Mengapa golongan muda sekarang ini meminati Ustaz Azhar Idrus? Pertamanya adalah
kerana beliau berani dan tidak gentar menyuarakan yang hak dan
menentang kebathilan. Bukankah sifat berani itu adalah jiwa orang muda?
Kedua, beliau mempunyai kebolehan menyampaikan kuliahnya dengan
pendekatan yang sesuai untuk semua golongan. Jika golongan muda
meminati hiburan, Ustaz Azhar Idrus ini berjaya meresapkan aspek hiburan
yang berunsur nasihat dan kadangkala sindiran yang menggelikan hati
tetapi amat tajam maknanya. Setiap kuliahnya tidak pernah menjadikan
suasana sepi dan membosankan. Penyampaiannya yang mudah difahami dan
mempunyai unsur humor yang membuatkan suasana kadangkala gamat
menyebabkan kuliah beliau diminati golongan muda.
Kadangkala
beliau tegas dan keras apabila bercakap soal kezaliman atau maksiat.
Beliau tidak akan sewenang-wenangnya menyebut soal kepartian, melainkan
apabila terpaksa berbuat demikian untuk memberi kefahaman kepada orang
ramai. Di dalam memberikan jawapan atas soalan hadirin yang
dikemukakan, beliau kadangkala menjawab dengan jawapan berupa sindiran
terutamanya bagi soalan yang dilihat seperti sengaja untuk mengujinya.
Beliau pernah ditanya dengan
satu soalan yang pada saya sengaja diajukan kepadanya bagi menguji
apakah beliau mampu menjawab soalan tersebut. Soalan tersebut berbunyi,
" Ustaz, Air Mani adalah air yang suci dan tidak najis. Bolehkah Air
Mani dijadikan air untuk berwuduk sekiranya melebihi dari dua kolah?"
Soalan ini kelihatan amat bodoh dan jika ditanya pada saya amat mudah
untuk dijawap dengan tepat. Jika saya yang menjawapnya, saya hanya akan
berkata Air Mani bukan dari 7 jenis air mutlak yang boleh digunakan
untuk berwudhuk. Bersih tidak bererti boleh digunakan untuk berwudhuk,
sebagai contoh air kopi atau air coca-cola.
Tetapi Ustaz Azhar
lebih pintar menjawabnya dengan sindiran tetapi tajam buat orang yang
mengajukan soalan tersebut. Beliau menjawab, " Sebelum saya jawap
soalan awak, tunjukkan pada saya air mani 2 kolah itu". Usahkan 2
kolah, dapat tadah dua, tiga titik pun susah" Kata beliau sambil
disambut dengan ketawa orang ramai. Ertinya, lojikkah air mani
dikumpulkan sebanyak 2 kolah? Akhirnya beliau memberikan jawapan juga,
tetapi terlebih dahulu beliau menjawab soalan tersebut dengan secara
sindiran dan lojik akal. Soalan tersebut, pertamanya tidak lojik pada
akal dan keduanya memberi maksud orang yang bertanya itu tidak tahu
langsung tentang Air Mutlak.
Inilah kelebihan Ustaz Azhar
Idrus. Tidak pelik sekarang ini kehadiran orang ramai mengikuti
kuliahnya kadangkala melebihi dari kehadiran orang ramai mendengar
ceramah politik dari tokoh utama dari Pembangkang. Begitulah janji
Allah, barangsiapa yang memuliakan agama Allah pasti akan dimuliakan
oleh makhluk di langit dan dibumi.
Pada program Sambutan Tahun baru 2012 Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam khabarnya hampir 70,000 orang datang. Ia diserikan dengan lawak jenaka oleh Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.
1 comment:
Do not use all of these Private Money Lender here.They are located in Nigeria, Ghana Turkey, France and Israel.My name is Mrs.Ramirez Cecilia, I am from Philippines. Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal or business loan?contact Fast Legitimate Loan Approval he help me with a loan of $78.000 some days ago after been scammed of $19,000 from a woman claiming to be a loan lender from Nigeria but i thank God today that i got my loan worth $78.000.Feel free to contact the company for a genuine financial call/whats-App Contact Number +918929509036 Email:(fastloanoffer34@gmail.com)
Post a Comment