Labels

Friday, June 26, 2009

Mari Belajar Bahasa Mandarin (Bahagian 1)….

Basic History

Bahasa Mandarin merupakan antara bahasa cina yang paling banyak digunakan. Ia menjadi bahasa rasmi kebanyakan masyarakat cina seperti People Republic of Chinese (Tanah Besar China), Taiwan, Macau,Republik Singapura, Malaysia (selepas Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris),Thailand (selepas bahasa Thai), Vietnam (selepas bahasa Viet) dan menjadi bahasa minoriti dikebanyakan negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Filipina, Indonesia, Peru dan Mauritius.

Malah menurut wikipedia, Mandarin merupakan bahasa nombor satu dalam ketogeri bilangan penuturnya dan yang kedua terpenting dalam dunia selepas Bahasa Inggeris.

Dalam PBB(Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) juga digunakan sebagai bahasa rasmi. Ada 6 Bahasa rasmi yang digunakan di PBB iaitu Arabic, Chinese, English, French, Russian, and Spanish.

Dewasa ini bahasa Mandarin menjadi begitu penting dalam industri perdagangan sama ada perdagangan dalam negeri ataupun perdagangan luar negara. Negara China sekarang sedang menuju pertumbuhan ekonomi yang begitu drastik sama ada sistem makro atau micro. Tahun lepas saja 11% pertumbuhan ekonomi dicatat oleh negara Tembok Besar itu.

Perdagangan dalam Malaysia juga penting kerana ekonomi Malaysia sekarang di kuasai oleh orang-orang cina malah tahap aset yang dimiliki oleh bangsa cina adalah yang tertinggi dalam negara iaitu sehingga 57%.

Jadi, untuk memudahkan pertuturan sesama peniaga,pembeli,pemborong dan pedagang yang kebanyakan dari mereka adalah dikalangan bangsa cina maka Bahasa Mandarin adalah relevan untuk memastikan kelancaran urus niaga.

Di Malaysia umpamanya, terdapat banyak dialek cina yang dipertuturkan selain Mandarin seperti Kantonis,Hokkien,Taoichwa dan Wu.

Antara yang paling susah dialek ialah kantonis kerana ia mempunyai 7 tingkatan suara manakala mandarin hanya mempunyai 4 tingkatan suara (menurut Cikgu Mandarin saya Puan Jing Yang).

Walaubagaimanapun, perkara yang susah kalau kita berminat dan berusaha dengan gigih Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah.

Berikut adalah asas (basic) untuk mempelajari bahasa Mandarin. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi kebaikan bersama.



Asas-asas penuturan BahasaMandarin (Ri Chang Yong Yu)

Wo –saya
Ni - kamu
Ni hao ma? – kamu apa khabar?
Wo hen hao – saya dalam keadaan sangat baik
Xiexie –terima kasih
Bu yong xie (bu keqi) – sama-sama
Zaoshang hao – selamat pagi
Wanshang hao –selamat petang
Zaijian – selamat tinggal
Mingtian Jian – esok jumpa lagi
Wang taitai, xiexie ni ! – madam (puan/cik), terima kasih ye.
Ni lei ma? – adakah kamu penat?
Wo bu lei – saya xpenat
Hoa...wo lei ji le –benar, saya penat betul
Xue – belajar
Zhong wen – Bahasa cina
Wo zheng zai xue zhong wen- saya sedang belajar bahasa cina


Bersambung.........................

Sekian,

syeikhsifu@yahoo.com.my

7 comments:

Unknown said...

TERIMA KASIH...SAYA TERINGIN NAK BELAJAR BAHASA CINA...DULU ADA KAWAN2 CINA TP DIA HANYA AJAR MENULIS JE...
TERIMA KASIH...

Rong said...

very good! =D nak belajar lagi? can go to Learn Mandarin, they help u find the nearest school or teacher. my friend is 1 of the teacher also.=)

Reeza said...

Cubalah daftar di
BelajarBahasaMandarin

Bukan sng bljr sdiri. Kena ada kawan utk praktis cakap and semak.

Kawan saya recommend laman itu. I tengah cuba. Staffnya padankan kelas ikut keperluan kamu

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Marilah ikuti tulisan-tulisan dalam blog saya, di mana saya menulis dalam Siri Marilah Bersama Belajar bahasa Mandarin.

http://hisemudinkasim.blogspot.com

Anonymous said...

Kolej Komuniti Bentong, Pahang menawarkan kursus pendek asas mandarin. Bagi sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan penyelaras bahasa Cina Mandarin iaitu Puan Rusliana Ruslee.. sila layari www.kkbt.edu.my

atau hubungi 09-231 9460

PirateKing™ said...

salam. tgh nak belaja balik bahasa mandarin. dulu belajar tp dah lupa. nice post.

Loan Offer said...

Do not use all of these Private Money Lender here.They are located in Nigeria, Ghana Turkey, France and Israel.My name is Mrs.Ramirez Cecilia, I am from Philippines. Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal or business loan?contact Fast Legitimate Loan Approval he help me with a loan of $78.000 some days ago after been scammed of $19,000 from a woman claiming to be a loan lender from Nigeria but i thank God today that i got my loan worth $78.000.Feel free to contact the company for a genuine financial call/whats-App Contact Number +918929509036 Email:(fastloanoffer34@gmail.com)