Labels

Thursday, April 12, 2012

Teguran untuk kejahilan

Sebahagian masyarakat Islam bukan sahaja tidak boleh ditegur, bahkan mereka tidak dapst menerima dan berani menentang hukum-hukum syarak. Benarlah kata para ulama;

"Manusia adalah musuh kepada apa yang mereka jahilkan, dan pendengki kepada apa yang mereka terhalang daripada mendapatnya. Sesiapa yang jahil tentang kadar dirinya, pasti akan mendedahkan keaibannya yang tersembunyi"
(Diriwayatkan ole...h Abu Nu'aim daripada Zun Jun al-Mishri rhm. Sila rujuk Kasyu al-Khafa' Wa Muzil al-Ilbas oleh Ismail Bin Muhammad al-Ajluni, 2/326, no 2845)

Dan kata-kata ulama itu menepati mafhum firman Allah SWT;

"Bahkan mereka mendustakan (al-Quran) yang mereka tidak dapat meliputi ilmu pengetahuannya"
(Surah Yunus 10:39)

Penyelesaian masalah kejahilan ini adalah dengan menyedarkan masyarakat tentang kewajipan menuntut ilmu secara amnya serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan meningkatkan kefahaman mereka tentang Maqasid Syariah...
BERKAITAN

p/s Info daripada buku Maqasid Syariah - Cabaran dan Penyelesaian dalam Merealisasikannya karangan Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab terbitan Telaga Biru.

No comments: