Labels

Tuesday, May 29, 2012

Economics Exposure

Economics exposure is the extent to which size value of the bank changes because of volatility in exchange rate. the bank will manage the risk by hedging forward (selling forward foreign currency) in international money market.
 
 

Sunday, May 27, 2012

Sun Tzu The Art Of War

Kehebatan strategi peperangan Sun Tzu menjadi rujukan meluas seluruh dunia. Cuba lihat satu contoh lampau bagaimana kuasa besar Amerika Syarikat yang kalah ketika peperangan dengan Vietnam.

Pada ketika itu tentera Vietnam mengadaptasi strategi peperangan Sun Tzu yang boleh dilihat dalam bentuk permainan GO. Manakala tentera Amerika mengguna-pakai strategi serangan Chest. Tapi akhirnya strategi Chest dapat dikalahkan dengan strategi Go.

Permainana Go adalah contoh bagaimana konsep kepungan dizahirkan. Ia adalah salah satu teknik Seni Peperangan Jeneral Sun Tzu.



Thursday, May 17, 2012

PM Najib diganggu dengan laungan BERSIH di London

 Sebelum PM memulakan ucapan seorang lelaki cina telah menjerit "bersih,bersih,bersih" dalam majlis tersebut. Dan ketika PM hendak memulakan ucapan, seorang pula lelaki cina lain yang lebih muda pula menjerit-jerit perkara yang sama.





BERKAITAN:

RBF ONLINE

Saturday, May 12, 2012

Revolusi 1911 China




Filem Revolusi 1911 atau lebih dikenali sebagai The Xinhai Revolution lakonan Jackie Chan memaparkan kronologi Revolusi di China yang diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen. Terdapat banyak kumpulan Reformasi, tetapi kumpulan yang paling teratur dan menonjol ialah kumpulan yang diasaskan oleh Dr. Sun, penyokong republik serta aktivitis serta penentang Dinasti Qing. 

Pada tahun 1905, Dr. Sun mengasaskan Tongmenghui atau dikenali sebagai United League, gerakan penentang bawah tanah. Falsafah politik Dr. Sun yang berdasarkan kepada 3 Prinsip Rakyat: "nasionalisme, demokrasi, dan punca pencarian rakyat". 

Prinsip nasionalisme memerlukan penggulingan kerajaan Manchuria dan penamatan hegemoni asing terhadap China. 

Prinsip kedua, demokrasi, digunakan untuk menghuraikan matlamat Dr. Sun tentang sebuah kerajaan republik yang dipilih oleh orang ramai. 

Prinsip ketiga, punca pencarian rakyat, seringnya dirujuk sebagai sosialisme yang bertujuan untuk membantu orang ramai melalui pengawasan pemilikan sumber pengeluaran serta pemilikan tanah.

Wednesday, May 9, 2012

Ke Jalan Raya sebelum ke Pilihan Raya

MENELANJANGI PEMBOHONGAN

Dua minggu sesudah IBU segala demo berlangsung – pelbagai bentuk pembohongan di taburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundumental. Berita , kesah dan kenyataan yang remeh lagi temeh di panjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa ajenda fundumental.

Ajenda yang fundumental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Ajenda inilah yang menjemput 300 ribu warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300 ribu anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia TIDAK lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan di jalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia – anak semua bangsa – yakin bahawa Suuruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300 ribu - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundumental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid – apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep : hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan’. Perkatan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah pekara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.

Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah pekara biasa. Bukan satu pekara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Acheh tumbang. Kerajan Turki tumbang. Kerajaan Czar Russia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru – kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai kesalahan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Tiga orang bekas ketua polis negara a.k.a polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jagan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah ‘Three Stooges’ - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk , Tan Seri dan Tun ini ada ‘memiliki’ kes jenayah yang amat besar. Seorang towkay judi pasti takut casinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju – masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang ‘towkay lendir’ pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihimpap ke mukanya. Justeru cakap-cakap ‘tiga ekor lanun’ ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Partai Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru – tiga hari dahulu – di Peranchis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.

Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mangatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan saheh. Saya terima hujah ini.

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan disini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Peranchis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Peranchis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Peranchis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memileh kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan diantara pilihan raya di United Kingdom atau di Peranchis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300 ribu anak semua bangsa – tua dan muda – turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia TIDAK mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Peranchis adalah pengundian saheh dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia dimana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini ‘warga asing’ akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.

Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.

Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis diatas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah saperti yang sedang berlaku di Myamar sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipileh – semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi Presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.

Kesah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi Presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara – bukan pilihan raya – untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipileh.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi ditangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisma kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.


Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus bedrkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham – saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 – maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama saperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir – sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.


BERKAITAN

TUKAR TIUB

Cabaran getir Francois Hollande

Cabaran Parti Sosialis pimpinan Presiden baru Perancis Francois Hollande dalam menangani krisi hutang Eropah dan Perancis. Beliau berikrar untuk memperlahankan pemotongan perbelanjaan awam dan berunding semula dengan pakatan fiskal Kesatuan Eropah (EU), di mana 17 anggota blok mata wang tunggal bersetuju langkah mengurangkan defisit mereka. 

Pasaran Asia dan euro merudum semalam di tengah kebimbangan bahawa kejayaan Hollande di Perancis dan parti pembangkang di Greece menandakan satu tindak balas ke atas langkah penjimatan untuk membendung krisis zon euro.



BERKAITAN:

BERITA HARIAN
REUTERS

Monday, May 7, 2012

Parti Sosialis menang di Peranchis




Fancois Hollande dari Parti Sosialis telah menumbangkan kerajaan parti kanan Konservatif Nicholas Sarkozy

Politik baru akan dibuka di France
Politik baru akan dibuka di Eropah

Dasar Kapitalis akan ditendang oleh Dasar Berkebajikan Sosialis
Rakyat Peranchis menolak Kaum Pemodal
Kibarkan Bendera Merah

Friday, May 4, 2012

Kebebasan media di Malaysia

RANKING KEBEBASAN MEDIA 2012 oleh FREEDOM HOUSE yang dikeluarkan hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.

Malaysia juga diranking ke-29 diantara negara-negara Asia Pasifik. Ia bermaksud Malaysia dibawah negara jirannya seperti Filipina (21), Indonesia (22), dan Thailand (28) tetapi atas Sinagpura (32), Brunei (35) dan Laos (36).

BERKAITAN:

THE STAR

Wednesday, May 2, 2012

UMNO sudah takut dengan Sekolah Politik

Dua siri berturut Berita di Utusan Malaysia, akhbar rasmi kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berkenaan isu Sekolah Politik di IKD adalah menunjukkan mereka semakin gerun dan kecut teloo dengan perkembangan sihat golongan intelektual mempelajari  politik pencerahan

siri pertama 1/5/2012 dan siri kedua pada 2/5/2012

Siri Pertama - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 April - Polis mengenal pasti dua lokasi di Selangor yang dijadikan sebagai sekolah politik oleh pihak tertentu untuk melatih pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini, berdemonstrasi menentang kerajaan.

Difahamkan, sekolah yang ditubuhkan oleh pihak yang menentang kerajaan itu sudah beroperasi sejak 2008 iaitu selepas kerajaan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Menurut sumber, aktiviti pembelajaran di sekolah berkenaan biasanya diadakan pada setiap hujung minggu iaitu mengambil kesempatan semasa pelajar kolej atau universiti tiada kelas.

Beliau berkata, terdapat antara 20 dan 30 pelajar mengikuti kelas di sekolah itu pada setiap sesi.
"Di sekolah ini, pelajar akan diterapkan latihan kader politik (political cadre) seperti bagaimana cara mahu menjadi seorang pejuang, berceramah dan membuat demonstrasi.