Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Friday, April 26, 2013
Thursday, April 18, 2013
Analisis kepimpinan Najib pra-PRU-13
Sejak Najib Razak mengumumkan pelbagai inisiatif
baharu kerajaan melalui NKRA dan Transformasi, saya positif untuk melihat
hasilnya kepada negara. Antara perkara yang harus dipuji ialah peningkatan
pertumbuhan ekonomi negara sehingga pertumbuhan pada 2012 merupakan antara yang
tertinggi di Asia iaitu lebih daripada 5%. Pun begitu, masih tiada inisiatif
untuk memperbaiki kerangka ekonomi semasa.
Perkara seterusnya yang tidak kurang mengujakan ialah janji untuk memperbaiki demokrasi di Malaysia. Hal ini termasuklah pengumuman untuk mengkaji semula ISA dan penambah baikan SPR. Namun, beberapa perkara masih perlu diperhalusi seperti semangat dialog terbuka, kebebasan media, dan kedaulatan undang-undang.
Sejak tahun 2009, Pejabat Perdana Menteri sudah tiga atau empat (tak pasti. Salah satu tentunya) kali surat rasmi untuk debat terbuka daripada Pejabat Ketua Pembangkang. Kesemuanya ditolak. Sehinggalah yang terbaru malam ini pun, apabila BERSIH mengadakan dialog untuk membentangkan manifesto PR dan BN, yang sepatutnya diwakili pemimpin tertinggi kedua-dua pihak, hanya Anwar Ibrahim yang hadir dialog tersebut. Najib tidak memberikan sebarang respons, sama ada beliau mahu hadir atau tidak walaupun sudah dijemput secara rasmi. Di sini, saya tidak nampak komitmen Najib untuk demokrasi yang lebih matang.
Berkenaan kebebasan media, adalah satu penghinaan terhadap demokrasi apabila Rais Yatim hanya membenarkan PR membentangkan manifesto selama 10 minit di televisyen, itu pun dirakam terlebih dahulu. Hal ini menafikan retorik untuk 'memperbaiki demokrasi', apabila BN mempunyai peluang 24 jam - rakaman dan juga siaran langsung - untuk membentangkan manifesto dan berkempen secara terus-terusan. Freedom House juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara paling corot dalam kebebasan media!
Seterusnya, apabila Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud menolak untuk bekerjasama dengan SPRM berkenaan beberapa kes rasuah yang didakwa melibatkan dirinya, dengan yakin sekali beliau mengatakan 'mereka tidak layak untuk mendapat kerjasama saya'. Sungguh menyedihkan, apabila undang-undang negara dihina sebegini rupa. Setakat ini, tiada tindakan atau teguran daripada kepimpinan tinggi BN. Adakah ini yang dikatakan 'memperbaiki demokrasi', apabila badan yang mempunyai autoriti tertinggi di Malaysia pun mampu dihalau mentah-mentah oleh seorang pemimpin politik?
Sudah 56 tahun BN berkuasa. Jika saya ditanya, saya katakan bahawa BN perlu direhatkan dan kerajaan baharu perlu diberi peluang. Saya tidak menafikan segala kemajuan di bawah BN selama 56 tahun, terutamanya semasa zaman Tun Mahathir, namun semua ini bukanlah sebab yang absah untuk mengekalkan BN, tambahan pula apabila PR juga menunjukkan bahawa mereka mampu mentadbir dengan cemerlang di negeri-negeri yang dikuasai mereka - dan hal ini disahkan melalui Laporan Audit Negara 2012.
Ada pihak berhujah mengatakan bahawa sejarah Jepun menukar kerajaan pada 2009 telah gagal, dan kesimpulan yang dibuat ialah pertukaran kerajaan merupakan sesuatu yang buruk untuk negara. Hujah ini merupakan satu falasi logik yang meletakkan korelasi sebagai hubungan sebab dan akibat (mistaking correlation to be causation). Hal ini kerana, kegagalan Jepun selepas 2009 adalah disebabkan masalah ekonomi yang dihadapi sejak awal 2000 yang lewat dicerap kebanyakan ahli ekonomi seperti deflasi dan isu kelesuan perbelanjaan (rujuk buku Prof. Paul Krugman, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 2008), bukannya disebabkan pertukaran kerajaan! Insya-Allah, jika tiada aral, saya akan menulis lebih lanjut berkenaan ketempangan hujah yang memaksakan pengalaman Jepun ke atas tatanan politiko-ekonomi Malaysia.
Masalah logik yang kedua pula ialah, apabila satu contoh - dalam kes ini, Jepun - dijadikan generalisasi kalut (over-generalization) yang akhirnya menafikan contoh-contoh yang membawa konotasi berbeza. Mengapa tidak dilihat pertukaran kerajaan di Amerika Syarikat pada 2008, Australia ketika John Howard tewas, UK pada 2010, dan Perancis pada 2012?
Harapan saya, saya mahu Malaysia yang lebih baik. Demokrasi lebih matang serta masalah ekonomi diselesaikan pada kerangka asasnya, bukan melalui pemberian wang seperti BR1M yang tidak menyelesaikan masalah sara hidup rakyat - walaupun sedikit membantu menambah wang tunai.

Tuesday, April 16, 2013
Ramalan keputusan PRU-13
Paluang gendang Pilihan Raya Umum ke-13 mula dipalu oleh kedua-dua pihak samada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. masing- masing begitu yakin dapat menguasai Putrajaya sekaligus membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia.
Berikut merupakan ramalan serta pemerhatian saya semenjak tiga bulan sebelum ini berdasarkan perbincangan dan penglihatan kepada trend rakyat malaysia keseluruhannya.
SAYA MERAMALKAN YANG BARISAN NASIONAL AKAN MEMPERTAHANKAN KUASA DIPERINGKAT PERSEKUTUAN DENGAN SIMPLE MAJORITI SERTA MERAMPAS KEMBALI NEGERI SELANGOR DAN KEDAH.
saya juga menjangka kerusi cina akan bertambah dipihak pembangkang manakala kerusi melayu akan memberi kelebihan kepada BN. kerusi campuran masih didominasi oleh BN.
BN 148
PR 74

Tuesday, January 29, 2013
Kuasa autonomi universiti
Tahniah
kepada UIAM dan UUM kerana diberi kuasa autonomi dlm urus tadbir, kewangan,
sumber manusia, pengurusan akademik dan pengambilan pelajar. Perkara itu
diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin pada 29
januari 2013.
Untuk rekod
tahun 2012 yang lepas, lima universiti awam mendapat status itu iaitu
Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sementara Universiti
Teknologi Malaysia menjadi IPTA pertama diberi kuasa autonomi awal bulan
Januari 2012.
Dengan
adanya kuasa autonomi, IPTA berkenaan bukan sahaja boleh menentukan urus tadbir
dan menjana kewangan sendiri, malah meliputi pengurusan sumber manusia,
pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.
Walaupun
permohonan kemasukan ke IPTA tetap diuruskan oleh UPU, pihak IPTA diberi kuasa
penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan
utama pelajar.
Moga ia
dimanfaatkan oleh pihak universiti untuk perbaiki apa yg patut dalam usaha
melahirkan insan yang hakiki, bukan sekadar mencetak graduan.
PRINSIP ASAS
AUTONOMI DI IPTA
* Amalan
kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti yang
dibelanjakan dalam semua urusan
* Pemantapan
sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung
pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen `check and balance’ serta
ketelusan
* Pemakaian
semua pekeliling perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan
kewangan dalaman, dan Lembaga Pengarah Universiti ialah pihak berkuasa yang
mengambil alih peranan perbendaharaan dalam memantau dan bertindak melindungi
kepentingan pelaburan kerajaan di mana berkaitan
* Pemakaian
semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan
sumber manusia, dan LPU ialah pihak berkuasa yang menggantikan peranan Jabatan
Perkhidmatan Awam di mana berkaitan.
* Bebanan
serta pendedahan kewangan kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan belanja
mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan kerajaan melainkan
diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat
* Penjanaan
pendapatan IPTA hendaklah mengutamakan dan memastikan perlindungan serta (insulate
and protect) kepentingan universiti dan kerajaan
* Skim
saraan berasingan, jika perlu diwujudkan IPTA berasaskan peruntukan Akta
Universiti dan Kolej Universiti yang berkuat kuasa, dan sistem ini hendaklah
berasaskan prinsip kesaksamaan, kelestarian dan tidak langsung membebankan
kerajaan
* Tindakan
tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa sepertinya surcaj, turun pangkat,
buang kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan
IPTA yang gagal mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan
tugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)