Labels

Monday, June 18, 2012

Irsyad Manji dan Pemikirannya



Selepas membaca buku Irsyad Manji, saya sudah faham apa keinginannya. Dia ingin menjadikan Islam ini seperti Katholik dan Protestan.

Golongan Ahli Sunnah dianggap sebagai jumud. Manakala pemikirannya pula ingin; kononnya mahu keluar dari kejumudan yang mengekang pemikiran manusia. Dia hanya mahu mewujudkan 'Islam Protestan'.

Amat penting bagi kita mempelajari sejarah, bagaimana lahirnya Katholik dan Protestan ini dan punca-puncanya supaya dapat MENDIDIK masyarakat (Malaysia khususnya) akan bahaya pemikiran seperti ini.

Ini bukan pemikiran baru, tapi istilah baru. Idea ini telah lama di Malaysia yang 'dipelopori' oleh Kassim Ahmad malah disokong pula oleh pemimpin tertinggi di Malaysia (di laman web Bacaan).

Apa yang paling penting adalah MENDIDIK MASYARAKAT dan bukannya menggunakan 'kuasa' supaya masyarakat tunduk patuh MENGIKUT PEMIKIRAN PENGUASA. Contohnya seperti memaksa masyarakat bertaklid buta.

Inilah yang berlaku kepada umat Islam sekarang. Jika perkara ini berterusan maka tidak mustahil pemikiran Irsyad Manji dan Kassim Ahmad akan diterima masyarakat dan lahirlah 'Islam Protestan'.



LINK BACAAN SECARA PERCUMA

Pandangan politik setakat 11 Jun 2012

ARTIEKL YANG DISALIN DARI PENGALAMAN IZZUDIN YUSSOF

Alhamdulillah, dah dekat 5 hari aku ada kat Malaysia, seperti tahun-tahun yang dulu, dua perkara utama yang aku rasa paling obvious antara UK dengan Malaysia adalah cuaca dan pemandunya. Cuaca Malaysia masih jauh lebih selesa walaupun panas, manakala ‘etika’ pemanduan di Malaysia pula mmg masih sgt berbeza dengan UK, malahan kadang-kadang bila nak buat baik pun macam nak bagi jalan pun tak reti, sebab kalo bg flash light orang Malaysia akan ingat yang kita marah

Anyway, sekadar pemerhatian melalui surat khabar, TV, dan sembang-sembang di kalangan famili dan orang-orang yang dikenali di Malaysia. Ini sekadar konklusi aku berkaitan politik di Malaysia

Point pertama: Kunci peluang kemenangan PR adalah di kalangan pemuda, kaum cina dan internet
Jikalah bukannya tahun ni akan bertambah 5 generasi yang baru, yang tidak pernah mengundi, dan sukakan internet join terlibat di dalam plihanraya, maka PR bolehlah dikatakan xde peluang untuk menang pun. Jika kerajaan menggunakan media massa rasmi seperti TV dan surat khabar untuk mengaut undi, maka pembangkang pula berjaya menggunakan internet untuk mengaut undi

So kat sini aku nak timbulkan dua persoalan berkaitan isu ni:
1) Bukankah itu bermaksud golongan tua tidak menyukai PR?
2) Ataupun adakah kerana golongan muda ini masih mentah dan mudah dipengaruhi?

Untuk persoalan pertama, hakikatnyalah, segala yang dilakukan PR tidak menarik perhatian golongan tua sangat pun. Secara general majoriti golongan tua sudah mempunyai prinsip perjuangan yang tetap, yang hampir tidak mungkin untuk diubah, maka jika kehilangan prinsip perjuangan tersebut, maka parti tersebut pun tidak akan lagi diundi golongan tua tersebut

Secara general?

Yang melayu akan inginkan melayu dipelihara – maka segala jenis ancaman kepada kaum melayu, termasuklah persaingan yg semakin kuat, pemberian kuasa kepada bukan melayu, dan sebagainya akan ditentang (which is PR buat)

Yang inginkan Islam akan inginkan syariat Islam -maka segala jenis strategi dakwah yang tidak secara terus menyebut inginkan Islam seperti ‘negara berkebajikan’, akan kehilangan undi mereka. Yes, mungkin akan ada yang rasa macam “tapi takkanlah diorang undi BN? since BN pun obvious taknak kepada Islam?” – maka apabila kedua-dua pihak tidak akan menjalankan syariat, maka akan datanglah ‘kepentingan’ yang kedua, iaitu siapakah yang lebih memusuhi Islam? DAP atau MCA? – maka di sini BN menjadi calon yg lebih ‘baik’

Yang Cina akan inginkan kebajikan Cina terjaga. MCA dah gagal memberikan kaum Cina hak diorang sangat selama ni, so why not try for the alternative? which is the DAP? Perkara ni tidak berubah, dari kaum tua sehinggalah kaum muda. Hakikatnya akhbar cina semuanya menunjukkan betapa positifnya Bersih 3.0 membuktikan tidak kira di media massa rasmi, ataupun di internet, kaum cina secara majoriti besar menyokong DAP dan PR

Berkaitan adakah golongan muda masih mentah? Jujurnya, aku tidak menafikan kemungkinan itu, jika kita merasakan dengan PR itu naik akan hilangnya korupsi, tidakkah anda tahu hampir kepada mustahil untuk orang melayu memegang business bengkel kereta disebabkan harga pembekal akan dijual dengan sangat mahal pada tauke melayu dan akan dijual dengan murah pada tauke cina? itu hanya satu contoh di dalam bengkel kereta, tetapi hakikatnya business-business di malaysia ini masih sangat banyak dipegang oleh kaum cina, dan biased kepada orang cina. Masih ingat ada satu company tu, a giant conglomerate in Malaysia, antara bahasa pilihan time nak apply kerja, antara English dan Cina, Bahasa Melayu takde pun.

Mereka yang sudah tua, yang mempunyai banyak pengalaman di dalam business, dan di dalam pengurusan kerajaan, menyedari hakikat ini… Rasa-rasa, adakah masih akan senang untuk kita belajar di oversea, di IPT-IPT, kalau perkara ni (bias) berterusan ketika diorang memegang jawatan penting?

Yes, mmg hakikat orang melayu yg memerintah sekarang bias kepada melayu, tetapi persoalannya, jamin ke kalau cina memerintah nanti diorang tak jadi lebih bias daripada melayu sekarang? Everything will be easy if everyone is honest, tapi takde siapa yang berani nak menjadi honest dulu sebab takut akan ditikam belakang


Point kedua: Pembangkang gagal menarik minat golongan neutral
Tuduhan yang tidak didasari fakta dan akhirnya terbukti sebagai fitnah, Bersih 3.0 yang mendatangkan kacau bilau tapi tidak membawa sebarang manfaat, ketakutan jatuhnya Islam dan Melayu jika PR naik, serta tertutupnya pemikiran golongan pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan menjadikan golongan neutral semakin tidak tahu siapa yang ingin diundi, dan tidak kurang juga semakin ramai yang cenderung kepada kerajaan disebabkan 3 point pertama di dalam perenggan ini
Ada satu golongan yang tidak akan menyedari hakikat ini, iaitu golongan yang lahir dalam keluarga pembangkang, dan dikelilingi golongan pembangkang di dalam hidupnya

Point ketiga: At the end BN is cleverly using every resources they have, both money and media
seriously, sangat ramai rakyat yang ada dapat duit daripada kerajaan, tak kiralah daripada penjawat awam, kepada penjawat swasta secara terus ataupun tidak, juga kepada pelajar-pelajar tajaan kerajaan di luar negara yang akan mendapat kenaikan duit sara hidup mulai tahun depan. Sape tak suka dapat duit, especially mereka yang ada tanggungan keluarga dan menderita dengan naiknya harga barang di pasaran….
dari segi media pula, tidak semua orang ada kemewahan membuka media setiap hari untuk update berita, jadi sebenarnya golongan muda yang masih belajar, atau golongan berkerja yang free je masih boleh membuka internet membaca berita setiap hari. Maka apabila TV dan surat khabar yang lebih ‘senang dicapai ketika minum teh’ dijadikan bahan utama, maka memang konfimlah, pembangkang memang gagal. Dari segi nak tegakkan Islam, dari segi kebolehan sebagai pemerintah, dan dari segi nak selamatkan melayu, pembangkang memang gagal habis


ah ye, konklusi aku daripada semua ni? PR akan kalah, aku agak yakin 76.99%

Hanya orang dewasa yang begitu sangat minat politik sahaja yang akan rajin membuka internet dan boleh terbaca hujah-hujah pembangkang, namun malangnya peratusan itu tersangatlah rendah

aku? aku bukan nak undi pembangkang sbb aku suka sangat pembangkang, tapi sebab aku nak tengok apa perubahan yang diorang boleh buat, selepas semua ‘utopia’ yang diorang berikan
Malaysia hakikatnya akan jadi ‘sangat menarik’ tak kira BN atau PR yang menang kali ni haha….. why? sebab aku rasa kalau BN menang, PR pasni dah xkn boleh bertahan as it is, since DSAI dah tua sangat, sedangkan dioranglah yang menjadi bridge antara semua parti dlm PR
dan kalau PR menang? aku rasa akan byk konflik berlaku dlm PR, yg sehinggakan utk next PRU, PR xkn bergabung dah. Tp at the same time diorang akn tunjukkan yg Msia boleh jadi lebih baik drpd BN kalo bkn BN yg memerintah.

BERKAITAN:

IZZUDIN YUSSOF

Thursday, June 14, 2012

Surat Ayahanda Kepada Anakanda

Kehadapan anakanda suami isteri yang dikasehi,

Ayahanda harapkan anakanda sekeluarga dalam kandungan sehat walafiat bersambung zuriat dan dilimpah kurnia Allah seru sekian alam. Pelok cium ayahanda untuk cucuanda Nini yang amat amat ayahanda rindui. Amin ya rabbul alamin.

Anakandaku,

Ayahanda telah terdengar khabar berita bahawa anakanda telah menulis surat kepada yang mulia Tun. Ayahanda ada juga mendengar khabar berita bahawa anakanda telah bersusah payah cuba menerangkan duduk pekara kepada Tun. Ayahanda juga difahamkan yang anakanda menulis surat itu untuk mempertahankan nama baik keluarga kita. Amin.

BERKAITAN:

TUKAR TIUB

Apa itu hukum karma?

Empat tahun dahulu saya adalah perokok tegar. Tiga kotak sehari rokok cengkih adalah amalan saya. Hasilnya, saya sering terbatuk-batuk. Untuk saya ini adalah  hukum karma.

Ketika saya belajar dahulu kawan serumah saya ialah seorang anak muda punk dari Plymouth. Kawan saya ini cukup suka dengan Guiness Stout. Setelah tamat belajar saya difahamkan kawan saya ini telah menjadi seorang pamadat arak. Ini juga hukum karma.

Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.

BERKAITAN:

TUKAR TIUB

Dari Hati ke Hati - Meluahkan Perasaan

SURAT KAY JAY UNTUK TUN MAHATHIR

Yang mulia Tun,

Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenong berfikir bekali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini kepada Tun.

Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali sya mencabut bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa yang ingin saya tulis.

Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk pekara. Saya ingin memperjelaskan sajelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.

Dua hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan Kelab My Team, saya terperanjat besar apabila isteri saya terisak-isak menangis ditepi pintu. Isteri tercinta saya tetiba meraung dan memeluk badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sabagini.

Saya menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan Maya Karin. Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada saya. Alhamduliah, isteri gedempol saya ini masih lagi setia. Kami bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik saya.

BERKAITAN:

TUKAR TIUB

Thursday, June 7, 2012

Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.








Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?


Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?


Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?


Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?


Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?


Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. 


Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. 

Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?


Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?


Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi


Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”


Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah


Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” –

BERKAITAN:


Mynewshub

Saturday, June 2, 2012

Ekonomi Amerika kembali dalam bahaya

WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini kembali parah apabila hanya 69,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada bulan Mei, menjadikan angka berkenaan paling sedikit dalam setahun.

Buat kali pertama sejak Jun tahun lalu, kadar pengangguran meningkat kepada 8.2 peratus daripada 8.1 peratus.
Ia adalah bulan ketiga berturut-turut pertumbuhan lemah dalam sektor pekerjaan, bukti kukuh apabila 2010 dan 2011 harapan terhadap pertumbuhan positif ekonomi negara itu bertukar kekecewaan.
"Ini adalah dahsyat," kata ketua ahli ekonomi di firma perundingan Ekonomi Frekuensi Tinggi, Ian Shepherdson.

Statistik pekerjaan dikeluarkan semalam oleh Jabatan Buruh, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presiden Barack Obama menjelang kempen pilihan raya umum. - AP

SUMBER:

BERITA HARIAN 

KOMENTAR:

Ya, inilah kesan daripada sistem fiat monetari yang mengguna pakai fractional reserve sebagai asas sistem kewangan. Sistem yang riba inilah yang bakal jahanamkan ekonomi Amerika. Detik-detik bahaya bakal menyusul selepas ini walaupun suntikan rangsangan ekonomi bertrillion-trillion telah di umumkan oleh Presiden Obama, tetapi saya yakin yang ia tidak akan bnerfungsi. Sistem ini telah menjadi barah tahap kemuncak Ia sukar diubatkan melainkan hapuskan semua bunga dan interest dalam sistem.