Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD
1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang
sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan
universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa
Inggeris dan Perancis.....(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan
bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga
universiti)
2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah
bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan
Arab.
3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti...dan Jepun hanya menggunakan
bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke
universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti
Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.
4. Amerika Syarikat
41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama adalah
bahasa Inggeris...namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri
selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan
bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.
5. New Zealand
40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama.
6. Korea Selatan
39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea Selatan hanya
menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
hingga ke universiti...namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing
seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.
7. Norway
37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga menggunakan bahasa
Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga
universiti...namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu
bahasa asing.
8. United Kingdom
37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama semestinya
bahasa Inggeris...namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan
bahasa Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan
universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi
ekoran daripada "devolution of British Parliament".
9. Australia
37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama adalah bahasa
Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang Australia
adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.
10. Finland
37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara Finland hanya
menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
hingga universiti.
Kesimpulan....di mana Malaysia????.....di mana negara Islam?????.....
No comments:
Post a Comment