Labels

Friday, April 13, 2012



Secara umumnya, Jerman adalah sebuah 'Daulah' atau negara yang hebat dalam penga...laman transisi politiknya. Daripada pemerintahan monarki kepada pemerintahan demokrasi, seterusnya kediktatoran dan juga terpecahnya negara itu kepada dua wilayah di bawah zon pendudukan asing, berdirinya Tembok Berlin sebagai simbol Perang Dingin paling diingati dalam sejarah, Jerman kini merupakan sebuah negara yang dihormati di seluruh dunia. Buku ini ditulis untuk menelusuri pelbagai simpang penting dalam sejarah politik-ekonomi-sosial Jerman sejak pasca Perang Dunia Pertama sehingga keruntuhan Tembok Berlin, dan seterusnya pasca penyatuan wilayah Barat dan Timur dengan focus kepada keajaiban ekonomi Jerman (Wirtschaftswunder) yang dinisbahkan kepada sistem Ekonomi Pasaran Sosial (Soziale Marktwirtschaft). Meskipun umumnya banyak perbezaan yang boleh ditunjukkan, beberapa ruang pembelajaran boleh didapatkan dalam perbandingan antara Jerman dan Malaysia. -(BUKU EKONOMI PASARAN SOSIAL)
STATUS INI TELAH DI KEMASKINI DI FACEBOOK PADA 30 MAC 2012



BORING-BORING TENGOK LA YOUTUBE TENTANG  
 "Negara Kebajikan: Pro dan Kontra" 
OLEH  
WAN SAIFUL WAN JAN


No comments: