Labels

Monday, June 18, 2012

Irsyad Manji dan Pemikirannya



Selepas membaca buku Irsyad Manji, saya sudah faham apa keinginannya. Dia ingin menjadikan Islam ini seperti Katholik dan Protestan.

Golongan Ahli Sunnah dianggap sebagai jumud. Manakala pemikirannya pula ingin; kononnya mahu keluar dari kejumudan yang mengekang pemikiran manusia. Dia hanya mahu mewujudkan 'Islam Protestan'.

Amat penting bagi kita mempelajari sejarah, bagaimana lahirnya Katholik dan Protestan ini dan punca-puncanya supaya dapat MENDIDIK masyarakat (Malaysia khususnya) akan bahaya pemikiran seperti ini.

Ini bukan pemikiran baru, tapi istilah baru. Idea ini telah lama di Malaysia yang 'dipelopori' oleh Kassim Ahmad malah disokong pula oleh pemimpin tertinggi di Malaysia (di laman web Bacaan).

Apa yang paling penting adalah MENDIDIK MASYARAKAT dan bukannya menggunakan 'kuasa' supaya masyarakat tunduk patuh MENGIKUT PEMIKIRAN PENGUASA. Contohnya seperti memaksa masyarakat bertaklid buta.

Inilah yang berlaku kepada umat Islam sekarang. Jika perkara ini berterusan maka tidak mustahil pemikiran Irsyad Manji dan Kassim Ahmad akan diterima masyarakat dan lahirlah 'Islam Protestan'.



LINK BACAAN SECARA PERCUMA

No comments: