Labels

Friday, February 20, 2009

Disaat hati gembira....


Banyak kejayaan berkaitan penglibatan awam telah dicapai dalam hidupku. Antaranya :


2002 : Naib Johan Hafazan Peringkat Daerah Kota Setar

2003 : Johan Pertandingan Syarahan Agama Negeri Kedah

2003 : Tempat ke-2 Pertandingan Forum Daerah Kuala Muda Yan

2003 : Tempat Ke-2 Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah

2004 : Johan Pidato Bahasa Arab Peringkat Negeri Kedah

2005 : Johan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Darul Quran Jakim

2006 : Anugerah Mumtaz(Cemerlang-3.78)Sijil Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim

2007 : Anugerah Dean List Semester Pertama(3.56) di Pusat Asasi UIAM

2008 : Anugerah Dean List Semester 2 07/08 UIAM

2008 : Sijil Tamat Latihan Perajurit Muda Rejimen 515 Askar Wataniah

2008 : Anugerah Dean List Semester 1 08/09 UIAM

Semoga kejayaan yg aku kecapi dapat meningkatkan lagi keazamanku untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan Islam.. Amin

........INNAHAZA MIN FADHLI RABBI LI YABLUWANI A ASHKURU AM AKFUR.....
...............WA MAN SYAKARA FA INNAMA YASHKURU LINAFSI..............

Usah paksa raja berpaut pada dahan reput Umno

Ia tidak ubah seperti pemimpin-pemimpin Yahudi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya. Pemimpin mana atau parti mana yang paling kuat memusuhi rakyat Palestin, maka merekalah yang akan mendapat sokongan besar dari rakyat Israel. Tzipi Livni yang memimpin parti Kadima, lebih bernasib baik kerana dia bukan setakat lancang membelasah Palestin dengan lidah, tetapi terbukti mengganyang mereka dengan peluru dan bom



Ia tidak ubah seperti pemimpin-pemimpin Yahudi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya. Pemimpin mana atau parti mana yang paling kuat memusuhi rakyat Palestin, maka merekalah yang akan mendapat sokongan besar dari rakyat Israel. Tzipi Livni yang memimpin parti Kadima, lebih bernasib baik kerana dia bukan setakat lancang membelasah Palestin dengan lidah, tetapi terbukti mengganyang mereka dengan peluru dan bom.

Maka begitulah Umno dalam menghadapi pemilihan parti bulan hadapan. Tak semena-mena muncul isu 'istana' di hadapan mata, maka membujur lalu melintang patah. Hampir semua pemimpin Umno di seluruh negara memperalatkan budak-budak 'nangoi' suruhan mereka untuk berdemonstrasi menentang, apa yang disifatkan sebagai penderhaka kepada raja. Sesuai benar dengan jiwa keris yang dihunus, penderhaka raja wajar dihukum.

Jika calon Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berjaya menghimpunkan Pemuda untuk menyekat Dato' Seri Nizar Jamaluddin memasuki pejabat Menteri Besar, calon lawannya Dato' Seri Khir Toyo lebih kreatif. Dia menghimpunkan Pemuda untuk menyerang kediaman Karpal Singh. Masing-masing cukup hebat, bagai menciplak strategi pemimpin Zionis.Apakah Umno ikhlas mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu?

Seluruh rakyat negara ini tahu bahawa Umnolah yang mencabut taring dan kuku istana pada tahun 1983 dan 1993, segala keaiban raja didedahkan, Sultan baru Kelantan 'ditabal' oleh Annuar Musa, Shahidan Kassim mendedahkan senarai panjang salah laku Sultan Johor dan semua media tali barut BN waktu itu melondeh habis-habisan raja-raja Melayu.

Jika tiba-tiba mereka muncul sebagai benteng mempertahankan kedaulatan raja-raja; ia tidak ubah seperti kenyataan pemimpin negara Arab sekular yang nampak beriya-iya mahu mempertahankan kedaulatan Palestin. Masyarakat yang buta huruf, buta perut dan buta politik saja yang akan mempercayainya.

Para pemimpin Umno terpaksa menghadapi ahli-ahlinya serta dunia di luar parti perkauman Melayu itu dengan dua wajah. Menghunus dan mencium keris di hadapan ahli-ahli di PWTC sebaliknya sujud di kaki MCA memohon maaf di dunia nyata sana.Di dalam longkong tempurung Umno, Dato' Seri Najib Razak mungkin dianggap hero kerana berjaya melakukan rampasan kuasa dengan membeli tiga Adun Pakatan Rakyat.

Begitu juga pemimpin-pemimpin yang mengikat kepala menganjur perhimpunan menentang penderhaka raja, dianggap pahlawan Umno sejati. Namun persepsi di luar Umno amat berbeza sama sekali. Di mata rakyat umum sekarang ini, kredibiliti Umno jatuh merudum. Kerajaan katak Umno di Perak langsung tiada wibawa.

Mereka dibenci, dicaci dan dimaki saban hari. Unit-unit perisikan yang dibiayai oleh kerajaan, tentu lebih tahu tahap penolakan rakyat umum terhadap keputusan pihak tertentu yang menolak supaya DUN Perak dibubarkan. Terimalah hakikat bahawa institusi raja tercemar teruk dengan permainan jahat Umno itu.

Di tengah-tengah keghairahan para pemimpin Umno bersaing merebut kuasa dalam parti mereka yang sudah uzur benar itu, mereka dihadapkan pula dengan dua buah pilihan raya yang akan menjadi kayu ukur sama ada rampasan kuasa yang dilakukan di Perak disokong atau ditolak; lebih jauh dari itu, sama ada kepimpinan Najib itu sendiri, yang bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, diterima atau disanggah majoriti rakyat.

Satu pihak lagi, yang terseret sama dalam 'pungutan suara' rakyat nanti ialah pihak istana. Penganalisis menganggap, punca kemelut di Perak bermula dari keputusan tidak demokratik enggan membubarkan Dun. Jika seratus peratus rakyat Malaysia, atau sekurang-kurangnya seratus peratus orang Melayu berjiwa Hang Tuah yang merelakan diri menerima hukuman Sultan, maka segala masalah akan selesai di situ.

Tiada siapa mengatasi undang-undang

Tetapi soalnya, kita bukan berada di zaman feudal di mana raja dianggap seolah-olah Tuhan. Raja juga adalah manusia biasa yang terdedah kepada salah dan silap serta setiap tindak tanduk mereka dinilai.Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan, PAS tetap mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu biar pun ada pihak menuduh pemimpin parti itu derhaka merujuk isu yang berlaku di Perak sekarang.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS tetap yakin dengan prinsip bahawa tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. "Dengan sebab itulah Pakatan Rakyat mengambil beberapa pendekatan termasuk undang-undang untuk kita mendapatkan kembali hak kita. Kita mengharap melalui proses perlembagaan dan pendekatan undang-undang, kita akan dapat mengambil kembali kerajaan di Perak, di samping keadilan dapat ditegakkan," katanya.Kekhuatiran yang merata sekarang ini ialah raja tertentu dilihat semacam memihak.

Ekoran di Perak, Sultan Selangor bertitah supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan pihak yang sanggup mengambil risiko dengan "perbuatan yang bersifat keji seperti biadap, derhaka, angkuh, jahil ilmu serta kemaruk kuasa." Mujur rakyat masih waras untuk tidak membalas 'sembah derhaka' terhadap titah baginda Sultan yang ayatnya seolah-olah dikarang oleh pemimpin sebuah parti politik.

Rakyat jelata memang mahukan kedaulatan raja dipertahankan namun raja juga janganlah mengambil tindakan atau titah yang melukakan hati sebahagian rakyat. Raja menaungi seluruh rakyat jelata termasuk dari PAS, Umno, KeADILan dan DAP. Bukan Umno sahaja. Di saat hilang kuasa, Umno mahu menyeret institusi raja untuk �menumpang� kekuatan.

Mereka berpaut di tiang istana sambil mahu raja berpaut pada dahan Umno. Raja-raja Melayu tentulah lebih bijaksana untuk tidak terperangkap dengan taktik licik Umno, kerana jika raja-raja turut berpaut pada dahan Umno yang sudah reput itu, terancamlah institusi raja.

Friday, February 13, 2009

Khurafat..............


Gambar Patrick Lim yang disembah seperti Sultan Terengganu ini diambil dari posting Sheih bertajuk "Mari derhaka".

Orang tanya saya, awat hang tak suruh Pemuda Umno berdemonstrasi menentang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja)? Pindaan itulah yang mewujudkan mahkamah khas kepada raja-raja Melayu yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai ketua hakim mahkamah tinggi dan dua yang lain yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri dari mereka yang masih atau pernah menjadi hakim mahkamah agung atau mahkamah tinggi.

Hasil pindaan itu, mahkamah khas yang diwujudkan itu baru-baru ini membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) di mana mahkamah tersebut memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.

Pindaan turut disokong di dalam undian di dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ramai menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih berkhidmat sehingga hari ini.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, Karpal Singh (yang gian menyaman Sultan Perak) tidak akan mendapat laluan jika para pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu.

"Adalah kelakar jika orang yang hendak menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja yang dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan tidak dimarahi," katanya.

Awat hang tak cabar Pemuda Umno berdemonstrasi menentang pindaan itu?!

Tak, aku tak akan suruh. Aku pun sokong pindaan itu. Tidak ada pemimpin Melayu yang berani mengajar raja-raja Melayu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau ada, saya mohon maaf. Tetapi, saya tak ingat.

Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Bakar juga hero. Tetapi keperwiraannya tidaklah sehebat Dr Mahathir.

Saya akan tetap kenang jasa Dr Mahathir dalam perkara itu sampai bila-bila. Saya akan hebohkan kepada anak cucu saya jasa Dr Mahathir mengajar raja-raja Melayu itu. Saya juga akan hebohkan ada orang yang gatal buat kenyataan berikut:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk perjuangkan dan mengembalikan kedaulatan institusi diraja berpaksikan sistem Raja Berpelembagaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata 'kontrak bersama' yang ditandatangani komponen Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menjelaskan mengenai komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu.

"Malahan kita bersedia untuk mengembalikan kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan.

"Kita juga akan memberikan komitmen mengenai kedudukan istimewa bangsa Melayu, Bahasa Malaysia dan agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini. (mStar Online)
Saya tak nak la guna ayat-ayat brutal sebab saya tak sampai nak buat gitu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Saya yakin, dia tak akan cakap gitu kalau orang tak suruh. Orang yang suruh tu pulak, apa pun strateginya, saya anggap strategi yang melibatkan kerja bodoh mengembalikan imuniti raja-raja Melayu sebagai strategi gatal yang gila.

Aku tergelak terguling-guling bila Sivarasa Rasiah pun sokong!!!! Alahai lidah tak bertulang!

Ada juga orang tanya kat saya. Adakah hang nak ikut Hang Jebat? Ciss! Aku tak akan kotorkan diri aku dengan khurafat Hang Jebat dan Hang Tuah itu. Aku dah ludah semua cerita-cerita khurafat tu berpuluh-puluh tahun dahulu.

Dalam posting bertajuk "Demonstrasi Pemuda Umno pertahan Nabi Muhammad," Aljibra menghantar petikan cerita khurafat yang telah saya syaitankan (bukan setakat ludah sahaja) sejak berpuluh-puluh tahun dahulu:

“Maka titah Sri Tri Buana, “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (Maka) anak cucu hamba pun mengubahkan dia.” Maka titah Sri Tri Buana, “Baiklah, kabullah hamba akan wadad itu.

“Maka keduanya bersumpah-sumpahlah, barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah Subhanahu Wa Taala bumbungan rumahnya ke bawah. Kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah Subhanahu Wa Taala kepada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata jahat.” (Sejarah Melayu)
Khurafat! Khurafat semua tu! Saya beriman kepada Allah s.w.t. dan semua perintah-Nya sahaja.

Lampiran:

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini membenarkan jurufoto dan jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan



Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap Tuanku Jaafar.

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Jaafar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu...

Friday, February 6, 2009

Nizar bukan yang pertama enggan letak jawatan

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu.

Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.



Yang pertama Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.


Ningkan mungkin paling dikenali sebagai mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu.

Sebagai ketua DUN, Ningkan dikatakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada dewan itu dan gabenor tersebut terus melantik seorang ketua menteri baru.

Keengganan Ningkan mengosongkan jawatannya, menyebabkan satu krisis perlembagaan kerana beliau dilihat mengancam perpaduan Malaysia yang rapuh, hanya tidak sampai tiga tahun selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan negeri itu dalam keadaan darurat di Sarawak berdasarkan keselamatannya yang diancam krisis perlembagaan.

Ningkan merayu penyingkirannya sehingga ke Majlis Privi di London, akhirnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia, tetapi rayuannya ditolak bagi pengisytiharan itu bahawa beliau masih lagi Ketua Menteri Sarawak.

Satu lagi yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir pada 1977, yang tidak memperdulikan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan nya kerana melanggari arahan parti.

Beliau disingkirkan daripada jawatan itu setelah demonstrasi tercetus menjadi ganas dan kes kecurian harta menyebabkan kerajaan persekutuan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, mengisytiharkan perintah darurat di negeri itu.

Hari ini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintahkan Mohammad Nizar dan anggota Exco negeri beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta, kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan setelah baginda menerima menghadap semua 28 Ahli DUN Barisan Nasional (BN) dan tiga anggota Bebas bahawa Sultan yakin Mohammad Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletakkan jawatan dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan bahawa mereka menyokong beliau

SUMBER

Raja dan Rakyat

Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, Malaysiakini melaporkan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkata.

Gini, dah istana kata nak berlaku adil, kita nak tengok istana berlaku adil kepada semua.

Katakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya tangkap katak-katak dan jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baru. Jika Agong terima, itu bermakna beliau memihak kepada Anwar (tolong ingatkan saya ayat yang saya tulis ni kot-kot saya lupa pulak nanti). Jika dia tolak, itu dianggap memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Tetapi saya nak tanya, bersetujukah anda kalau saya katakan perbuatan Sultan Perak mengizinkan penubuhan kerajaan baru Perak dengan sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah adalah perbuatan memihak kepada kerajaan baru yang akan hidup atas sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah?

Kalau tak setuju dengan saya, tulis ja tak setuju. Lepas tu, kalau nak hentam aku pun, lantak pi kat hampa la.

Kalau setuju, tulis setuju. Kalau hampa maki aku, aku tak peduli pun.

Surat Mohammad Nizar kepada Sultan Perak di sini.

Kenyataan Sultan Perak

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang
ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Tuesday, February 3, 2009

Politik Perak: PKR 2 - UMNO 0

Setakat pagi ni, permainan Perak nampaknya menyebelahi PKR. Game pertama, acara lompat-lompat: PKR tahu, dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang bermasalah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tu memang susah nak lepas.

Khabarnya, kalau mereka masih keras kepala nak duduk dalam PKR, sebaik hakim membuat keputusan (hari ni-3/2/2009 tau la keputusan), mungkin kosonglah kerusi Behrang dan Changkat Jering. PKR bertindak cepat, diciluknya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno.

Patutnya bukan seorang. Tetapi sebaik sahaja Adun Bota masuk PKR, ramai pulak yang jakun sangat dan tak reti duduk diam dan menjerit-jerit sana-sini - Ada lagi! Ada lagi!

Bila dah jakun sangat menjerit sana-sini, takkan Umno nak duduk diam. Hampa ingat depa bodo?!! Dikepungnyalah Adun-Adun dia.

Tak jadi melompatlah satu dua yang sepatutnya melompat. Apa pun, dalam game pertama iaitu game lompat-lompat tu, PKR menang 1 - 0.

Selepas itu, tiba-tiba dua Exco yang bermasalah tu hilang ghaib. Tup-tup dilaporkan kononnya dah ada di rumah Datuk Seri Najib Tun Razak. Makan minum, tidur baring dan berak kencin di situ.

Dah masuk game kedua. Game sentap-rentap.

Tak sempat Umno nak sentap (sila lihat berita Malaysiakini "PM: Ada kemungkinan Adun PR sertai BN" - dia ni bodo macam sesetengah puak PR jugak. Tak dan apa lagi, dah seronok sangat nak bercerita. Agaknya meradang tak terkiralah bakal Perdana Menteri), PKR dah rentap awal lagi.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Adun tersebut kira-kira jam 5.45 petang semalam (lihat Malaysiakini "Speaker: Dua Adun PKR Perak letak jawatan").

Terkejut babun dua Adun tu. Salah seorang dari mereka, Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.

Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

"Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Rasanya, bukan setakat dua Adun tu saja yang terkejut babun. Orang yang dianggap menjadi arkitek game sentap dari pihak Umno, bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin lebih terbabun lagi. PKR 2 - Umno 0. Mungkin Najib terasa dirinya dibangangkan atau memang betul-betul bangang. Mungkin.

Kita tunggulah pilihan raya kecil. Saya rasa pilihan raya kecil ini adalah antara dua harimau yang tercedera - between two wounded tigers. Umno tercedera kerana kehilangan negeri Perak dan PKR pula tercedera kerana dicederakan oleh dua orang yang pernah menjadi harapannya di Perak.

Mungkin PKR bangang dalam soal memilih calon sebelum ini (PAS pun taklah cerdik sangat. Orang yang mengakibatkan PAS kalah teruk di Kelantan dalam pilihan raya 2004 dulu dipilih lagi jadi calon dan menang pula. Dah jadi Adun pun. Cakap pandai pulak tu, orang tu sapu duit, orang nu sapu duit. Umno tak payah cakap la. Dia tak bangang dalam soal pilih-memilih ni. Dia terlebih cerdik sampai Tun Dr Mahathir kata "kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah").

Kita tengoklah nanti, adakah PKR akan tetap bangang memilih calon.....Huhuhu......

Monday, February 2, 2009

Barraq Hussain Obama : Harapan atau Ancaman?

Sah, baru sebentar tadi dalam keadaan demam, saya menyaksikan secara langsung siaran khas angkat sumpah oleh Sdr. Barraq Hussain Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat. Begitulah nama beliau yang diucapkan semasa angkat sumpah. Nama ‘Hussain' di tengah itu menjadi isu hangat semasa kempen beliau, dan menjadikan sebahagian umat Islam ‘cuba' meletakkan sedikit harapan, selain daripada kerana asal usulnya yang punyai kaitan dengan Islam.

Majlis angkat sumpahnya disaksikan secara langsung di Washington oleh sekitar 2 juta warga Amerika dan lain-lain negara. Dalam suhu sesejuk negatif enam (- 6 darjah celcius) mereka berhimpun seperti himpunan pemimpin di Iran.

Obama berucap dengan bahasa inggeris yang advance, ucapannya pula kelihatan dipersembah secara spontan dan bukan membaca teks.

Terbayang saya bagaimana sukarnya untuk memikirkan teks dan kandungan bagi ucapan sulongnya tadi. Dengan kehadiran pimpinan kerajaan lama yang diketuai oleh Bush dan bekas-bekas Presiden, dan hampir satu dunia yang ingin mendengar buah fikirannya.

George W. Bush laknatullah yang bertaraf kasut sudah keluar dari rumah Putih yang selepas ini akan didiami oleh Presiden Kulit Hitam. Ye rumah ‘putih' yang dibina secara kerahan oleh hamba sahaya berkulit Hitam di Amerika berpuluh tahun dahulu.

Ketika Bush keluar berhadapan dengan manusia seramai satu hingga dua juta di hadapan Capitol Hill, wartawan BBC yang melaporkan secara langsung melaporkan banyak suara yang memberikan ‘booooo' kepadanya. Namun ia tidak begitu kuat kerana di'cover' oleh lagu yang mengiringi Bush keluar.

ADA HARAPAN BAIK UNTUK ISLAM ?

Ramai yang menafikan harapan itu dengan mengemukakan petikan-petikan ucapan Obama, kenyataannya, dan sebagainya yang TIDAK menampakkan sebarang harapan buat Islam.

Bagi saya, tentunya kita akan frust dan lemah lesu jika kita mengharap beliau akan merubah ketetapan tradisi dan polisi Amerika secara seratus peratus, atau mudahnya tiba-tiba bersikap amat menyebelahi Islam dan mendahulukan kebajikan Islam khususnya di Iraq, Palestin, Afghanistan dan lainnya secara terus terang khususnya, mencerca yahudi Israel dan memotong bantuan dananya di samping memuji Osama Laden.

Ia adalah kerana harapan anda terlalu ideal mungkin, tanpa menafikan kuasa Allah mengatasi segalanya dan boleh menjadikan harapan itu ke alam realiti.

Mengapa perlu harap belas dan ihsan bukan Islam!?

Bentak beberapa individu Islam yang bersemangat berkobar-kobar. Benar, wajarnya tidak sedemikian, namun di waktu kita lemah kerana kesalahan Muslim sendiri, kita terpaksa akuinya. Akuinya bukan bermakna terus putus asa. Nabi s.a.w sendiri berusaha mencari kabilah yang kuat untuk dipujuk bersama Islam di awal-awal Islam dahulu, agar Muslim menjadi kukuh dari sudut fizikalnya.

Kita juga boleh meminta bantuan atau menggunakan peluang yang ada dari bukan Islam demi kebaikan Islam, sebagaimana Nabi s.a.w menggunakan khidmat si kafir semasa berhijrah.

Dicelah kelemahan kesatuan dan ilmu dalam dunia umat Islam, saya berpandangan, tidak salah untuk kita mengharap pemimpin di negara kuasa besar dunia yang bukan pembuli dan kaki perang serta membuka ruang diskusi. Atau kata lainnya, ‘less evil' dan memberi sokongan terhadap niat mereka yang boleh dimanfaatkan oleh dunia Islam.

Tanpa melupakan Firman Allah swt :-

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

Ertinya : Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha denganmu sehingga kamu mengikuti agama mereka (dan cara hidup) (Al-Baqarah : 120)


UCAPAN OBAMA TENTANG ISLAM

Saya dan seluruh umat Islam memang menunggu adakah Obama akan menyebut berkenaan Islam dalam ucapannya ? Berikut adalah beberapa petikan ucapannya yang punyai kaitan dengan Islam :-

1) Obama ada menyebut


We are a nation of Christians and Muslims, Jews and Hindus -- and nonbelievers. We are shaped by every language and culture, drawn from every end of this Earth; and because we have tasted the bitter swill of civil war and segregation, and emerged from that dark chapter stronger and more united, we cannot help but believe that the old hatreds shall someday pass; that the lines of tribe shall soon dissolve; that as the world grows smaller, our common humanity shall reveal itself; and that America must play its role in ushering in a new era of peace.


Amerika adalah negara Kristian, Muslim, Yahudi, Yahudi dan Athies (yang tidak percaya tuhan)?

Apabila beliau menyebut nama Muslim sejurus nama Kristian. Sudah tentu Kristian di tangga pertama kerana beliau mengangkat sumpah adalah dengan Bible, Namun agak menarik apabila beliau mengiktiraf Islam di tempat kedua selepas Kristian.

Anda mungkin mencebik bibir sambil mengatakan ‘apa sangatlah tu',

Namun tapi bagi saya, ucapannya yang diketahui didengari satu kalimah demi kalimah oleh seluruh dunia, musuh dan rakan, setiap kalimah pastinya ada weithage nya. Mungkin boleh difahami, percubaan memujuk muslim Amerika dan seluruh dunia.

Benar, memang sukar diyakini kemampuannya untuk merubah polisi-polisi besar dan menjayakan sesuatu yang amat berbeza dari kebiasaan kerajaan Amerika. Namun demikian, Obama berkata :

Now, there are some who question the scale of our ambitions -- who suggest that our system cannot tolerate too many big plans. Their memories are short..

Semoga Obama mampu membuat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan dan kecenderungan jahat Amerika sebelum ini. Apa yang dikata perlu desakan dan diingatkan untuk dikota.



2) Lagi ucapannya :-


"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect.

Bagi saya, peluang yang diharapkan oleh Obama untuk berbincang dan mengharap ‘mutual respect' dengan dunia Islam patut dipandang positif dan dirancang kepada yang positif, bukan dengan menutup peluang.

3) Obama juga berkata :


We will begin to responsibly leave Iraq to its people, and forge a hard-earned peace in Afghanistan.


Satu lagi janji baik bagi rakyat Iraq, Iraq untuk rayat Iraq. Namun berkenaan Afghanistan..ia mempunyai double meaning terhadap bentuk keamanan yang ingin dicipta itu.


4) Obama berkata :-


America is a friend of each nation and every man, woman, and child who seeks a future of peace and dignity

Amerika mahu menjadi rakan dan kawan kepada negara-negara lain? Termasuk negara umat Islam dan bukan lawan?

Benar, menjadi kawan boleh membawa maksud positif dan negatif ? Saya harap pemimpin negara umat Islam mampu mencoraknya kepada kawan yang positif dan tetap pendirian.


5) Obama Menulis :-

Obama pernah menulis pada tahun 2007, mengkritik kaedah perang sebagai jalan penyelesaian dan menyedari kaedah itu menjatuh maruah dan kepercayaan warga dunia terhadap Amerika :-

To recognize the number and complexity of these threats is not to give way to pessimism. Rather, it is a call to action. These threats demand a new vision of leadership in the twenty-first century -- a vision that draws from the past but is not bound by outdated thinking. The Bush administration responded to the unconventional attacks of 9/11 with conventional thinking of the past, largely viewing problems as state-based and principally amenable to military solutions. It was this tragically misguided view that led us into a war in Iraq that never should have been authorized and never should have been waged. In the wake of Iraq and Abu Ghraib, the world has lost trust in our purposes and our principles.

After thousands of lives lost and billions of dollars spent, many Americans may be tempted to turn inward and cede our leadership in world affairs. But this is a mistake we must not make.

Kini, beliau sudah berkuasa. Kuasa boleh sahaja menjadikan seseorang manusia menjadi syaitan manusia. Justeru pemimpin dan tokoh umat Islam patut mengambil peluang terbaik dengan menyampaikan mesej sebenar Islam kepada Presiden baru Amerika ini.



PM MALAYSIA DAN OIC

Saya kira, Perdana Menteri Malaysia yang bakal bersara boleh melakukan tugas-tugas akhir ini dengan pertemuan rasmi dengan Obama, memandangkan beliau seorang ‘ustaz'.

Selain itu, OIC mungkin wajar memikirkan sesuatu untuk kebaikan dunia Islam.

Individu khsusunya cendiakwan Muslim di Amerika turut boleh melakukan sesuatu untuk memulihkan lagi imej Islam di mata Presiden baru USA ini walaupun beliau di kelilingi oleh Yahudi.

Sebahagian warga bukan Islam di Barat masih mengganggap Islam = terrorist dan terrosit adalah Islam. Ia berpunca dari ketidakfahaman mereka tentang Islam kerana tidak wujud mereka yang menerangkan. Sehingga murid-murid sekolah rendah di kampung di Wales ini pun masih ada yang berprasangka terhadap anak-anak kami yang bersekolah yang sama.

Anak perempuan saya mengatakan terdapat seorang kanak-kanak wanita berbangsa English di sekolahnya yang dipulau kerana ia berkawan dengan anak-anak kami beragama Islam.

Budak-budak lelaki sekelas dan kelas lain ada yang kerap mempermainkannya dan berkata :

"Look Chole is playing with muslim girls"

Lalu diejek-ejek dan dipulaukan kanak-kanak wanita bernama Chole ini. Mujur tidak diganggu dan diejek anak-anak kami. Justeru, penerangan adalah perlu.

Saya difahamkan terdapat banyak kumpulan lobi dari kalangan Muslim di Amerika. Beberapa cadangan baik yang saya dengar mencadangkan agar Muslim mewujudkan pasukan pemikir yang bersifat komersial dan professional.

Bijak pandai Islam yang berada di Amerika sama ada atas nama persatuan Islam Amerika atau nama-nama tersendiri boleh mengambil langkah aktif dengan mendekati parti democrat dan Obama sebagaimana yang kerap digunakan oleh Yahudi Israel. Ia boleh bermula dengan pasukan think tank, akhbar, seterusnya menunjukkan pengaruh dan memasuki pintu White House dengan rancangan yang baik untuk Islam.

PERUBAHAN BOLEH JADI TIDAK SELESA SEBENTAR

Dengan slogan ‘we can change' dan yang sepertinya. Kini majoriti rakyat Amerika yang ditemuramah di BBC news menaruh harapan tinggi perubahan oleh Obama. Apa jenis perubahan, sama-sama kita nantikan. Namun sudah timbul kebimbangan penganalisis, perubahan ini boleh membawa kurang selesa, kebiasaan mungkin perlu dihentikan dan diubah dan lain-lain lagi.

Dalam Islam, perubahan kepada yang baik amat dituntut dan ia sememangnya berat atas bahu mereka yang jahil, jahat dan munafiq. Sebagaimana firman Allah :-

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ

Erti : Dan apabila dikatakan kepada mereka: ""Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,"" mereka menjawab: ""(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami"". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?" ( AL-Baqarah : 270)

Justeru, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik..tinggalkan zaman jahil dan jahat kepada baik dan soleh. Ia pasti menuntut kesabaran dan sedikit kepedihan.

YAHUDI DAN OBAMA

Obama turut berkata sambil difahami ia ditujukan kepada negara Islam di Timur Tengah khususnya :-

"To those leaders around the globe who seek to sow conflict, or blame their society's ills on the West - know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy."



Persoalannya kita sekarang adalah :

Why address this indirectly to Islamic countries or arabs ? Why not Israel, an American buddy, that has effectively destroyed 50 UN and 21 medical facilities; sewage systems; displaced over 100,000 people; left 400,000 people without running water; damaged or destroyed 17,000 civilian homes; killed at least 1,300 Palestinians; some still being pulled dead from the rubble and over 400 of them children; and used illegal weapons like white phosphorous, depleted uranium, and inert metal shells on civilians, causing long-term damage like inevitable cancer or death to the 7,000+ wounded after already causing a humanitarian crisis from an inhumane military blockade that was starving women and children, almost 50% of which are now exhibiting mental defects from malnutritioned growth. Should we not judge them by their destruction? What have they built for others with clean hands?
.
And with the 7 million dollars of US aid per day being funneled to Israel, more than any other country in the world, taxpayers will be glad to stop paying for genocide. If Obama is true to his word this time, he will address Israel with not love for the money its lobbyist line his pockets or the votes he garners through them, but with the tough love every family would give a murderous son or daughter. First stop: the media.
http://www.ifamericansknew.org/