Orang Munafiq mula wujud pada ketika Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi
wasallam dan para sahabat berada di Madinah. Di antara faktor utama
wujudnya orang-orang Munafiq adalah kerana pengaruh Islam semakin kuat
dengan tersebarnya ajaran Islam. Malah ketika itu Islam berjaya
menakluki pemerintahan negara Madinah.
Maka dengan itu, ramai yang ingin menumpang pada kekuatan Islam
ataupun mereka takut menyatakan penentangan, lalu mereka duduk bersama
dalam barisan kaum Muslimin.
Sifir yang sama mungkin akan berlaku apabila Islam mula berkuasa pada
akhir zaman. Awas, sinar Islam kian menyinsing di seluruh dunia, namun
titik-titik hitam munafiq mungkin akan turut melekat bersama.
Berhati-hatilah! Berwaspadalah!
Terlalu banyak gambaran mengenai perihal Munafiq yang telah terdampar
di dalam al-Qur’an mahupun Hadith Nabi S.A.W untuk kita kenali dan
menjauhkan diri dari tergolong dalam kalangan mereka.
Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi orang Munafiq dan bersifat Munafiq, serta ancaman daripada orang-orang Munafiq!
No comments:
Post a Comment