Labels

Monday, June 3, 2013

BR1M vs Cukai eksais

Saya ditanya, antara polisi penurunan harga kereta dan pemberian dana secara langsung (seperti BR1M, BP1M dan BB1M) yang manakah lebih baik untuk rakyat dan untuk negara.

Pada asasnya kedua-duanya baik untuk rakyat. Penurunan harga kereta meningkatkan pendapatan boleh berbelanja rakyat manakala pemberian BR1M juga begitu.

Pemberian dana secara langsung bagi tahun 2012 dan 2013 melibatkan kos sebanyak RM6.4 billion. Jika kerajaan menaikkan kadar BR1M daripada RM500 ke RM1,200 serta menaikkan juga kadar BB1M dan BP1M, dijangka ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8 billion setahun.

Penurunan harga kereta pula hanya melibatkan pengurangan kadar duti eksais sebanyak 20% setahun. Jumlah duti eksais bagi kenderaaan bermotor (sebahagian besar adalah kereta) adalah sebanyak RM4 billion setahun. Jika ia diturunkan 20% setahun bermakna kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM0.8 billion setahun. Rakyat (pembeli kereta) dapat berjimat sekitar RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, menyamai manfaat BR1M.

Dari segi manfaat ia hampir sama. BR1M mensasarkan rakyat berpendapatan rendah manakala duti eksais yang diturunkan juga melibatkan kereta ber'cc' rendah yang kebanyakkan dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah.

Bezanya adalah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Samada RM8 billion atau RM0.8 billion. Dalam keadaan bajet defisit selama 15 tahun berturut-turut serta jumlah hutang mencecah RM550 billion, apa pilihan yang bijak?

No comments: