Ditulis oleh: Saiful Ramli
Dakwah itu bukan untuk dijenamakan. Istilah “program dakwah” atau “program tarbiyah” dan lain-lain tidak sepatutnya wujud, kerana keberlangsungan dakwah itu meresapi dan terus menerus dalam setiap aktiviti manusia. Di mana ada program motivasi, itulah dakwah. Di mana ada kursus kepimpinan, itulah dakwah, di mana ada kem solat, itulah dakwah. Tidak perlu dicop sesuatu program dengan ‘cop halal’ dakwah.
Pemisahan antara agama dengan kehidupan iaitu secularism bukanlah semata terletak kepada membakulkan agama dan menjunjung kehidupan, namun menginstitusikan dan menjenamakan agama juga satu bentuk sekularisma. Kita kata Islam ada dalam semua urusan, tetapi kitalah yang memisahkan Islam dan hanya meletakkannya di tempat-tempat tertentu sahaja. “oh program tu program tarbiyah, program ni bukan tarbiyah. yang kita anjur ni sahaja tarbiyah, yang itu bukan”
Saya ambil contoh, slot rancangan di televisyen. Sering dibeza-bezakan, “rancangan agama” dengan rancangan-rancangan lain seperti gameshow, drama, filem, berita. Jika keberlangsungan dakwah itu berjalan terus menerus dan benar-benar meresapi, kita akan dapati semua program-program itu juga turut merupakan program dakwah.
Justeru itu dakwah Islamiyyah itu bukanlah dengan memperbanyakkan rancangan-rancangan agama di televisyen dan meng-banned terus segala rancangan lain, tidak, tidak. Sebaliknya dakwah Islamiyyah itu meresapi ke dalam rancangan-rancangan tersebut dan menyuburkan nilai-nilai universal Islam padanya. Dakwah Islamiyyah itu bersifat inside out,inclusive, bukannya exclusive atau “kita-kita aje“.
Rasulullah SAW, antara insan yang saya kagumi tidak menjenamakan atau menginstitusikan Islam, sebaliknya baginda membawa ruh Islam dalam setiap urusan kehidupan. Ketika musafir, ada ruh Islamnya. Ketika di pasar, ada ruh Islamnya. Ketika berperang, ada ruh Islamnya hatta ketika di kebun kurma ada ruh Islamnya. Tidak perlu baginda menganjurkan program tertentu atau kem tertentu atau daurah tertentu untuk para sahabat lalu menamakannya programtarbiyyah atau program dakwah dan etc.
Maka disini saya tegaskan bahawa fenomena ini akan mencetuskan neo-secularism yakni sekularisma yang baru.
Demi Allah, Rasul-Nya Muhammad bin Abdullah adalah contoh yang terbaik!
No comments:
Post a Comment