenarkan mahasiswa universiti untuk terlibat dalam bantahan dan demonstrasi aman mengecam serangan Yahudi ke atas Palestin dan dunia Islam layak mendapat pujian. (sumber)

Juga kenyataannya yang memberikan kepercayaan kepada kebijaksanaan mahasiswa untuk menggunakan kelonggaran diberi dengan cara yang betul.

Berbekalkan keizinan menteri, sewajarnya para pensyarah universiti juga turut serta bersama anak-anak murid mereka untuk menyertai bantahan Jumaat ini. Jangan hanya anak murid yang bersemangat tetapi maha guru mereka terperok di dalam bilik sejuk pensyarah, dengan hujjah sibuk dengan kajian ilmiah "untuk naik pangkat".

TABUNG SOLAT JUMAAT

Satu lagi tindakan adalah kenyataan YB Menteri di Jab PM, yang juga wajar diberikan pujian kerana akan menggunakan kutipan jumaat selama TIGA MINGGU BERTURUT-TURUT di masjid seluruh Malaysia esok untuk disalurkan kepada Palestin.

Justeru sesiapa yang tidak mampu berbuat dan mebantu apa-apa, inilah masa anda boleh melakukan sesuatu,iaitu sumbanglah sebanyak mungkin untuk umat Islam Palestin. Saya harap jumlah mencecah RM 1 billion. Sumbanglah wang-wang riba, cepat kaya dan segala wang sumber haram yang masih berbaki, termasuklah sebahagian dividen KWSP yang tidak yakini halalnya. (sumber)

Tahap keganasan Yahudi Israel sudah semakin menjadi-jadi, terutamanya setelah serangan yang dilakukan kepada sekolah yang dikendalikan oleh United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) sehingga 48 orang maut terutamanya kanak-kanak.

Yahudi Israel kini turut dikecam oleh International Committee of the Red Cross yang mengatakan mereka melanggar undang-undang antarabangsa apabila menghalang bantuan kecemasan untuk membantu warga Palestin yang cedera. Jumlah yang cedera meningkat kepada 3,100 orang dan separuhnya darinya adalah wanita dan kanak-kanak.( Sumber )



Sewajarnya mereka patut sedar, Yahudi Israel sejak beribu tahun sebelum ini memang tidak berpegang kepada undang-undang kecuali nafsu mereka semata-mata. Mereka ini ibarat virus, malah penduduk dunia sudah menyedarinya cuma mereka terpaksa tunduk kepada kelicikan Yahudi bermain politik dan menguasai ekonomi.

Sememangnya layak, mereka bertemu dengan Hitler yang memahami Yahudi Israel adalah virus dalam dunia ini. Lalu Hitler memberikan yang selayaknya untuk sang virus, bukan Hitler sahaja malah ramai lagi.


DEMONSTRASI DAN HIMPUNAN

Menurut maklumat yang saya ada, bantahan aman akan diadakan di ibu negara , Kuala Lumpur seperti berikut, tidak kiralah ia anjuran mana skealipun sama ada PAS, UMNO, JIM, ABIM dan lain-lain, turut sertalah :-

Tarikh : Jumaat; 9 Januari 2009

Masa : Lepas solat Jumaat

Tempat : Depan Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. KL

ATAU

Anjuran : Aman Palestin


Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h


Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari


Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam

Sesiapa yang punyai info di tempat lain dan anjuran mana-mana pihak lain, sila berikannya di ruangan komentar artikel ini.

Saya pernah melihat dan menyertai demonstrasi begini dan apa yang agak kurang tepat adalah pemberi ucapan.

Adakalanya ketika sedang berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika, tetapi pimpinan yang diberi amanah berucap bertutur di dalam bahasa arab, selain bahasa Malaysia. Tiada bahasa Inggeris.

Justeru, pihak penganjur perlulah mencari pimpinan yang boleh menyampaikan mesej di dalam bahasa Inggeris selain bahasa Malaysia ketika bantahan aman dilakukan.

SANGKA BURUK

Saya pasti ramai juga akan bersangka buruk dengan izin demonstrasi oleh Menteri Pengajian Tinggi dan juga tabung Jumaat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, iaitu dengan mengaitkannya dengan milage politik untuk pilihanraya Kuala Terengganu.

Bagi saya, apa yang baik perlu dipuji, adapun niat di sebaliknya itu terpulanglah kepada individu terbabit dan pengundi KT untuk menentukan.


