Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Thursday, November 3, 2011
Buku Haji oleh Dr. Ali Shariati
Buku ini adalah salah satu buku yang sangat memberi kesan kepada saya. Saya baca buku terjemahan bahasa Indonesia (Haji) di perpustakaan di universiti. Saya masih ingat saya selesai membaca buku ini dalam masa berapa jam sahaja, sementara menunggu antara kuliah.
Buku Haji atau The Hajj dalam versi English telah memberikan satu perspektif baru kepada saya mengenai Haji. Dr Ali Shariati adalah seorang cendekiawan Islam yang terkenal di seluruh dunia. Lahir dan besar di Iran, lulusan doktor falsafah dari Universiti Paris. Pandangan sosiologi moden dan falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh Maulana Rumi dan Muhammad Iqbal. Beliau mati dibunuh dalam tahun 1977, sejurus sebelum berlakunya Revolusi Islam, Iran.(Untuk maklumat lanjut lihat wikipedia).
Tulisan Ali Shariati banyak membuka pemikiran saya tentang betapa dinamiknya agama Islam. Ali Shariati menegur golongan cendekiawan Islam, intelektual dan alim ulama' yang cuba mengasingkan diri dari masyarakat. Intelektual yang sebenar ialah mereka yang hidup dan mati di tengah masyarakat, mendidik dan membimbing mereka ke arah yang benar. Intelektual yang berbahasa rakyat, dan menggunakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan ilmu dan dakwah, bukan menggunakan istilah akademik yang dia sendiri pun tak faham. Intelektual yang bergelumang dengan susah payah rakyat bukan bersembunyi di balik tembok mahligai gading. Beliau telah mempopularkan istilah raushan-fikr bagi intelektual yang sebegini.
Buku ini berlainan dengan buku lain mengenai ibadah Haji. Ali Shariati cuba menghuraikan falsafah di sebalik ibadah Haji. Ternyata, ibadah Haji bukan sekadar satu ritual. Banyak falsafah yang terkandung di sebalik ibadah itu. Haji adalah lambang kesatuan Ummah, lambang kerendahan diri dan ketinggian Iman.
Haji bagi Shariati bagaikan sebuah drama. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Hajar dan Syaitan sebagai karakter utama. Lokasinya adalah Masjidil Haram, Arafah, Mahsyar dan Mina. Ka'bah, Safa, Marwah dan ritual Haji sebagai simbol. Ihram sebagi kostum utama.
Pelakon utama dalam drama in menurut Shariati, adalah kita, dan hanya kita, iaitu setiap seorang yang mengerjakan haji.
Ritual melontar juga membawa falsafah yang mendalam, menurut Shariati. Ianya adalah simbolik menolak dan memusnahkan 3 jenis berhala dunia iaitu Fir'aun (lambang kezaliman dan penindasan) Bal'am (lambang hipokrasi) dan Qarun (lambang kapitalism). Ibadah Melontar bagi Shariati adalah lambang perjuangan berterusan untuk membenteras kezaliman dan penindasan, hipokrasi dan kapitalis yang menindas.
Haji menurut Dr Shariati, " is a show of creation, a show of history, a show of unity, a show of the Islamic ideology and a show of the Ummah."
Belilah buku ini di ibtbooks.com
Selamat Menyambut Hari Raya Haji 1432H
IKLAN
Video kuliah Tanyalah Ustaz TV9 disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari Bin Mat Jahaya yang berkelulusan B.A dalam bidang pengajian hadis di Universiti Islam Madinah dan sarjana Shari'ah (M.A) daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah (Ph.D) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment