Labels

Thursday, July 31, 2008

Azizah kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh
















Jimadie Shah Othman | Jul 31, 08 3:18pm


kemaskini 7:50pm: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

"Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin," kata presiden PKR.

"Keputusan itu adalah yang terbaik buat Malaysia," tambahnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Anwar, yang turut sama dalam sidang media itu, berkata Pandikar Amin akan memberikan jawapan Isnin depan kerana sekarang berada di Sabah.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".

Wan Azizah menjadi wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Ditanya tindakan beliau meletakkan jawatan menyebabkan hilangnya seorang pemimpin wanita dalam Pakatan, Wan Azizah berkata:

"(Pemimpin wanita) yang lain akan datang. (Kehilangan) ini hanyalah untuk jangka masa yang pendek. Saya rasa, saya boleh menyumbang (tenaga) dalam bentuk yang lain."

Wan Azizah positif terhadap kemampuan suaminya menghadapi pilihanraya kecil akan datang walaupun sedar segala kekuatan pihak lawan akan ditumpukan ke kawasan parlimen itu.

"Saya mengalu-alukan segala pembangunan yang akan datang. Sudah dua penggal saya di sana, Tetapi kita mesti menghadapinya. Saya percaya rakyat di permatang Pauh lebih berminat pada Anwar. Anwar pernah (berkhidmat) di sana sebelum ini," katanya.

Reaksi Anwar

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa.

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

"Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar berkata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Menurutnya lagi, tokoh utama DAP Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menghadiri sidang akhbar tersebut sebagai menyatakan sokongannya.

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

"Sebelum ini saya berhasrat bertanding di Kulim-Bandar Baharu, tetapi setelah melihat kerenah pentadbiran dan undang-undang, petisyen yang sedang berlangsung, kami tidak jangka akan selesai dalam masa terdekat," katanya.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah melepaskan kerusi parlimennya, Anwar berkata, ia akan dimaklumkan minggu depan.

Beliau berkata, perkata itu akan dibincangkan dengan dua lagi parti dalam Pakatan.

Ditanya sama ada pilihan itu dibuat kerana Permatang Pauh merupakan kawasan yang paling selamat untuknya, secara berseloroh beliau berkata "semua kerusi agak selamat" untuknya.

Diminta memberikan ulasan jika bekas setiausaha politiknya Mohamad Ezam Mohd Nor bertanding atas tiket BN di kerusi parlimen itu, Anwar hanya menjawab: "Itu keputusan Umno."

Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.

Beliau berkata, sasarannnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September depan seperti yang disebut-sebut beliau "masih seperti dijadualkan".

http://www.malaysiakini.com/news/87048

Kenyataan Media Wan Azizah Mengenai Kerusi Parlimen Permatang Pauh

31 Julai 2008
http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/654/1/

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama
lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.

Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.


DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ketua Pembangkang Malaysia
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Kematangan ahli, pimpinan PAS dituntut hadapi isu muzakarah










Posted on Wednesday, July 30 @ 19:11:55

Kepada generasi baru PAS, isu-isu mutakhir berkaitan dengan muzakarah dan muqabalah ini seakan-akan membawa satu tsunami politik kepada parti tersebut. Kelihatannya saf kepimpinan PAS pusat sendiri seolah-olah tiada kesepakatan berkaitan dengan perbincangan dan pertemuan dengan UMNO tersebut. Paling akhir, Ketua Penerangan PAS Pusat saudara Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Saudara Hanifah Maidin telah bertindak agak agresif menyalahkan individu tertentu dalam kepimpinan tertinggi PAS yang dikatakan tidak telus dalam berterus-terang. Sebelum inipun telah ada polemik yang tersembunyi atau terserlah di kalangan saf pimpinan PAS pusat tentang isu tersebut.


Sekiranya di peringkat saf kepimpinan PAS pusatpun telah wujud kegelisahan, betapa pula saf kepimpinan PAS di peringkat akar-umbi. Rata-rata di kalangan mereka begitu gelisah untuk melihat perkembangan seterusnya, adakah kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan UMNO atau terus bersama Pakatan Rakyat (PR). Ahli-ahli di peringkat akar umbi sememangnya gelisah untuk bersatu dengan UMNO kerana merekalah pada hakikatnya berhadapan dengan UMNO sejak lebih 50 tahun yang lalu. Setelah beberapa dekad bersinsing lengan dengan akar-umbi UMNO, tiba-tiba wujud kemungkinan PAS dan UMNO akan bekerjasama. Faktor inilah yang menyebabkan kegelisahan saf kepimpinan PAS di peringkat akar-umbi.

Selain daripada faktor pertama berkaitan dengan hubungan yang tidak harmoni dengan UMNO di peringkat akar-umbi, PAS juga tidak mungkin boleh menerima UMNO yang penuh dengan sejarah busuk dan hanyir. Sejak mencapai kemerdekaan UMNO yang menerajui kepimpinan negara telah terpalit dengan amalan-amalan yang tidak demokratik, menindas rakyat, menzalimi seteru politik, korupsi, nepotisme dan lain-lain lagi. Manakala PAS secara konsisten mengkritik UMNO disebabkan amalan-amalan tersebut atas dasar mencegah kemunkaran. Setelah lebih 50 tahun jatuh-bangun berhadapan dengan UMNO yang melakukan dosa-dosa ini, amatlah sukar bagi ahli-ahli PAS bersekongkol dengan mereka.

Faktor ketiga yang menyebabkan ahli-ahli PAS gelisah ialah kebimbangan terhadap tuduhan PAS sebagai pengkhianat dalam PR. Keputusan PRU yang lalu jelas menunjukkan PAS mendapat undi yang begitu besar dari kalangan bukan Islam. Kepercayaan yang ditunjukkan melalui kertas undi oleh masyarakat bukan Islam ini merupakan satu lembaran baru kepada dakwah PAS. Sepatutnya kesempatan yang ada ini digunakan sebaik mungkin untuk melebarkan dakwah kepada mereka, antaranya dengan menunjukkan kesetiaan kepada PR. Malah sepanjang sejarah PAS tidak pernah berkhianat dalam berkerjasama dengan parti lain.

Ketiga-tiga faktor inilah yang menyukarkan ahli-ahli PAS dan saf kepimpinan PAS di peringkat akar-umbi untuk bekerjasama dengan UMNO. Bagi beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sepeti Mahfuz dan Hanifah, mereka berhasrat menyuarakan suara akar-umbi PAS yang begitu gelisah dengan tindakan-tindakan beberapa pimpinan di peringkat kepimpinan tertinggi PAS. Salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Nasharuddin, Timbalan Presiden, yang selalu di anggap sebagai golongan elit dalam PAS yang tidak begitu turun ke peringkat akar-umbi. Beliau juga sering dianggap sebagai lebih mesra dengan golongan kelas elit dalam masyarakat sesuai dengan 'life-style' nya.

Situasi yang berlaku hari ini sebenarnya bukanlah satu fenomena baru dalam PAS, sebaliknya telah berlaku berulang-ulang kali. Kegelisahan di peringkat akar-umbi terhadap keputusan kepimpinan PAS paling ketara pernah berlaku ketika PAS menyertai UMNO dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional (BN) pada tahun 1970-an. Penyertaan PAS ini telah mendapat banyak tentangan di peringkat akar-umbi, malah terdapat juga pimpinan-pimpinan PAS yang meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar daripada PAS. Sebahagian daripada mereka tawaquf (tidak lagi aktif) walaupun masih menjadi ahli. Kesemua mereka hanya kembali kepada sediakala apabila PAS disingkirkan oleh BN.

Ketika PAS berura-ura untuk berkerjasama dengan Parti Semangat 46 (S46), sekali lagi berlaku kegelisahan di peringkat akar-umbi khususnya di Kelantan. Hasil daripada kegelisahan tersebut, lahirlah golongan yang menggelar diri mereka sebagai Islah, yang kebanyakan mereka terdiri daripada golongan ulama. Mereka telah mengambil sikap untuk menentang PAS dalam PRU tahun 1990. Akhirnya golongan inilah pula bersekongkol dengan UMNO yang pernah ditohmahkan dengan label yang tidak sanggup didengar oleh telinga. Bagaimanapun situasi ini agak lebih ringan kerana Parti Semangat 46 tidak dilihat sebagai UMNO dan mereka sanggup menerima Islam sebagai al-Din.

Yang paling terakhir ialah pada tahun 1998, ketika almarhum Ustaz Fadzil mengambil pendirian untuk menziarahi Anwar Ibrahim ketika beliau di ambang kejatuhan. Tindakan almarhum tidak begitu disenangi oleh beberapa pimpinan PAS dan mewujudkan kegelisahan di peringkat akar-umbi.

Mujurlah, selepas itu berlaku pemecatan Anwar yang seterusnya menyatukan kaum Melayu sehingga tidak memungkinkan kegelisahan dalam PAS itu terus berkembang. Pimpinan PAS dan ahli-ahli yang gelisah sebelum itupun turut sama bersimpati dengan Anwar, lalu membenarkan tindakan almarhum yang dibuat atas kebijakan politiknya sendiri. Sekiranya episod reformasi tidak berlaku kemungkinan sejarah 1990 akan turut berulang.

Sebenarnya banyak lagi episod-episod seumpama ini berlaku dalam PAS semenjak daripada almarhum Ustaz Ahmad Fuad sehinggalah hari ini. Kesemua ini berlaku atas dasar kecintaan semua pimpinan dan ahli kepada dasar perjuangan PAS untuk meninggikan kalimah Allah swt.

Oleh sebab itu, isu muzakarah atau muqabalah ini tidaklah begitu besar sekiranya dibandingkan dengan beberapa peristiwa yang pernah berlaku dalam PAS. Yang penting ialah kesetiaan ahli kepada PAS sebagai wadah menegakkan Islam di samping keterbukaan mereka terhadap kebijakan politik yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi. Mereka perlu memberi kepercayaan kepada pimpinan yang mereka lantik sendiri melalui forum yang sah dalam parti.

Setiap kepimpinan yang bersilih-ganti mempunyai kebijakan politik mereka masing-masing. Almarhum Ustaz Fadzil yang begitu dikagumi dari segi kebijakan politiknya, turut mendapat kritikan hebat khususnya di awal-awal beliau menerajui PAS. Ketika itu usia kepimpinan beliau masih terlalu muda ketika keputusan di buat untuk bergabung dengan S46.

Jika dibandingkan usia kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi hari inipun yang baru menjangkau enam tahun, masih terlalu awal untuk kita menilai kebijakan politik beliau. Demikian jugalah dengan Ustaz Nasharuddin yang baru menjangkau empat tahun menjawat Timbalan Presiden, sudah tentu memerlukan kematangan yang lebih dalam usianya yang masih muda.

Dalam situasi ini, sudah pastilah yang sangat dituntut ialah kematangan politik supaya setiap tindakan pimpinan dan ahli PAS tidak membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk menghancurkan parti dan hubungan dengan PR. Sayyidina Ali ketika ditanya tentang kekalutan yang belaku dalam kepimpinan beliau menjawab: "Sewaktu Abu Bakar dan Umar memerintah, pengikut-pengikutnya seperti aku, manakala sewaktu aku memerintah, pengikut-pengikutnya adalah seperti kamu". Sekiranya ahli-ahli PAS seperti penarik beca dan lain-lain meneladani kata-kata Saiyyidina Ali ini, maka situasi yang berlaku dalam PAS tidak akan menjadi tsunami, sebaliknya hanyalah ombak besar yang terjahannya hanya sampai ke tepian pantai.

Monday, July 28, 2008

PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin (Peguam PAS)

Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen .

Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahuan langsung pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen. Presiden PAS menyatakan ianya dimaklumkan kepada beliau dan Majlis Syura Ulama’. Saya kurang faham dengan alasan ini. Setahu saya Majlis Syura akan hanya dilibatkan jika isu ini melibatkan soal hukum. Saya tidak nampak pertemuan dengan UMNO melibatkan soal hukum . Ia lebih kepada isu strategi- di bawah bidangkuasa Jawatankuasa PAS Pusat.

Tidak mengapa, saya akan bertanyakan hal ini di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat nanti.

Saya tidak pernah percaya kepada UMNO. Atas dasar itu saya menyokong PAS sejak dibangku sekolah lagi . Saya orang Johor. Saya menyokong PAS ketikamana orang di negeri saya masih memandang PAS sebagai satu parti yang begitu asing. Saya menyokong PAS kerana yakin bahawa Parti tersebut ingin mendaulatkan Islam. UMNO adalah parti yang banyak jenayahnya terhadap Islam. Kesalahan ulung UMNO adalah mencipta Islam hadhari. Presiden PAS menulis sebuah buku bagi menyerang Islam Hadhari kerana Islam Hadhari telah membawa umat Islam keliru dengan Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya.

Pilihanraya yang lepas UMNO bermatian-matian ingin merampas Kelantan- sebuah negeri yang diperintah oleh PAS . Kelantan adalah benteng terakhir untuk Islam didaulatkan di negara ini. Saya mengakui saya masih belum berpuashati dengan perlaksanaan Islam di Kelantan. Gelagat sesetengah pemimpin PAS di Kelantan amat memualkan hati saya meskipun saya adalah ahli dan pemimpin PAS. Kelantan bukan model yang terhebat di dalam mendaulatkan Islam di negara ini. Ini tidak pelik kerana berdasarkan sistem federalism yang diamalkan di negara ini kuasa Kerajaan Kelantan untuk menegakkan Islam di dalam erti kata yang sebenarnya terhalang oleh banyak halangan . Namun siapa boleh menafikan bahawa Kelantan telah banyak berusaha melaksanakan Islam yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum PAS mengambil alih pada tahun 1990.

Saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz telah berusaha keras untuk mendaulatkan Islam di Kelantan. Moga Allah merahmati beliau di atas usaha murninya itu.
Atas dasar itu saya sama sekali tidak boleh menerima tindakan UMNO yang bermatian-matian ingin merampas Kelantan dari PAS. Sahabat saya Y.B Salahudin menyatakan kepada saya semasa tempoh kempen pilihanraya yang lalu, beliau dapat meraskan betapa cemasnya pemimpin PAS dengan serangan hebat UMNO yang ingin merampas balik Kelantan.

Bagaimanapun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Hasrat dan niat jahat UMNO ingin merampas Kelantan menyaksikan Kerajaan PAS kekal dengan selesa di Kelantan sebaliknya lima buah negeri yang diperintah oleh BN/UMNO sebelum pilihanraya yang lepas dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Saya juga tidak akan lupa betapa jahatnya UMNO menggunakan taktik paling kotor untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Trengganu. Rakyat Trengganu yang menyokong PAS didera dengan hebat seperti menarik balik royalti petroleum. Menteri Besar Trengganu yang sekarang ini dan UMNO Trengganu juga tidak pernah bersuara menentang tindakan zalim UMNO Pusat menarik balik royalti petroleum. Kini lepas Mahathir tidak berkuasa baru mula berani bercakap. Saya tidak hormati langsung Menteri Besar seperti ini. Apabila Pemimpin Pas Trengganu berjumpa beliau baru-baru ini ianya amat memualkan saya.

Telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO/BN. Meskipun media tajaan UMNO tidak henti henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau/ekstrem dan pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah menjadi calon PAS yang menang dengan manjoriti yang paling besar . Meskipun saya kalah di Tangjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya.

Sokongan kaum non muslim kepada PAS Alhamdulillah berterusan selepas pilihanraya. Di Puchong telah ada penyokong PAS dari kaum India yang telah memeluk Islam. Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ada kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS. Calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor saudari Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS. Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik UMNO. UMNO mencanangkan dan memainkan gendang muzakarah. PAS yang kita tahu dipimpin oleh orang-orang yang baik malangnya termakan dengan umpan jahat dan busuk UMNO. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja baik dan digelar al-amin Baginda juga mempunyai sifat fathonah ( bijaksana ). Di dalam politik fathonah amat berguna.

Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihanraya lalu kami menolak politik perkauman UMNO dan tertarik dengan mesej PAS iaitu “PAS FOR ALL” yang sesuai dengan sifat Islam yang universal. Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan UMNO. Hanya beberapa bulan pilihanraya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati UMNO semula. UMNO yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS.

Ini keluhan yang serius. Pemimpin PAS khususnya Presiden dan Timbalannya harus peka dengan keluhan ini . Meringankan hal ini “is at our own peril”

Ya, Pakatan Rakyat adalah satu Pakatan yang longgar. Banyak kelemahan di sana sini. KEADILAN ada kelemahannya. DAP ada kelemahannya. PAS juga ada kelemahannya. Tetapi di sana ketiga-tiga Parti tersebut ada kekuatan yang dikongsi bersama. Kekuatannya adalah ketiga-tiga benci dan menentang kezaliman yang UMNO lakukan. Ketiga-tiganya bencikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga-tiganya mejuarai isu rakyat Ketiga-tiganya sedang berusaha keras ingin menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang dinyatakan di dalam manifesto mereka. Kekuatan inilah yang akan melahirkan satu ledakan yang kuat yang akan menghancurkan UMNO pada masa pilihanraya umum yang akan datang.

Saya tidak pasti orang bukan Islam, Parti KEADILAN dan DAP akan terus mempercayai PAS selepas ini. Saya harap mereka masih percaya. Tapi secara realistik saya yakin mereka ,kalau pun tidak hilang kepercayaan kepada PAS , tetap kurang percaya kepada PAS.

Kalau mereka hilang kepercayaan kepada PAS saya berani mengatakan ianya akibat percaturan salah sesetengah pemimpin PAS dan PAS terpaksa membayar harga yang mahal terhadap percaturan salah tersebut.

Adakah PAS boleh dianggap mengkhianati sokongan orang bukan Islam ? Hanya masa yang menentukan !!!


http://peguampas.blogspot.com/2008/07/pas-mungkin-akan-sukar-dipercayai-lagi.html

Pas beri amaran DAP jangan campuri urusan parti








27 Julai 2008,ALOR STAR: Pas hari ini memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan parti itu sambil menegaskan bahawa ia berhak untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang diingininya, termasuk Umno.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Pas sama sekali tidak rela untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam perjuangannya dan ekoran itu DAP yang menjadi sekutunya dalam Pakatan Rakyat tiada hak untuk menghalang atau menentukan tindak tanduk Pas.

“Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya lalu, bukan gabungan macam BN.



“Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan Pas berikutan tindakannya mengadakan rundingan dengan Umno demi perpaduan Melayu.

Semalam, Karpal menganggap tindakan Pas itu sebagai tidak ikhlas kerana ia mengundang keraguan tentang kredibiliti parti itu dalam Pakatan Rakyat dan oleh itu keanggotaan Pas perlu dikaji semula.

Kenyataan terbaru Karpal itu dilihat sebagai tanda perpecahan mula ketara dalam pakatan parti pembangkang itu.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Karpal tidak berhak untuk mempertikai sebarang tindakan yang diambil Pas atau meminta Pas merujuk dahulu kepada DAP atau Pakatan Rakyat jika ingin berbincang dengan Umno.

“Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan Umno. Pas sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut),” katanya. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080728193213/Article/index_html

Sunday, July 27, 2008

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

Ditulis oleh taminsari
Julai 26th, 2008


Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan perjuangan penubuhan negara Islam. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.

Pas langsung tidak merasa bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi halal .

Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.

Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang Melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka.

Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini.

Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “abang besar”. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah.

Memanglah benar Pas hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “Pak Turut”, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP.

PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan Pas.

Takutkah Pas kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T.

Di manakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.

Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam Pas tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada Pas. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan Pas tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam.

Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate di mana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke Ketuanan Rakyat.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas.

Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam di bumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam.

Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi di manakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Di mana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah ke pangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Taminsari
http://pembelamelayu.com/?p=478

Shah Alam

Nostalgia Dikenang, Masa Depan Dipandang



Posted on Jul 27, 2008
S.S Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kata para sarjana: “tiada perbalahan dalam istilah selagi maksudnya betulnya”. Apa yang penting ia membuahkan kesan yang positif untuk masa depan umat Islam khususnya dan negara umumnya.

Jam sudah 3.00 petang. Biasanya saya menulis ruangan ini pada pagi Sabtu sehari sebelum rencana ini disiarkan. Hari ini agak lewat. Hanya beberapa jam untuk diserahkan. Saya masih berfikir tentang perundingan UMNO-PAS yang agak panas diperkatakan dimedia.

Saya tidak kisah samada hendak dipilih perkataan muzakarah, atau muqabalah atau hiwar, atau munaqasah, atau musyawarah atau apa sahaja. Selagi tidak menunjuk petanda yang negatif, pilihlah. Walaupun jika saya diberikan peluang memilih, mungkin saya memilih perkataan musyawarah yang berasal daripada syura. Ini kerana ia disebut dalam al-Quran. Namun itu tidak penting.

Kata para sarjana: “tiada perbalahan dalam istilah selagi maksudnya betulnya”. Apa yang penting ia membuahkan kesan yang positif untuk masa depan umat Islam khususnya dan negara umumnya. Jika kuasa-kuasa dunia yang berbagai; Amerika, Eropah, Rusia dan selain mereka boleh duduk semeja –sekalipun berbeza aliran- untuk menentukan masa depan umat Islam dan negara-negara Arab, mengapa pula kita tidak mampu?

Jika mereka yang mempunyai hasrat buruk untuk melanyak Umat Islam sanggup melupai perbezaan antara mereka, apakah kita umat Islam tidak dapat melupai perbezaan antara kita buat seketika demi memastikan masa depan umat Islam dalam negara ini selamat dan terjamin?!. Saya yakin pemimpin-pemimpin kedua parti lebih tangkas dan tulus dalam memikirkan hal ini.

Kita tahu ada pihak yang mula gusar dan mencemburui pertemuan antara dua parti tersebut. Justeru, saya kembali membelek-belek catatan sejarah yang mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri dalam Peperangan Jamal. Peperangan yang disebabkan oleh peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Peperangan yang setiap kali kita mengenangnya, kita akan mengalirkan airmata kekesalan. Cuma kisah bukan Syiah yang hidup dalam nostalgia lama dan enggan keluar daripadanya.

Kita bersedih atas Peperangan Jamal kerana menyebabkan dua pasukan tokoh agung umat iaitu Saidina ‘Ali r.a. dan Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah r.a. bertempur antara satu sama lain. Ia telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris disebabkan peristiwa yang tidak pernah mereka ingini itu.

Dalam peperangan tersebut juga, dua tokoh besar sahabah yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. dan al-Zubair ibn al-Awwam r.a. berada di pihak ‘Aishah r.ha. Sebelum trajedi yang mengheret peperangan itu berlaku Saidina `Ali telah menghantar wakilnya al-Qa’qa’ bin `Amr bertemu dengan `Aishah dan bertanya tujuan kedatangannya.

Kata al-Qa’qa’: “Wahai ibu! Apakah yang menyebabkan engkau hadir ke sini?”. Jawab `Aisyah: “Wahai anakku! Kerana inginkan perdamaian di kalangan manusia”. Lalu al-Qa’qa’ meminta Talhah dan Zubair hadir, lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya Ummul Mukminin tentang tujuan kedatangannya, beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk perdamaian antara manusia”.

Jawab Talhah dan Zubair: “Kami juga demikian”. Kata al-Qa’qa’: “Beritahulah aku apakah cara perdamaian itu dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Demi Allah! Sekiranya kami dapat menerimanya, kita akan melaksanakannya. Jika kami tidak dapat menerima, kami tidak akan mengadakannya?”.

Jawab Talhah dan Zubair: “Membunuh balas pembunuh `Uthman, jika ini tidak dilaksanakan bererti kamu telah mengabaikan al-Quran”. Jawab al-Qa’qa’: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh `Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Sepertimana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada `Uthman di Basrah iaitu Harqud bin Zuhair disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah `Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”.

Hasil dari perbincangan ini, akhirnya `Aishah, Zubair, Talhah dan semua para pengikut mereka setuju untuk memberikan janji setia kepada `Ali dan bersetuju menyerahkan tugas mengambil tindakan terhadap pembunuh `Uthman kepadanya apabila keadaan mengizinkan. `Aisyah r.a pun menghantar wakilnya menemui `Ali r.a. dan memberitahu tujuan mereka ialah untuk berdamai. Kedua-dua golongan begitu gembira dengan keputusan ini.

`Ali bangun berkhutbah di hadapan tenteranya, mengingatkan mereka bagaimana Islam menyatupadukan penganutnya dan bagaimana Allah telah menghimpunkan mereka selapas kewafatan Nabi s.a.w di bawah pemerintahan Abu Bakar kemudian `Umar dan kemudiannya `Uthman. Selepas itu berlakulah apa yang berlaku disebabkan golongan yang mencari kepentingan dunia dan dengkian nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya.

Seterusnya `Ali menegaskan: “Besok aku akan pergi berjumpa `Aishah dan mereka yang bersamanya untuk berdamai, kamu semua akan mengikutiku. Namun jangan ada seorang pun yang terlibat membantu pembunuhan `Uthman turut bersamaku”. Apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut.

Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai di atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka. Lalu ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar diambil tindakan terhadap `Ali seperti yang mereka telah lakukan terhadap `Uthman iaitu membunuhnya.

Cadangan ini dibantah oleh kepala penghasut mereka iaitu `Abdullah bin Saba’ sambil berkata: “Buruk sungguh pandangan tersebut, kalau kita membunuhnya kita juga akan dibunuh. Wahai para pembunuh `Uthman! Jumlah kita hanyalah dua ribu lima ratus orang, sedangkan para pengikut Talhah dan Zubair berjumlah lima ribu orang, kita tidak ada kemampuan menghadapinya dan mereka itu mahukan kita”. Mereka terus berbincang, akhirnya `Abdullah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan terlebih dahulu supaya peperangan tetap tercetus.

Maka pada malamnya, tentera di kedua-dua belah pihak tidur dengan hati yang senang dan puas di atas keputusan yang mereka perolehi. Sebaliknya para pengkhianat yang bimbangkan kesatuan umat Islam pula tidur dengan penuh kerisauan dan keresahan. Seperti yang dirancang, sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji.

Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak `Ali.

(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/248-249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya bimbang di zaman ini masih ada kelompok Abdullah bin Saba yang bimbangkan perdamaian antara sesama umat Islam. Bahkan beberapa tokoh politik bukan musuh dengan jelas mempertikaikan hasrat murni tersebut. Malang lagi, terdapat juga di kalangan umat Islam mempertikaikannya sekalipun pemimpin kedua-dua pihak secara jelas telah bersetuju. Mereka ini akan berusaha sedaya mungkin agar tidak akan lahirnya perdamaian antara umat ini.

Walaupun parti-parti politik yang ada itu tidaklah boleh untuk disamakan dengan keimanan, kejujuran dan kesolehan ‘Ali, ‘Aishah, al-Zubair dan Talhah, tetapi pengajaran peristiwa boleh diambil. Jika mereka yang begitu hebat, dapat dikeliru oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya sehingga tergamam yang membawa kepada peperangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang membantu kita agar lebih berhati-hati. Moga kita tidak ulangi kesilapan mereka.

Setakat ini para pemimpin utama kedua parti politik tersebut telah menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab yang patut dipuji. Cuma kita bimbang mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, atau yang setia di belakang musuh merancang agar digagalkan hasrat untuk kedua parti ini untuk duduk berbincang dan merancang tentang masa depan umat. Mereka ini nanti akan menimbulkan berbagai kerenah supaya hasil yang positif itu tidak direalisasikan.

Jika boleh mungkin mereka akan mencetuskan sesuatu kejadian akan pertempuran sengit isu akan tercetus dan hasrat murni akan terbatal. Inilah strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikut. Terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara ‘Ali dengan ‘Aishah. Harapan kita, agar genetik ‘Abdullah bin Saba pada zaman ini, tidak akan memperak-perandakan kita sekali lagi.

Ya memang benar, rekod pertarungan politik antara UMNO dan PAS ini bukan sedikit. Entah berapa banyak keperitan yang dirasai oleh PAS dek tindakan Umno, begitu juga sebaliknya. Serang menyerang peribadi, tuduh-menuduh dan pulau-memulau telah mencemar hubungan yang sepatutnya antara kedua parti ini. Inilah hasil daripada demokrasi ala Barat yang dalam banyak keadaan meminggirkan prinsip-prinsip syura dalam Islam.

Bagi saya, ketegangan yang menghalang untuk mereka duduk semeja selama ini, bukanlah sangat soal dasar. Tetapi ia lebih menyentuh soal perasaan, persepsi dan soal hati yang terluka. Juga mungkin kerana telah terlepas cakap, atau jaga hati pengikut atau kepentingan tertentu. Buktinya UMNO boleh duduk dengan MCA, MIC dan lain-lain parti yang amat berbeza antara mereka. PAS boleh duduk dengan Semangat 46, DAP, PKR yang ternyata amat berbeza antara mereka dari segi dasarnya. Namun, apabila adanya kepentingan yang sama, semua mereka dapat duduk semeja.

Hari ini kepentingan umat Islam lebih besar dan utama untuk dihayati sebagai kepentingan bersama PAS dan UMNO. Memang banyak sejarah pahit antara kedua parti itu. Sejarah buruk semalam diambil pengajaran, bukan lagi untuk kita ulangi. Tidak juga untuk kita terus mengingatinya sehingga terpaksa hidup dalam kesedihan lalu kita tidak berupaya lagi memandang masa depan yang gemilang.

Kita bawa sejarah pahit sebagai bekalan pengajaran, untuk kita menghadapi cabaran. Melainkan jika ada penipuan secara jelas, atau mesyuarat yang ternyata tidak tunduk kepada kaedah dan peraturan, atau jelas dari awal kesannya hanya keburukan untuk umat, maka tentu tidak wajar diteruskan.

Namun, telah ternyata umat di kala ini amat memerlukan kesefahaman antara mereka dalam saat yang sebegini untuk kepentingan semua, yang termasuk dalamnya kedua parti itu sendiri. Maka mereka mesti menelan jika ada kepahitan pun demi masa depan yang lebih baik.

Parti-parti ini mesti jadi seperti seorang ibu yang sanggup menanggup keperitan perasaan dan kesedihan silam demi masa depan anak-anaknya yang terus membesar. Kadang-kala seorang ibu terpaksa bersabar dengan kehidupan yang tidak selesa untuknya, tetapi demi hari esok yang bahagia untuk anaknya, dia telan jua.

Para pejuang juga begitu. Betapa banyak mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup, tohmahan, ejekan, makian, penghinaan, sangkaan buruk dan berbagai lagi hanya semata untuk membawa obor cahaya agar menerangi perjalanan orang lain. Hanya yang harapkan atas pengorbanan itu syurga Allah di Hari Akhirat kelak.

Para pemimpin yang ikhlas juga terpaksa menanggung perkara yang tidak disukai, demi kebaikan pengikut mereka. Allah berfirman kepada Nabi s.a.w: (maksudnya): “Maka dengan sebab rahmat daripada Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari mendampingimu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. (Surah Ali ‘Imran: ayat 69).

Dalam ayat ini jelas Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w agar janganlah kesalahan dan kesilapan pengikut baginda itu menghalang baginda untuk terus bermusyuarat dengan mereka dalam perkara-perkara yang wajar untuk diperbincangkan bersama. Begitulah sepatutnya kita semua.

Jika para pemimpin kedua-dua itu nanti berunding dan berbincang agar mereka dapat memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah, tentulah perundingan itu mendapat berkat dan rahmat. Jika ada yang berunding untuk menjaga kerusi dan pengaruh dalam politik, maka itulah nanti akan menjadi punca kegagalan. Walaupun mereka ada perbezaan dan perasaan yang tersimpan, namun memang nostalgia itu dikenang, tapi masa depan hendaklah dipandang.


(http://drmaza.com/?p=375)

Friday, July 25, 2008

GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia

Tajuk : GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia

Penulis/Penyelidik :
1) Dr Mohd Radzi Othman
2) Dr. OK Rahmat
3) Kumpulan Penyelidik, Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia

Penerbit : Universiti Sains Malaysia

Pengedar :

Kedai Buku Koperatif Berhad
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
Malaysia







Gerakan pembaharuan sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia. Gerakan Pembaharuan ini adalah satu wadah perjuangan untuk menghidupkan semula garis pemikiran dan tamadun kamu salaf yang salih dan melepaskan diri dari ikatan pemikiran tradisional. Ianya adalah satu usaha untuk memurnikan semula Islaam menurut tuntutan suci al-Quraan dan as-Sunnah menururut fahaman generasi salaf yang salih, dan membersihkannya (tashfiyah) daripada pemikiran, falsafah, amal ibadah dan angan-angan yang dimasukkan orang dari luar Islam tetapi dianggap sebagai sebahagian dari Islam. Pendokong gerakan pembaharuan ini juga dikenali sebagai Ahlus Sunnah, Kaum Muda, Wahhabi, Salafiyoon, Ansar as-Sunnah, Ittiba' as-Sunnah, Muhammadiyah, Al-Ishlah dan lain-lain lagi. Gerakan pembaharuan di Asia Tenggara ini pada peringkat awalnya banyak dipengaruhi dengan perjuangan Syaikh Muhhammad Abdul Wahhab di Arab Saudi, Syaikh Jamaluddin al-Afghani, Syaikh Muhhamad Rasyid Ridha, Syaikh Muhammad Abduh dari Mesir, Qutb-Ub-Din bin Abdul Rahim (Syah Waliyullah) dari India dan Gerakan Ikhwan al-Muslimin. Pengaruh dari negara jiran Indonesia seperti gerakan Muhammadiyah, PERSIS dan tokoh pembaharauan seperti Ust Hassan Bandung, Buya HAMKA dan lain-lain juga banyak menyumbang dalam pertumbuhan gerakan pembaharuan di Malaysia.

Kajian yang dilakukan oleh Bahagian Pengajian Islam USM ini telah memusatkan peneyelidikan mereka di Perlis kerana hanya negeri inilah yang telah menerima dasar-dasar gerakan pembaharuan ini malah ianya termaktub dalam perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis. Namun begitu pengkajian juga telah dilakukan dengan detail di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Tokoh-tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan gagasan pembaharuan di setiap negeri telah di tonjolkan dan kejayaan yang telah dicapai gerakan pembaharuan dalam bidang keagamaan, pendidikan, ekonomi dan sosial (politik) juga telah dihuraikan dengan baik. Sungguh mengkagumkan juga bahawa pendahulu kita telah berjaya menubuhkan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri seperti Madrasah Alwiah di Perlis, Sekolah Agama al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Islamiyah 'Aliyah di Negeri Sembilan, Madrasah Tarbiah ad-Diniah dan Madrasah Ansarus-Sunnah di Melaka, Berepa buah madrasah di Perak termasuk di Bukit Semanggol (Tempat lahirnya PAS) dan banyak lagi. Kebanyakkan sekolah-sekolah tersebut kini telah ditadbir oleh kerajaan dan mengikut sukatan pelajaran di Malaysia, ada juga yang telah ditutup kerana masalah kewangan dan ada juga yang hanya menjadi pusat pengajian agama secara non formal sahaja.

Buku ini telah diolah dengan baik untuk kita mengetahui jerih payah yang telah diharungi oleh pendahulu kita dalam menyebarkan da'wah salafiyah di Malaysia. Sedikit sebanyak kita juga dapat menilai semula beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh pendahulu kita yang menyebabkan terdapat tentangan yang begitu hebat dari golongan tradisional atau kaum tua. ini adalah penting agar kita dapat memperbaiki methodologi da'wah kita supaya kesialapan lama tidak berulang kembali. Di setiap negeri pasukan penyelidik USM telah menemuramah Sahibul Samahah Mufti-Mufti, ketua-ketua di Jabatan Agama, tokoh-tokoh agama setempat dari kalangan kelompok tradisional dan kaum muda. Antara yang agak menarik adalah terserlahnya nama YB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai antara tokoh gerakan pembaharuan di Kelantan. Selain dari itu, dibangkitkan juga satu dokumen penting iaitu "Perisytiharan al-Sunnah : Deklarasi Wujudnya Keluarga as Sunnah" yang telah diserahkan kepada Yang dipertuan Agong pada tahun 1982 sebagai usaha untuk memohon kepada Kerajaan Malaysia agar dapat dilaksanakan manhaj Salafiyah secara bebas di Malaysia sejajar dengan peruntukkan yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia. Namun begitu sehingga hari ini deklarasi tersebut tidak dijawab oleh pihak berwajib.

Turut disentuh dalam penyelidikan ini adalah perkara-perkara yang sering dibalahkan oleh kelompok tradisional dan kaum muda seperti Tahlil, Talqin, Marhaban, Zikir secara kuat beramai-ramai selepas solat, Niat Usolli, azan 2 kali pada hari Jumaat, Tawheed asma Wa Sifat dan lain-lain. Kemudiannya diberikan pula pendapat sebenar Imam Muhammad bin Idris as-Syafi'i Rahimahullah Ta'ala atas isu-isu tersebut.

Semoga buku ini segera dimiliki oleh semua. Setakat ini sepanjang pengetahuan saya, di Lembah Kelang buku ini boleh didapati di MPH Bookstore di Midvalley dan juga Pertubuhan al-Nidaa' (03-77106900).

Sekian Wassalaam

ABU IQBAL

SIAPA LANTIK ABDULLAH
























Oleh Dr Mahathir Mohamad

Tiap kali saya kritik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia".

Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya.


Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato Seri Abdullah.


Dato Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, Dato Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang saya pimpin.

Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong UMNO memilih Dato Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.

Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato Seri Najib.

Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO.

Justeru itu saya kembalikan Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato Seri Najib?

Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato Seri Abdullah pilih Dato Seri Najib sebagai timbalannya.

Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.

Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah.

Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir.

Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.

Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.

Jiak Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah.

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.

Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.

Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.

Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Thursday, July 24, 2008

Mengenang Jasa Ustaz Abdul Hadi...


Baru sahaja Presiden PAS mengakui yang PAS memang ada membuat pertemuan dengan Umno bagi merintis jalan membincangkan hal Islam dan Melayu, terus-terusan pelbagai rekasi diterima samada dari kalangan pimpinan PAS, ahli-ahli, mereka yang mengundi PAS, orang awam, termasuklah mereka yang mengakui dirinya PAS.

Ada yang memberikan rekasi positif ada juga yang tidak bersetuju dan ada yang mahukan penjelasan lanjut. Apa pun ternyata pengakuan berani Tuan Guru Presiden itu telah mendapat tumpuan seluruh rakyat termasuklah pimpinan gerakan Islam sedunia.

Tuan Guru Presiden baru membuat kenyataan ringkas enam perenggan, tetapi sudah ada yang mahu bersilat, mahu menerajang, mahu menjatuhkan hukum malah ada yang tergamak mencabar beliau agar keluar PAS! Itulah politik, kalau semuanya sedap dan mudah, bukan politik namanya.

Saya masih ingat pada akhir 70an dan awal 80an kehadiran beliaulah yang telah menyuntik semangat para pejuang PAS untuk menjulang parti itu kembali bertapak dihati umat Islam. Berpayungkan semangat “Kepimpinan Ulamak” gelombang yang dipelopori beliau dan rakan-rakan pimpinan muda ketika itulah yang telah menarik minat ramai untuk kembali kepada PAS setelah saham PAS jatuh dipenghujung era Asri Muda.

Ketika saya masih menuntut di IPTA majalah yang berpusat di Hong Kong “Asiaweek” telah menobatkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai “the greatest orator in South East Asia” (pemidato tersohor di Asia Tenggara). Beliau bukan sekadar menjelajah Malaysia malah ke setiap pelusuk dunia, berforum, berdebat mempertahankan Islam disaat ramai kita sudah berputus harap pada kebangkitan semula PAS. Mungkin ada diantara kita yang panas dan bergelojak darah mudanya hari ini masih belum pandai berjalan lagi pun ketika itu.

Kaset-kaset dan rakaman Tuan Guru lah (termasuk kaset pengajiannya dari Rusila dan Masjid Mujahedeen, Damansara Utama) yang telah menambat hati anak-anak muda untuk mendekati gerakan Islam malah ramai pimpinan yang ada pada hari ini samada secara langsung atau tidak telah terpengaruh dengan PAS hasil didikan dan sumbangan beliau ketika itu. Disaat itu PAS terpaksa bersaing dengan gerakan dan badan Islam lain di Malaysia, ABIM, Arqam, Tabligh dan lain-lain sehingga hampir ia tenggelam tetapi Tuan Guru dan rakan-rakan ketika itulah benteng kekuatan PAS.

PRU 1982, melalui kepimpinan beliau PAS telah menembusi kubu kuat BN di Terengganu sehingga akhirnya melontarkan beliau dan 4 orang pimpinan lain masuk ke DUN Terengganu setelah sekian lama ia gersang dari suara PAS (Tuan Guru terus menjadi YB samada ADUN atau ahli Parlimen atau kedua-duanya sejak itu sehingga kini). Anjurlah apa pun ceramah ketika itu tetapi jika dibariskan bersekali dengan kehadiran Tuan Guru pasti melaut bilangan yang hadir.

Lantaran sumbangannya yang terlalu besar itulah maka hari ini setelah perginya seorang mujahid besar, Almarhum Ustaz Fadhil Nor, maka Tuan Guru naik memegang amanah sebagai Presiden PAS atas kesepakatan dan pengiktirafan semua.

Kikislah segala prasangka dan pandangan buruk terhadap beliau. Janganlah kerana marah dan tidak sebenarnya faham akan apa yang berlaku lalu kita mudah meletakkan insan besar ini setaraf dengan musuh-musuh kita yang lain.

Benar Tuan Guru bukannya Fadhil Nor, bukan juga Yusof Rawa atau Asri atau Burhanuddin al Helmy atau Zulkifly Muhammad, tetapi beliau pada hari ini mengetuai PAS dalam keadaan posisinya yang paling hebat dalam sejarah parti yang lebih separuh abad usianya itu. PAS berada ditahap pencapaian itu pada hari ini bukan kerana beliau seorang, tetapi sumbangan seluruh anggota jemaah, walaubagaimanapun hakikatnya PAS hari ini berketuakan beliau.

Berilah ruang dan peluang pada beliau. Berbaik sangka dan berlapang dadalah insyallah kepada Tuan Guru Rusila yang darahnya mengalir pekat dengan kecintaan pada Islam yang tidak pernah kunjung padam itu.

Ubaidah bin al Samit berkata Nabi saw memanggil kami maka kami melakukan mubayaah kepadanya. Nabi menyatakan tentang tanggungjawab kami iaitu:

Hendaklah kami bermubayaah untuk dengar dan patuh dalam keadaan kami suka atau kami benci, dalam keadaan senang atau susah dan juga janganlah kami pentingkan diri sendiri dan janganlah kami mempertikaikan arahan ahlinya (pemimpin) kecuali apabila kamu melihat kekufuran yang nyata sedang berlaku dengan berdasarkan dalil dari Allah swt.

Ya Allah berilah kekuatan kepada pemimpin kami untuk memimpin kami berdasarkan seruan dan tuntutan Mu. Dan berilah kekuatan kepada kami untuk bersama-samanya dalam kedaaan senang atau susah demi memartabtkan agama Mu.

Monday, July 21, 2008

Pembangunan dan Kemiskinan

Pembangunan luar bandar dan persoalan kemiskinan

Mon | Jul 21, 08 | 11:09:08 am

Pengenalan



Salah satu persoalan besar yang terbangkit hasil dari kenaikan harga petrol yang mendadak baru-baru ini ialah persoalan kemiskinan.

Ia turut membabitkan persoalan bagaimana kerajaan Malaysia menyediakan garis panduan dalam membentuk garis kemiskinan berdasarkan pendapatan.

Berdasarkan tuntutan kos hidup terkini ada pandangan yang mengatakan isirumah yang pendapatan bulanannya adalah di bawah RM 2000 boleh dianggap sebagai golongan miskin. Ini menjadikan 24% dari rakyat Malaysia tergolong dalam kategori ini.

Ini merupakan sesuatu yang amat serius dan dari satu segi mencerminkan ketidakberkesanan sebahagian besar dari dasar-dasar ekonomi negara dalam menangani isu kemiskinan.

Apa yang lebih parah ialah sebahagian besar dari mereka yang miskin terdiri dari orang Melayu yang tinggal di luar bandar. Keterpinggiran ekonomi orang Melayu sekaligus menyindir usaha-usaha oleh sebahagian kepimpinan Melayu khususnya Umno, yang bermatian-matian untuk menegakkan apa yang di uar-uar sebagai 'ketuanan Melayu'.

Dari sudut ini keghairahan untuk menegakkan 'ketuanan Melayu' merupakan satu sandiwara atau sesuatu yang palsu kerana realiti yang dihadapi oleh orang Melayu yang miskin di luar bandar lebih membenarkan bidalan Melayu 'Menang sorak, kampung tergadai'!

Makalah ringkas ini cuba membuat satu tinjauan mengapa persoalan kemiskinan masih menghantaui masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu, malah dalam hal-hal tertentu makin bertambah buruk. Makalah ini juga akan mencadangkan beberapa cadangan mudah bagi menangani isu kemiskinan khususnya kemiskinan relatif.

Profesor Ungku Aziz dan kemiskinan luar bandar

Biasanya kemiskinan dikaitkan dengan sektor tradisional luar bandar. Sejak dulu lagi sektor luar bandar dikaitkan dengan persoalan kemiskinan.

Ini adalah kerana ekonomi luar bandar dikaitkan dengan sektor tradisional pertanian yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah. Ini dibuktikan secara ilmiah oleh kajian-kajian yang dilakukan oleh Prof. Di Raja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor UM yang juga seorang pakar di peringkat antarabangsa mengenai kemiskinan luar bandar.

Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Prof. Di Raja Ungku Aziz bagi mengatasi kemiskinan luar bandar, yang dihuni sebahagian besarnya oleh orang Melayu, masih tidak diikuti sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Disebabkan sistem hak milik tanah (land tenure system) yang kompleks dan diburukkan lagi dengan masalah birokrasi (biro yang keras lagi basi!!) di pejabat-pejabat tanah, maka cadangan ke arah penyatuan tanah (land consolidation) menuju jalan buntu.

Ini membantut usaha-usaha ke arah mengkomersialkan pertanian (commercialization of agriculture) yang memerlukan saiz tanah yang relatif besar bagi mengambil manfaat dari skala ekonomi (economies of scale) sekaligus nilai tambah.

Tidak adanya keazaman politik (political will) dalam menyelesaikan isu ini menyebabkan kerajaan mengambil jalan pintas dan bersifat jangka pendek dalam dasar yang berkaitan dengan makanan negara terutamanya yang berkaitan dengan pengeluaran beras.

Maka wujudlah satu 'dasar' secara tidak bertulis berpegang pada pendekatan : Lebih murah mengimport beras daripada mengeluarkannya. Dalam kes krisis makanan (beras) yang melanda dunia sekarang, strategi ini telah makan tuan.

Sepatutnya dengan anugerah Allah yang melimpah ruah dengan tanah-tanah yang begitu subur untuk penanaman padi, yang disebut sebagai jelapang-jelapang padi, kita telah lama mencapai tahap self-sufficient dalam pengeluaran beras.

Dasar sambil lewa kerajaan dalam hal ini dapat juga dilihat apabila kerajaan tidak prihatin dengan kebajikan petani. Petani didera dengan cara menawarkan harga padi yang rendah berbanding dengan harga beras yang relatif tinggi.

Walhal petani yang mengeluarkan padi perlu membeli beras sebagai keperluan harian mereka Keadaan ini diburukkan lagi apabila JKKK, yang dikontrolkan oleh Umno/BN, mempolitikkan pemberian input pertanian seperti baja. Terdapat kes-kes di mana penyokong-penyokong pembangkang dinafikan kemudahan ini.

Kalau di Kelantan baja subsidi tajaan kerajaan Umno/BN dicopkan dengan 'Cap Dacing' bagi memancing sokongan politik!

Alhamdulillah, masyarakat tani Kelantan amat arif dengan ketidakikhlasan Umno/BN ini dan mereka menolak Umno/BN secara borong pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas!!

Sekiranya kerajaan perihatin, langkah segera dan secara jangka pendek untuk membantu petani ialah kurangkan politiking, kawal pengaliran air secara sempurna dan perkenal subsidi untuk racun.

Apa yang juga menarik dalam beberapa kajian yang dibuat oleh Professor Ungku Aziz ialah beliau mengaitkan kemiskinan masyarakat Melayu desa dengan faktor orang tengah dan peranan orang tengah biasanya dimainkan oleh orang bukan Melayu.

Ini bermakna petani Melayu dieksploitasi oleh institusi orang tengah yang telah menawar harga yang lebih rendah dari harga pasaran sebenar kepada hasil (padi) yang diusahakan oleh petani Melayu.

Bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan di bawah gagasan pengswastaan ditubuh pula BERNAS. Penubuhan LPN dan BERNAS tidak menyelesai masalah yang terhasil dari institusi �orang tengah� malah LPN dan BERNAS sendiri merupakan isntitusi-institusi orang tengah moden yang lebih gagah dan hebat.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan garis kemiskinan

Telah disentuh sebelum ini bagaimana masyarakat Melayu desa terperangkap dengan masalah sistem pertanian yang masih tradisional sifatnya.

Ini menjejaskan produktiviti dan sekaligus pendapatan petani. Ini bermakna sebahagian besar petani (terutamanya mereka yang mengusahakan penanaman padi) masih dililit dan dibelit oleh kemiskinan.

Kajian oleh MIER (Malaysian Institute of Economic Research) pada Oktober 2005, memperlihatkan kepada kita bahawa pelaksanaan DEB telah merapatkan jurang ekonomi antara-kaum (misalnya antara Cina dan Melayu) tetapi dalam saat yang sama, ia telah melebarkan jurang pemilikan kekayaan dalam-kaum itu sendiri terutama di kalangan orang Melayu.

Dan di antara kelompok orang Melayu yang menjadi mangsa dalam hal ini adalah petani yang mengusahakan penanaman padi, penanam kelapa dan juga nelayan.

Walaubagaimana pun kerajaan begitu yakin yang DEB meyumbang secara positif ke arah pembasmian kemiskinan, salah satu dasar teras DEB sendiri. Dalam hal ini kerajaan begitu berbangga dengan peratusan penurunan kadar kemiskinan.

Dikemukakan kepada kita bahawa pada 1999 kadar kemiskinan adalah 7.5%, menurun kepada 5.1% pada 2002 dan terkini mungkin lebih rendah lagi. Walau bagaimanapun, garis kemiskinan berdasarkan pendapatan yang digunapakai oleh kerajaan masih boleh dipertikaikan.

Sebuah kajian oleh Shireen Mardiah Hashim bertajuk 'Ketaksamaan Pendapatan dan Kemiskinan di Malaysia' yang diterbitkan dalam tahun 1998 mempertikaikan kaedah kerajaan memperkenalkan garis kemiskinan berdasarkan pendapatan.

Kerajaan hanya menggunakan satu garis kemiskinan (a single poverty line) bagi kawasan bandar dan luar bandar dan juga untuk Semanjung, Sabah dan Sarawak.

Menggunakan satu garis kemiskinan bagi kawasan bandar dan luar bandar adalah juga mengandaikan bahawa harga barangan dan perkhidmatan adalah sama di kawasan-kawasan tersebut.

Sudah semestinya ini tidak betul kerana harga dan kos hidup adalah berbeza antara bandar dan luar bandar. Perbezaan ini lebih menonjol sekiranya kita bandingkan dengan wilayah yang berbeza seperti Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Kos perumahan (sewa) dan pengangkutan adalah juga berbeza. Meletakkan garis kemiskinan pada RM 510 bagi isirumah di Semenanjung pada 2003 adalah sesuatu yang tidak realistik terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar.

Satu survei yang dijalankan pada 2004 terhadap sekelompok pekerja kilang yang tinggal di bandar memberitahu penyelidik bahawa mereka memerlukan pendapatan bulanan isirumah sekitar RM 1,750 untuk berada di atas garis kemiskinan. Ini adalah pada tahun 2004 dan sekarang sudah pertengahan 2008.

Ketaksamaan pendapatan dan sekaligus persoalan kemiskinan di kalangan rakyat bawahan terutama selepas 1990 dapat juga diukur dengan menggunakan Gini Coefficient.

Nilai ukurannya ialah 0 menunjukkan kesamaan yang sempurna (perfect equality) dan nilai 1 adalah ketaksamaan sempurna (perfect inequality).

Berdasarkan ukuran Gini ini bagi tahun 1999, berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain, Malaysia berada di kedudukan yang tercorot. Nilai Gini Malaysia ialah 0.49, berbanding Indonesia (0.32), Vietnam (0.36), Laos (0.37), Thailand (0.41) dan Filipina (0.46).

Turut terkesan dengan ketaksamaan pendapatan ini ialah ialah petani luar bandar di mana pendapatan mereka adalah hanya 55% dari pendapatan kawan mereka di bandar.

Kesimpulan: Umar Abdul Aziz sebagai model

Berdasarkan huraian ringkas di atas dan dengan kenaikan harga minyak yang begitu mendadak, kehidupan masyarakat luar bandar akan lagi terhimpit.

Insentif dan subsidi perlu di pertingkat dan dihulurkan secara ikhlas kepada mereka. Subsidi beras dalam bentuk kopon mungkin boleh di perkenalkan kepada petani miskin sebagaimana subsidi minyak diesel yang telah dipanjangkan kepada nelayan.

Akhir-akhir ini banyak dibicarakan tentang perlunya pentadbiran negara bermodelkan 'pentadbiran Umar Abdul Aziz' yang menekankan pentingnya faktor ketaqwaan dan kesederhaan hidup pemimpin dan peranan pemimpin negara memastikan keadilan yang merata untuk rakyat.

Tahap ketaqwaan Khalifah Umar Abd. Aziz dapat dilihat apabila beliau tersungkur rebah dan pengsan apabila membaca ayat-ayat al-Quran yang mengandungi ancaman Allah terhadap mereka yang mengingkari-Nya.

Dalam hal ini dapat kita rumuskan bahawa darjah kesejahteraan rakyat di sesebuah negara amat bergantung kepada darjah ketaqwaan pemimpinnya.

Terbukti semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, yang hanya selama 2 tahun 3 bulan , semua rakyat Baginda dari segi pendapatan berada di atas garis kemiskinan kerana tidak ada seorang pun rakyat Baginda yang layak menerima zakat.

Bagi saya, sekaranglah masanya untuk pimpinan Umno/BN mengikut jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Saturday, July 19, 2008

Kisah Ah Kau membayar zakat fitrah...










“Seorang anak tidak perlu membayar zakat fitrah. Zakatnya dibayar oleh wali yang menanggung nafkahnya, iaitu ayahnya” ulas ustaz yang sedang menyampaikan ceramah ringkas berkenaan zakat fitrah. Ceramah itu disampaikan sebelum masuknya waktu solat Jumaat di masjid negeri salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia.


Jika seorang anak telah masuk Islam, maka ayahnya yang masih bukan Islam tetap membayarkan zakat fitrah untuk anaknya” sambung penceramah tadi.


Kenyataan ini terus menangkap perhatian saya. “Ehh! Betul ke apa yang saya dengar ni?” bisik hati saya. “Saya salah dengar agaknya?” hati saya terus berbisik, cuba berbaik sangka kepada penceramah tersebut. Lebih-lebih lagi kerana kedudukan saya akan jauh ke belakang, mungkin saya tersilap dengar agaknya. Mujurlah penceramah itu melanjutkan kenyataannya itu dengan sebuah contoh:

“Katakanlah ada seorang tauke cina bernama Ah Kau dan anaknya yang berumur 16 tahun memeluk Islam. Maka anaknya itu tidak wajib membayar zakat fitrah. Tetapi Ah Kau yang wajib bayar untuknya sebagai kewajipan seorang wali, sekali gus merangkap ayah. Ah Kau wajib datang ke masjid untuk bayar zakat fitrah anaknya. Jika Ah Kau tidak bayar, maka dia berdosa. Haaa! Dahlah kafir, sekarang berdosa pula sebab tidak bayar zakat fitrah anaknya yang sudah masuk Islam.”
Terlopong mulut saya mendengar contoh yang dikemukakan oleh penceramah itu. Jika ada lalat yang masuk, nescaya ia sempat tawaf tiga setengah pusingan dalam mulut saya. Apa yang saya anggap tersilap dengar sebelum itu, sebenarnya tidak silap. Ia benar-benar keluar dari mulut penceramah. Bahkan dia telah mengemukakan contoh yang jelas agar orang ramai tidak salah faham akan apa yang dia sampaikan itu.

Saya terlopong kerana kehairanan, bagaimana seorang penceramah yang diamanahkan untuk menyampaikan agama Allah boleh membuat kenyataan sedemikian? Bagaimana seorang penceramah yang berucap di hadapan ribuan hadirin di sebuah masjid negeri boleh mengajar ilmu sedemikian? Bagaimana pihak masjid negeri boleh menjemput penceramah sedemikian?

Saya hairan kerana sebab-sebab berikut yang saya yakin para pembaca sendiri juga sedia mengetahuinya:

Antara syarat yang mewajibkan seseorang itu membayat zakat fitrah ialah Islam. Hanya seorang muslim yang diwajibkan membayar zakat fitrah. Orang kafir tidak diwajibkan membayar zakat fitrah.
Seorang wali wajib membayar zakat fitrah bagi orang-orang yang dia biayai nafkahnya. Akan tetapi wali tersebut hendaklah seorang muslim juga. Jika dikatakan Ah Kau tetap menjadi wali bagi anaknya yang muslim sehingga wajib membayar zakat fitrahnya, adakah dengan itu Ah Kau juga wajib menjadi wali pernikahan, seandainya anaknya itu perempuan? Sudah tentu tidak. Maka Ah Kau tidak boleh dianggap sebagai wali bagi anaknya yang muslim, baik dalam masalah nikah mahu pun dalam masalah zakat fitrah.
Penceramah berkata: “Dahlah kafir, sekarang berdosa pula sebab tidak bayar zakat fitrah…”. Saya ingin bertanya, seandainya Ah Kau yang kafir membayar zakat fitrah untuk anaknya yang muslim, adakah dengan itu Ah Kau akan mendapat pahala? Sudah tentu tidak kerana kiraan pahala dan dosa hanya untuk orang Islam, tidak untuk orang kafir.
Bagi anak Ah Kau yang memeluk Islam, mengikut salah satu pendapat, dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Sebaliknya dia layak menerima zakat fitrah.
Kisah benar di atas sebenarnya ada hikmah untuk diri saya sendiri. Selepas peristiwa tersebut, terlintas di fikiran bahawa sebelum ini saya belum menulis apa-apa tentang zakat fitrah. Maka saya mula menelaah kitab-kitab hadis dan fiqh dalam subjek zakat fitrah. Hasil telaah saya adalah seperti berikut:

Maksud Zakat Fitrah
Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas dari kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh.

Menarik untuk diperhatikan bahawa istilah Zakat Fitrah hanya dikenal dengan kedatangan Islam. Istilah tersebut tidak dikenal di kalangan bangsa Arab sebelum kedatangan Islam. Justeru ia adalah istilah yang khusus untuk Islam, tidak untuk bangsa mahu pun agama yang lain. [al-‘Aini – ‘Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari (Dar al-Fikr, Beirut, 1998), jld. 6, ms. 573]

Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.


Dalil Zakat Fitrah

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1503 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah)]

Hukum Zakat Fitrah
Berdasarkan hadis di atas, jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Ada segelintir yang berpendapat kewajipannya telah dibatalkan berdasarkan sebuah riwayat lain:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَدَقَةِ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ تَنْزِلَ الزَّكَاةُ فَلَمَّا نَزَلَتْ الزَّكَاةُ لَمْ يَأْمُرْنَا وَلَمْ يَنْهَنَا وَنَحْنُ نَفْعَلُهُ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami untuk membayar zakat fitrah sebelum turunnya (kewajipan membayar) zakat (tahunan). Maka tatkala disyari‘atkan (kewajipan membayar) zakat (tahunan), baginda tidak lagi memerintahkan kami (untuk membayar zakat fitrah) mahu pun melarang kami (dari membayar zakat fitrah). Namun kita tetap melakukannya (membayar zakat fitrah). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no: 2505 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah sebelum disyari‘atkan zakat tahunan)]

Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (852H) telah menolak pendapat segelintir ini dengan hujah bahawa hadis di atas tidak menunjukkan adanya pembatalan. Sebaliknya sikap diam Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah kerana perintah baginda yang awal sudah mencukupi tanpa perlu untuk baginda mengulanginya. Lebih dari itu, pensyari‘atan sesuatu yang baru tidak semestinya bererti pembatalan ke atas sesuatu yang lama. [Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (Dar al-Fikr, Beirut, 2000), jld. 4, ms. 139]

Selain itu ada juga yang berpendapat hukum zakat fitrah ialah sunat muakkadah kerana mereka memahami istilah “faradha” dalam hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar di atas sebagai “kadar ukuran”. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani sekali lagi menolak pendapat ini dengan menukil hujah Ibn Daqiq al-‘Id rahimahullah (702H), bahawa istilah “faradha” dari sudut bahasa memang bermaksud “kadar ukuran”. Akan tetapi yang diambil kira ialah maksud dari sudut syari‘at dan dari sudut ini, “faradha” ialah “kewajipan”. Maka memahami hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar dengan maksud kewajipan adalah lebih tepat. [Fath al-Bari, jld. 4, ms. 139]

Hikmah Zakat Fitrah
‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan hikmah zakat fitrah sebagai:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. [Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 1609 (Kitab al-Zakat, Bab zakat fitrah)]

Berdasarkan penjelasan ‘Abd Allah ibn ‘Abbas, dapat ditangkap bahawa hikmah zakat kembali kepada dua pihak:

Pihak yang berpuasa. Zakat fitrah membersihkan, yakni menampal kekurangan-kekurangan puasanya sepanjang Ramadhan, yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau perkataannya yang mungkin kotor. Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.
Pihak yang memerlukan. Zakat fitrah memastikan orang-orang yang miskin mendapat makanan yang secukupnya agar dengan itu mereka dapat meraikan Aidil Fitri dalam suasana kecukupan bersama keseluruhan umat Islam. Islam tidak ingin melihat di hari 1 Syawal ada orang yang meminta-minta padahal di kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.
Golongan Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah
Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:

Pertama:

Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah … dari kalangan umat Islam.”

Kedua:

Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri.

Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.

Ketiga:

Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:

أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya. [Hasan: Dikeluarkan oleh al-Daraquthni dalam Sunannya, hadis no: 2052 (Kitab Zakat al-Fitri) dan dengan sanad yang memiliki perbincangan. al-Albani menilainya hasan berdasarkan jalan periwayatan lain yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi. Rujuk Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadits Manar al-Sabil (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 835]

Siapa dan bagaimanakah kedudukan orang yang di bawah tanggungan tersebut? Syaikh ‘Abd al-Karim Zaidan hafizhahullah telah menghimpun perbincangan para ilmuan dalam persoalan ini dalam karyanya al-Mufashshal fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Muassasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 455 dan seterusnya. Ia dapat saya ringkaskan seperti berikut:

Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.
Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.
Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.
Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.
Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena buang kerja), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.
Ibubapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.
Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.
Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerjaya). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.
Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.
Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375]
Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.
Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.
Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.
Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.


Kadar Bayaran Zakat Fitrah.

Kadar bayaran zakat fitrah ialah satu sha’ sebagaimana yang disebut dalam hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar di atas: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma…”. Ukuran satu sha’ bersamaan dengan 2.157 kilogram. [Kamal bin al-Sayyid Salim – Shahih Fiqh al-Sunnah (edisi terjemahan oleh Besus Hidayat Amin dengan judul yang sama; Pustaka Azzam, Jakarta, 2006), jld. 2, ms. 134]

Bentuk Bayaran Zakat Fitrah
Terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan Islam berkenaan bentuk bayaran zakat fitrah dan waktu membayar zakat fitrah. Perbincangan ini membahagikan para ilmuan kepada dua kumpulan:

Kumpulan Pertama memandang zakat sebagai ibadah yang melibatkan hak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maka ayat-ayat dan hadis-hadis berkenaan zakat hendaklah diambil hukumnya secara zahir.
Kumpulan Kedua memandang zakat sebagai ibadah yang melibatkan hak manusia. Maka ayat-ayat dan hadis-hadis berkenaan zakat hendaklah diambil hukumnya berdasarkan tujuan yang ingin dicapai oleh syari‘at.
Berdasarkan dua kumpulan ini, mereka memiliki dua pandangan tentang bentuk bayaran zakat fitrah:

Kumpulan Pertama berpendapat zakat fitrah hendaklah dibayar dalam bentuk makanan yang disebut oleh hadis-hadis yang sahih sahaja, iaitu kurma, gandum, keju dan anggur kering. Makanan-makanan ini disebut oleh Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh yang berkata:
كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ.

Kami (para sahabat) membayar zakat fitrah dengan satu sha’ makanan atau satu sha’ gandum atau satu sha’ kurma atau satu sha’ keju atau satu sha’ anggur kering. [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1506 (Kitab al-Zakat, Bab sedekah fitrah dengan satu sha’ makanan)]

Kumpulan Kedua berpendapat zakat fitrah hendaklah dibayar dalam bentuk makanan asasi sesebuah masyarakat. Mereka tidak merujuk kepada zahir hadis, sebaliknya merujuk kepada tujuan hadis, iaitu memberi makanan kepada orang miskin sempena Aidil Fitri. Sudah tentu masyarakat yang hidup di tempat lain memiliki makanan asasi yang berlainan. Mewajibkan zakat fitrah dengan makanan yang bukan asasi bagi sesebuah masyarakat hanya akan menyusahkan mereka dan ini menyelisihi tujuan Islam mensyari‘atkan zakat fitrah.
al-Syafi’e rahimahullah (204H) menjelaskan:


Jika makanan asasi seseorang ialah jagung, padi atau biji-bijian yang lain, maka dia wajib membayar zakat fitrah sesuai dengan makanan asasinya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dari jenis makanan dan baginda menyebut gandum dan kurma. Kami menggunakan akal dalam memahami (sabda Rasulullah tersebut), bahawa yang baginda ingin sebutkan ialah makanan asasi. Maka apa jua yang menjadi makanan asasi kita, maka itulah yang kita gunakan untuk membayar zakat fitrah, insya-Allahu Ta‘ala. [Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’e: al-Kitab al-Umm (tahqiq: Ahmad Badr al-Din; Dar Qutaibah, 1996), jld. 4, ms. 254]

Pendapat yang dipilih ialah apa yang dikemukakan oleh Kumpulan Kedua, iaitu hendaklah zakat fitrah dibayar menggunakan makanan asasi sesebuah masyarakat.

Seterusnya timbul perbincangan di kalangan para ilmuan, bolehkan makanan asasi tersebut dibayar dengan nilainya? Kedua-dua kumpulan di atas memiliki pandangan yang tersendiri:

Kumpulan Pertama berpendapat zakat fitrah hendaklah dibayar dengan bahan makanan. Ia tidak boleh diganti dengan nilai makanan kerana zahir hadis menyebut makanan.
Kumpulan Kedua berpendapat zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai bahan makanan. Ini kerana tujuan yang ingin dicapai oleh hadis adalah supaya orang miskin mendapat makanan sempena Aidil Fitri dan tujuan ini dapat dicapai dengan memberi nilai bahan makanan kepadanya.
Pendapat yang dipilih ialah di pertengahan antara kedua-dua pendapat di atas. Orang yang hendak membayar zakat fitrah hendaklah memerhatikan terlebih dahulu keadaan orang miskin. Jika memberi makanan adalah lebih bermanfaat, seperti kepada orang-orang miskin yang hidup di pendalaman, maka hendaklah dia membayar zakat fitrah dengan makanan. Jika memberi nilai makanan adalah lebih bermanfaat, seperti kepada orang-orang miskin yang hidup di kota, hendaklah dia membayar zakat fitrah dengan nilai makanan. Demikian merupakan pendapat Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah, 2001), jld. 25, ms. 82-83]

Waktu Membayar Zakat Fitrah
Waktu membayar zakat fitrah ialah sebelum keluar menunaikan solat Aidil Fitri. Ini sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang dikemukakan sebelum ini: “Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” Walaubagaimana pun dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa:

وَكَانُوا يُعْطُونَ قَبْلَ الْفِطْرِ بِيَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ.

(Para sahabat) biasa membayar zakat fitrah sehari atau dua hari sebelum Aidil Fitri. [Sahih: Dikeluar oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1511 (Kitab al-Zakat, Bab sedekah fitrah diwajibkan atas orang merdeka dan hamba)]

Berdasarkan tindakan para sahabat di atas, radhiallahu 'anhum, kedua-dua kumpulan mengemukakan pendapat yang tersendiri:

Kumpulan Pertama berpendapat pembayaran zakat fitrah tidak boleh diawalkan melebihi dua hari daripada tarikh 1 Syawal. Ini kerana zahir dari tindakan para sahabat menunjukkan mereka tidak mengawalkannya melebihi dua hari.
Kumpulan Kedua berpendapat zakat pembayaran zakat fitrah boleh diawalkan melebihi dua hari daripada tarikh 1 Syawal. Ini kerana pengawalan dua hari yang dilakukan oleh para sahabat bukanlah satu ketetapan, tetapi satu pilihan berdasarkan kemasalahatan pada zaman mereka.
Pendapat yang dipilih sekali lagi adalah yang dipertengahan antara kedua-dua pendapat di atas. Boleh membayar zakat fitrah lebih awal dari tarikh 1 Syawal, akan tetapi tidak terlalu awal sehingga menghilangkan tujuan zakat fitrah itu sendiri. Ini kerana tujuan zakat fitrah adalah untuk membantu orang miskin meraikan Aidil Fitri. Jika dibayar terlalu awal, mereka (orang miskin) mungkin akan menggunakan zakat fitrah tersebut sebelum tiba Aidil Fitri.

Merujuk kepada suasana di Malaysia, jika seseorang itu ingin membayar zakat fitrah kepada orang miskin dengan sendiri, adalah lebih afdhal dia membayar pada ketika yang menghampiri Aidil Fitri, asalkan sebelum solat Aidil Fitri. Sebaliknya jika seseorang itu membayar zakat fitrah kepada Pusat Pungutan Zakat, maka dia boleh membayarnya pada ketika mereka mula bersedia menerimanya.

Golongan Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
Terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan tentang golongan yang berhak menerima zakat fitrah. Perbincangan mereka membuahkan dua pendapat:

Pendapat Pertama menyatakan golongan yang berhak menerima zakat fitrah ialah golongan yang juga berhak menerima zakat tahunan. Ini kerana zakat fitrah adalah salah satu kategori zakat yang termasuk dalam firman Allah:
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ.

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:60]

Pendapat Kedua menyatakan golongan yang berhak menerima zakat fitrah hanyalah orang miskin berdasarkan hadis yang menerangkan hikmah zakat fitrah: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah … sebagai makanan untuk orang miskin.”
Pendapat yang dipilih adalah dipertengahan antara dua pendapat di atas. Prioriti utama zakat fitrah adalah untuk orang miskin. Jika kesemua orang miskin sudah dicukupi, maka baki zakat fitrah yang terkumpul boleh diberikan kepada golongan-golongan lain yang disenaraikan dalam ayat 60 surah al-Taubah di atas.

Demikian hasil telaah beberapa hukum dan syarat berkenaan zakat fitrah. Semoga ia bermanfaat kepada para pembaca sekalian. Lebih penting, semoga zakat fitrah yang kita bayar diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, dapat menampal apa-apa kekurangan kita sepanjang bulan Ramadhan dan agar orang-orang miskin sama-sama dapat meraikan Aidil Fitri dengan bahagia.

Ulasan Kes Liwat










Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengetuk keyboard Sony Vaio ini untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.

S.S Dr Mufti Perlis dinyatakan berkata :-

"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.

"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi." ( Sumber )

Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut

Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.

Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.

Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.

Kesimpulannya, begini :-

1- Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.

2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)

3- Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.

4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.

5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.

6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.

7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.

Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.


Sekian