Labels

Monday, November 28, 2011

Pakatan cinta


Perkahwinan mewah anak lelaki presiden Indonesia dengan anak perempuan sekutu rapat politik, disifatkan sebagai ‘pakatan cinta’ yang ditafsirkan sebagai persiapan memulakan proses penyerahan kuasa kepada pemimpin baru republik itu.

Sambutan selama seminggu bermula dengan majlis bersiram mengikut tradisi Jawa dan tamat semalam dengan majlis jamuan dihadiri 3,600 orang di sini untuk pasangan pengantin, Edhie Baskoro Yudhoyono, 31, setiausaha agung parti Demokrat yang memerintah dan Siti Ruby Aliya Rajasa, 25.
Bapanya pengantin lelaki adalah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sementara bapa pengantin perempuan adalah seorang menteri terkenal, Hatta Rajasa.
Majlis perkahwinan itu menarik liputan meluas media namun mencetuskan kebanjiran gosip dan spekulasi motifnya.

Tanggapan ‘penyatuan’ itu diusahakan ibu pengantin lelaki, Ani Yudhoyono, untuk mengembangkan kekayaan politik keluarga pemerintah muncul dalam akhbar tempatan.





Susilo yang tidak dibenarkan bertanding untuk penggal ketiga dan masih belum menamakan pengganti terpaksa membuat kenyataan minggu ini mempertahankan penyatuan itu sebagai hubungan cinta bukannya dorongan politik. Beliau memberitahu media Selasa lalu bahawa perkahwinan itu adalah ‘pilihan Edhie.’

Perkahwinan tradisi Jawa minggu ini termasuk presiden menyiram anak lelakinya, melepaskan ayam jantan di hadapan rumah dan menyerahkan mas kahwin 100 gram syiling emas 24 karat.
Pasangan itu dinikahkan secara rasmi Khamis lalu, memakai pakaian tradisi tempat asal pengantin perempuan di Palembang, Sumatera, di istana presiden di pergunungan Jawa Barat di mana mereka kali pertama bertemu empat tahun lalu.




Ketika Susilo kekal popular, parti pemerintahnya menerima undian terburuk selepas beberapa siri skandal rasuah yang merosakkan. Walaupun kemunculan pasangan pengantin baru yang tersenyum dan ikhlas, malah anggota parti pemerintah mengakui ia mungkin mencetuskan penggantian jangka panjang buat Rajasa dan anak lelaki presiden.

Rajasa, seorang menteri dari parti Islam sederhana kecil yang menjadi sebahagian gabungan pemerintah, adalah ahli politik popular dan bercita-cita tinggi.

Menurut spekulasi, Susilo dan partinya akan menyokong Rajasa, yang dijangka diumumkan sebagai calon presiden dalam kongres partinya, bulan depan.

Max Sopacua, naib pengerusi Parti Demokrat, mengakui perkahwinan itu mungkin memberi laluan untuk kedua-dua parti bertindak menyokong Rajasa sebagai presiden, namun menolak teori ‘pakatan cinta.’




“Mengapa mencampurkan cinta dan politik?” katanya kepada Jakarta Globe. “Pasangan tidak jatuh cinta kerana parti politik. Mereka lakukannya kerana tarikan antara dua hati. Ini adalah satu kebetulan dan idea gabungan hanyalah anggapan awam.”

Pakar politik Indonesia, Greg Fealy, berpendapat perkahwinan itu akan ‘mendalamkan’ hubungan Rajasa dengan Susilo.

“Saya tidak mahu kata ia bukan percintaan sebenar namun kedua-dua parti sedar kemungkinan permainan politik,” kata Fealy dari Universiti Nasional Australia.


SUMBER: BERITA HARIAN 
                UTUSAN MALAYSIA

Sunday, November 27, 2011

Cinta romantis



“cinta itu bebas, saudara. Tetapi aturannya amat kuat mengongkong kebebasan itu. Biarlah engkau cinta kepadaku, dan cinta itupun aku balas. Tapi sayang batasnya hanya hingga itu saja, ibarat air yang mengalir, muaranya tak ada. Aturan tidak membiarkan kita menyambung cinta itu.”


“Cinta mencari dan mendorong, bukan menunggu dan menyerah. Di dalam perjalanan sejauh ini, jika bukan cinta yang anda jadikan tongkat, anda akan jatuh. Jika cinta itu hilang, anda kehilangan erti hidup.”


 
  “Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab. Maka berbahagialah kita kalau mata kita telah dibersihkan oleh cinta, sehingga tidak ada lagi di dalam alam ini satu apa pun yang tidak kita cintai. Mata yang memandang segala sesuatu cacat, mata itulah yang sebenarnya cacat.”


-Profesor Buya HAMKA

Dari mana datangnya linta
dari tanah turun ke kali
dari mana datangnya cinta
dari mata terus ke hati


Baju merah baju biru
Dikumpulkan menjadi satu
Jangan marah jangan cemburu
Cinta ku hanya padamu


-Saiful Xiansheng counting to.......

Monday, November 21, 2011

Kewajipan mencari ilmu dan beramal dengannya


Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredaan Allah.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain. Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.-(Surah Az-Zumar, ayat 9)

Selain itu, ilmu pengetahuan juga alat bagi mencapai tahap keimanan sempurna dan pengukur ketakwaan seseorang kepada penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi.

Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketakwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit.

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. -(Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah bermaksud: Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.-(Surah al-Zumar, ayat 9)

Daripada Ka'ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.-(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)




Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah akan menjadi benteng mencegah seseorang daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan duniawi.

Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti kejuruteraan, kedoktoran, pertanian dan sebagainya dapat membantu kesejahteraan hidup manusia di dunia. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan Islam memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan. -(Hadis riwayat Ibn 'Adiyy, Al-Bayhaqi dan Al-Tabarani)

Kedudukan serta martabat orang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tinggi. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud: Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.-(Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh. Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan ibadah secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

Di Malaysia, sumber ilmu melalui penghasilan buku sangat sedikit. Hasil kajian profil membaca Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 1996 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan perangkaan PNM itu, hanya 1,273 atau 32 peratus saja buku ilmiah dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

Rasulullah SAW mengajarkan sahabat untuk selalu berlindung daripada sifat malas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. -(Hadis shahih riwayat Muslim)

Sebenarnya, ilmu yang ada pada kita amat sedikit. Alangkah sayangnya jika ilmu yang sedikit dikurniakan Allah gagal untuk dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah. Allah berfirman bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.- (Surah Al-Kahfi, ayat 109)




Justeru, kajian yang dibuat adalah bertujuan untuk mencari ilmu, bukan untuk bersaing dengan ilmuwan yang ada, bukan berbahas demi memperoleh kemenangan dan bukan untuk menjadi masyhur. Ia ditulis hanyalah untuk mencari keredaan Allah semata-mata.

Niat menuntut ilmu juga penting kerana jika tujuan mendalami sesuatu bidang tidak bagi mencapai keredaan Allah, maka rugi di dunia apatah lagi di akhirat.

Seharusnya ketika ini kita sudah bersedia untuk memecahkan gumpalan pemikiran lama yang menjadikan tesis dan bahan kajian sekadar menjadi simbol kebanggaan yang langsung tidak dimanfaatkan.

Alangkah baiknya jika semua analisis dan kajian dibuat dapat diterjemahkan untuk tujuan pelaksanaan demi kepentingan dan pembangunan ummah. Tidak bolehkah kajian itu diwakafkan demi kepentingan tamadun ummah.

Memecahkan gumpalan pemikiran yang sudah berabad itu memang tidak mudah. Tetapi itulah agenda besar yang harus dilaksanakan jika ingin mengembalikan dinamik Islam ke arah berdaya saing.

Sudah lama kita dilihat lemah dan tidak berkeupayaan untuk membuktikan Islam adalah pelopor serta menjadi paksi kemajuan dunia. Ingatlah, buku adalah gudangnya ilmu dan membaca itu adalah kuncinya.

Maka, dengan itu, status sebagai 'orang awam' bukanlah tiket untuk seseorang itu bermalas-malasan mencari ilmu-ilmu agama. Orang awam atau ahli agama, masing-masing berkewajipan mencari ilmu, beramal dan menyampaikannya kepada orang lain. Semua ini hendaklah diusahakan mengikut ruang dan kemampuan yang ada pada diri masing-masing .

Secara asasnya semua orang - termasuk para ulama' - lahir sebagai manusia biasa, kosong. Namun sebahagian daripada mereka telah diangkat darjatnya oleh Allah sehingga mencapai status ulamak disebabkan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu pengetahuan. Perkara ini telah pun dijanjikan oleh Allah sendiri dimana Allah akan mengangkat darjat bagi orang-orang beriman dan berilmu pengetahuan. Malas menuntut ilmu atas alasan 'aku adalah orang awam' hanyalah merupakan helah bagi orang-orang yang sebenarnya enggan dan malas untuk mempraktikkan agama dalam kehidupan mereka.  


Sama-sama kita fikirkan.

Thursday, November 17, 2011

Think and Do



"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.





Bahan Bacaan hari ini - 
   

Tuesday, November 15, 2011

Istana Negara baru

Inilah gambar istana negara yang baru yang di bina di Jalan Duta, Kuala Lumpur.Ia menelan kos hampir RM811,000,000@RM811 JUTA. Nampak lebih moden dan hiasan dalaman sangat cantik.




image004 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image001 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image005 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image011 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image012 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image016 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image017 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image020 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image023 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image026 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta


Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila Istana Negara, Jalan Duta dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.

Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini selain simbolik penamatan tugas di Istana Negara lama yang seusia kemerdekaan negara.

Tiupan paluan akhir juga diperdengarkan ketika bendera tersebut diturunkan. Selepas bendera diturun dan dilipat, ia menyaksikan perarakan kumpulan pengawal istana dan kumpulan penurun bendera disertai kawalan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron Istiadat Berkuda. Mereka menuju ke pintu masuk utama Istana Negara, bagi upacara penyerahan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Tengku Abdul Jalil.

Upacara tersebut disaksikan Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Othman Mahmud dan kira-kira jam 9:40 pagi, pintu masuk utama Istana Negara ini, dikunci dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda.


SUMBER: BERITA HARIAN  
                 KOSMO

Macam kenal dua orang ni..tapi...




Daulat Rakyat??? Macam kenal dua orang ni. Tapi dimana ye???

owh..tetiba teringat peristiwa 1993


SUMBER
BERKAITAN

Monday, November 14, 2011

Hukum Homoseksual




Dalam khazanah fiqh Islam, perbuatan homoseksual (gay dan lesbian) sering disebut sebagai al-faahisyah (dosa besar) yang sangat menjijikkan dan bertentangan dengan fitrah serta tabiat manusia. Oleh kerana itu para ulama sangat mengutuk, mengecam dan mengharamkannya.

Kalau ditelusuri secara gramatikal (bahasa) tidak ada perbezaan penggunaan kata antara homoseksual gay dan lesbian. Dalam bahasa arab kedua-duanya dinamakan al-liwath. Pelakunya dinamakan al-luthiy. Namun Imam al-Mawardi membezakannya. Beliau menyebut homoseksual sesama lelaki dengan liwath dan lesbian dengan sihaq atau musaahaqah. (Lihat : al-Hawi al Kabir karya al-Mawardi, j.13, h. 474-475)

Ibn Qudamah al-Maqdisi menyebutkan bahawa penetapan hukum haramnya perbuatan homoseksual adalah ijma’ (kesepakatan) ulama, berdasarkan nas-nas al-Qur'an dan al-Hadith. (al-Mughni, j.10, h. 155). Imam al-Mawardi berkata, “Penetapan hukum haramnya perbuatan homoseksual menjadi ijma’ dan itu diperkuat oleh nas-nas al-Qur'an dan al-Hadith.” (Kitab al-Hawi al-Kabir, j.13, h. 475)

Mereka dalam hal ini berbeza pendapat mengenai jenis dan bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelakunya. Ia timbul kerana perbezaan dalam menginterpretasi dalil-dalil yang bersumber dari al-Qur'an, al-Hadith dan athar. Ayat-ayat di dalam surah al-A’raf: 80-84 dan Hud: 77-83 secara jelas mengandungi kutukan dan larangan Allah SWT terhadap pelaku perbuatan homoseksual. Ia juga diperkuat oleh hadith-hadith berikut:

Hadith riwayat Ibn Abbas : “Sesiapa sahaja yang engkau dapati mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”. (riwayat Abu Dawud 4/158 , Ibn Majah 2/856 , al-Tirmizi 4/57 dan al-Daruquthni 3/124)

Hadith Jabir: “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” (riwayat Ibnu Majah : 2563, 1457. Al-Tirmizi berkata : Hadits ini hasan gharib, al-Hakim pula berkata, hadith ini sahih isnadnya)

Hadith Ibn Abbas: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)”. (riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra IV/322 No. 7337)

Perbezaan athar (sama ada dengan kata atau perbuatan) para sahabat adalah dalam menentukan jenis hukuman yang dikenakan kepada pelaku. Antara perbezaannya adalah; membakarnya dengan api, menindihnya dengan dinding, dijatuhkan dari tempat yang tinggi sambil melemparnya dengan batu dan ditahan di tempat yang paling busuk sampai mati.

Para ulama fiqh setelah bersepakat tentang haramnya perbuatan homoseksual (gay dan lesbian), mereka berbeza pendapat mengenai hukuman yang selayaknya dijatuhkan kepada pelaku. Perbezaan bersangkutan dengan dua keadaan; Pertama: perbezaan sahabat dalam menentukan jenis hukuman, sebagaimana tersebut di atas. Kedua: perbezaan ulama dalam mengkategorikan perbuatan tersebut, apakah dikategorikan zina atau tidak? Perbezaan itu memberi implikasi terhadap kadar atau jenis hukuman yang dikenakan. 



Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) berpendapat: perbuatan homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina dengan alasan, Pertama: kerana tidak adanya unsur (kriteria) kesamaan antara keduanya. Unsur mempersia-siakan anak dan ketidakjelasan nasab (keturunan) tidak didapati dalam perbuatan homoseksual. Kedua: perbezaan jenis hukuman yang dilakukan oleh para sahabat (sebagaimana di atas). Berdasarkan kedua alasan ini, Abu Hanifah berpendapat bahawa hukuman terhadap pelaku homoseksual adalah ta’zir (diserahkan kepada penguasa atau pemerintah). (al-Hidayah Syarhul Bidayah 7/194-196, Fathul Qadir, j.11, h. 445-449 dan al-Mabsuth, j.11, h. 78-81)

Menurut Muhammad Ibn al-Hasan al-Syaibani dan Abu Yusuf (murid Abu Hanifah): perbuatan homoseksual dikategorikan sebagai zina, dengan alasan adanya beberapa unsur kesamaan antara keduanya seperti: Pertama, syahwat pelaku disalurkan. Kedua, tercapainya kenikmatan (kerana penis dimasukkan ke lubang dubur). Ketiga, tidak diharuskan dalam Islam. Keempat, menumpahkan (mempersia-siakan) air mani. Berdasarkan alasan-alasan tersebut, Muhammad Ibn al-Hasan dan Abu Yusuf berpendapat bahawa hukuman terhadap pelaku homoseksual sama seperti hukuman yang dikenakan kepada penzina, iaitu: kalau pelakunya muhshan (sudah menikah), maka dihukum rejam (dilempari dengan batu sampai mati), kalau ghair muhshan (bujang), maka dihukum sebat dan diasingkan selama satu tahun. (al-Hidayah Syarhul Bidayah 7/194-196, Fathul Qadir j. 11, h. 445-449 dan al-Mabsuth, j.11, h. 78-81)

Menurut Imam Malik, perbuatan homoseksual dikategorikan zina dan hukuman yang setimpal untuk pelakunya adalah direjam, sama ada pelakunya muhshan (sudah menikah) atau ghair muhshan (bujang). Beliau sependapat dengan Ishaq bin Rahawaih dan al-Sya’bi. (Minahul Jalil, j. 19 h. 422-423)

Menurut Imam Syafi’i, perbuatan homoseksual merupakan hubungan seksual terlarang dalam Islam. Hukuman untuk pelakunya: kalau pelakunya muhshan (sudah menikah), maka dihukum rejam. Kalau ghair muhshan (bujang), maka dihukum sebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. Hal tersebut sama dengan pendapat Sa'id bin al-Musayyib, Atha’ bin Abi Rabah, al-Nakha’i, al-Hasan dan Qatadah. (al-Majmu’ j. 20, h. 22-24 dan al-Hawi al-Kabir, j. 13, h. 474-477)

Menurut Imam Hanbali, perbuatan homoseksual dikategorikan zina. Mengenai jenis hukuman yang dikenakan kepada pelakunya beliau mempunyai dua riwayat (pendapat): Pertama, dihukum sama seperti penzina, kalau pelakunya muhshan (sudah menikah) maka dihukum rejam, jika pelakunya ghair muhshan (bujang), maka dihukum sebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. (pendapat inilah yang paling kuat). Kedua, dibunuh dengan direjam, sama ada itu muhshan atau ghair muhshan. [al-Furu’, j. 11 h.  145-147, al-Mughni, j. 10, h. 155-157 dan al-Inshaf j. 10, h. 178)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa di antara landasan hukum yang mengharamkan perbuatan homoseksual dan lesbian adalah ijma’. Ijma’ merupakan kesepakatan para mujtahid (ahli ijtihad) setelah wafatnya Rasulullah terhadap sesuatu isu hukum dalam sesuatu masa. Jadi yang menentukan sesuatu hukum sudah menjadi ijma’ atau belum adalah para mujtahid (ahli ijtihad) yang berkepakaran dalam bidangnya, bukannya orang-orang sembarangan yang tidak diketahui keilmuannya.

Haramnya homoseksual (gay dan lesbian) ini, sudah menjadi ijma’ (kesepakatan) ulama Islam. Ertinya, tiada seorang di kalangan mereka yang berselisih pendapat. Oleh itu, mustahil kita akan temui mana-mana ulama yang berpendapat tentang kehalalannya. Ia sudah menjadi ketentuan hukum sejak zaman Nabi, para sahabat dan seterusnya sampai ke hari Qiyamah. Justeru, ia tidak boleh dirungkai lagi dengan apa jua alasan dengan sekadar justifikasi rasional atas nama perjuangan hak asasi manusia yang batil. Insaflah wahai pengamal dan pendukung kumpulan ini yang beragama Islam!

Wallahu a'lam.

Thursday, November 3, 2011

Buku Haji oleh Dr. Ali Shariati



Buku ini adalah salah satu buku yang sangat memberi kesan kepada saya. Saya baca buku terjemahan bahasa Indonesia (Haji) di perpustakaan di universiti. Saya masih ingat saya selesai membaca buku ini dalam masa berapa jam sahaja, sementara menunggu antara kuliah.

Buku Haji atau The Hajj dalam versi English telah memberikan satu perspektif baru kepada saya mengenai Haji. Dr Ali Shariati adalah seorang cendekiawan Islam yang terkenal di seluruh dunia. Lahir dan besar di Iran, lulusan doktor falsafah dari Universiti Paris. Pandangan sosiologi moden dan falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh Maulana Rumi dan Muhammad Iqbal. Beliau mati dibunuh dalam tahun 1977, sejurus sebelum berlakunya Revolusi Islam, Iran.(Untuk maklumat lanjut lihat wikipedia).

Tulisan Ali Shariati banyak membuka pemikiran saya tentang betapa dinamiknya agama Islam. Ali Shariati menegur golongan cendekiawan Islam, intelektual dan alim ulama' yang cuba mengasingkan diri dari masyarakat. Intelektual yang sebenar ialah mereka yang hidup dan mati di tengah masyarakat, mendidik dan membimbing mereka ke arah yang benar. Intelektual yang berbahasa rakyat, dan menggunakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan ilmu dan dakwah, bukan menggunakan istilah akademik yang dia sendiri pun tak faham. Intelektual yang bergelumang dengan susah payah rakyat bukan bersembunyi di balik tembok mahligai gading. Beliau telah mempopularkan istilah raushan-fikr bagi intelektual yang sebegini.

Buku ini berlainan dengan buku lain mengenai ibadah Haji. Ali Shariati cuba menghuraikan falsafah di sebalik ibadah Haji. Ternyata, ibadah Haji bukan sekadar satu ritual. Banyak falsafah yang terkandung di sebalik ibadah itu. Haji adalah lambang kesatuan Ummah, lambang kerendahan diri dan ketinggian Iman.

Haji bagi Shariati bagaikan sebuah drama. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Hajar dan Syaitan sebagai karakter utama. Lokasinya adalah Masjidil Haram, Arafah, Mahsyar dan Mina. Ka'bah, Safa, Marwah dan ritual Haji sebagai simbol. Ihram sebagi kostum utama.

Pelakon utama dalam drama in menurut Shariati, adalah kita, dan hanya kita, iaitu setiap seorang yang mengerjakan haji.

Ritual melontar juga membawa falsafah yang mendalam, menurut Shariati. Ianya adalah simbolik menolak dan memusnahkan 3 jenis berhala dunia iaitu Fir'aun (lambang kezaliman dan penindasan) Bal'am (lambang hipokrasi) dan Qarun (lambang kapitalism). Ibadah Melontar bagi Shariati adalah lambang perjuangan berterusan untuk membenteras kezaliman dan penindasan, hipokrasi dan kapitalis yang menindas.

Haji menurut Dr Shariati, " is a show of creation, a show of history, a show of unity, a show of the Islamic ideology and a show of the Ummah."

Belilah buku ini di ibtbooks.com

Selamat Menyambut Hari Raya Haji 1432H

IKLAN

Video kuliah Tanyalah Ustaz TV9 disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari Bin Mat Jahaya yang berkelulusan B.A dalam bidang pengajian hadis di Universiti Islam Madinah dan sarjana Shari'ah (M.A) daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah (Ph.D) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tuesday, November 1, 2011

Jawapan kepada Hudud tidak kepada non-Muslim

Ada sebilangan pihak menyatakan bahawa hudud tidak dikenakan kepada non Muslim. Tanpa menghilangkan rasa hormat terhadap pendapat tersebut, saya merasakan pendapat tersebut perlu di kaji dari sudut fiqh turats dan fiqh kontemporer.

Dari sudut fiqh turats, kita akan dapati bahawa beberapa hukuman hudud terkena juga kepada non Muslim, seperti ulama fiqh terdahulu boleh dikatakan sepakat mengatakan bahawa hukuman potong tangan (hudud) dikenakan juga kepada pencuri non Muslim. Adapun dalam perkara yang dibenarkan dalam agama mereka, tetapi dilarang dalam agama Islam, perkara itu tidak dikenakan hukuman hudud kepada mereka, seperti hukuman minum arak.

Namun begitu, sekiranya dengan minum arak tersebut, menyebabkan non Muslim itu melakukan kemudharatan kepada orang ramai, seperti menyakini orang lain (termasuk : memandu dalam keadaan mabuk), ketika itu non Muslim itu hendaklah dikenakan hukuman ta’zir.

Sebelum lebih lanjut kepada perbahasan ini, perkara yang perlu difikirkan tentang perbincangan hudud ini dalam beberapa kerangka. Iaitu;

Satu;

Fatwa-fatwa hudud yang dikeluarkan oleh ulama-ulama terdahulu dalam kerangka monarki. Sedangkan di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ekoran itu, perbincangan ini hendaklah dalam kerangka demokrasi, bukan kerangka monarki.

Kedua;

Di zaman itu, pengamalan hukum tidak tertakluk kepada undang-undang termaktub dalam satu buku khusus yang dirujuk dan dibahas. Ia adalah hasil dari fatwa-fatwa ulama muktabar yang menjadi rujukan kerajaan dalam mengenakan hukuman.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti fatwa-fatwa tersebut tertakluk dengan tiga elemen penting, iaitu faktor tempat yang diduduki oleh ulama mazhab, faktor zaman yang berada, dan suasana dan keadaan dia berada pada ketika itu.

Keadaan ini berbeda dengan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, yang sudah pasti mempunyai zaman, tempat dan suasana yang berbeda sama sekali. Disamping itu juga, di zaman kini, sebarang undang-undang yang dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang yang termaktub dan menjadi rujukan dalam sesuatu kes.

Ekoran itu, di zaman dahulu, ulama-ulama sahaja yang berbicara tentang perkara ini. Sedangkan rakyat bawahan sekadar mentaati. Jika ada yang berbicara, ia tidak luar dari kerangka yang telah difatwakan oleh ulama. Adapun di Malaysia, hukuman itu bukan sekadar dibincangkan dikalangan ilmuan, tetapi dibincangkan juga oleh mereka yang bukan dalam ilmuan agama Islam, tetapi mempunyai kepakaran dari sudut undang-undang, seperti peguam dan hakim.

Dari sudut hukum fiqh turast, pembahagian non Muslim ini dilihat kepada dua, iaitu harbi dan zimmi (Pengistilahan ini bukan perkara qatie, tetapi ia bersifat ijtihadi).

Kepada non Muslim zimmi, mereka dikenakan hudud, sedangkan kepada harbi tidak termasuk dalam perbincangan kerana mereka adalah golongan yang boleh diistilahkan sebagai muharabah, iaitu golongan yang diserang oleh kerajaan Islam ekoran serangan merka terhadap kerajaan Islam itu sendiri.

Memandangkan kedua-dua istilah ini berasaskan kepada ijtihadi, dan perkara ijtihadi itu tertakluk dengan konteks (masa, tempat dan suasana), makanya pengistilahan itu sudah tidak relevan di zaman kini. Ekoran itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mencadangkan dua istilah yang lain, iaitu Ummah Al-Ijabah dan Ummah al-Dakwah. Yang kedua-dua golongan ini dibawah istilah “Al-Muwatinun” (melayu : warganegara).

Dengan maksud, sudah tidak wujud lagi harbi dalam Negara, kerana mereka juga mempunyai hak dalam sesebuah Negara setelah mendapat hak kerakyatan (dapat IC atau Kad pengenalan). Juga tidak wujud lagi zimmi, kerana mereka bukan golongan kedua dalam sesebuah Negara, malahan mereka sudah setara dengan umat Islam dalam Negara dalam usaha membangunkan Negara.

Jadi, perbincangan fiqh jinayah syariah yang melibatkan kepada qisas, hudud dan ta’zir, faktor non Muslim juga perlu diambil kira. Menyatakan bahawa mereka tidak terlibat langsung dalam hukuman hudud yang dicadangkan adalah satu perkara yang cukup silap.

Mengatakan hudud hanya dikenakan kepada muslim sahaja, melahirkan implikasi yang buruk terhadap hukum Allah tersebut. Ia akan mempamerkan bahawa muslim sahaja yang terkena, sedangkan non Muslim terselamat walhal kesalahan yang dilakukan dalam bentuk yang sama tidak sekadar dilakukan oleh Muslim sahaja, malahan dilakukan juga oleh non Muslim.

Dan lagi, jika kesalahan itu dikenakan hukuman kepada muslim sahaja, tanpa melibatkan kepada non Muslim, maqasid disebalik pencegahan dari tersebar jenayah dalam Negara tidak dapat tercapai. Ini kerana, “cacamarba” dalam masyarakat dengan jenayah, bukan berfaktorkan penjenayah muslim sahaja, tetapi berfaktorkan juga kepada penjenayah non Muslim juga. Jika ini dilihat, sudah pasti Islam akan dilihat sebagai agama yang tidak adil, walhal Islam tidak begitu sama sekali.

SUMBER

Ulasan nasihat Dr Asri kepada Pemuda Pas

Semenjak dua tiga hari lalu media massa alternatif begitu panas memberikan komen kedua tokoh ilmuan Islam iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan isu konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini oleh Pemuda Pas.

Saya berpendapat ada benarnya apa yang ditegur oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kemudiannya diselar oleh Dewan Pemuda PAS. Pas perlu terbuka dalam hal ini kerana apabila PAS bercita-cita untuk menjadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang. Maka, saya berharap Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang lebih demokratik sebelum memerintah Malaysia.



SUMBER:

Malaysian Insider
Malaysian Insider
Malaysian Insider