Labels

Monday, June 3, 2013

Erdogan dan kebangkitan rakyat Turki

Erdogan telah banyak membuat pembaharuan dalam ekonomi di Turki sehingga menjadikan Turki antara negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi terpesat di Eropah walaupun terpalit dengan krisis ekonomi. 

Beliau kekal sebagai ahli politik paling popular di negara itu setelah memenangi jawatan Perdana Menteri buat penggal ketiga berturut-turut. Namun sesebuah kerajaan tidak dapat memenuhi setiap citarasa rakyatnya. 

Para pengkritik erdogan yang kebanyakkannya dari parti pembangkang menganggap beliau sebagai autokratik yang cuba mencampur-adukkan agama dalam kehidupan peribadi di republik sekular itu. dan ada yang menuduhnya berkelakuan seperti sultan moden. 

Sekatan ke atas jualan alkohol bermulanya detik bantahan rakyat. Terbaru bantahan terhadap pembinaan bangunan untuk menggantikan Gezi Park. Pihak pemerintah berhasrat menubuhkan replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang pernah menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniyyah satu masa lalu. Bangunan tersebut telah dirobohkan pada 1940 oleh parti pemerintah aliran Kemalism pada masa itu iaitu Cumhuriyet Halk Partisi (CHP) – Republican People’s Party (RPP). Replika yang akan dibina tersebut akan menjadi sebuah pusat niaga. Namun bantahan timbul oleh segelintir rakyat karena pembinaan bangunan itu akan menghapuskan sebuah taman, lalu protes aman berlaku. 

Kekasaran pihak berkuasa menjadikan protes yang asalnya berlangsung aman bertukar agresif. Beribu-ribu demonstran mula memenuhi Taksim Square dan demonstrasi-demonstrasi turut berlangsung di tempat-tempat lain di Turki. Presiden Turki, Abdullah Gul telah memberi respon bahawa sepatutnya rakyat diizinkan untuk menyuarakan pandangan mereka dan layanan pihak polis tidak sepatutnya. 

Adakah tindakan itu gopoh bak kata seorang YB.

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...


Mungkin tulisan saya ini dapat memberikan sedikit infor kepada anda, bertajuk :

Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html