Minyak dan gas adalah milik negeri. Ini disebut dalam Perjanjian Malaysia dan sebelumnya Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut, semua hasil bumi adalah milik negeri. Air, balak, tanah, pasir, bahan galian semuanya milik negeri termasuk minyak dan gas. Ini yang dikatakan sumber alam.
Oleh itu, ianya 100% milik negeri..bukan 5%, 20% ataupun 50%. Pada tahun 1974, kerajaan meluluskan Akta Pembangunan Petroleum dimana minyak dan gas dipindahkan daripada milik kerajaan negeri kepada kerajaan pusat..atau dengan lebih tepat lagi…Petronas.
Untuk mendiamkan kerajaan negeri-negeri..mereka dibayar 5% royalti.
Kalau kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap minyak dan gas..mengapa perlu meluluskan Akta Pembangunan Petroleum di Parlimen? Ambil saja la.
Tapi mereka tak boleh ambil sebab minyak dan gas adalah milik negeri. Oleh itu mereka perlu meluluskan Akta Parlimen untuk menghalalkan pengambil alihan haram harta negeri. Inilah yang dinamakan Rule By Law. Iaitu mereka meluluskan undang-undang untuk menghalalkan sesuatu.(memilik-negarakan harta negeri-negeri)
BERKAITAN :
RAJA PETRA RAJA KAMARUDDIN
No comments:
Post a Comment