Ekonomi Malaysia telah berjaya mengharungi
krisis kewangan global tahun 2008-2010 dan menjadikan kedudukan pasaran
negara antara yang terbaik daripada kebanyakan negara Asia Tenggara
dengan mengambil kira persekitaraan mesra pelabur dan lain-lain,
dilindungi oleh permintaan domestik yang mantap membolehkan Bank Negara
Malaysia (BNM) menetapkan kadar faedah 3.0% yang tidak berubah selama
hampir dua tahun setengah.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini
langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, membolehkan kenaikan
harga gasoline dan diesel sebanyak 10.5% -11.1%. Pengurangan itu adalah
yang pertama sejak dua tahun sebagai langkah untuk mengurangkan bajet
defisit negara 4.5% berbanding GDP. Ini menimbulkan spekulasi bahawa
bank negara akan menaikkan kadar OPR lebih awal daripada yang
dijangkakan. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Mohd Najib Abdul
Razak dijangka akan mengumumkan lebih pemotongan subsidi ketika bajet
2014 pada 25 Oktober nanti bersesuaian dengan dasar liberalisasi ekonomi
yang diperkenalkan beliau.
Akibat desakan kenaikan harga bahan
bakar, saya menjangkakan kadar inflasi (kenaikan harga barang) akan
meningkat tahun depan setinggi 2.3% -3.0%. Tekanan ini akan mendorong
bank negara untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada separuh
pertama tahun depan.
Selain itu, Ringgit Malaysia baru-baru ini
didagangkan pada tahap yang rendah (three-year low of 3.19987 per US
dollar) di tengah-tengah kebimbangan mengenai lebihan jumlah akaun
semasa di negara ini, yang mengecil sebanyak satu pertiga jika
dibandingkan pada tahun lalu. Saya rasa situasi ini berpunca kebimbangan
dengan tahap hutang negara, bajet defisit yang direkodkan sejak 1998
dan aliran keluar wang haram yang menjadi 'rekod' kepada Malaysia. Ini
bertepatan seperti laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg dan rating
agensi.
Selain itu, eksport Malaysia telah menguncup selama 5
bulan berturut-turut bermula pada Jun 2013 atas kekurangan permintaan
global sehinggakan pada ogos lalu bank negara mengurangkan unjuran
pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini kepada 4.5% - 5 % daripada 5% -6%
pada awalnya. Pertumbuhan GDP 4.2% dalam tempoh enam bulan pertama tahun
ini adalah jauh di bawah sasaran 5+% pertumbuhan ekonomi Malaysia yang
telah dicapai sejak tahun 2010.