Sudah
lama agaknya saya tidak menulis tentang isu-isu yang melanda Negara tercinta
ini. Maka dengan ruang yang ada ini dan dengan sedikit pengetahuan kewangan, ekonomi,
politik, dan sosial ini saya ingin
merungkai dan mencadangkan bebarapa permasalahan yang timbul.
Sejak
dua minggu isu panas perbualan orang ramai, yang didebatkan oleh pemimpin
parti politik dan menjadi liputan utama media massa ialah isu memansuhkan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Walaupun
cadangan memansuhkan PTPTN adalah cadangan bersama kepimpinan Pakatan
Rakyat; pemimpin Umno dan media kawalan Umno mensasarkan serangan ke atas
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hujah
yang dimainkan oleh pemimpin Umno ialah negara akan bankrap jika PTPTN
dimansuhkan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan
gambaran bahawa PTPTN mustahil dimansuhkan oleh Pakatan
kerana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM43 billion.
Sekali dengar memang seperti mustahil. Walaubagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak menyatakan adakah RM43 billion itu adalah tunggakan setakat hari ini iaitu sejak pinjaman PTPTN mula dilancarkan atau kos pinjaman PTPTN setiap tahun adalah RM43 billion.
Walaubagaimanapun kelmarin Pengarah Strategi PKR, saudara Rafizi Ramli mendakwa RM43 billion itu bukan kos PTPTN untuk setahun sebaliknya kos tertunggak selama 15 tahun. (lihat blog beliau)
Pemahaman isu pendidikan percuma perlu diterangkan dari sudut ekonomi kerana kos pendidikan akan ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan duit awam.
Sekali dengar memang seperti mustahil. Walaubagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak menyatakan adakah RM43 billion itu adalah tunggakan setakat hari ini iaitu sejak pinjaman PTPTN mula dilancarkan atau kos pinjaman PTPTN setiap tahun adalah RM43 billion.
Walaubagaimanapun kelmarin Pengarah Strategi PKR, saudara Rafizi Ramli mendakwa RM43 billion itu bukan kos PTPTN untuk setahun sebaliknya kos tertunggak selama 15 tahun. (lihat blog beliau)
Pemahaman isu pendidikan percuma perlu diterangkan dari sudut ekonomi kerana kos pendidikan akan ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan duit awam.
Pada asasnya isu pendidikan percuma dan PTPTN dilihat kepada keyakinan rakyat
jelata kepada institusi pentadbir negara yakni kerajaan. Jika sesebuah kerajaan dipenuhi dengan rasuah
dan penyelewengan dana awam dan wang pembayar cukai. Celah manakah pendidikan
percuma boleh dilaksanakan dek saban hari terhidangnya maklumat kebocoran dan
ketirisan wang awam.
Saya
ulangi sekali lagi pendirian saya bahawa saya bersetuju dengan pendidikan
percuma tetapi saya kurang bersetuju untuk PTPTN dimansuhkan. PTPTN tidak perlu
dimansuhkan. Hapuskan bunga. yuran pengajian di university dipercumakan. Hutang
PTPTN perlu dibayar tanpa sebarang caj atau faedah. PTPTN adalah mekanisma
untuk mahasiswa menampung kos sara hidup di alam pengajian.
Saya
sekali lagi berkeyakinan dan menegaskan bahawa
pendidikan percuma untuk rakyat jelata di tanah air tercinta ini boleh dilaksanakan.
Pertamanya dari segi kedudukan sumber dan hasil yang diperolehi oleh kerajaan. Namun perlu dielakkan dari
hanya bergantung kepada hasil minyak . Ya, benar kita adalah negara pengeluar
minyak. Tetapi ranking keberapakah
jumlah pengeluaran minyak Malaysia di dunia?
Sebab
itu saya katakan kebergantungan kepada hasil minyak semata-mata menyebabkan kita
menjadi tidak inovatif untuk mencari sumber lain. Perlu diingat bahawa sumber
minyak adalah sumber yang terhad. Bila-bila masa boleh habis. Jadi, kita perlu
meneroka pasaran dan lubang pendapatan baru untuk menjana hasil mahsul selain
dari industri petroleum. Dalam istilah finance ia disebut “diversification” Yakni mempelbagaikan hasil Negara.
Namun
sebelum melaksanakan pendidikan percuma suka saya cadangkan agar kerajaan
merangka kembali sistem pendidikan Negara. Ini kerana system pendidikan Negara sekarang hanya mementingkan kebolehan pelajar untuk
menghafal dan berorentasikan kepada peperiksaan semata-mata. Apakah dengan
menghasilnya “penghafal” bukan pengurus, pentadbir, penganalisa dan pemimpin dapat membantu
membina modal insan?
Apabila
kejayaan bukan lagi diukur dengan berapa banyak A yang dapat..berapa tinggi
CGPA yang diperolehi tetapi lebih kepada keterampilan dan nilai budaya sosok insan
pelajar. Maka dengan ini para pelajar tidak lagi berlumba-lumba untuk
mendapatkan berapa banyak A ataupun hanya memfokus kepada study dengan
mengenepikan aktiviti kemasyarakatan dan berpersatuan. Maka, modal insan apakah yang ingin dilahirkan.
Nah saya menyeru kepada rakyat sekalian BERSEKUTU MEMBUAT PERUBAHAN untuk Malaysia yang lebih baik.
Nah saya menyeru kepada rakyat sekalian BERSEKUTU MEMBUAT PERUBAHAN untuk Malaysia yang lebih baik.
Mohon
pencerahan
VIDEO CERAMAH ANWAR IBRAHIM ISU PENDIDIKAN
No comments:
Post a Comment