Labels

Tuesday, February 21, 2012

Zionis VS Yahudi: Isu di Malaysia

Kita perlu bezakan antara orang Yahudi dan Zionis. Yahudi adalah kepercayaan atau agama. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada tiga kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol, Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah.

Kemunculan tiga kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim (manusia selain Yahudi).

Manakala Zionis pula merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram, ISRAEL. Orang-orang Yahudi mula berpindah ke Palestine bermula pada tahun 1897 lagi.

Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Perlu diingatkan bahawa bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi sendiri yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada matlamat asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

Di Amerika,telah wujud gerakan baru yang berfahaman kanan iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin. (BACA ARTIKEL SAYA BERKAITAN NEOCON)




ISU ISREAL DAN PERDAGANGAN MALAYSIA DENGAN ISRAEL

Kita tahu yang ekonomi dunia sekarang dipegang oleh syarikat-syarikat milik orang Yahudi yang berpusat di Amerika Syarikat. Kalau dengan mereka pun kita tidak berniaga, alamatnya habislah perniagaan antarabangsa dan ekonomi kita.  Perlu diingatkan Intel milik Yahudi, Facebook milik Yahudi, DELL milik Yahudi, McDonald milik Yahudi, KFC & LOREAL, Starbucks, Nestle, AMD milik Yahudi dan bermacam-macam lagi produk milik syarikat Yahudi. Macam mana pulak dengan pekerja-pekerja Muslim di syarikat-syarikat milik Yahudi di Malaysia?

Kita juga melihat antara senarai rakan dagang dengan Amerika ialah negara-negara Islam seperti Turki, Arab Saudi, Qatar, Indonesia, Brunei, Pakistan dan lain-lain. Ini menunjukkan hubungan perdagangan masih berlaku antara negara Islam dengan Amerika Syarikat.

Isunya perlu jelas. Kita tidak pernah sesekali megiktiraf negara haram Israel dan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin. Kita tidak mengiktiraf Israel serta regim zionis bukan bermaksud kita memusuhi orang Yahudi di seluruh dunia.

Adakah berurus-niaga dengan Yahudi dibenarkan dalam Islam? Saya katakan berdasarkan sirah Nabi Muhammad pernah berdagang dan berurusan-beli dengan Yahudi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran (al-Rahn) dengan seorang Yahudi. ‘A’ishah RA berkata:

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda.” [HR al-Bukhariy, hadith no. 2326]



Anwar mahu menjaga keselamatan Israel?
Keselamatan dari apa? Sudah tentu keselamatan dari penentang-penentang Yahudi Zionis dan asetnya.
Dari siapa penentangan ini? Sudah tentu dari orang Muslim Hizbullah dan Hamas serta orang Muslim lain.

Anwar terang terangan mahu menjaga keselamatan negara Israel dan ini bermakna dia menghina perjuangan Intifada yang di gerakkan oleh rakyat-rakyat Palestin yang selama ini saudara-saudara mereka disembelih oleh Zionis Israel.

Siapa yang mahu menjaga keselamatan negara Israel? Jawabnya Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.

Perkara pokok, Anwar mahu menjaga keselamatan negara Israel dari ancaman rakyat Palestin serta orang Islam yang sedar akan kekejaman zionis.


p/s: MOGA TUHAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA

2 comments:

Anonymous said...

tiba2 masuk anwar psl ape? najib tu nak buat hudud ke/nak hapuskan riba?

Loan Offer said...

Do not use all of these Private Money Lender here.They are located in Nigeria, Ghana Turkey, France and Israel.My name is Mrs.Ramirez Cecilia, I am from Philippines. Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal or business loan?contact Fast Legitimate Loan Approval he help me with a loan of $78.000 some days ago after been scammed of $19,000 from a woman claiming to be a loan lender from Nigeria but i thank God today that i got my loan worth $78.000.Feel free to contact the company for a genuine financial call/whats-App Contact Number +918929509036 Email:(fastloanoffer34@gmail.com)