Labels

Sunday, March 11, 2012

Keutamaan

Awlawiyat shaikh... Rajinkan diri belajar yang asas dulu, asas akidah Islam, asas feqah ibadah, asas akhlak Islami, baru terjun kritikal diskusi entah apa lagi semua itu...

Aku hanya mampu bersedih melihat sahabat-sahabat ku tenggelam dengan diskusi kritikal, sedangkan lupa kepada keutamaan sebagai seorang manusia awam, apakah yang patut dipelajari pada peringkat begini?

Apakah kita sangka untuk seorang awam terjun mendiskusi hadis ini sahih ke tidak lebih penting daripada seorang awam berusaha belajar untuk menyempurnakan asas akidahnya, dan feqh ibadahnya, dan menyempurnakan akhlak mengikut akhlak nabi s.a.w?

Nasihat ustaz Nasaie kepada kami mudah sahaja, beliau memetik kalam Shaikh Fawzan al-Fawzan yang menegur penuntut ilmu yang sibuk nak mentelaah kitab-kitab besar. Shaikh berkata mereka dulu memulakan mengaji dengan kitab-kitab kecil, lalu akhirnya kami menjadi seperti sekarang. Kalian sibuk mahu mengaji kitab-kitab besar, tapi apa hasilnya.

Jangan menuai sebelum tiba masanya. Buah yang disangka sudah masak, rupanya masih muda, dan sungguh masam rasanya.

No comments: