Labels

Monday, April 30, 2012

Hari Pekerja 2012 - PM Najib umum gaji minimum


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Kadar itu yang bersamaan dengan RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali perkhidmatan domestik termasuk pembantu rumah dan tukang kebun.
Tarikh kuat kuasa pelaksanaan kadar gaji minimum itu ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
"Bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil atau 'micro enterprises' membuat persediaan sepenuhnya supaya peniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

"Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima orang atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji minimum dalam masa enam bulan," katanya pada majlis makan malam pekerja dan majikan di sini malam ini sempena Hari Pekerja esok.

Ketika mengumumkan perkara itu pada majlis makan malam pekerja dan majikan di sini, berkata kadar gaji minimum itu bersamaan RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Katanya, untuk tidak membebankan majikan dan tidak merugikan pekerja, penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dibenarkan dalam perkiraan gaji minimum.

BERITA HARIAN 

BERITA HARIAN 

PENETAPAN GAJI

THE MALAYSIAN INSIDER

No comments: