SURAT KAY JAY UNTUK TUN MAHATHIR
Yang mulia Tun,
Sebenarnya
saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenong
berfikir bekali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini
kepada Tun.
Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh
dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali sya mencabut
bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah
membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan
saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa
yang ingin saya tulis.
Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk pekara. Saya ingin memperjelaskan sajelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.
Dua
hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan
Kelab My Team, saya terperanjat besar apabila isteri saya terisak-isak
menangis ditepi pintu. Isteri tercinta saya tetiba meraung dan memeluk
badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sabagini.
Saya
menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah
mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan Maya Karin.
Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada
saya. Alhamduliah, isteri gedempol saya ini masih lagi setia. Kami
bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya
berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan
politik saya.
BERKAITAN:
TUKAR TIUB
No comments:
Post a Comment