Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Friday, February 13, 2009
Khurafat..............
Gambar Patrick Lim yang disembah seperti Sultan Terengganu ini diambil dari posting Sheih bertajuk "Mari derhaka".
Orang tanya saya, awat hang tak suruh Pemuda Umno berdemonstrasi menentang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja)? Pindaan itulah yang mewujudkan mahkamah khas kepada raja-raja Melayu yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai ketua hakim mahkamah tinggi dan dua yang lain yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri dari mereka yang masih atau pernah menjadi hakim mahkamah agung atau mahkamah tinggi.
Hasil pindaan itu, mahkamah khas yang diwujudkan itu baru-baru ini membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) di mana mahkamah tersebut memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.
Pindaan turut disokong di dalam undian di dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ramai menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih berkhidmat sehingga hari ini.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, Karpal Singh (yang gian menyaman Sultan Perak) tidak akan mendapat laluan jika para pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu.
"Adalah kelakar jika orang yang hendak menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja yang dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan tidak dimarahi," katanya.
Awat hang tak cabar Pemuda Umno berdemonstrasi menentang pindaan itu?!
Tak, aku tak akan suruh. Aku pun sokong pindaan itu. Tidak ada pemimpin Melayu yang berani mengajar raja-raja Melayu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau ada, saya mohon maaf. Tetapi, saya tak ingat.
Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Bakar juga hero. Tetapi keperwiraannya tidaklah sehebat Dr Mahathir.
Saya akan tetap kenang jasa Dr Mahathir dalam perkara itu sampai bila-bila. Saya akan hebohkan kepada anak cucu saya jasa Dr Mahathir mengajar raja-raja Melayu itu. Saya juga akan hebohkan ada orang yang gatal buat kenyataan berikut:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk perjuangkan dan mengembalikan kedaulatan institusi diraja berpaksikan sistem Raja Berpelembagaan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata 'kontrak bersama' yang ditandatangani komponen Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menjelaskan mengenai komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu.
"Malahan kita bersedia untuk mengembalikan kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan.
"Kita juga akan memberikan komitmen mengenai kedudukan istimewa bangsa Melayu, Bahasa Malaysia dan agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini. (mStar Online)
Saya tak nak la guna ayat-ayat brutal sebab saya tak sampai nak buat gitu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Saya yakin, dia tak akan cakap gitu kalau orang tak suruh. Orang yang suruh tu pulak, apa pun strateginya, saya anggap strategi yang melibatkan kerja bodoh mengembalikan imuniti raja-raja Melayu sebagai strategi gatal yang gila.
Aku tergelak terguling-guling bila Sivarasa Rasiah pun sokong!!!! Alahai lidah tak bertulang!
Ada juga orang tanya kat saya. Adakah hang nak ikut Hang Jebat? Ciss! Aku tak akan kotorkan diri aku dengan khurafat Hang Jebat dan Hang Tuah itu. Aku dah ludah semua cerita-cerita khurafat tu berpuluh-puluh tahun dahulu.
Dalam posting bertajuk "Demonstrasi Pemuda Umno pertahan Nabi Muhammad," Aljibra menghantar petikan cerita khurafat yang telah saya syaitankan (bukan setakat ludah sahaja) sejak berpuluh-puluh tahun dahulu:
“Maka titah Sri Tri Buana, “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (Maka) anak cucu hamba pun mengubahkan dia.” Maka titah Sri Tri Buana, “Baiklah, kabullah hamba akan wadad itu.
“Maka keduanya bersumpah-sumpahlah, barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah Subhanahu Wa Taala bumbungan rumahnya ke bawah. Kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah Subhanahu Wa Taala kepada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata jahat.” (Sejarah Melayu)
Khurafat! Khurafat semua tu! Saya beriman kepada Allah s.w.t. dan semua perintah-Nya sahaja.
Lampiran:
Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini membenarkan jurufoto dan jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap Tuanku Jaafar.
Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Jaafar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu...
Labels:
Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment