Islam,
merupakan satu set ideologi, doktrin, serta amalan yang bukan sekadar
satu agama. Ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Seperti firman
Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan: sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata. " Surah al-Baqarah ayat 208)
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan: sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata. " Surah al-Baqarah ayat 208)
"Occupy"
Dari Washington, sampai ke London, malah santak ke Madrid, kita dikejutkan dengan gelombang ‘Occupy London’, ‘Occupy Wall Street’, dan sebagainya. Matlamat mereka hanya satu, iaitu meluahkan ketidak puasan hati terhadap kapitalisme, penguasaan syarikat-syarikat besar terhadap kekayaan negara. Bila berlakunya krisis, kerajaan akan membantu syarikat-syarikat tersebut, bukannya rakyat.
Persoalannya, adakah kapitalisme yang bersalah dalam hal ini?
Mengikut
pengalaman peribadi, ramai sahabat yang menyalahkan sistem kapitalis
itu sendiri sebagai punca kepada segala masalah yang berlaku terutamanya
yang melibatkan ekonomi dunia. Tetapi saya tidak menyalahkan mereka,
kerana mereka juga dengar daripada orang lain, sekadar membaca artikel
bukan akademik, dan sebagainya.
Di
Barat (di bahagian lain di dunia juga, mungkin), silibus piawai dalam
pengajian Ekonomi meletakkan Adam Smith sebagai pelopor kepada
kemunculan pemikiran kapitalis. Nilai-nilai kapitalisme seperti
pemilikan swasta, masyarakat bebas, serta kerajaan terhad (limited government) digarap dengan baik dalam magnum opus-nya, The Wealth of Nations (1776). Beliau juga dianggap perintis kepada teori pengkhususan pekerja (specialisation of labour), yang memungkinkan proses pengeluaran barang-barang menjadi lebih efisien.
Tetapi,
dengan pengaruh Adam Smith seorang sahaja, Barat terutamanya British
tidak akan mampu mencetuskan Revolusi Perindustrian yang bermula di kota
Manchester. Sesebuah masyarakat memerlukan nilai-nilai yang dipegang
bersama untuk menggerakkan satu perubahan dalam masyarakat itu sendiri.
Perkara yang saya sifatkan sebagai menarik ialah, Revolusi Perindustrian
menjadi begitu berjaya sehingga meletakkan Britain sebagai kuasa
imperialis baru pada abad ke-18. Menjawab persoalan ini, saya tertarik
dengan tesis ahli Sosiologi Jerman, Max Weber dalam buku beliau, The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalism
(1905).
Beliau menyimpulkan bahawa, masyarakat Barat menjadi maju
kerana nilai-nilai kapitalisme sendiri terkandung dalam doktrin agama
Kristian mazhab Protestan. Untuk mendekati Tuhan, manusia hendaklah
berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam kehidupannya. Secara tidak
langsung, manusia yang mempunyai nilai-nilai seperti kuat berusaha,
tidak mudah putus asa serta semangat yang tinggi akan mengumpul kekayaan
akhirnya.
Berbalik
kepada persoalan mengenai kapitalisme, nilai-nilai seperti yang saya
katakan tadilah yang membawa Negara-negara kapitalis mencapai tahap
kemajuan yang dapat dilihat sekarang di kebanyakan Negara Barat.
Pemilikan harta secara swasta atau persendirian pula, mewujudkan
keghairahan untuk bersaing, dan natijahnya, persaingan dalam perniagaan
ini akan menghasilkan kemajuan secara kolektif.
Tetapi, mengapa sistem sebagus ini dipersalahkan dalam isu ‘Occupy Wall Street’?
"Nilai dan budaya"
400 tahun sebelum Smith, Ibn Khaldun menulis al-Muqaddimah
(1377). Sebuah tulisan yang menjelaskan peristiwa sejarah dari
perspektif ekonomi, politik, dan sosial ini dianggap sebagai antara
karya perintis dalam bidang Sosiologi dan Ekonomi.
Ibn Khaldun juga menampakkan dirinya sebagai seorang kapitalis dalam al-Muqaddimah.
Ya,
konsep-konsep seperti pemilikan swasta, pengkhususan pekerja serta
kerajaan terhad (ya, Ibn Khaldun sangat menentang campur tangan kerajaan
dalam ekonomi sesebuah Negara) telah lama dihuraikan oleh Ibn Khaldun
dalam karya beliau ini. Saya beri satu contoh;
“Each
particular kind of craft needs persons to be in charge of it and
skilled in it. The more numerous the various subdivisions of a craft
are, the larger the number of the people who (have to) practice that
craft. The particular group (practicing that craft) is colored by it. As
the days follow one upon the other, and one professional coloring comes
after the other, the crafts-coloring men become experienced in their
various crafts and skilled in the knowledge of them. Long periods of
time and the repetition of similar (experiences) add to establishing the
crafts and to causing them to be firmly rooted” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, jilid 2, m/s 250)
Petikan di atas merupakan idea beliau dalam teori pengkhususan pekerja.
Kesimpulannya,
tokoh ekonomi Islam juga mendukung idea kapitalisme. Kapitalisme tidak
bersalah, tetapi kapitalisme tanpa nilai itulah yang menghasilkan
binatang bertopengkan manusia.
Di
Barat, mereka mengamalkan kapitalisme tanpa nilai. Matlamat akhir
mereka bekerja hanyalah mencari wang untuk kehidupan dunia yang selesa.
Itu sahaja. Kemudian apa pula? Kosong. Mereka menyembah wang. Di sinilah
punca penindasan golongan kaya terhadap yang miskin.
Dalam
Islam, kapitalisme punyai matlamat akhir yang lebih besar dan jelas,
iaitu harta dunia sebagai pemudah jalan ke akhirat. Matlamat akhir ialah
akhirat. Tidakkah Nabi SAW sendiri pernah bersabda,
“Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bekerja dengan bersungguh-sungguh” (HR Muslim)
Hadis
di atas menunjukkan betapa Islam menganjurkan satu nilai, yang membawa
kepada kapitalisme itu sendiri iaitu bekerja bersungguh-sungguh di
dunia. Tetapi, Islam mempunyai matlamat yang lebih besar di sebalik idea
‘bekerja bersungguh-sungguh’ tersebut. Lihat saja para kapitalis dalam
kalangan sahabat Nabi SAW sendiri, iaitu Abdul Rahman bin Auf yang
membuka pasar sendiri di Madinah, serta Uthman ibn Affan juga, merupakan
seorang ahli perniagaan berjaya. Mereka bersungguh-sungguh mengumpul
harta kekayaan, tetapi harta itu bukanlah matlamat akhir mereka. Harta
itulah juga yang membawa mereka lebih kuat bekerja untuk Allah SWT.
Begitulah
Islam, meletakkan nilai terhadap sesuatu supaya matlamat akhir
pekerjaan manusia hanyalah Allah. Samalah juga dalam hal menimba ilmu.
Al-Quran menyebut, “…wahai Tuhan, tambahlah ilmuku!” (Quran, 20:114).
Ayat ‘rabbi zidni ‘ilman’ ini memberi pengiktirafan kepada Allah
sebagai sumber ilmu, sekali gus meletakkan janji untuk menggunakan ilmu
tersebut hanya untuk Allah SWT. Islam bukannya mengajar umatnya mencari
ilmu tetapi matlamat utama pemilikan ilmu tersebut hanya untuk mendapat
keuntungan di dunia. Kita bukannya menyembah ilmu!
Kesimpulannya,
saya mengambil sikap, kapitalisme itu sendiri merupakan satu ideologi
yang merupakan pencetus kepada kemajuan umat manusia. Kapitalisme secara
prinsip memang selari dengan Islam, tetapi kapitalisme ala Barat yang
cacat nilailah menjadi penyebab kezaliman yang membarah.
No comments:
Post a Comment