Sekian

Sunday, January 4, 2009

Kuala Terengganu: Melayu tercicir, Cina khuatir


Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memang kalah di Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Kalah pun, beliau mendapat 31,934. Hanya kurang 628 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN). Mat Sabu kalah apabila kira-kira 900 undi pos dikira (kini ada kira-kira 1,035 undi pos). Dengan mengambilkira faktor orang luar dan sebagainya, satu lagi sebab utama Mat Sabu kalah ialah keperibadian calon BN ketika itu, Allahyarham Datuk Razali Ismail. Orang Kuala Terengganu menyifatkan Allahyarham sebagai orang berjurus (baik) malah orang PAS pun kata payah nak cari cacat cela beliau. Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh saya tak tau. Berjuruskah dia?





Tak kisahlah tu. Dah jadi sejarah. Kalah tetap kalah.

Tetapi bagaimana Mat Sabu mendapat sehingga 31,934 undi? Tentulah semua faktor mesti diambilkira. Dun Wakaf Mempelam dan Batu Burok boleh dianggap dengan mudah sebagai kubu PAS. Selain itu, banyak lagi faktor lain.

Tetapi, yang saya masih ingat waktu itu ialah antara battle cry Mat Sabu ialah nasib Melayu Kuala Terengganui yang beliau sifatkan seperti Melayu Pulau Pinang. Boleh dikatakan itulah antara modal utama ceramah-ceramah Mat Sabu.

Saya bangkitkan perkara itu kerana Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam berjanji bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan projek pembangunan bernilai hanya RM5.8 juta sahaja di Kuala Terengganu sekiranya BN terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil 17 Januari ini.

Saya dok tertanya-tanya, adakah terbela nasib Melayu Kuala Terengganu dengan nilai sekecil RM5.8 juta? Mengapa sikit sangat? Sedangkan, dalam pilihan raya kecil Ijok dahulu, ada yang kata RM37 juta di belanjakan (lihat Malaysiakini "Ramai penduduk Kampung Bukit Badong dijangka undi Khalid") dan ada yang kata hampir 100 juta.

Takkan di Kuala Terengganu sikit sangat! Kita harap orang Kuala Terengganu mintak banyak-banyak. Tengah banjir pembangunan ni!

Melayu Kuala Terengganu diancam nasib seperti Melayu Tanjung Tokong

Harakah (2/2/08): Orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama seperti orang-orang Melayu Tanjung Tokong di Pulau Pinang jika langkah-langkah pencegahan tidak diusahakan bersama.




Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang sepatutnya membawa rahmat dan manfaat kemajuan kepada orang-orang Melayu dibimbangi akan menjadi ancaman kepada mereka.

"Tanah-tanah orang Melayu di Kuala Terengganu semakin banyak yang terlepas, sama ada dijual atau diambilalih oleh kerajaan.

"Jika diambilalih lebih teruk lagi. Bantahan tidak dibenarkan dan hanya boleh merundingkan harga sahaja," kata beliau yang baru kembali dari majlis penerangannya di Kuala Terengganu.

Apabila projek pembangunan dilaksanakan selepas diambilalih, katanya, harganya melambung dengan begitu tinggi mengakibatkan orang-orang Melayu tidak mampu untuk menikmatinya.

"Jangan terkejut jika satu hari nanti orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama seperti orang-orang Melayu Tanjung Tokong.

"Apabila kawasan mereka dimajukan dengan pembangunan yang begitu hebat, orang-orang Melayu Tanjung Tokong terpaksa membawa diri ke kawasan-kawasan luar bandar termasuk di Kedah dan Perak kerana tidak mampu hendak berkongsi nikmat pembangunan itu," katanya lagi.

Menurut Teras Pengupayaan Melayu (Teras), sejak Pulau Pinang menerima "tuah" pembangunan di pulau itu, kesan hakisan masyarakat Melayu sangat ketara sehingga secara statistik, masyarakat Melayu terhakis bukan sahaja dari segi jumlah penduduk Melayu malah dari segi aset tanah-tanah milik Melayu turut terhakis.

Perkara itu, menurut Teras, berlaku di kawasan orang Melayu di sekitar kawasan seperti Tanjung Tokong, Bayan Lepas, Jelutong, Batu Maung, Batu Uban, Bayan Baru, Sungai Nibong, Batu Feringghi, Balik Pulau dan Telok Kumbar.

Jumlah penduduk Melayu menguncup, malah kalau adapun tinggal di rumah-rumah kampung yang terhimpit di tengah-tengah pembangunan. Akibatnya, menurut Teras, orang Melayu 'dipaksa' dan 'terpaksa' meninggalkan tapak mereka.

"Perkara yang sama boleh berlaku ke atas orang-orang Melayu Kuala Terengganu. Projek-projek yang dijalankan oleh kroni-kroni Perdana Menteri termasuk orang yang dipanggil Patrick Badawi tidak pernah mengambilkira kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu," kata Mohamad Sabu.

Beliau menyeru rakyat Terengganu bangkit beramai-ramai mempertahankan kepentingan dan masa hadapan mereka yang diancam oleh projek-projek yang tidak "mesra Melayu" itu.

"Kalau di Pulau Pinang, penghakisan Melayu tidak menghairankan kerana parti Gerakan yang memerintah di sana. Malangnya, ia juga berlaku di negeri yang diperintah oleh Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu.

"Orang-orang Melayu Terengganu mesti bangkit beramai-ramai menghentikan pengkhianatan itu. Mereka tidak boleh biarkan Umno melekakan mereka dengan "projek-projek wayang" seperti kampung hadhari tetapi pada masa yang sama kepentingan dan masa hadapan mereka disembelih habis-habisan," tegas beliau

Kuala Terengganu: Melayu tercicir, Cina khuatir

Harakah (24/2/08): Melayu tercicir, Cina khuatir. Itulah gambaran terbaik yang dapat diberikan mengenai Kuala Terengganu sejak tahun 2004 lalu.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, sejak Terengganu diperintah semula oleh Barisan Nasional, orang-orang Melayu di Kuala Terengganu terpinggir dan tercicir dari kemajuan pembangunan.

"Akibatnya, orang-orang Cina pula merasa khuatir kerana perniagaan mereka rugi kerana kemampuan membeli orang-orang Melayu untuk membeli makin berkurangan.

"Pendapatan tidak bertambah dan harga barang pula semakin mahal. Sedangkan orang-orang Melayu merupakan majoriti di sini. Apabila golongan majoriti terhimpit kuasa beli mereka, tentulah orang-orang Cina yang berniaga mengalami kemerosotan," kata beliau.

Beliau yang bimbang orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama dengan orang-orang Melayu Tanjung Tokong di Pulau Pinang berkata, pembangunan yang dimegahkan sebagai rancak tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

"Apa orang Melayu Kuala Terengganu dapat dengan pembangunan Pulau Duyong? Bolehkah orang Melayu kenyang dengan melihat Masjid Kristal? Boleh makan Masjid Kristal?" soal beliau sambil mempersoalkan kewajaran pembinaan masjid tersebut jika solat Jumaat pun tidak boleh diadakan.

Beliau kesal kerana pembangunan yang dilaksanakan lebih mengambilkira kepentingan perniagaan suku-sakat Perdana Menteri seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Patrick Lim Soo Kit yang dipanggil Patrick Badawi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Asyik-asyik dihebohkan tentang peluang pekerjaan. Jadi apa? Jadi kuli?" soal beliau sambil mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh yang sering dituduh menjadi boneka Khairy dan Patrick.

Dr Mahathir pernah mendedahkan bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh Khairy dan Patrick.

Friday, January 2, 2009

Bantahan terhadap Israel di UK

Sila klik sini

Surat terbuka Dr. M kepada Barack Obama

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didesak menghentikan sokongan terhadap tindakan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Genting Gaza sehingga mengorbankan nyawa penduduk di situ.

Desakan itu adalah antara sembilan tuntutan yang terkandung di dalam surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Obama yang turut dimuatkan di dalam blog beliau di www.chedet.co.cc.

Dr. Mahathir menegaskan, walaupun tidak mengundi Obama semasa pilihan raya Presiden AS, tetapi beliau adalah salah seorang anggota masyarakat dunia yang turut terjejas di atas sokongan yang ditunjukkan oleh AS.

''Saya mengalu-alukan janji anda (Obama) untuk melakukan perubahan, tentunya negara anda (AS) memerlukan banyak perubahan.

''Ini kerana AS dan rakyatnya paling dibenci penduduk dunia, malahan orang Eropah sendiri tidak suka kesombongan AS,'' katanya.

Obama dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44, menggantikan George W. Bush pada 20 Januari ini.

Dr. Mahathir dalam desakannya itu meminta Obama menyelesaikan konflik Israel dan Palestin serta meletakkan agenda tersebut dalam senarai perubahan yang akan dilakukannya.

Sembilan desakan yang dipaparkan di blog Dr. Mahathir ialah;

- Berhenti membunuh orang ramai. AS sangat gemar 'membunuh' orang ramai untuk mencapai matlamat kuasa besar itu;

- Berhenti menyokong pembunuh iaitu Israel melancarkan keganasan di Semenanjung Gaza dengan menggunakan wang dan senjata AS;

- Berhenti mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak boleh melakukan perkara sama terhadap AS;

- Hentikan para saintis dan penyelidik AS daripada membina senjata baru untuk membunuh ramai orang dengan lebih cekap;

- Hentikan pengeluaran dan penjualan senjata kepada dunia;

- Hentikan usaha untuk mendemokrasikan semua negara di dunia. Demokrasi sesuai di AS tetapi ia tidak semestinya sesuai di negara lain;

- Hentikan kasino yang AS namakan sebagai institusi kewangan. Hentikan dana lindung nilai, terbitan dan perdagangan mata wang. Hentikan bank dari memberikan pinjaman berbilion dari wang yang tidak wujud;

- Tandatangan Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa lain.

- Tunjukkan rasa hormat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Dr. Mahathir, akan ada lagi desakan untuk Obama pertimbangkan dalam usaha memastikan perubahan yang dijanjikan dapat dilaksanakan.

''Sekiranya beberapa perkara yang disenaraikan ini dapat dilaksanakan, kamu akan diingati sebagai pemimpin yang hebat dan AS sekali lagi akan menjadi negara yang dikagumi.

''Kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia akan dapat meruntuhkan tembok tinggi dan wayar berduri mengelilingi bangunan jika perkara itu dapat dilaksanakan,'' katanya.

Dr. Mahathir juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Obama dan berharap beliau akan menjadi Presiden AS yang hebat.

Sumber:UTUSAN

Open Letter to Barack Hussein Obama President-elect of the United States of America

Dear Mr. President,

I did not vote for you in the Presidential Election because I am Malaysian.

But I consider myself one of your constituents because what you do or say will affect me and my country as well.

I welcome your promise to change. Certainly your country, the United States of America need a lot of changes.


That is because America and Americans have become the best hated people in the world. Even Europeans dislike your arrogance. Yet you were once admired and liked because you freed a lot of countries from conquest and subjugation.

It is the custom on New Year's day for people to make resolutions. You must have listed your good resolutions already. But may I politely suggest that you also resolve to do the following in pursuit of Change.

1) Stop killing people. The United States is too fond of killing people in order to achieve its objectives. You call it war, but today's wars are not about professional soldiers fighting and killing each other. It is about killing people, ordinary innocent people by the hundreds of thousands. Whole countries will be devastated.

War is primitive, the cavemen's way of dealing with a problem. Stop your arms build up and your planning for future wars.

2) Stop indiscriminate support of Israeli killers with your money and your weapons. The planes and the bombs killing the people of Gaza are from you.

3) Stop applying sanctions against countries which cannot do the same against you.

In Iraq your sanctions killed 500,000 children through depriving them of medicine and food. Others were born deformed.

What have you achieved with this cruelty? Nothing except the hatred of the victims and right-thinking people.

4) Stop your scientists and researchers from inventing new and more diabolical weapons to kill more people more efficiently.

5) Stop your arms manufacturers from producing them. Stop your sales of arms to the world. It is blood money that you earn. It is un-Christian.

6) Stop trying to democratize all the countries of the world. Democracy may work for the United States but it does not always work for other countries.

Don't kill people because they are not democratic. Your crusade to democratize countries has killed more people than the authoritarian Governments which you overthrew. And you have not succeeded anyway.

7) Stop the casinos which you call financial institutions. Stop hedge funds, derivatives and currency trading. Stop banks from lending non-existent money by the billions.

Regulate and supervise your banks. Jail the miscreants who made profits from abusing the system.

8) Sign the Kyoto Protocol and other international agreements.

9) Show respect for the United Nations.

I have many other resolutions for change which I think you should consider and undertake.

But I think you have enough on your plate for this 2009th year of the Christian Era.

If you can do only a few of what I suggest you will be remembered by the world as a great leader. Then the United States will again be the most admired nation. Your embassies will be able to take down the high fences and razor-wire coils that surround them.

May I wish you a Happy New Year and a great Presidency.

Yours Sincerely,

Dr Mahathir bin Mohamad
(Former Prime Minister of Malaysia)

selamat tahun baru 1430H dan 2009M

Selamat tahun Baru