Labels

Thursday, November 6, 2008

Ucapan 90 minit Blair RM1.09j


LONDON:5 November 2008 Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair (gambar) muncul penceramah termahal di dunia dengan pendapatannya mencecah £12 juta (RM84 juta) selepas meninggalkan Downing Street.

Beliau yang mengelilingi dunia demi memenuhi jemputan berceramah, boleh meraih hingga £157,000 (RM1.09 juta) bagi ucapan selama 90 minit.

Semua pelawaan yang diterimanya dikendalikan secara eksklusif oleh Washington Speakers Bureau, lapor akhbar The Times.



Selain itu, Blair turut menerima habuan kira-kira £4.6 juta (RM32.2 juta) hasil tulisan mengenai kehidupannya, kira-kira £2 juta (RM14 juta) menerusi peranannya dalam bank pelaburan JP Morgan, £500,000 (RM3.5 juta) daripada Zurich Financial Services serta £84,000 (RM588,000) wang pembayar cukai bagi mengendalikan sebuah pejabat persendirian selain bayaran pencen £63,468 (RM444,276), setahun.

Malah, menurut The Times, timbul kebimbangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tumpuan utama Blair terhadap tugasan yang mempunyai kepentingan wang, boleh menjejaskan peranan sukarelanya sebagai Wakil Khas PBB ke Asia Barat.

Namun yang pasti, Blair sememangnya menjadi permintaan hinggakan senarai menunggu bagi mendapatkan ceramahnya boleh mencecah hingga dua tahun lamanya.

“Beliau antara bintang terkemuka di dunia. Siapa lagi yang ada?” kata Max Markson, pegawai perhubungan awam bagi penganjur yang pernah menguruskan bekas Presiden Bill Clinton, isteri Blair, Cherie dan pemimpin Afrika, Nelson Mandela. - Agensi

Bulan ini beliau mempunyai jadual untuk berucap di satu persidangan pelabur Eropah di Paris dan seterusnya ke Dubai, Februari depan. - Sumber

No comments: