Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Monday, November 28, 2011
Pakatan cinta
Perkahwinan mewah anak lelaki presiden Indonesia dengan anak perempuan sekutu rapat politik, disifatkan sebagai ‘pakatan cinta’ yang ditafsirkan sebagai persiapan memulakan proses penyerahan kuasa kepada pemimpin baru republik itu.
Sambutan selama seminggu bermula dengan majlis bersiram mengikut tradisi Jawa dan tamat semalam dengan majlis jamuan dihadiri 3,600 orang di sini untuk pasangan pengantin, Edhie Baskoro Yudhoyono, 31, setiausaha agung parti Demokrat yang memerintah dan Siti Ruby Aliya Rajasa, 25.
Bapanya pengantin lelaki adalah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sementara bapa pengantin perempuan adalah seorang menteri terkenal, Hatta Rajasa.
Majlis perkahwinan itu menarik liputan meluas media namun mencetuskan kebanjiran gosip dan spekulasi motifnya.
Tanggapan ‘penyatuan’ itu diusahakan ibu pengantin lelaki, Ani Yudhoyono, untuk mengembangkan kekayaan politik keluarga pemerintah muncul dalam akhbar tempatan.
Susilo yang tidak dibenarkan bertanding untuk penggal ketiga dan masih belum menamakan pengganti terpaksa membuat kenyataan minggu ini mempertahankan penyatuan itu sebagai hubungan cinta bukannya dorongan politik. Beliau memberitahu media Selasa lalu bahawa perkahwinan itu adalah ‘pilihan Edhie.’
Perkahwinan tradisi Jawa minggu ini termasuk presiden menyiram anak lelakinya, melepaskan ayam jantan di hadapan rumah dan menyerahkan mas kahwin 100 gram syiling emas 24 karat.
Pasangan itu dinikahkan secara rasmi Khamis lalu, memakai pakaian tradisi tempat asal pengantin perempuan di Palembang, Sumatera, di istana presiden di pergunungan Jawa Barat di mana mereka kali pertama bertemu empat tahun lalu.
Ketika Susilo kekal popular, parti pemerintahnya menerima undian terburuk selepas beberapa siri skandal rasuah yang merosakkan. Walaupun kemunculan pasangan pengantin baru yang tersenyum dan ikhlas, malah anggota parti pemerintah mengakui ia mungkin mencetuskan penggantian jangka panjang buat Rajasa dan anak lelaki presiden.
Rajasa, seorang menteri dari parti Islam sederhana kecil yang menjadi sebahagian gabungan pemerintah, adalah ahli politik popular dan bercita-cita tinggi.
Menurut spekulasi, Susilo dan partinya akan menyokong Rajasa, yang dijangka diumumkan sebagai calon presiden dalam kongres partinya, bulan depan.
Max Sopacua, naib pengerusi Parti Demokrat, mengakui perkahwinan itu mungkin memberi laluan untuk kedua-dua parti bertindak menyokong Rajasa sebagai presiden, namun menolak teori ‘pakatan cinta.’
“Mengapa mencampurkan cinta dan politik?” katanya kepada Jakarta Globe. “Pasangan tidak jatuh cinta kerana parti politik. Mereka lakukannya kerana tarikan antara dua hati. Ini adalah satu kebetulan dan idea gabungan hanyalah anggapan awam.”
Pakar politik Indonesia, Greg Fealy, berpendapat perkahwinan itu akan ‘mendalamkan’ hubungan Rajasa dengan Susilo.
“Saya tidak mahu kata ia bukan percintaan sebenar namun kedua-dua parti sedar kemungkinan permainan politik,” kata Fealy dari Universiti Nasional Australia.
SUMBER: BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
Labels:
Jiwang,
Pengetahuan Am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment