ARTIEKL YANG DISALIN DARI PENGALAMAN IZZUDIN YUSSOF
Alhamdulillah, dah dekat 5 hari aku ada kat Malaysia, seperti
tahun-tahun yang dulu, dua perkara utama yang aku rasa paling obvious
antara UK dengan Malaysia adalah cuaca dan pemandunya. Cuaca Malaysia
masih jauh lebih selesa walaupun panas, manakala ‘etika’ pemanduan di
Malaysia pula mmg masih sgt berbeza dengan UK, malahan kadang-kadang
bila nak buat baik pun macam nak bagi jalan pun tak reti, sebab kalo bg
flash light orang Malaysia akan ingat yang kita marah
Anyway, sekadar pemerhatian melalui surat khabar, TV, dan
sembang-sembang di kalangan famili dan orang-orang yang dikenali di
Malaysia. Ini sekadar konklusi aku berkaitan politik di Malaysia
Point pertama: Kunci peluang kemenangan PR adalah di kalangan pemuda, kaum cina dan internet
Jikalah bukannya tahun ni akan bertambah 5 generasi yang baru, yang
tidak pernah mengundi, dan sukakan internet join terlibat di dalam
plihanraya, maka PR bolehlah dikatakan xde peluang untuk menang pun.
Jika kerajaan menggunakan media massa rasmi seperti TV dan surat khabar
untuk mengaut undi, maka pembangkang pula berjaya menggunakan internet
untuk mengaut undi
So kat sini aku nak timbulkan dua persoalan berkaitan isu ni:
1) Bukankah itu bermaksud golongan tua tidak menyukai PR?
2) Ataupun adakah kerana golongan muda ini masih mentah dan mudah dipengaruhi?
Untuk persoalan pertama, hakikatnyalah, segala yang dilakukan PR
tidak menarik perhatian golongan tua sangat pun. Secara general
majoriti golongan tua sudah mempunyai prinsip perjuangan yang tetap,
yang hampir tidak mungkin untuk diubah, maka jika kehilangan prinsip
perjuangan tersebut, maka parti tersebut pun tidak akan lagi diundi
golongan tua tersebut
Secara general?
Yang melayu akan inginkan melayu dipelihara – maka segala jenis
ancaman kepada kaum melayu, termasuklah persaingan yg semakin kuat,
pemberian kuasa kepada bukan melayu, dan sebagainya akan ditentang
(which is PR buat)
Yang inginkan Islam akan inginkan syariat Islam -maka segala jenis
strategi dakwah yang tidak secara terus menyebut inginkan Islam seperti
‘negara berkebajikan’, akan kehilangan undi mereka. Yes, mungkin akan
ada yang rasa macam “tapi takkanlah diorang undi BN? since BN pun
obvious taknak kepada Islam?” – maka apabila kedua-dua pihak tidak akan
menjalankan syariat, maka akan datanglah ‘kepentingan’ yang kedua,
iaitu siapakah yang lebih memusuhi Islam? DAP atau MCA? – maka di sini
BN menjadi calon yg lebih ‘baik’
Yang Cina akan inginkan kebajikan Cina terjaga. MCA dah gagal
memberikan kaum Cina hak diorang sangat selama ni, so why not try for
the alternative? which is the DAP? Perkara ni tidak berubah, dari kaum
tua sehinggalah kaum muda. Hakikatnya akhbar cina semuanya menunjukkan
betapa positifnya Bersih 3.0 membuktikan tidak kira di media massa
rasmi, ataupun di internet, kaum cina secara majoriti besar menyokong
DAP dan PR
Berkaitan adakah golongan muda masih mentah? Jujurnya, aku tidak
menafikan kemungkinan itu, jika kita merasakan dengan PR itu naik akan
hilangnya korupsi, tidakkah anda tahu hampir kepada mustahil untuk
orang melayu memegang business bengkel kereta disebabkan harga pembekal
akan dijual dengan sangat mahal pada tauke melayu dan akan dijual
dengan murah pada tauke cina? itu hanya satu contoh di dalam bengkel
kereta, tetapi hakikatnya business-business di malaysia ini masih
sangat banyak dipegang oleh kaum cina, dan biased kepada orang cina.
Masih ingat ada satu company tu, a giant conglomerate in Malaysia,
antara bahasa pilihan time nak apply kerja, antara English dan Cina,
Bahasa Melayu takde pun.
Mereka yang sudah tua, yang mempunyai banyak pengalaman di dalam
business, dan di dalam pengurusan kerajaan, menyedari hakikat ini…
Rasa-rasa, adakah masih akan senang untuk kita belajar di oversea, di
IPT-IPT, kalau perkara ni (bias) berterusan ketika diorang memegang
jawatan penting?
Yes, mmg hakikat orang melayu yg memerintah sekarang bias kepada
melayu, tetapi persoalannya, jamin ke kalau cina memerintah nanti
diorang tak jadi lebih bias daripada melayu sekarang? Everything will
be easy if everyone is honest, tapi takde siapa yang berani nak menjadi
honest dulu sebab takut akan ditikam belakang
Point kedua: Pembangkang gagal menarik minat golongan neutral
Tuduhan yang tidak didasari fakta dan akhirnya terbukti sebagai
fitnah, Bersih 3.0 yang mendatangkan kacau bilau tapi tidak membawa
sebarang manfaat, ketakutan jatuhnya Islam dan Melayu jika PR naik,
serta tertutupnya pemikiran golongan pro-pembangkang mahupun
pro-kerajaan menjadikan golongan neutral semakin tidak tahu siapa yang
ingin diundi, dan tidak kurang juga semakin ramai yang cenderung kepada
kerajaan disebabkan 3 point pertama di dalam perenggan ini
Ada satu golongan yang tidak akan menyedari hakikat ini, iaitu
golongan yang lahir dalam keluarga pembangkang, dan dikelilingi
golongan pembangkang di dalam hidupnya
Point ketiga: At the end BN is cleverly using every resources they have, both money and media
seriously, sangat ramai rakyat yang ada dapat duit daripada
kerajaan, tak kiralah daripada penjawat awam, kepada penjawat swasta
secara terus ataupun tidak, juga kepada pelajar-pelajar tajaan kerajaan
di luar negara yang akan mendapat kenaikan duit sara hidup mulai tahun
depan. Sape tak suka dapat duit, especially mereka yang ada tanggungan
keluarga dan menderita dengan naiknya harga barang di pasaran….
dari segi media pula, tidak semua orang ada kemewahan membuka media
setiap hari untuk update berita, jadi sebenarnya golongan muda yang
masih belajar, atau golongan berkerja yang free je masih boleh membuka
internet membaca berita setiap hari. Maka apabila TV dan surat khabar
yang lebih ‘senang dicapai ketika minum teh’ dijadikan bahan utama,
maka memang konfimlah, pembangkang memang gagal. Dari segi nak tegakkan
Islam, dari segi kebolehan sebagai pemerintah, dan dari segi nak
selamatkan melayu, pembangkang memang gagal habis
ah ye, konklusi aku daripada semua ni? PR akan kalah, aku agak yakin 76.99%
Hanya orang dewasa yang begitu sangat minat politik sahaja yang akan
rajin membuka internet dan boleh terbaca hujah-hujah pembangkang, namun
malangnya peratusan itu tersangatlah rendah
aku? aku bukan nak undi pembangkang sbb aku suka sangat pembangkang,
tapi sebab aku nak tengok apa perubahan yang diorang boleh buat,
selepas semua ‘utopia’ yang diorang berikan
Malaysia hakikatnya akan jadi ‘sangat menarik’ tak kira BN atau PR
yang menang kali ni haha….. why? sebab aku rasa kalau BN menang, PR
pasni dah xkn boleh bertahan as it is, since DSAI dah tua sangat,
sedangkan dioranglah yang menjadi bridge antara semua parti dlm PR
dan kalau PR menang? aku rasa akan byk konflik berlaku dlm PR, yg
sehinggakan utk next PRU, PR xkn bergabung dah. Tp at the same time
diorang akn tunjukkan yg Msia boleh jadi lebih baik drpd BN kalo bkn BN
yg memerintah.
BERKAITAN:
IZZUDIN YUSSOF
No comments:
Post a Comment