Labels

Saturday, June 2, 2012

Ekonomi Amerika kembali dalam bahaya

WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini kembali parah apabila hanya 69,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada bulan Mei, menjadikan angka berkenaan paling sedikit dalam setahun.

Buat kali pertama sejak Jun tahun lalu, kadar pengangguran meningkat kepada 8.2 peratus daripada 8.1 peratus.
Ia adalah bulan ketiga berturut-turut pertumbuhan lemah dalam sektor pekerjaan, bukti kukuh apabila 2010 dan 2011 harapan terhadap pertumbuhan positif ekonomi negara itu bertukar kekecewaan.
"Ini adalah dahsyat," kata ketua ahli ekonomi di firma perundingan Ekonomi Frekuensi Tinggi, Ian Shepherdson.

Statistik pekerjaan dikeluarkan semalam oleh Jabatan Buruh, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presiden Barack Obama menjelang kempen pilihan raya umum. - AP

SUMBER:

BERITA HARIAN 

KOMENTAR:

Ya, inilah kesan daripada sistem fiat monetari yang mengguna pakai fractional reserve sebagai asas sistem kewangan. Sistem yang riba inilah yang bakal jahanamkan ekonomi Amerika. Detik-detik bahaya bakal menyusul selepas ini walaupun suntikan rangsangan ekonomi bertrillion-trillion telah di umumkan oleh Presiden Obama, tetapi saya yakin yang ia tidak akan bnerfungsi. Sistem ini telah menjadi barah tahap kemuncak Ia sukar diubatkan melainkan hapuskan semua bunga dan interest dalam sistem.

No comments: