Labels

Thursday, October 10, 2013

Bingkisan ringkas ekonomi Malaysia 9/10/2013

Ekonomi Malaysia telah berjaya mengharungi krisis kewangan global tahun 2008-2010 dan menjadikan kedudukan pasaran negara antara yang terbaik daripada kebanyakan negara Asia Tenggara dengan mengambil kira persekitaraan mesra pelabur dan lain-lain, dilindungi oleh permintaan domestik yang mantap membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan kadar faedah 3.0% yang tidak berubah selama hampir dua tahun setengah.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, membolehkan kenaikan harga gasoline dan diesel sebanyak 10.5% -11.1%. Pengurangan itu adalah yang pertama sejak dua tahun sebagai langkah untuk mengurangkan bajet defisit negara 4.5% berbanding GDP. Ini menimbulkan spekulasi bahawa bank negara akan menaikkan kadar OPR lebih awal daripada yang dijangkakan. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Mohd Najib Abdul Razak dijangka akan mengumumkan lebih pemotongan subsidi ketika bajet 2014 pada 25 Oktober nanti bersesuaian dengan dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan beliau.

Akibat desakan kenaikan harga bahan bakar, saya menjangkakan kadar inflasi (kenaikan harga barang) akan meningkat tahun depan setinggi 2.3% -3.0%. Tekanan ini akan mendorong bank negara untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada separuh pertama tahun depan.

Selain itu, Ringgit Malaysia baru-baru ini didagangkan pada tahap yang rendah (three-year low of 3.19987 per US dollar) di tengah-tengah kebimbangan mengenai lebihan jumlah akaun semasa di negara ini, yang mengecil sebanyak satu pertiga jika dibandingkan pada tahun lalu. Saya rasa situasi ini berpunca kebimbangan dengan tahap hutang negara, bajet defisit yang direkodkan sejak 1998 dan aliran keluar wang haram yang menjadi 'rekod' kepada Malaysia. Ini bertepatan seperti laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg dan rating agensi.

Selain itu, eksport Malaysia telah menguncup selama 5 bulan berturut-turut bermula pada Jun 2013 atas kekurangan permintaan global sehinggakan pada ogos lalu bank negara mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini kepada 4.5% - 5 % daripada 5% -6% pada awalnya. Pertumbuhan GDP 4.2% dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah jauh di bawah sasaran 5+% pertumbuhan ekonomi Malaysia yang telah dicapai sejak tahun 2010.