Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Thursday, February 16, 2012
NEOCON
Neo bermakna baru, manakala Con adalah singkatan dari perkataan Conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru. Dari segi idealogi NeoCon ini berhaluan kanan. Mereka menyokong dasar ekonomi kapitalis: pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan. Mereka tidak mahu kerajaan campur tangan dalam urusan ekonomi. Fahaman NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika Syarikat sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah runtuhnya empayar USSR (Union of Soviet Socialist Republic) pada bulan Disember 1991. Agama tidak penting bagi NeoCon. Justeru bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah pakatan intim antara Yahudi Zionis dan Christian Zionis. Nabi mereka ialah Irving Kristol, seorang pemikir Yahudi dan inteletual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Israel.
Labels:
Pengetahuan Am,
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment