Bagi Plato, manusia dan negara memiliki persamaan. Oleh itu, apabila
manusia baik maka negara pun baik dan maka itu negara yang baik bererti
manusianya pun baik; sebaliknya apabila manusia buruk negara pun buruk
dan maka itu negara yang buruk bererti manusianya pun buruk. Negara
adalah cerminan daripada manusia yang menjadi warganya. Khalifah Umar Abdul Aziz mendahului teori ini dan beliau pernah menyebut, "Manusia itu berdasarkan agama rajanya".
Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Wednesday, March 28, 2012
Saturday, March 24, 2012
Islam dan Yahudi
Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam
tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak
memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana
perbezaan agama.
Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.
Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.
Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.
Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.
Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.
Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.
Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.
*Ulasan ini adalah pendapat peribadi Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan Felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.
BERKAITAN:
MALAYSIAKINI -APA YANG SAYA LALUI TENTANG YAHUDI
MALAYSIAKIN - ISLAM DAN YAHUDI

Monday, March 12, 2012
Kepimpinan ideal
Dalam
beberapa pertanyaan penting terhadap kepimpinan yang berkesan, sudah
tentulah ide utama ialah peri-pentingnya sifat kepimpinan yang
mendekatkan kita dengan kemaslahatan sejagat terpaut dalam pembentukan
pemimpin yang ideal. Jadi, sejauh manakah syarat yang harus diresapi
lapisan kepimpinan era ini dapat membentuk siasah yang sempurna?
Keadaan
mudahnya begini – seorang doktor yang berjaya adalah doktor yang
memahami psikologi pesakitnya. Seorang arkitek yang berjaya adalah
mereka yang menjalinkan struktur arkitektur dengan hubungan terhadap
keharmonian masyarakat dan alam. Seorang pensyarah yang berjaya tentulah
pula golongan cendiakawan yang menyampaikan syarahannya dengan penuh
manfaat. Tetapi, apa pula telahan kita dalam menentukan watak kepimpinan
yang berjaya.
Di sini, kebenturan struktur pemimpin yang menepati arus kewargaan yang baik perlu memiliki cita sempurna tentang matlamat dan gagasan yang menaungi kesejahteraan rakyat. Sebagaimana Islam mewahyukan seruan terhadap amanah kepimpinan murni sebagai “rahmatan lil ‘alamin”' – rahmat bagi sekelian alam - lantas, ciri-ciri pemimpin yang ideal adalah pemimpin yang menunggangi keperluan warganya dengan nilai “rahmatan lil alamin”.
Kepimpinan Abad Kini
Tokoh cemerlang yang mewarnai corak kepemimpinan cita sempurna sedari awal harus menyedari bahawa di dalam komuniti dunia yang begitu rencam dan terpencar, wacana tentang konsep pluraliti dan kerencaman wajar ditekuni dengan persoalan yang lebih mendalam. Mereka juga harus akur bahawa dunia kini tidak lagi seperti dahulu kala setelah gelombang globalisasi sudah pun berlabuh di setiap pelusuk dunia. Jadi, tidak harus diragukan lagi bahawa kerencaman dan multikulturalisme semakin mendapat tempat di nurani masyarakat. Konsep ini sendiri sudah menggariskan perkongsian kesejagatan (universalism) yang melangkaui batas-batas dan norma keagamaan (dalam soal siyasah misalnya) dan perilaku adat semata-mata. Dan di dalam erti kata lain, kemaslahatan yang berada di atas neraca kosmopolitanisme iaitu nilai perkongsian ummah manusia sebagai warga dunia yang berkongsi komunalisme, tanpa perlu ada rasa sangsi dalam persoalan individualisme mahupun kolektivisme.
Yang
paling penting adalah, kepimpinan sempurna yang berkesan perlu meramahi
budaya toleransi dan keterbukaan malah pada tempoh yang sama pula akur
dengan penerimaan batas-batas perbezaan dalam meliputi pelbagai sisi.
Hal sama yang tuntas untuk diambil kira adalah peranan pemimpin ini
dalam meraikan pentas demokrasi dengan menyantuni nilai humanisme yang
tinggi; soal kebebasan, kesetaraan dan kesaksamaan dari setiap sudut.
Di dalam weltanschauung (worldview
- pandangan sarwa) yang bertujuan untuk mencapai masyarakat sempurna,
peranan golongan pemimpin adalah laras utama yang menujahkan hala tuju
yang membutuhkan kecermatan yang amat tinggi supaya cita ini selaras
dengan kehendak sejagat. Namun begitu, ciri-ciri kepimpinan yang
mempamerkan ideologi bertujuan untuk menyemai kesejahteraan kala ini
bukanlah sesuatu kepastian mutlak untuk kepimpinan mereka yang terlalu
beridealisme.
Malah
sebaliknya, idealisme utopia inilah yang memangkin kerosakan
seterusnya. Hal ini adalah sepertimana dasar kenegaraan liberal
kapitalisme, komunisme (marxisme-leninisme atau maoisme), sosialisme dan
teologisme
pernah ditonjolkan sebagai anutan pentadbiran yang baik tetapi apa yang sebaliknya telah berlaku. Meletakkan sebarang bentuk ideologi mahupun kekerasan faham agama sekalipun, tidak semestinya menjamin mereka mempunyai ciri-ciri pemimpin yang ideal. Contoh jelas adalah konsep pemerintahan berasaskan “vilayat-e-faqih” atau “kepimpinan ulama’” yang kemudiannya bertukar rupa menjadi pemerintahan autoritarian.
Malah,
jika ditekuni perjalanan sejarah lampau di dalam mana-mana zaman
sekalipun, pemimpin yang cuba menghiasi suasana warga dengan aturan
ideologi, maka lahirlah kebobrokan yang sering kali beralasankan
ideologi yang mereka pegang sebagai sahih dan mutlak - maka, demikian
itu jugalah cita sempurna masyarakat terabai. Ranah totaliranisme juga
bermula dengan kemendapan penguasa dalam membanalkan tindakan dan reaksi
masyarakat (Hannah Arendt; Banality of Evil).
Tindakan
ini diperkukuhkan lagi dengan menitipkan hujah kudus agama tidak pernah
terlepas dalam hal ini – demikian untuk menutup keraguan terhadap
falsafah kepimpinan mereka. Demikian juga ia turut menganjurkankan
bagaimana ritual alami yang sakral dan tidak profan penting dalam
memastikan survival politik mereka terbatas hanya dengan buah fikir
primordialisme.
Natijahnya,
kita juga menyaksikan keruntuhan mana-mana tamadun di dunia ini adalah
akibat daripada kemunduran pemimpin dalam memastikan mereka berupaya
mengadaptasi pendekatan mereka berdasarkan zaman yang senantiasa berubah
sambil menegaskan komitmen terhadap tiga persoalan yang tunjang: Moral,
Kuasa dan Pengetahuan.
Malah, menurut ahli falsafah seperti Michel Foucault di dalam 'Madness and Civilisation:
“analisis keruntuhan moral di dalam masyarakat moden dinaungi oleh
'kejahatan' mentafsirkan moral dan pengetahuan terhadap kekuasaan (baca:
autoriti) tanpa ada acuan daripada sentrik masyarakat yang rata-rata
berbeza dari segi normatifnya”. Hal ini diyakinkan lagi dengan ketajaman
beliau mengkritik kepimpinan yang melakukan praktis atau tindakan yang
bertindan dalam pemaksaan moral sebagai bentuk dekonstruktif terhadap
acuan masyarakat yang harmoni.
acuan masyarakat yang harmoni.
Konsep Tatakelola yang Baik (Good Governance)
Di
dalam misalan sejarah Islam yang umum sedia ketahui, ciri-ciri
kepimpinan yang baik haruslah mencakupi tatakelola yang baik
berinspirasikan sentrik Islam dimana aspek yang wajar diambil kira
sebagai rumusan awal menstrukturkan kepimpinan ideal menerusi Tauhid,
Amanah, Keadilan dan Ihsan juga Syura.
Tauhid
Merangkumkan gagasan 'Tauhid' daripada sentrik epistemologi mengikut runut yang dikerangkakan sebagai 'pandangan sarwa’ (worldview)
di dalam korpus lingkungan tersendiri, umat Islam perlu memberi
alternatif baru dalam menanggapi persoalan-persoalan yang mendepani
zaman. Konsep tauhid ini meletakkan hubungan Allah sebagai tuhan,
manusia sebagai makhluk, dan sebagai makhluk ciptaan Allah. Manusia
punya tanggungjawab menjalankan perintah yang diberatkan kepada mereka.
Allah
berfirman dalam surah Ali Imran: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman dengan Allah (dengan sebenar-benar iman)”. [3: 144]
Jadi,
jalan ketauhidan kepada Allah sebagai Tuhan yang Esa haruslah
dihubung-kait dengan perkara-perkara yang berfaedah buat umat manusia
keseluruhannya. Hak di dalam agama perlu digunakan untuk memastikan
setiap manusia beroleh faedah dengan sebaiknya.
Jadi,
Tauhid yang dikira menurut kerangka tatakelola ialah segala usaha untuk
menentang kemungkaran di setiap lapis peringkat samada individu ataupun
masyarakat seperti rasuah, pecah amanah, kezaliman, kediktatoran,
pencabulan hak asasi, salah guna kuasa dan sepertinya (Abdul Tawwab; Qawa’id al-Ahkam – Islamic Legal Maxims). Tugas seorang pemimpin yang bercita sempurna adalah mereka yang menjadikan teras menentang kemungkaran sebagai maslahah (public interest) di setiap baris kepimpinan mereka.
Amanah
Semenjak Allah menabalkan Adam sebagai khalifah pertama di mukabumi, maka semenjak detik itulah manusia terpikul dengan amanah di bahu mereka. Dua tanggungjawab utama; untuk mengabdikan diri (' ibadah) kepada Allah dan juga untuk membangunkan (imarah) politik dunia: “iqamatud-din wa-siyasatid-dunya” (Ibnu Khaldun; Muqaddimah - Prolegomena).
Maka
manusia diberikan petunjuk di sepanjang zaman agar sentiasa ingat dan
menjalankan amanah mereka. Kesedaran ini penting bagi menghasilkan
konsensus bahawa sebarang keputusan pemimpin supaya meletakkan sandaran
keputusan kepemimpinan mestilah menuruti kepentingan rakyat. Para fuqaha’ kerana itu kemudiannya menyimpulkan “tasafur al-ra'iyy 'ala maslahat al-ra'iyaa” (keputusan pemerintah berdasarkan kepentingan rakyat].
Dalam prosedur perlaksanaan baik dituruti penyampaian pemimpin dengan nilai “itqan” (efisien) supaya rakyatlah yang punya hak untuk mendominasi tindakan kerajaan atau kepemimpinan.
Keadilan dan Ihsan
Tema utama di dalam kerangka syari’at Islam sifatnya difahami secara menyeluruh (aqidah, syari’ah, akhlaq) adalah pencirian yang tercenderung dengan keadilan ('adalah atau adl').
Hal ini berturutan dengan firman Allah di dalam Surah an-Nisa: ' Allah
telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanat mereka kepada yang
berhak, dan apabila kamu menghukum antara manusia, berhukumlah dengan
adil ' [4: 58].
Manifestasi
terbesar di dalam ajaran tauhid menegaskan Allah selaku pencipta alam
telah pun terlebih dahulu melaksanakan keadilan dan memerintahkan
manusia untuk melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Malah, setiap nabi
dan rasul yang diutuskan terhadap umat mereka ditugaskan membawa panji
yang menciptakan keadilan dan memerintahkan manusia untuk melaksanakan
kehidupan mereka.
Konsep al-adl wal ihsan
merupakan setiap tugas setiap individu Muslim di dalam ruang lingkup
kehidupan tersendiri. Hal ini tentulah sama sekali dirangkumkan sebagai
cara hidup yang menyeluruh, mencakupi segala hal keduniaan seperti urus
tadbir kenegaraan, pengagihan ekonomi yang sama rata, badan politik yang
berwibawa yang meraikan pluralisme, kehakiman yang bebas, telus lagi
adil, keadilan dan kesamarataan gender; yang semuanya merupakan suatu
kewajiban umum.
Di
dalam kerangka politik Islam, menurut Rachid Ghannouchi; setiap satu
ijtihad baru yang membuka ruang kelonggaran dalam sistem pentadbiran
terutamanya apabila wujud pergeseran dengan kesan modeniti seperti
demokrasi atau asas kedaulatan undang-undang (rule of law) perlu dianggap menepati ciri-ciri 'Maqasid Syari’ah'.
Jadi, tidak perlu timbul prasangka bahawa hanya dengan kerangka negara Islam sahaja yang mampu melaksanakan cita-cita syari’at (maqasid asy-syari’ah). Akan tetapi kesalahfahaman golongan tertentu dengan konsep 'fiqh siyasi',
yang sebenarnya bukanlah bermatlamat mengkehadapankan agama, tetapi ia
lebih bersifat bentuk yang berupaya meninjau kekuasaan dan kebijaksanaan
politik demi kepentingan massa.
Syura
Di dalam konteks tatakelolaan, syura tergolong di dalam struktur partisipasi rakyat dan pemimpin bersama dalam membuat keputusan siyasah yang penting untuk kesejahteraan bersama. Nilai utama di dalam konteks politik Islam dilatari konsep syura (hal yang sebenarnya tidak punya perbezaan yang ketara dengan demokrasi).
Malah
al-Qur’an memuji konsep ini sepertimana diperjelaskan di dalam surah
Ali Imran [3: 159]; dan asy-Syura [42: 38]. Fakhruddin Al-Razi
berpendapat bahawa Allah telah mengajar manusia erti syura melalui
dialog dengan para malaikat ketika Allah memberitahu para malaikat akan
kehendakNya dalam mencipta manusia.
Muhammad
Imarah, ahli Akademi Penyelidikan Islam al-Azhar, di dalam merungkai
permasalahan kelompok fundamentalis dan konservatif yang teraruh
daripada realiti zaman yang berbeza-beza pendekatannya terhadap
penyalahertian konsep syura ini ditanggapi dengan tafsiran beliau
terhadap surah An-Nisa ayat 59 yang menyuruh umat Islam mentaati Allah,
Rasul dan Ulil Amri (pemerintah) yang sebenarnya menunjukkan pengertian terhadap konsep syura.
Perkataan 'min kum’ (telah kamu pilih daripada kamu) menjelaskan bahawa kalangan mereka 'ulil amri min kum' haruslah bersandarkan konsep pemilihan muafakat terhadap kepimpinan yang bertindak sebagai badan eksekutif. Jika 'ulil amri' gagal melaksanakan amanah yang diberikan, mereka layak untuk tidak ditaati dan dipatuhi.
Perjuangan Menegakkan Keadilan dan Kesamarataan
Proses
ini memerlukan jangka masa yang agak lama dan perlu kepada menggagaskan
perilaku autentik para pemimpin secara perlahan-lahan tetapi berkesan.
Konsep cita sempurna ini diterangkan oleh sejarahwan Amerika bernama
Ralph Waldo Emerson memisalkan contoh dalam dunia ini bagaimana semangat
untuk mencapai kejayaan dan kekuasaan dalam sejarah; yang paling
penting ialah tidak bermimpi dengan dilema romantisisme zaman lampau
sehingga memimpikan kemunculannya semula pada hari ini.
Berkenaan
hak asasi seseorang manusia pula, saya kira kita perlu merujuk kembali
dokumen penting yang ditinggalkan; iaitu surat perintah Saidina Ali
kepada Malik Ashtar yang telah dilantik sebagai gabenor Mesir. Namun
demikian, Malik Ashtar tidak sempat untuk menunaikan amanah tersebut
kerana meninggal dunia pada tahun 659M dalam perjalanan ke Mesir,
dipercayai akibat diracun atas perintah Muawiyah.
Hak
asasi manusia yang timbul daripada Revolusi Amerika 1776 dan Revolusi
Perancis 1789, yang sekarang sedang meluas di merata dunia adalah
sambungan hak asasi yang dipertahankan Saidina Ali daripada pengaruh
yang cuba merosakkannya, dalam sejarah masyarakat Islam. Di dalam
suratnya kepada Malik Ashtar, Saidina Ali menasihatkan beliau supaya
“tidak menggunakan kekuasaannya untuk memaksa pendapat”.
Panduan
yang paling utama dalam melaksanakan keadilan terutamanya di dalam hal
mendesak golongan pemerintah yang paling tidak suka menerima layanan
yang sama dengan rakyat kerana merasakan mereka lebih eksklusif daripada
yang lain, dan yang paling kurang menghargai penjelasan berakal sewaktu
ditolak permintaan.
Hal
ini bagi memastikan setiap yang hidup itu perlulah menerima layanan
saksama dalam menghadapi segala bentuk kemungkinan sekalipun. Dua jenis
hak asasi yang dibangkitkan Saidina Ali dan selepasnya pejuang-pejuang
kemanusiaan barat di kurun ke -18 dan seterusnya adalah hak layanan adil
daripada pemerintah yakni kerajaan, dan hak ilmu berpengetahuan seperti
yang disyarahkan oleh Syed Husin al-Attas di dalam Citra Sempurna Warisan Sejarah.
Kata
Saidina Ali kepada Malik Ashtar: “Janganlah tingginya pangkat seseorang
menyebabkan perbuatan kecilnya menjadi besar dan sebaliknya janganlah
pangkat yang rendah menjadikan perbuatan besarnya menjadi kecil”.
Kenyataannya
ini saya kira sangat relevan untuk kita semua renungi semula dengan
fikiran yang terbuka dan menghayati kebijaksanaan Saidina Ali dalam
memahami konsep pentadbiran dan aturan-aturannya demi kepentingan
rakyat.
Dasar-dasar pemikiran Saidina Ali memang bersumber daripada Islam yang diamalkan oleh ar-Rasul. Saidina Ali merupakan orang yang pertama menyimpulkannya dalam sebuah dokumen asas pemerintahan, dikaitkan dengan suasana dan keadaan, dalam bentuk falsafah pentadbiran.

Kesimpulan
Kembali kepada hak asasi manusia yang dikemukakan Revolusi Peranchis, dari
segi dasar mutlaknya adalah bersesuaian dengan tuntutan Islam. Jadi
perlu diingat bahawa nilai-nilai universalisme ini adalah dasar yang
membentuk kesempurnaan keadaan masyarakat dan bukannya menganggap ia
sebagai satu unsur akidah.
Soal ini sangat berkait rapat dengan ajaran Islam yang sifatnya 'rahmatan lil alamin'
dan menjamin setiap manusia mendapat hak keadilan yang sewajarnya. Saya
percaya bahawa Islam begitu menekankan hak yang saksama untuk sekelain
manusia dan begitu selari dengan konteks hak asasi yang bersifat
universal.
Firman Tuhan: “Dan Kami telah muliakan sekelian anak Adam…” Surah Bani Isra’il [17: 70].
BERKAITAN
Revolusi Perancis 1789-1799
Revolusi
Perancis merupakan satu revolusi politik dan sosial di Perancis iaitu
daripada sistem monarki mutlak kepada sistem republik demokrasi.
Revolusi Perancis menekankan aspek Nasionalisme, Kewarganegaraan dan Hak
Rakyat dengan cogankata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan.
Republik Perancis terbentuk apabila Raja Louis XVI telah dihukum pancung dan memyebabkan Perancis dalam kesusahan yang berpanjangan apabila sebahagian Perancis telah ditawan oleh kuasa-kuasa besar Eropah seperti Prussia, Itali dan Britain.
Punca meletusnya revolusi ialah golongan bangsawan Perancis dan kerabat diraja Perancis mengamalkan kemewahan yang berlebihan sehingga mendatangkan kesusahan kepada golongan bawahan di Perancis. Akibatnya, terletusnya Revolusi Perancis yang dipimpin oleh Maximilien Robespierre. Selain itu, Revolusi Perancis juga dipengaruhi oleh pemikiran Enlightenment dan Revolusi Amerika Syarikat.
Sunday, March 11, 2012
Greece masih cari jalan penyelesaian atasi krisis ekonomi
Tindakan untuk mencari ‘kambing hitam’ atau siapa patut dipersalahkan
dalam kes muflis Kerajaan Greece belum lagi bermula dalam kalangan
anggota Kesatuan Eropah (EU).
Negara yang dilanda krisis ekonomi terburuk ini masih ‘selamat’ kerana satu perjanjian dimeterai dengan kreditor swasta dan bantuan sektor awam dijangka membolehkan Greece membayar semula pinjaman mengikut jadual pada 20 Mac ini.
EU patut dipuji kerana mengakui ia adalah krisis dan mengambil langkah tegas untuk menanganinya. Kreditor swasta sudah menerima hakikat dan bersetuju menuntut 50 peratus daripada jumlah pinjaman dan menurunkan kadar faedah – sekali gus melegakan beban hutang Greece kepada lebih dua pertiga.
Ketika langkah penyelesaian ditemui dalam suasana begitu mencengkam,
ramai percaya ia sekadar menunda isu sebenar iaitu Greece tidak mungkin
mampu menunaikan semua janji dan krisis ini mungkin berakhir sama ada –
negara ini membuat keputusan untuk keluar atau disingkir daripada EU.
Sebelum perjanjian terkini dibuat, pemimpin politik di Belanda, Finland serta Jerman, lantang menyuarakan persoalan mengapa Greece patut terus kekal dalam EU.
Di Athens, desakan ini sudah mencapai tahap baru, pertelingkahan merebak dengan kadar semakin berbahaya dan mengingatkan sejarah mengenai ganti rugi perang dari Jerman pada 1920-an.
“Siapa kehilangan China?” soal seorang pakar strategi Amerika pada 1950-an, berikutan kemenangan parti komunis Mao Zedong pada 1949. Negara Eropah mungkin mula bertanya soalan sama tidak lama lagi, tetapi kali ini membabitkan Greece.
Pengkhianat utama sudah tentu rakyat Greek sendiri. Kelemahan terutama pemimpin politik yang gagal menentukan hala tuju negara menjerumuskan mereka ke jurang kejatuhan begitu serius - sistem perlindunganlah meracun kerajaan.
Indeks rasuah Transparency International meletakkan Greece di tangga ke-80 dan pada September, 2011, perbendaharaan negara itu menyelesaikan 31 daripada 75 audit cukai individu berpendapatan tinggi.
Amat mudah melihat dari satu sudut, dan meletak kelemahan lain sebagai tanggungjawab Eropah.
Kesilapan pertama EU ialah mereka tidak mengendahkan masalah Greece berbulan-bulan, dengan hanya memberi program bantuan tidak realistik iaitu bagi mengembalikan Greece ke pasaran saham pada 2013. Kini amat jelas langkah untuk memulihkan ekonomi dan membetulkan ketidakseimbangan negara itu akan memakan masa bertahun-tahun, mungkin satu dekad.
Kesilapan kedua Eropah ialah ketidaksungguhan pada peringkat awal untuk menyelesaikan krisis. Dua strategi boleh dilakukan iaitu sama ada mengurangkan hutang kerajaan lebih awal atau menyusun semula hutang Greece atas alasan untuk mempertahankan reputasi kolektif semua negara Eropah.
Satu daripada strategi ini logik, tetapi Jerman dan Perancis menganggap ia tidak boleh digunakan. Jerman dan Perancis sengaja menganggap Greece sudah mencari (solven) dan memberi pinjaman pada kadar faedah begitu tinggi, sekali gus membuatkan keadaan menjadi semakin parah. Greece memerlukan tempoh 18 bulan untuk menghapuskan polisi ini.
Kesilapan ketiga ialah mereka gagal menyenaraikan keperluan dan kepentingan mengikut keutamaan. Dari luar krisis ini, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengesan dua masalah berkembar – sistem kewangan awam lemah dan kerugian persaingan yang serius.
Malangnya, pembuat dasar hanya memberi fokus pada kelemahan pertama, dan menaruh harapan perubahan struktur akan menyelesaikan isu kedua. Pihak berkuasa Greece melabur kebanyakan modal yang tidak seberapa ke atas penyesuaian belanjawan, bukannya membina ekonomi yang kompetitif.
Program dirancang kini berada di fasa akhir untuk membetulkan landasan semua keperluan dan kepentingan terbabit – meletakkan persaingan dan pertumbuhan mendahului pengukuhan belanjawan. Bagaimanapun, persoalan yang terus bermain di fikiran ialah mengapa keputusan ini perlu menunggu hampir dua tahun untuk dileraikan.
Keempat, tiada tindakan tegas untuk mengukuhkan pertumbuhan. Program penyesuaian penting untuk mengurangkan kemelesetan, tetapi ia memerlukan mekanisme lebih kukuh untuk pemulihan ekonomi.
Secara prinsip, Greece sebenarnya boleh menerima bantuan pembangunan serantau lebih besar daripada EU. Dana ini tidak banyak digunakan kerana kelemahan pembiayaan bersama peringkat tempatan.
Kelemahan ini hanya disedari musim panas lalu – itu pun pada darjah kesedaran sederhana – apabila ada pihak akhirnya menyedari bantuan ini boleh digunakan untuk menyokong usaha pemulihan ekonomi.
Kesilapan terakhir Eropah ialah tidak mengambil berat untuk berkongsi beban antara negara anggota. IMF sebagai institusi teknokrat tidak akan terbabit secara melampau dalam ekonomi makro tetapi EU ialah entiti politik yang menjadikan keadilan sosial sebagai satu daripada matlamat asasnya.
Di sebalik kritikan ini, Eropah tidak boleh dipersalahkan kerana tindakan keras ke atas Greece. Peraturan tegas perlu terutama membabitkan bantuan kewangan kepada negara yang mencatat ketidakseimbangan ekonomi yang serius.
Cuma EU boleh ditegur kerana lewat bertindak, mencadangkan program bantuan tidak wajar, tidak seimbang dan tidak membantu. Jika persoalan siapa yang menyebabkan ‘kehilangan’ Greece muncul satu hari nanti, cukup ramai untuk dipersalahkan.
*Penulis ialah Pengarah Bruegel, sebuah kumpulan pemikir ekonomi antarabangsa; Profesor Ekonomi di Universiti Paris-Dauphine dan anggota Penganalisis Majlis Ekonomi Perdana Menteri Perancis
BERKAITAN:
RENCANA ILMIAH
KRISIS DI BELANDA

Keutamaan
Awlawiyat
shaikh... Rajinkan diri belajar yang asas dulu, asas akidah Islam, asas
feqah ibadah, asas akhlak Islami, baru terjun kritikal diskusi entah
apa lagi semua itu...
Aku hanya mampu bersedih melihat
sahabat-sahabat ku tenggelam dengan diskusi kritikal, sedangkan lupa
kepada keutamaan sebagai seorang manusia awam, apakah yang patut
dipelajari pada peringkat begini?
Apakah kita sangka untuk
seorang awam terjun mendiskusi hadis ini sahih ke tidak lebih penting
daripada seorang awam berusaha belajar untuk menyempurnakan asas
akidahnya, dan feqh ibadahnya, dan menyempurnakan akhlak mengikut akhlak
nabi s.a.w?
Nasihat ustaz Nasaie kepada kami mudah sahaja,
beliau memetik kalam Shaikh Fawzan al-Fawzan yang menegur penuntut ilmu
yang sibuk nak mentelaah kitab-kitab besar. Shaikh berkata mereka dulu
memulakan mengaji dengan kitab-kitab kecil, lalu akhirnya kami menjadi
seperti sekarang. Kalian sibuk mahu mengaji kitab-kitab besar, tapi apa
hasilnya.
Jangan menuai sebelum tiba masanya. Buah yang disangka sudah masak, rupanya masih muda, dan sungguh masam rasanya.
Thursday, March 8, 2012
Antara Sunnah Nabi
Dalam
Islam rambut adalah anggota wudhu’. Dan tidak sah sholat tanpa
wudhu’.Bahkan Rasulullah ingin sekali wudhu’ kaum muslimin lebih
sempurna mengalahkan kaum hawa yaitu dengan mencelah-celahkan air ke
dalam janggut.
Namun janggut pula tak ada. Padahal Nabi mewasiatkannya dalam hadits Muslim اعفاء اللحية وقص الاظفار : “Peliharalah janggut, dan gunting/tipiskan misai…”
Dalam sunnah/contoh ikutan dari Nabi disyariatkan membotakkan kepala pada tiga keadaan:
1-Ketika haji dan Umrah
2-Ada gangguan kesihatan/penyakit di kepala
3-Bayi yang berumur 7 hari atau pada masa akikahnya.
Sabda Baginda من كان له شعر فليكرمه :”Barangsiapa yang memiliki rambut (yg terlepas dari 3 alasan diatas) maka wajib ia memuliakannya”.
Imam Munawi berkata, “Memuliakan rambut” yang dimaksud dalam wasiat Nabi ini adalah membersihkannya, merawatnya, memberi minyak, menyikatnya dan menutupnya -(Lihat Faidul Qadir Syarh Al-jami’ush shaghir. Mustafa Muhammad 1352, juz 6 m/s 208)
IKUTLAH SUNNAH NABI !

Saturday, March 3, 2012
Memperingati 88 tahun detik hitam KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYYAH 3 MAC 1924
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.
Kamal Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.
Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.
Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.
Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia?
Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).
Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
Think globally and act locally…..
TULISAN DR ZAINURRASHID
BUKU YANG BAGUS UNTUK PEMBACAAN MENERANGKAN TENTANG PERMASALAHAN ASAS UMAT ISLAM MASAKINI
Kapitalis nilai Islam
Islam,
merupakan satu set ideologi, doktrin, serta amalan yang bukan sekadar
satu agama. Ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Seperti firman
Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan: sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata. " Surah al-Baqarah ayat 208)

"Occupy"
Dari Washington, sampai ke London, malah santak ke Madrid, kita dikejutkan dengan gelombang ‘Occupy London’, ‘Occupy Wall Street’, dan sebagainya. Matlamat mereka hanya satu, iaitu meluahkan ketidak puasan hati terhadap kapitalisme, penguasaan syarikat-syarikat besar terhadap kekayaan negara. Bila berlakunya krisis, kerajaan akan membantu syarikat-syarikat tersebut, bukannya rakyat.
Persoalannya, adakah kapitalisme yang bersalah dalam hal ini?
Mengikut
pengalaman peribadi, ramai sahabat yang menyalahkan sistem kapitalis
itu sendiri sebagai punca kepada segala masalah yang berlaku terutamanya
yang melibatkan ekonomi dunia. Tetapi saya tidak menyalahkan mereka,
kerana mereka juga dengar daripada orang lain, sekadar membaca artikel
bukan akademik, dan sebagainya.
Di
Barat (di bahagian lain di dunia juga, mungkin), silibus piawai dalam
pengajian Ekonomi meletakkan Adam Smith sebagai pelopor kepada
kemunculan pemikiran kapitalis. Nilai-nilai kapitalisme seperti
pemilikan swasta, masyarakat bebas, serta kerajaan terhad (limited government) digarap dengan baik dalam magnum opus-nya, The Wealth of Nations (1776). Beliau juga dianggap perintis kepada teori pengkhususan pekerja (specialisation of labour), yang memungkinkan proses pengeluaran barang-barang menjadi lebih efisien.
Tetapi,
dengan pengaruh Adam Smith seorang sahaja, Barat terutamanya British
tidak akan mampu mencetuskan Revolusi Perindustrian yang bermula di kota
Manchester. Sesebuah masyarakat memerlukan nilai-nilai yang dipegang
bersama untuk menggerakkan satu perubahan dalam masyarakat itu sendiri.
Perkara yang saya sifatkan sebagai menarik ialah, Revolusi Perindustrian
menjadi begitu berjaya sehingga meletakkan Britain sebagai kuasa
imperialis baru pada abad ke-18. Menjawab persoalan ini, saya tertarik
dengan tesis ahli Sosiologi Jerman, Max Weber dalam buku beliau, The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalism
(1905).
Beliau menyimpulkan bahawa, masyarakat Barat menjadi maju
kerana nilai-nilai kapitalisme sendiri terkandung dalam doktrin agama
Kristian mazhab Protestan. Untuk mendekati Tuhan, manusia hendaklah
berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam kehidupannya. Secara tidak
langsung, manusia yang mempunyai nilai-nilai seperti kuat berusaha,
tidak mudah putus asa serta semangat yang tinggi akan mengumpul kekayaan
akhirnya.
Berbalik
kepada persoalan mengenai kapitalisme, nilai-nilai seperti yang saya
katakan tadilah yang membawa Negara-negara kapitalis mencapai tahap
kemajuan yang dapat dilihat sekarang di kebanyakan Negara Barat.
Pemilikan harta secara swasta atau persendirian pula, mewujudkan
keghairahan untuk bersaing, dan natijahnya, persaingan dalam perniagaan
ini akan menghasilkan kemajuan secara kolektif.
Tetapi, mengapa sistem sebagus ini dipersalahkan dalam isu ‘Occupy Wall Street’?
"Nilai dan budaya"
400 tahun sebelum Smith, Ibn Khaldun menulis al-Muqaddimah
(1377). Sebuah tulisan yang menjelaskan peristiwa sejarah dari
perspektif ekonomi, politik, dan sosial ini dianggap sebagai antara
karya perintis dalam bidang Sosiologi dan Ekonomi.
Ibn Khaldun juga menampakkan dirinya sebagai seorang kapitalis dalam al-Muqaddimah.
Ya,
konsep-konsep seperti pemilikan swasta, pengkhususan pekerja serta
kerajaan terhad (ya, Ibn Khaldun sangat menentang campur tangan kerajaan
dalam ekonomi sesebuah Negara) telah lama dihuraikan oleh Ibn Khaldun
dalam karya beliau ini. Saya beri satu contoh;
“Each
particular kind of craft needs persons to be in charge of it and
skilled in it. The more numerous the various subdivisions of a craft
are, the larger the number of the people who (have to) practice that
craft. The particular group (practicing that craft) is colored by it. As
the days follow one upon the other, and one professional coloring comes
after the other, the crafts-coloring men become experienced in their
various crafts and skilled in the knowledge of them. Long periods of
time and the repetition of similar (experiences) add to establishing the
crafts and to causing them to be firmly rooted” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, jilid 2, m/s 250)
Petikan di atas merupakan idea beliau dalam teori pengkhususan pekerja.
Kesimpulannya,
tokoh ekonomi Islam juga mendukung idea kapitalisme. Kapitalisme tidak
bersalah, tetapi kapitalisme tanpa nilai itulah yang menghasilkan
binatang bertopengkan manusia.
Di
Barat, mereka mengamalkan kapitalisme tanpa nilai. Matlamat akhir
mereka bekerja hanyalah mencari wang untuk kehidupan dunia yang selesa.
Itu sahaja. Kemudian apa pula? Kosong. Mereka menyembah wang. Di sinilah
punca penindasan golongan kaya terhadap yang miskin.
Dalam
Islam, kapitalisme punyai matlamat akhir yang lebih besar dan jelas,
iaitu harta dunia sebagai pemudah jalan ke akhirat. Matlamat akhir ialah
akhirat. Tidakkah Nabi SAW sendiri pernah bersabda,
“Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bekerja dengan bersungguh-sungguh” (HR Muslim)
Hadis
di atas menunjukkan betapa Islam menganjurkan satu nilai, yang membawa
kepada kapitalisme itu sendiri iaitu bekerja bersungguh-sungguh di
dunia. Tetapi, Islam mempunyai matlamat yang lebih besar di sebalik idea
‘bekerja bersungguh-sungguh’ tersebut. Lihat saja para kapitalis dalam
kalangan sahabat Nabi SAW sendiri, iaitu Abdul Rahman bin Auf yang
membuka pasar sendiri di Madinah, serta Uthman ibn Affan juga, merupakan
seorang ahli perniagaan berjaya. Mereka bersungguh-sungguh mengumpul
harta kekayaan, tetapi harta itu bukanlah matlamat akhir mereka. Harta
itulah juga yang membawa mereka lebih kuat bekerja untuk Allah SWT.
Begitulah
Islam, meletakkan nilai terhadap sesuatu supaya matlamat akhir
pekerjaan manusia hanyalah Allah. Samalah juga dalam hal menimba ilmu.
Al-Quran menyebut, “…wahai Tuhan, tambahlah ilmuku!” (Quran, 20:114).
Ayat ‘rabbi zidni ‘ilman’ ini memberi pengiktirafan kepada Allah
sebagai sumber ilmu, sekali gus meletakkan janji untuk menggunakan ilmu
tersebut hanya untuk Allah SWT. Islam bukannya mengajar umatnya mencari
ilmu tetapi matlamat utama pemilikan ilmu tersebut hanya untuk mendapat
keuntungan di dunia. Kita bukannya menyembah ilmu!
Kesimpulannya,
saya mengambil sikap, kapitalisme itu sendiri merupakan satu ideologi
yang merupakan pencetus kepada kemajuan umat manusia. Kapitalisme secara
prinsip memang selari dengan Islam, tetapi kapitalisme ala Barat yang
cacat nilailah menjadi penyebab kezaliman yang membarah.
Subscribe to:
Posts (Atom)