Labels

Friday, October 31, 2008

Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya


AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: “Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua.”

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan.

Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira latar kehidupan dan pendidikan.

Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama. Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga salah.

Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)

Firman Allah lagi: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).

Firman Allah juga: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisaa’: 28).

Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama yang telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Semoga Allah memberikan pahala untuk mereka. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja. Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati.



Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan. Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan pelbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai-bagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih.

Ini seperti menetapkan pelbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu. Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya. Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-sunah tidak menyatakan demikian.

Kecenderungan

Di samping itu kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang keliru. Umpamanya syarat niat yang bukan-bukan sehingga ada buku menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur.

Padahal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat. Maka dengan itu kita katakan ‘membunuh dengan niat’, sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya, kononnya belum masuk niat.

Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat? Demikian juga mendetilkan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincang.

Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian. Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi s.a.w. lantas menyanggahi logik insan.

Hal ini berbeza dengan arahan baginda s.a.w. Sabda baginda: Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka. (Riwayat al-Bukhari).




Pendekatan Nabi s.a.w. adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini. Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmum yang pelbagai di belakangnya. Baginda bersabda: Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.

Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti falsafah-falsafah yang memeningkan. Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadangkala guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: “Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya…”

Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.

Akidah Islam adalah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.

Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dan senang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.

Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah… Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka.” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991). Sebab itu – barangkali – dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan.



Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal. Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbang jiwa dan akal secara fitrah, bukan falsafah yang menyusahkan.

Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan. Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap.

Memahami

Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan. Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirnya diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita muslimah kita. Mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat. Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.

Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang soleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain. Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang soleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya. Adakah Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang soleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riak dalam amalan?

Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan: “Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementing dunia. Ini sebahagian dari riak (menunjuk-nunjuk).” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.

Demikian juga, kadangkala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa. Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabat tidak demikian rupa kehidupan mereka.

Sehingga Dr. Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali r.h dengan katanya: “Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat – sekalipun secara tidak langsung – bahawa insan contoh di sisi al- Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, sunah dan sirah.

“Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmati nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah s.w.t, antara beribadat dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Apabila ada wartawan bertanya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab: “Begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar. Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara.

“Sebelum menjawab saya ingin kata: Kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat. Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia.”

Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal sepertimana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda.

Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.

Wednesday, October 29, 2008

BN: Hassan Merican tak tahan lagi!

Encik Hearsay atau nama Melayunya Cakapdengaq memberitahu bahawa Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican sudah tak tahan lagi dengan kerajaan Barisan Nasional. Dalam ucapannya kepada kakitangan Petronas di seluruh negara dan di seluruh dunia (agaknya dipancarkan melalui Internet, ni teka ja ni), antara lain Mohd Hassan dilaporkan oleh Hearsay sebagai menceritakan (saya pula cerita dengan bahasa saya sendiri):


1. Kerajaan semakin menjadi-jadi memerah Petronas. Kalau dahulu hanya 15 peratus pendapatan kerajaan bergantung kepada Petronas, kini sudah mencanak gila sehingga 40 peratus (Utusan Malaysia 1 September 2006 melaporkan, hampir 40 peratus dari hasil kerajaan Persekutuan adalah hasil berkaitan petroleum, terutamanya dividen daripada Petronas).

2. Daripada 27 juta rakyat negara ini, yang benar-benar layak membayar cukai hanya kira-kira sejuta sahaja. (Alahai, bayangkan betapa mewah dan makmurnya rakyat negara ini!)

3. Petronas bukan tempat buat duit. Kalau nak duit banyak, ambik duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Itupun, Mohd Hassan dilaporkan oleh Hearsay sebagai berkata, kalau KWSP masih ada duit! Lepas itu, lapor Hearsay lagi, Ketua Eksekutif Petronas itu berkata "off the record".

Saya berharap Hearsay tidak melaporkan perkara yang betul kepada saya. Saya harap Hearsay bohong. Kalaulah betul, undi Barisan Nasional! (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)

Tuesday, October 28, 2008

Datuk Seri Najib, bolehkah pengecut jadi PM?

Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada segi pengisian tidak akan ada yang berubah, "mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah saya tetap akan teruskan".

Jika Najib hanya mahu meneruskan "mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah," persoalannya berapa timbun yang tak baik yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Itukah yang diisyaratkan?

Timbalan Presiden Umno itu turut memberi jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk diberi teguran jika ada kelemahan.

"Eloklah tegur menegur antara satu sama lain," kata beliau.

Kenyataan Najib mengingatkan kita kepada kenyataan Abdullah dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Umno 2006 lalu. Perdana Menteri berkata: "Saya tidak akan mempersoalkan kesetiaan saudara jika ditegur. Akan ada salah dan silap tetapi apa yang penting adalah terus berusaha, menokok tambah apa yang kurang, yang tak elok diperelokkan, inilah maknanya".

Malah, beliau juga bertanya kepada pemberita: "Kenapa kamu kata saya tidak terbuka untuk dikritik?"'

Apa yang terjadi, sejarah akan berkata-kata sampai bila-bila.

Walaupun Najib berkata "eloklah tegur menegur antara satu sama lain," tetapi saya tidaklah hendak menegur. Saya hanya hendak bertanya, bolehkah Najib yang pernah dianggap pengecut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri?




Malaysiakini 21/4/08 melaporkan, Dr Mahathir menganggap Najib "lemah dan pengecut". Berita Harian 9/10/08 pula melaporkan bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Di kampung saya, orang pengecut dipanggil "taik penakut". Maknanya, si "taik penakut" sudah ketagih, gian dan laluk dengan sifat penakut.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pernah berkata, Najib mungkin dipandang paling berkelayakan untuk memimpin Umno oleh sebahagian ahli-ahli parti itu, tetapi beliau juga dipercayai dipandang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

"Urusan Umno, hak Umno dan kita tak mahu campur tangan. Tetapi dalam urusan kepimpinan negara, rakyat menuntut pemimpin yang mempunyai integriti. Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih.

"Masalah terbesar yang dihadapi Najib ialah beliau tidak dilihat bersih," kata Mahfuz.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula menyifatkan Najib mempunyai terlalu banyak pekung di dada dan hanya menunggu masa sahaja. "Jika Umno boleh melakukannya kepada Abdullah, kenapa tidak Najib?" kata beliau. Abdullah bagaikan dijerkah supaya pergi cepat-cepat oleh mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 18 September lalu.





Najib tidak berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin bersih tetapi tak nampak bersih. Bukan orang-orang pembangkang seperti Mahfuz dan Saifuddin sahaja bercakap begitu. Tokoh-tokoh BN juga mempunyai pandangan yang sama.

Malaysian Insider (MI) melaporkan, seorang pemimpin Gerakan menyifatkan Najib mempunyai liabiliti dan beban politik. "Reputasinya (Najib) tercemar dengan pembunuhan wanita Mongolia," kata beliau.

Beliau merujuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 lalu.

Pihaknya, kata pemimpin Gerakan itu, bimbang adakah isu yang serius itu akan memburuk menjadi tamparan yang hebat kepada BN kelak.

Persepsi umum masih lagi dibelenggu dengan begitu banyak persoalan yang tidak pernah dijawab berhubung keseluruhan episod itu.

"Ia adalah satu liabiliti...bebanan politik yang akan memberi kesan kelak jika terbiar tidak diselesaikan terutama apabila musuh politik Najib begitu aktif, mungkin semakin kuat dan secara terbuka mensasarkan beliau untuk menghancurkannya," MI memetik beliau berkata.

Persepsi rakyat tentang Najib mungkin disimpulkan dengan baik dalam kenyataan seorang peguam yang juga bekas pemimpin MIC kepada MI: "Datang dari lubuk tercemar Umno-BN yang sama, tentulah kejujujuran dan integriti Najib diragui umum".

Mengambilkira pandangan tokoh-tokoh BN itu dan lebih dari itu, pandangan Dr Mahathir yang saya percaya "he means it" ketika berkata demikian, izinkan saya bertanya sekali lagi: Datuk Seri, layakkah orang yang tidak dilihat bersih, lemah dan pengecut menjadi Perdana Menteri?

Diharap tidak adalah polis datang menangkap saya. Saya tidak menuduh Datuk Seri, jauh lagi menghasut. Malah, menegur Datuk Seri pun tidak.

Saya hanya bertanya, Datuk Seri. Harap-harap, sekadar bertanya tidaklah menjadi satu jenayah di dalam negara kita.

Umno sakit tua, PAS muda-muda dah sakit


Bila bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam kata Umno mengidap penyakit tua, (Lihat Malaysiakini 22/10/08 "Musa: Umno perlukan pemimpin muda") Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berharap orang-orang muda di dalam Umno bersabar membasuh taik.

"Sakit tua kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa. Kita selalu dengar orang bercerita, orang sakit tua kadang-kadang tidak mampu mengawal kencing atau pembuangan air besar.

"Umno yang sakit tua kencing dan berak merata-rata. Saya harap golongan muda di dalam parti itu yang diminta mengambilalih tugas menjaga Umno oleh Musa dapat bersabar untuk membersihkan najis yang sudah bertompok-tompok merata-rata," katanya.

"Biasanya apabila orang mengidap sakit tua yang nazak seperti Umno, orang baca Surah Yassin dan bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan sembuh. Kalau tidak, mudah-mudahan kembali ke pangkuan Allah dengan selamat".

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap Musa dan ahli-ahli Umno yang prihatin sepertinya berdoa agar Umno dapat pergi dengan selamat dan "tidak meninggalkan sebarang beban kepada anak-cucu orang Umno".

PAS pula bagaimana? Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pernah berkata, barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" (Lihat Malaysiakini 5/9/08 "Pelapis ulama PAS paling tidak memuaskan").



Tidak mengapa jika ulama-ulama muda PAS angin satu badan dengan Mat Sabu. Tetapi, tidakkah Tok Guru Mursyidul Am pernah berkata: "Saya lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah ulama kita tidak berkembang. Saya bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa kepimpinan golongan tersebut (ulama), terutamanya golongan muda di bawah 40 tahun, kurang berkesan dan tidak menguasai ilmu-ilmu kontemporari" (Lihat blog TMJ 18/9/08 "Nik Aziz setuju Mohamad Sabu kata ulama muda PAS kurang uump").



Ni saya nak curahkan apa yang tak berani saya ucapkan secara terus-terang sebelum ini. Tak kisahlah kalau saya kena debik lepas ni. Bila saya lihat beberapa perwakilan muda yang bergelar ulama bercakap dalam Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini, dalam hati saya berkata, "La ilaha ilaLlah.... Bodonya. Macam mana nak memerintah lagu ni!"

Jalan yang mudah ialah debik saya sampai lembik. Debik Mat Sabu sampai puas hati. Jalan yang susah ialah memperbaiki diri, mengajar diri berfikir dan melihat persekitaran secara analytic dan dialectic berteraskan disiplin ilmu Islam yang ada pada mereka.

Masalah kita ialah puak yang analytic dan dialectic tidak ada disiplin ilmu Islam dan ditimpa pula penyakit perasan bahawa mereka pun boleh menghurai dan mentafsirkan ajaran Islam semata-mata kerana mereka boleh baca terjemahan al-Quran. Yang ada disiplin ilmu Islam pula asyik jadi tukang hafal dan dogmatic dengan pemikiran orang lain, kelihatan malas berfikir dan kalau bersembang dengan depa, amat membosankan!

Hey! Hang pandai sangat ka! Pasai aku tak pandai la aku mengharapkan ulama' yang pandai. Kalau depa pun nampak bodo macam aku,buat apa aku nak harap kat depa!!!!!

Friday, October 24, 2008

Tukar kerajaan : Masa belum sesuai atau masa emas sudah terlepas


ANALISIS: SELEPAS dua minggu Dewan Rakyat bersidang, semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini lantang mendakwa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat, memberi penekanan yang jelas - masanya belum sesuai untuk berbuat demikian.

Dua minggu lalu ketika ditemui di Kota Bharu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu meminta penyokong-penyokongnya supaya bersabar, kemungkinan sasaran tersebut akan menjadi kenyataan sebelum sambutan Aidiladha ini.


Jika sebelum Parlimen bersidang kembali ramai menganggap Pakatan Rakyat akan merealisasikan matlamat tersebut ketika Dewan Rakyat mengadakan persidangannya, tumpuan kembali kepada Anwar apabila beliau mula membahaskan ucapan Bajet 2009 pada 13 Oktober lalu.


Ia merupakan ucapan pertama beliau sebagai Ketua Pembangkang, jawatan yang disandangnya selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.


Pada 13 dan 14 Oktober lalu Anwar berucap hampir enam jam. Ucapannya menyentuh banyak isu tetapi ramai melihat ia kurang menyengat, malah kurang menyentuh naluri kebanyakan pihak.


Anwar mendedahkan nama rasmi ikatan pembangkang pada 1 April - tiga minggu selepas pilihan raya umum 2008. Sasaran membentuk kerajaan 16 September diumumkan.


Semalam, ketika masih ramai penyokong meletakkan harapan menggunung tinggi pada Anwar dan pemerhati ingin melihat sejauh Anwar akan menggerakan caturan politik di Parlimen, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan usaha pembangkang mengambil alih kerajaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.


"Cukuplah membincangkan perkara itu... kami sedang berusaha ke arah itu... Kami mahu ia menjadi satu kejutan," katanya.


Malah semalam beliau memberikan taklimat mengenai Saranan Pakatan Rakyat Untuk Belanjawan 2009 di Bangunan Parlimen.


Anwar mendakwa pihak kerajaan seolah-olah mempersendakan rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan secara aman dan sah mengikut saluran perlembagaan yang betul.


Di sebalik perkembangan itu, beberapa penganalisis politik berpendapat isu-isu yang disuarakan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lewat kebelakangan ini memberi kelebihan Anwar.


Prof. Madya Dr Admad Nidzammudin Sulaiman berpendapat Anwar akan mengeksploitasi isu-isu tersebut untuk memancing mereka menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha merealisasikan usaha membentuk kerajaan perikatan pembangkang itu.


Jelasnya, parti seperti MCA mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan manakala MIC mahu pemimpin Hindraf dibebaskan.


Kedua-dua itu, katanya, menunjukkan tiada kesepakatan dalam BN.


"Isu-isu sebegini memberi kelebihan Anwar kerana dia pasti akan cuba memujuk wakil-wakil rakyat BN ini untuk menyertai mereka dengan menjanjikan kesaksamaan dan keadilan dalam pentadbiran mereka kelak," kata beliau kepada mStar Online.


Ditanya adakah isu-isu berkenaan memberi kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat, Ahmad berkata: "Sudah pasti ia memberi kesan secara tidak langsung. Apabila isu-isu tersebut diluahkan secara vokal ia jelas menunjukkan keretakan yang timbul akibat rasa tidak puas hati parti-parti komponen dalam BN."


Tambahnya, isu-isu tersebut menjadi faktor yang memberi kelebihan kepada Anwar dalam usahanya merealisasikan misi membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.


"Anwar ibarat menangguk di air yang keruh. Peluang sebegini memang dinanti-nantikannya," katanya.


Pensyarah sains politik dari Universti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk juga berpendapat isu-isu yang diketengahkan oleh parti komponen BN akan menjadi duri dalam daging yang akan memusnahkan BN.


"Isu-isu tersebut menunjukkan BN tidak lagi mempunyai kesepakatan dalam menyelesaikan perbalahan sesama mereka," katanya.


Jelas beliau, perkara sebegitu akan memberi kelebihan kepada Anwar kerana memerlukan isu seperti itu untuk menutup kelemahannya selama ini.


Ditanya apa kelemahan yang dimaksudkan itu, Azeem berkata:


"Isu lompat parti dan bentuk kerajaan hanyalah gimik politik Anwar... jadi bila timbul isu ISA dan Hindraf, dia akan memanfaatkannya untuk menarik sokongan daripada parti komponen BN tersebut."


Menurutnya, Anwar sedang bermain perang saraf dengan penyokongnya dalam usaha meyakinkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.


"Ini satu bentuk perang saraf yang dicipta Anwar untuk meyakinkan penyokongya tentang proses menukar kerajaan BN," katanya.


Tambah Azeem, isu-isu yang diketengahkan oleh parti-parti komponen BN memberi political milege kepada Anwar.


Tambahnya, keadaaan sedemikian menunjukkan kedudukan BN sudah rapuh kerana tiada lagi mampu mencapai kata sepakat dalam isu yang diketengahkan. "Di sini Anwar punya kelebihan dalam usaha merealisasikan kerajaan yang diperkatakannya selama ini," katanya.


Di sebalik perkembangan-perkembangan sejak 16 September lalu ramai juga sudah mula mempersoalkan sama ada Anwar benar-benar mempunyai angka dan jumlah sokongan.


Adakah Anwar mempunyai cukup bilangan untuk mengubah kedudukan di Parlimen.


Anwar dan Pakatan Rakyat mahu membantu kerajaan menyelamatkan ekonomi daripada kesan kemelesetan global. Anwar mempunyai peranan. Begitu juga Pakatan Rakyat yang sudah menguasai pemerintahan di lima kerajaan negeri.


Anwar dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kepimpinan di Parlimen dan di kelima-lima negeri berkenaan. Anwar dan Pakatan Rakyat mungkin sudah menyedari keperluan ini daripada membentuk kerajaan menerusi jalan belakang.


Pun begitu teka-teki Anwar berterusan.


"Kami telah kehilangan dua opsyen... (tetapi) masih ada 10 opsyen lagi. Kami sedang mempertimbangkannya," kata Anwar.


"Kami belum terdesak sangat (untuk membentuk kerajaan) khususnya dalam suasana krisis ekonomi sekarang, kami perlu bersama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan bagi memastikan mereka mengambil pendekatan yang betul (untuk mengatasi masalah ekonomi," katanya.

sumber - Mstar.online

Zulkifli Nordin mula gigit Anwar..


Sejak dikaitkan dengan cerita akan tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran tindakannya yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu terutama dalam soal kebebasan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin semakin menunjukkan ‘belangnya’ yang sebenar.

Zulkifli yang dikecam banyak pihak yang memperjuangkan soal kebebasan termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri kerana melakukan demonstrasi membantah forum ‘Masuk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Ogos lalu kerana forum tersebut cuba untuk mencampuri urusan agama Islam, hari Khamis melepaskan ‘peluru penaburnya’ yang terkena kepada semua pihak.

Baik kerajaan mahupun pembangkang termasuk parti yang diwakilinya iaitu PKR, semua tidak terlepas daripada ‘serangan’ beliau yang tajam dan tepat pada sasarannya.

Ini jelas apabila beliau melahirkan rasa kesalnya kerana PKR menyoal ketuanan Islam dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut agama-agama lain.

Serentak dengan itu beliau menyifatkan pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah tidak mempertahankan Islam.

Sedangkan katanya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.

‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.

Kenyataannya itu jelas merujuk kepada tindakan rakan parti pembangkangnnya yang membangkitkan isu-isu yang disebutkannya itu.

Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.

Dalam nada tegas Zulkifli berkata, “Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah”.

Kelantangan Zulkifli itu menyebabkan tidak ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun dan cuba menyanggah pendiriannya.

Namun, selepas ini apakah kelantangan beliau di Dewan Rakyat akan menerima nasib yang sama dengan tindakannya menghadiri perhimpunan membantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam iaitu dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.

Atau akan bersuarakah golongan yang memperjuangkaan kebebasan termasuk soal agama dalam PKR dan pakatan pembangkang berhubung pendirian Zulkifli itu.

Paling menarik PAS sendiri sebagai parti yang menggunakan nama Islam tidak mempunyai wakil yang berani bangun mempertahankan Islam seperti mana yang dilakukan oleh Zulkifli. – 23/10/2008

sumber - Agendadaily.com

Isu Zakat Kepada Bukan Muslim

Banyak pihak bertanya kepada Dr Mohd Asri tentang isu pemberian wang zakat kepada bukan muslim. Sebenarnya lebih setahun yang lepas Dr Mohd Asri pernah menulis isu ini dalam Mingguan Malaysia menerusi ruangan Minda Mufti.

Antara yang boleh di petik:


“Kita sering mendapat maklumat adanya persatuan atau gerakan agama-agama tertentu yang memperuntukkan wang yang banyak bagi menawan orang ramai agar tertarik dengan mereka. Maka timbullah kisah-kisah orang menukar agama kerana termakan budi. Mengapa kita bising dan hairan. Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf.

Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka.

Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!. Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam”.

Lihat Buku Beliau : Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

Artikel Penuh: Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi

Najib tu cerdik sangat ka?

Ketika meningkah ucapan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) di Dewan Rakyat baru-baru ini, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata: "Jangan bawa soal nasi sepinggan dua pinggan. Kalau takut harga nasi naik, jangan makan di kedai, makan di rumah. Ini soal nasi sepinggan menjadi isu dalam Dewan Rakyat, memalukan daripada seorang tokoh ekonomi (Dr Dzul bukan tokoh ekonomi, dia PhD dalam toxicology - bakaq), seorang bekas pensyarah. Bercakap soal harga nasi, kita mahu strategi bajet, bagaimana kerajaan untuk menjadikan bajet ini sebagai satu bajet yang boleh ..."

Terkejut beruk saya dengar isi sergahan Yeop kita tu. Walaupun kadang-kadang geram juga tengok dia mengada-ngada sangat di dalam Dewan, tetapi bila teringatkan sikap peramah dan mesranya di luar Dewan, taklah rasa nak marah sangat.

Mike bio bebeno, Yeop. Setahu teman, tujuan terakhir ekonomi ialah mengenai pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan. Ujung-ujungnya perutlah tu. Kalau perut menjerit-jerit mengemis seulas nasi ketika poket tidak berisi, itu tidak ada kena-mengena dengan ekonomi?

Dalam Islam, iqtisad setakat yang teman tahu bertujuan mengatur ha-hal mu'amalat termasuklah pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan. Tujuannya supaya tidak berlaku penyelewengan, salah laku atau salah guna tidak kiralah dalam perniagaan, kewangan atau perjanjian.

Kalau perut bagai bergulung-gulung kerana lapar yang meraung-raung, adakah ia tidak ada kena-mengena dengan soal keadilan sosial yang diperjuangkan iqtisad Islam? Nak cakap, pikio-pikio dulu Yeop!

Bukan iqtisad Islam sahaja yang memperjuangkan keadilan sosial. Ekonomi yang orang pakai sekarang pun bergerak ke arah menangani inflasi, kestabilan makro-ekonomi, kebajikan sosial dan pertumbuhan mampan. Rasa aku la... Kalau salah pun, saya bukannya mengaji macam orang. Sekolah menengah pun tercicir. Bagi peluang la saya berlagak tahu walaupun tak tahu.

Bodo-bodo aku pun, cerdik sangatkah Datuk Seri Najib Tun Razak menangani masalah ekonomi negara yang pasti akan menyebabkan rakyat menggelejat disebat akibatnya dengan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi duit kepada Valuecap Sdn Bhd? (Baca di sini)

Ekonomi bukan mengenai benda beso-beso je, Yeop! Angka tunjuk ekonomi yang lebih penting ialah kesejahteraan rakyat. Bagi kami yang seumur hidup bertunang dengan kemiskinan ni, ekonomi ialah ada duit untuk memujuk perut yang menangisi nasi, bukan saham nyawa-nyawa ikan yang sibuk sangat bakal Presiden Umno nak selamatkan. Main Street that matters, not Wall Street, Yeop! (Baca di sini)

Selingan - petikan dari ucapan Mahfuz Omar di Dewan Rakyat 22/10/08 (klik di sini)

Tuesday, October 21, 2008

ABDULLAH TAK KENAL SIAPA DR MAHATHIR?


Dua hari lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanya, siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Mengapakah Mahathir yang sudah meninggalkan UMNO cuba memberikan arahan mengenai apa yang patut dilakukan oleh warga UMNO?

Seandainya sudah terlupa, Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia Keempat yang mewariskan takhta kerajaan kepada Abdullah. Mahathir telah menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Abdullah pada 31 Oktober 2003, sewaktu kedaulatan Malaysia cukup terpelihara, nama Malaysia harum di arena antarabangsa, ekonomi Malaysia kukuh, politik Malaysia stabil, rakyat Malaysia dalam keadaan aman sejahtera.

Mahathir mewariskan kuasa kepada Abdullah sewaktu Malaysia jadi pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) da Persidangan Islam Antarabangsa (OIC). Kedua-dua jawatan ini diberikan kepada Malaysia kerana kebijaksanaan, integriti dan kredibiliti Mahathir.

Pendek kata, Mahathir telah menyerahkan kepada Abdullah sebuah negara-bangsa Malaysia yang merdeka, berwibawa, disegani dan dihormati komuniti antarabangsa. Waktu itu, tidak pernah kedengaran wujudnya sesetengah elemen atau kuasa asing tertentu yang mempengaruhi, apatah lagi yang dipercayai mencorak-warnakan apa jua dasar Malaysia.

Sebab itulah Abdullah menyifatkan perlantikannya sebagai satu “amanah untuk mewarisi kejayaan” Mahathir. Sebab itulah juga sewaktu membentangkan usul terima kasih kepada Mahathir di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, pada 3 November 2003, Abdullah merakamkan usul penghargaan kepada Mahathir seperti berikut:

Hargai Mahathir

Menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir), yang menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat sejak 16 Julai 1981, dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara;

Menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan bakti Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) yang amat murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;

Menyedari serta menginsafi konsistensi, kesungguhan dan keprihatinan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) di dalam perjuangannya memartabatkan Islam dan umat Islam di seluruh jagat, khususnya di negara Malaysia yang majmuk, menerusi penguasaan dan kecemerlangan ilmu di semua bidang kehidupan mutakhir;

Menghayati serta menyokong penuh kebijaksanaan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) dalam menangani krisis ekonomi negara akibat kedurjanaan pengganas kewangan antarabangsa menerusi strategi ekonomi, kewangan dan pengurusan yang unik, efektif dan diiktiraf dunia;

Mengiktiraf bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) adalah satu doktrin perdana bagi perjuangan membina negara Malaysia yang terus berdaulat dan merdeka serta lebih bersatupadu, sejahtera, aman, makmur, maju, cemerlang, bermaruah dan berwibawa di era globalisasi dan neo-kolonialisme;

Kagumi Kebijaksanaannya

Mengakui bahawa perjuangan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) memajukan ICT menerusi penubuhan Koridor Raya Multimedia, serta memajukan bioteknologi menerusi kewujudan Lembah Bio akan memberi manfaat besar kepada bangsa dan negara Malaysia di hari muka;

Mengkagumi kewibawaan, kebijaksanaan serta keberanian Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir) yang telah memperkasakan martabat bangsa dan negara Malaysia serta umat manusia di negara-negara membangun secara amnya, di arena antarabangsa, menerusi inisiatif multilateral sewilayah, di antara benua dan di seluruh jagat, serta menerusi pandangan, gagasan serta pemikirannya yang universal di bidang kemanusiaan, kesaksamaan, kesamarataan, perdagangan, sains, teknologi, siasah dan keluhuran undang-undang antarabangsa, khususnya di peringkat ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB);

Maka, Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 3 November 2003, bersamaan 9 Ramadan 1424, mengambil ketetapan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih dari seluruh rakyat jelata Malaysia kepada Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir);

Berikrar akan terus berjuang mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan kesejahteraan tanah air menerusi seluruh dasar, strategi dan program yang telah diperkenal serta diperjuangkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu (Mahathir);

Dan terus berusaha ke arah mencemerlangkan rakyat Malaysia di hari muka berasaskan semangat Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip Rukunegara dan juga matlamat utama Wawasan 2020.

Minta Maaf

Berdasarkan seluruh huraian di atas, benarkah Abdullah tidak kenal siapa Mahathir? Berasaskan huraian di atas, tidakkah Mahathir berhak untuk menegur Abdullah? Berdasarkan huraian di atas, benarkah dakwaan Abdullah bahawa Mahathir berniat “menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian” di kalangan warga UMNO bila Mahathir meluahkan isi hatinya dalam blognya baru-baru ini?

Abdullah pastinya amat arif mengenai persoalan ini: siapakah yang sebenar-sebenarnya menjadi punca dan paksi kepada seluruh kegelisahan dan kecelaruan dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pada hari ini?

Oleh itu, biarpun Mahathir sudah meninggalkan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Abdullah wajar insaf bahawa Mahathir telah berkelana jauh daripada UMNO kerana beliau amat kecewa dengan kepimpinan Abdullah sendiri!

Lantas, bersalahkah dan berdosakah Mahathir bersuara demi agama, bangsa dan tanahairnya? Bersalahkah dan berdosakah Mahathir berusaha menebus kesilapannya memilih Abdullah kerana beliau terpesona dengan imej Abdullah sebagai Mr Clean yang hanya berjuang untuk mencari A-Ghazali dan Al-Shafie?

Secara peribadi, saya amat kesal dengan bidasan Abdullah terhadap Mahathir. Secara peribadi juga saya berpendapat amat wajar sekali Abdullah memohon maaf kepada insan yang bernama Mahathir kerana insan inilah yang bertanggungjawab menamakan Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima. Fikir-fikirkankah!

Ruhanie Ahmad

Sunday, October 19, 2008

Fiqh al-Awlawiyat ; Dan Kepentingannya Kepada Umat Islam Mutakhir Ini.



Oleh: syeikhsifu@yahoo.com.my

19 Syawal 1949H 02:30 PM

Mutakhir ini jarang-jarang umat Islam dapat membuat satu keputusan, melakukan satu pekerjaan dan melaksanakan satu ibadah melainkan pasti dia berhadapan dengan dua atau lebih keadaan yang saling bertembung dari sudut hukum agama. Pertembungan mungkin berlaku antara yang halal dengan yang haram, antara yang halal dengan yang halal, antara yang haram dengan yang haram dan perkara halal yang hanya dapat diperolehi melalui cara yang haram.

Tidak ketinggalan, di kalangan umat Islam pasti ada yang bercita-cita gemilang demi agama dan manusia. Dalam rangka mencapai cita-cita tersebut, tentu saja dia perlu menyusun tindak-tanduknya mengikut tertib kepentingan (prioritize). Justeru apakah panduan yang sepatutnya dia jadikan pedoman untuk menyusun kepentingan tersebut?

Dua perenggan di atas menjadi Kata Pembuka bagi risalah saya ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat. Sebelum meneruskannya, izinkan saya menjelaskan latarbelakang istilah ini terlebih dahulu.

Latarbelakang Fiqh al-Awlawiyat.


Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Justeru apabila dikatakan “Fiqh Solat”, bererti subjek yang memberi kefahaman kepada hukum, hikmah dan objektif solat dalam suasana biasa dan tidak biasa. Ada pun kebiasaan silibus tempatan yang menekankan hafalan hukum-hukum berkaitan solat, ia tidak dapat disebut sebagai “Fiqh Solat” tetapi lebih kepada “Hafazan Solat”.


Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut.


Dalam perbicaraan Fiqh al-Awlawiyat, para pembaca juga perlu beramah mesra dengan dua istilah yang lazim digunakan, iaitu maslahat dan mafsadat. Secara mudah, maslahat ialah kebaikan atau faedah manakala mafsadat ialah keburukan atau kerosakan. Setiap sesuatu yang dilarang oleh syari‘at sebagai haram atau makruh pasti memiliki sesuatu mafsadat yang ingin dijauhkan. Manakala setiap sesuatu yang disuruh oleh syari‘at sebagai harus, sunat atau wajib pasti memiliki sesuatu maslahat yang ingin dicapai.

Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Larangan Yang Saling Bertembung.
Katakanlah kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa, larangan pertama hukumnya makruh manakala larangan kedua hukumnya haram. Maka tindakan yang benar ialah menjauhi kedua-duanya. Seterusnya, katakanlah kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya, maka tindakan yang lebih utama ialah menjauhkan larangan yang hukumnya haram. Tentu saja ini mudah untuk kita pertimbang dan utamakan.
Namun bagaimana jika kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa dimana kedua-dua hukumnya adalah haram dan kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya? Di sinilah terdapatnya kepentingan Fiqh al-Awlawiyat. Kes seumpama ini pernah disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:

يَسْأَلُونَكَ عَنْ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنْ الْقَتْلِ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). [al-Baqarah 2:217]

Dalam ayat di atas, umat Islam berhadapan dengan dua larangan yang saling bertembung dalam satu masa:

* Larangan 1: Berperang dalam bulan-bulan yang dihormati, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Peperangan memiliki mafsadat di sebaliknya seperti kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, maka larangan berperang pada bulan-bulan yang dihormati adalah bagi mengurangi mafsadat tersebut.


* Larangan 2: Membiarkan musuh-musuh menghalangi umat Islam dari jalan Allah, khasnya menghalang umat Islam dari memasuki Kota Mekah untuk beribadah di Masjid al-Haram sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati. Jika dibiarkan, tindakan musuh ini akan memberi mafsadat kepada Islam dan umatnya.

Antara dua larangan di atas, mafsadat yang kedua lebih berat dari yang pertama. Ini dapat diketahui dengan membandingkan antara mafsadat pertama yang Allah sifatkan sebagai “…berdosa besar” dengan mafsadat kedua yang Allah sifatkan sebagai “…lebih besar dosanya di sisi Allah.” Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menerangkan bahawa fitnah dari membiarkan tindakan musuh menghalangi umat Islam adalah lebih besar kesannya berbanding bunuh-membunuh yang berlaku dalam peperangan, sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati.


Berdasarkan ayat di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih larangan dalam satu masa dan dia tidak mampu menjauhi semua larangan tersebut, maka:


* Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.


* Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.


* Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.

Sebagai contoh katakan seorang wanita telah terlanjur berzina sehingga menyebabkan dia hamil. Lelaki yang menzinainya tidak mahu bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan terus menghilang diri. Wanita tersebut berfikir sama ada untuk terus mengandung, melahir dan membesarkan anak itu atau menggugurkannya. Di sini terdapat dua larangan yang saling bertembung:


* Larangan 1: Menggugurkan janin (fetus dalam kandungan).

* Larangan 2: Membiarkan diri dan anak difitnah oleh masyarakat dalam suasana dia mengandung tanpa suami dan anak pula membesar tanpa ayah.

Larangan yang manakah yang patut diutamakan, maksudnya dijauhkan? Individu yang berbeza mungkin memiliki pilihan keutamaan yang berbeza. Bagi wanita yang hidup dalam lingkungan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang saling memberi sokongan moral, dia akan mengutamakan Larangan # 1, iaitu tidak menggugurkan anak.

Adapun fitnah dari masyarakat terhadap diri dan anaknya, ia adalah mafsadat yang bersifat kemungkinan sementara menggugurkan anak adalah mafsadat yang bersifat pasti. Maka berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, adalah lebih utama menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.

Berbeza bagi wanita yang hidup dalam lingkungan orang-orang yang tidak lekang dari mencela dan menghina atas keterlanjurannya itu.

Maka mengutamakan Larangan # 2 mungkin menjadi pilihannya, iaitu menggugurkan anak. Dia merasakan tidak sanggup menghadapi fitnah yang berterusan, apatah lagi diyakininya bahawa fitnah itu akan bertambah hebat ketika dalam peringkat membesarkan anak.
Maka wanita ini cenderung kepada kaedah Fiqh al-Awlawiyat yang menyatakan adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.

Di sini ingin dijelaskan, sama ada bagi contoh di atas atau selainnya, bahawa dalam mempertimbangkan apakah tindakan yang lebih utama, individu yang berbeza akan memiliki pilihan yang berbeza.

Banyak faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut, seperti tahap ilmu, kadar jatidiri, lokasi dan keadaan masyarakat sekeliling. Faktor-faktor ini akan sentiasa berbeza antara individu yang berbeza, maka dengan itu pilihannya tentang apakah yang lebih utama akan berbeza juga.

Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Suruhan Yang Saling Bertembung.

Apabila berhadapan dengan dua atau lebih suruhan agama, maka yang terbaik ialah melaksanakan kesemua suruhan tersebut.

Apabila tidak mampu melaksanakan keseluruhan suruhan agama yang berbeza-beza hukumnya antara harus, sunat dan wajib, maka yang utama ialah melaksanakan yang wajib, kemudian yang sunat dan kemudian yang harus.

Akan tetapi bagaimanakah sikap kita apabila berhadapan dengan dua suruhan yang sama darjat hukumnya dan kita hanya mampu melaksanakan salah satu darinya?

Sekali lagi, kemahiran dalam subjek Fiqh al-Awlawiyat akan dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. Perhatikan hadis berikut:

Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata: “Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:




لاَ تَفْعَلْ فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ سَبْعِينَ عَامًا. أَلاَ تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ الْجَنَّةَ ؟ اغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ قَاتَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Jangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]


Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:

* Suruhan 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang yang bersolat.


* Suruhan 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.

Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”.

Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:

Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek.

Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.

Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan.

Sebagai contoh bagi Fiqh al-Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung ini, ingin saya kongsi persoalan yang agak lazim saya terima daripada para pelajar pusat pengajian tinggi.

Mereka lazim bertanya, manakah yang patut diutamakan, pelajaran atau aktiviti agama bersama jamaah masing-masing di kampus? Atau adakah pelajaran dan aktiviti agama diletakkan pada tahap yang sama? Ini kerana dalam persoalan ini kelihatannya ada dua suruhan agama yang saling bertembung:

* Suruhan 1: Belajar.
* Suruhan 2: Membela agama.

Antara dua suruhan ini, yang utama ialah pelajaran. Sebabnya:

1. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat jangka masa yang panjang.
Empat tahun (purata) di pusat pengajian tinggi akan memberi maslahat kepada dirinya sehinggalah dia meninggal dunia.

Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar maslahat dalam tempoh empat tahun dia berada di kampus itu. Jarang-jarang ditemui pelajar yang aktif di kampus akan aktif setelah tamat dari kampus dengan aktiviti agama.

2. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat kepada orang yang besar jumlahnya.
Kelulusannya cemerlang dalam pelajaran akan membolehkan dia bekerja dan menjadikan kerjayanya sebagai sarana melakukan kerja-kerja dakwah dan islah kepada orang ramai sehinggalah ke akhir hayat.
Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar mencapai maslahat untuk warga kampus.


3. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat yang bersifat pasti.
Ini kerana apa saja yang dilakukan oleh seseorang, kemaslahatan yang hakiki hanya akan tercapai jika ia berdasarkan ilmu yang sahih. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia lebih kepada semangat dan pengisian jiwa yang kosong akibat jauh dari keluarga tersayang. Maka jika ada maslahat, ia adalah maslahat yang bersifat kemungkinan.

Justeru berdasarkan pertimbangan Fiqh al-Awlawiyat, pelajaran adalah lebih utama dari aktiviti agama.

Namun saya tidaklah bermaksud seseorang itu meninggalkan aktiviti agama secara keseluruhan.

Hanya hendaklah ia disusun mengikut tertib keutamaan. Sekadar cadangan, hendaklah tenaga dan masa dibahagikan pada kadar 40% untuk pelajaran dalam jurusan masing-masing, 40% untuk meningkatkan ilmu agama dan 20% untuk aktiviti agama.

Ilmu agama tidak sama dengan aktiviti agama. Ilmu agama ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan penjelasannya oleh para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.

Aktiviti agama hendaklah bertepatan dengan ilmu agama kerana ilmu memimpin amal dan bukan sebaliknya. Betapa ramai orang yang melakukan aktiviti agama tetapi ia berseberangan dengan tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Renungilah! Anda masih mempunyai masa yang banyak untuk menambah kadar aktiviti agama selepas anda lulus pengajian dan selepas anda memiliki ilmu agama yang secukupnya. Maslahat jangka masa panjang hendaklah diutamakan dari maslahat jangka masa pendek.


Bagaimana pula sikap kita apabila berhadapan dengan satu keadaan yang bertembung antara suruhan dan larangan agama? Hadis berikut memberi jawapannya:


فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.

Apabila aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh kalian dengan sesuatu urusan maka laksanakanlah sedaya upaya kamu. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 7288]


Hadis di atas menggabungkan antara larangan dan suruhan, iaitu:

* Larangan: Jauhilah ia, sekali pun yang kecil atau sedikit darinya.

* Suruhan: Laksanakanlah ia sedaya mungkin, sekali pun yang kecil atau hanya sedikit darinya.

Berdasarkan hadis ini dirumuskan kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa apabila bertembung antara larangan dan suruhan dalam satu masa dan seseorang itu hanya mampu melakukan salah satu daripadanya, maka adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan berbanding melaksanakan suruhan.

Di sini timbul persoalan kedua yang lebih penting.

Sama-sama diketahui bahawa di sebalik setiap larangan ada mafsadat yang ingin dijauhi oleh agama manakala di sebalik setiap suruhan ada manfaat yang ingin dicapai oleh agama.

Lalu bolehkah kita berusaha mencapai satu matlamat yang disuruh oleh agama dengan cara yang dilarang oleh agama?

Lazimnya kita akan menjawab “tidak” kerana “matlamat tidak menghalalkan cara”. Ini ialah jawapan yang selamat namun tidak semestinya tepat. Sebabnya, berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, boleh atau tidak dipertimbangkan antara maslahat di sebalik matlamat yang disuruh dengan mafsadat di sebalik cara yang dilarang. Ia seperti berikut:


Jika mafsadat di sebalik cara adalah lebih besar berbanding maslahat di sebalik matlamat, maka adalah lebih utama untuk meninggalkan matlamat tersebut.

Jika maslahat di sebalik matlamat adalah lebih besar berbanding mafsadat di sebalik cara, maka adalah lebih utama untuk melaksanakan matlamat tersebut.

Dalilnya ialah peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku di antara umat Islam dan kaum kafir Mekah.

Ringkasnya apabila perjanjian hendak ditulis, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada jurutulisnya, Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh agar surat perjanjian dimulai dengan: “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wakil kaum kafir Mekah, Suhail bin Amr membantah dengan berkata: “Ada pun al-Rahman, maka demi Allah! Aku tidak tahu apakah itu.
Akan tetapi tulislah: “Bismikallahumma”. Kaum muslimin yang hadir ketika itu membantah: “Demi Allah! Kami tidak akan menulisnya melainkan dimulai dengan Bismillahir Rahmanir Rahim”. Namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “(Tak mengapa), tulislah Bismikallahumma”.

Kemudian Rasulullah berkata kepada jurutulisnya: “Ini adalah apa yang diputuskan oleh Muhammad, Rasul Allah”. Sekali lagi ia dibantah oleh Suhail: “Sekiranya kami mengetahui bahawa engkau adalah Rasul Allah, nescaya kami tidak akan menghalangi kamu mengunjungi Baitullah dan kami tidak akan memerangi kamu. Akan tetapi tulislah – Muhammad bin Abdullah.”

Rasulullah menjawab: “Demi Allah! Sungguh aku adalah Rasul Allah sekali pun kalian mendustakan aku. (Tak mengapa), tulislah – Muhammad bin Abdullah.” Seterusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta: “Maka janganlah menghalangi kami untuk mengunjungi Baitullah agar kami dapat melakukan tawaf di sana.” Dengan permintaan ini perjanjian dipersetujui dan mulai tahun seterusnya, umat Islam dapat masuk ke Mekah dan tawaf di Baitullah dalam Masjid al-Haram. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2731-2732 secara ringkas]

Dalam peristiwa di atas terdapat pertembungan antara matlamat dan cara:

* Matlamat: Melaksanakan umrah di Masjid al-Haram. Ia termasuk suruhan agama.

* Cara: Menafikan dalam surat perjanjian nama Allah “al-Rahman dan al-Rahim” dan menafikan kedudukan Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Ini termasuk larangan agama.

Dalam menghadapi pertembungan di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui bahawa melaksanakan umrah memiliki maslahat yang besar kepada umat Islam berbanding penafian nama Allah dan kedudukan baginda yang memiliki mafsadat yang kecil.

Ini kerana penafian tersebut hanya berlaku di atas kertas perjanjian dan tidak secara hakiki. Maka atas dasar pertimbangan antara matlamat dan cara, juga antara maslahat dan mafsadat, baginda mempersetujui perjanjian tersebut.

Di sini dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa dibolehkan mencapai matlamat yang disuruh dengan cara yang dilarang dengan syarat:

Maslahat di sebalik matlamat adalah jauh lebih besar sementara mafsadat di sebalik cara adalah jauh lebih kecil.

Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan jangka masa panjang sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan jangka masa pendek.

Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.

Maslahat di sebalik matlamat bersifat pasti sementara mafsadat di sebalik cara bersifat kemungkinan.

Walaubagaimanapun penting untuk digariskan di sini bahawa kaedah-kaedah di atas bukanlah untuk diamalkan sesuka hati oleh orang awam dan para penuntut ilmu.

Ini kerana tidak ramai yang mampu menilai secara adil dan luas antara matlamat dan cara, antara maslahat dan mafsadat.

Sesuatu perkara mungkin dianggap matlamat yang memiliki maslahat padahal ia sebenarnya adalah satu mafsadat. Sesuatu cara mungkin dianggap memiliki kadar mafsadat yang sementara padahal ia sebenarnya memberi kesan jangka masa yang amat panjang.

Justeru kaedah-kaedah di atas hanyalah layak diamalkan oleh para mujtahid dan ahli fatwa. Ada pun bagi orang awam dan para penuntut ilmu, kaedah yang selamat ialah “Matlamat tidak menghalalkan cara”.


Tidak Termasuk Fiqh al-Awlawiyat.

Ukuran sama ada sesuatu perkara adalah utama atau tidak bukan bergantung kepada semangat atau kecenderungan peribadi, tetapi bergantung kepada dalil dan hujah.

Kadangkala kita mendengar orang-orang yang kononnya memiliki “wawasan besar terhadap agama” melaungkan kata-kata “Persoalan wudhu’ dan zikir hal kecil, persoalan negara Islam dan Palestin hal besar! Jangan disibuk-sibukkan dengan hal kecil!”. Kenyataan ini salah paling kurang dari dua sudut:

1. Jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan didapati baginda memberi perhatian yang besar sekalipun terhadap perkara yang mungkin di sisi sebahagian orang dianggap kecil.

Ambil saja contoh bab wudhu’, baginda pernah melihat sebahagian sahabat berwudhu’ tetapi mereka tidak membasuh tumit kaki mereka dengan sempurna. Melihat yang sedemikian Rasulullah menegur beberapa kali dengan suara yang tegas lagi tinggi:


وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ!

Celakalah tumit-tumit (yang bakal terkena) api neraka! [Shahih al-Bukhari, hadis no: 60]



Nah! Persoalan tumit yang tidak terkena air mungkin dianggap kecil oleh orang yang memiliki “wawasan besar terhadap agama”. Akan tetapi di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia tetap merupakan isu besar yang perlu ditegur serta merta secara tegas.

2. Jika seorang muslim cuai dan jahil dalam persoalan “kecil”, lalu bagaimana mungkin dia dianggap mampu bersikap cemerlang dan bijak dalam persoalan “besar”? Tentu saja tidak.

Maka tidak hairanlah kita lazim mendengar atau membaca pandangan-pandangan yang lebih mafsadat dari maslahat dari orang-orang yang konon memiliki “wawasan besar terhadap agama” dalam isu negara Islam, Palestin dan pemulauan barangan negara Barat.

Penutup.

Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram.

Akan tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama untuk dijauhkan.

Semoga risalah ringkas ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat mampu membawa kita ke arah ciri-ciri muslim yang bijak.

Apatah lagi dalam suasana umat Islam sekarang ini yang mundur dalam serba serbi persoalan, janganlah pula kita menjadi mundur dalam persoalan agama kita sendiri.

Sekian,

syeikhsifu 19/10/2008 02:30 PM

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan


Oleh S.S Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan yang meminta saya menggunakan nama dan pengaruh saya dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mereka mendapat faedah kewangan yang banyak.

Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi saya belum bersedia untung melelong agama. Nas-nas Allah dan rasulNya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia yang sementara. Keadaan yang seperti ini juga menjadikan ramai mereka yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’. Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya. Kesemuanya akan dijawab; “ini keputusan parti”.

Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasulNya, bukanlah kerja yang mudah. Allah menguji insan untuk insan membukti keikhlasan dirinya dalam membela ajaran tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia yang fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang yang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semesti setiap pejuang itu berpeluang untuk menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga demikian. Betapa ramai para pembela dan pejuang kebenaran yang disiksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi, namun masanya tidak ketahui. Para sahabah yang gugur syahid dengan penuh trajis di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak yang menyiksa mereka.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi s.a.w dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Nabi s.a.w pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum mata sempat melihat pejuangan kebenaran menjatuhkan pejuangan kebatilan. Namun para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi pejuangan yang tulus itu adalah keredhaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:

(maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya)

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka, Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah pada hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama. Seseorang muslim itu kelihatan hilang atau tiada langsung sifat kecemburuan atau semangat dalam mempertahan dan membela kebenaran.

Sesetengah pihak itu seakan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama, atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat. Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya.

Ada pula kelompok yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘kesufian’ yang melepasi batasan yang patut sehingga Islam mereka dimandulkan. Apa tidaknya, mereka menganggap cukuplah Islam itu hanya berzikir atau beribadat sendirian. Mereka tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada umat Islam dan nasib kepada kebenaran yang ditindas. Bahkan banyak ajaran kerohanian kesufian itu sendiri menyeleweng dari hakikat kebenaran.

Mereka ini hidup dalam kelompok zikir dan ‘cerita-cerita sakti’ mereka mengenai wali itu dan ini. Dihiasi agama mereka dengan hadis-hadis palsu yang memperuntukkan syurga dengan begitu murah. Amalan yang kecil diberikan pahala terlalu besar sehingga menafikan sifat Islam.

Ini seperti hadis-hadis palsu yang menyamakan amalan yang kecil dengan pahala para nabi, atau para syuhada. Inilah yang termuat dalam banyak buku-buku fadilat yang tidak berpegang kepada disiplin ilmu hadis.

Malangnya, buku-buku fadilat seperti ini menjadi kegemaran orang awam. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”. ( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah pula ketika memperkatakan mengenai sebab-sebab kemunculan hadis palsu:

“ (sebab yang ke enam) bertujuan untuk menggalak orang ramai membuat kebaikan. Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawwuf. Mereka membenarkan untuk diri mereka pendustaan ke atas Nabi di dalam tarhib (ancaman dosa) dan targhib (galakan ibadah). Mereka menyangka kesesatan itu suatu kebaikan, mereka adalah manusia yang paling bahaya” ( Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum Mustalah al-Hadith, m.s.332, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi)

Sehingga tenggelam mereka yang terpengaruh dengan unsur kerohanian seperti ini, lantas membelakang nas-nas Islam yang meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas setiap muslim untuk membela agama Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142).

FirmanNya juga:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Barangkali ramai di kalangan umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan bahawa beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini apa pun akan berlaku. Tiada pembelaan untuk Islam, tiada pembelaan untuk kebenaran.

Lebih buruk lagi, sesetengah aliran kerohanian pula menjadi menjelma bagaikan ajaran kerahiban. Agamawan itu bagai pendeta yang bertapa tanpa mengambil berat tentang masyarakatnya. Inilah yang menyebabkan Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik ajaran tasawwuf yang menyimpang dari sifat asal Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kata al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad , atau wahdah al-wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid , zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pemikiran yang seperti ini telah menghalang sifat perjuangan dan membela kebenaran yang hakiki.

Apabila Ketamakan Menguasai Jiwa


Oleh S.S Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negari Perlis



Jika anda berniaga, anda mestilah memikirkan dari segi ekonomi bagaimana hendak untung dan tidak rugi. Jika anda pengamal undang-undang, anda mestilah berusaha agar keadilan dinikmati oleh setiap yang berhadapan dengan proses penghakiman. Jika anda berpolitik, anda sepatutnya berfikir bagaimana untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Jika anda menyeru kepada Islam, anda sepatutnya berfikir bagaimanakah cara agar mesej Islam yang benar atau hidayah sampai dan berkesan untuk sasaran.

Bagi setiap bidang itu ada regunya atau hala tuju yang mesti jelas dalam pemikiran pengamalnya. Jika regu bidang ini ditukar putar sehingga tidak menepati matlamat yang sepatutnya, maka rosaklah bidang tersebut. Seseorang mungkin boleh mendapat faedah sampingan daripada bidang tertentu. Namun faedah tersebut jangan sampai menjejaskan matlamat yang asal.

Umpamanya jika pengamal undang-undang berfikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata sehingga mengenepikan soal keadilan. Atau jika ahli politik menganggap tujuan kegiatan politiknya untuk mengaut keuntungan sekalipun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah islam bertujuan memperolehi habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah. Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi sekarang..

Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.

Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.

Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.

Ustaz-ustaz dalam negara ini sering membaca hadis dhaif : “Hampirlah kefakiran itu menjadi kekufuran”. Hadis ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Namun hadis ini sering dibaca oleh panel-panel forum atau ceramah yang kurang teliti disiplin hadis, atau agak terburu-buru ingin memenuhi hasrat pihak menaja ceramah atau forum perdana yang biasanya dianjurkan oleh pihak yang dinamakan diri dengan “kemajuan Islam’.

Malang sekali mereka melupai hadis yang sahih yang merupakan amaran Nabi s.a.w terhadap umat ini. Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:

“Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbang menimpa kamu, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia seperti mana dibentangkan kepada mereka yang terdahulu dari kamu (umat yang silam), lalu kamu bersaing untuk mendapatkannya seperti mana mereka bersaing. Lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti mana ia telah memusnahkan mereka”.

Ya, inilah realitinya. Memang, Islam tidak menyukai kefakiran, sebab itulah diperintahkan agar setiap muslim berusaha dan bekerja, menjadi rezeki dan menanggung bebanan keluarga, juga diperintahkan agar dibantu fakir miskin. Namun ketamakan kepada harta jauh lebih merbahaya daripada kefakiran.

Apabila ketamakan menguasai diri, manusia bersaing sesama sendiri sehingga ke peringkat bunuh membunuh, jatuh menjatuh, dan tumbang menumbang. Dipertaruhkan maruah, harga diri, amanah, harta rakyat bahkan mungkin nyawa orang lain hanya semata kerana ketamakan harta. Hampir semua orang yang fakir ingin keluar dari kefakirannya, namun si tamak amat sukar untuk diheret keluar dari daerah ketamakan.

Mengubati kefakiran sebenarnya lebih mudah dari mengubati ketamakan. Penyakit kefakiran itu pula khusus untuk yang tiada harta dan amat miskin, sementara tamak boleh menimpa yang kaya dan miskin, yang jutawan dan yang dalam kefakiran. Ia boleh mengenai pemerintah dan rakyat, mat rempit dan ustaz.

Bukan Islam anti-harta, sama sekali tidak. Islam agama kerja dan mencari rezeki. Sehingga selepas solat Jumaat pun Islam tidak pernah mewajibkan untuk duduk di masjid untuk panjang-panjang. Sebaliknya disuruh untuk kita bertebaran mencari rezeki. Ini seperti firman Allah: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan Solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai Solat Jumaat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)” (Surah al-Jumuah, ayat 9 -10).

Dalam ayat ini juga menunjuk Hari Jumaat pun tidak disuruh kita menutup kedai sepanjang hari, sebaliknya hanya disuruh meninggal perniagaan apabila azan dilaungkan. Jika kedai ditutup pada Hari Jumaat, tentu tiada faedah Allah mengarahkan agar meninggalkan jual beli apabila mendengar azan. Selepas Solat Jumaat disuruh sambung bekerja. Demi sesungguhnya Islam tidak anti-harta. Bahkan Nabi s.a.w. menyebut:

“Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk seseorang yang baik” (Riwayat Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa yang Islam musuhi adalah ketamakan. Apabila kegilaan kepada harta memalingkan tujuan atau matlamat kehidupan, maka harta adalah perosak. Apabila kehendakan kepada harta memusnahkan agama, politik, keadilan maka harta itu menjadi fitnah. Ia akan memusnahkan rangkaian masyarakat muslim dan dunia keseluruhannya.

Hari ini dunia menderita disebabkan dasar kapitalisma yang diamalkan oleh para penindas yang menghisap darah rakyat di negara yang lemah. Kegilaan dalam mengaut keuntungan tanpa sempadan kemanusiaan telah memporak perandakan imbangan kehidupan manusia di dunia ini. Sehingga ada negara yang begitu miskin dan melarat, sedangkan di negara lain manusia begitu mewah melepasi sempadan igauan. Ketamakan harta jugalah sebenarnya yang menimbulkan kefakiran.

Maka perlaksanaan sistem Islam dalam ekonomi mestilah dapat menangkis kerakusan manusia dalam membolot harta sehingga menindas orang lain. Maka Islam mengharamkan riba kerana itulah pintu kepada kerakusan. Sistem riba itulah sekarang ini yang memiskinkan sejumlah besar manusia dalam dunia ini. Jika ada pengurusan kewangan atau perniagaan yang cuba menggunakan nama Islam tetapi tidak melepaskan diri dari unsur penindasan, maka Islam itu hanya sekadar kosmetik sahaja tanpa makna.

Barangkali orang ramai akan menyangka pengurusan itu sangat Islamik sebab ada ‘panel syariah’ yang dibayar elaun oleh pihak yang meminta difatwakan untuk bisnes mereka. Namun jika fatwa itu gagal membebas pihak yang berurusan dari penindasan ekonomi, maka itu bukan syariah namanya. Jika fatwa yang diberikan itu membebaskan pengurusan ekonomi dari unsur kezaliman dan penindasan, maka panel tersebut benar-benar menunaikan amanah ilmu.

Jangan sampai jadi cerita kononnya satu syarikat telekomunikasi yang berhempas pulas menghalal pertaruhan yang bersifat judinya dengan menjanjikan jawatan kepada seorang panel syariah yang akan dilantiknya.

Sebab itu Allah menyebut harta sebagai musuh dan fitnah iaitu ujian. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah (ujian), dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”. (Surah al-Anfal, ayat 28).

Maka, kerana harta manusia sanggup jual agama atau menyalahgunakannya. Agama Allah yang diturunkan untuk memberi hidayah kepada manusia telah dijadikan saluran untuk memakan harta orang lain dengan cara yang tidak benar. Allah menyebut tentang perangai ahli-ahli dahulu yang mengetahui Taurat dan Injil tetapi menyalahgunakannya.

Firman Allah: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam)..” (Surah al-Taubah ayat 34).

Perangai Ahlul Kitab berterusan sehingga ke zaman ini.

Kematian merupakan kesedihan dan kita disuruh membantu keluarga si mati. Namun berapa ramai manusia yang menggunakan nama agama mengambil bayaran itu dan ini daripada keluarga si mati. Direka bacaan dan solat itu dan ini yang tidak buat oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabah, lalu bayarannya dikenakan kepada keluarga si mati. Seakan di tangan golongan yang mengambil kesempatan inilah kunci pahala.

Inilah masalahnya, jika kita berfikir bagaimana ingin menjadikan Islam sebagai punca mengaut keuntungan, maka agama ini akan menjadi mangsa. Saya masih teringat cerita bagaimana ada pihak tertentu yang menubuhkan persatuan ‘solat jenazah’ dengan tujuan menghasilkan pendapat sampingan. Apabila ada saja kematian maka mereka pun akan dijemput dengan bayaran tertentu. Tanpa bayaran mereka tidak akan hadir.

Upacara-upacara ‘tambahan’ yang dikaitkan dengan agama juga akan diwujudkan yang mana bilnya terpaksa dibayar oleh keluarga si mati. Apabila mereka hadir ke tempat kematian wajah mereka kelihatan sedih dan sayu. Namun, apabila banyak hari tiada kematian atau pihak yang menjemput bagi upacara kematian, mereka sesama sendiri bersungut ‘tiada siapa-siapa yang nak mati ke? Sekurang-kurangnya lepas juga duit kopi..”

Maka, tidaklah dapat diketahui, apakah mereka suka dengan kematian atau dukacita mengenangkan keluarganya? Adakah di sana akan terdapat keikhlasan doa daripada mereka yang bersolat jenazah untuk mendapatkan upah? Namun masyarakat yang jahil termakan juga..

Bukan sedikit manusia yang berfikir bagaimana untuk menggunakan kehendak orang ramai kepada agama sebagai sumber pendapatan. Umpamanya, saya amat terkejut apabila dimaklumkan ada syarikat yang mengambil upah ‘menyamak’ rumah atau bangunan yang hendak didiami oleh orang Islam.

Barangkali rumah tersebut akan dibasuh dengan selut kerana bimbangkan penghuni bukan muslim yang tinggal sebelumnya membawa masuk anjing atau babi. Sedangkan Allah memaafkan apa yang tidak diketahui dan zahir. Namun mereka berlebih-lebihan. Maka habislah rumah dan bangunan itu berlumuran selut. Kosnya pun boleh tahan.

Namun, seperti mana sebahagian mereka yang terpengaruh dengan kempen ‘jualan langsung’ maka ada orang Islam yang menempah ‘kontrak selut’ itu kerana kononnya nanti solat tidak diterima Allah sebab ada kesan najis yang kita tidak nampak. Untunglah syarikat berkenaan apabila ada yang tidak faham hakikat Islam atau berjaya dikaburkan atas nama Islam. Padahal, pada zaman Rasulullah s.a.w anjing berkeliaran dan ramai orang arab yang membela anjing.

Apabila Islam datang, Islam mengizinkan anjing digunakan untuk buruan dan menjaga keselamatan, tetapi tidak untuk belaan biasa di rumah. Pada masa dahulu, para sarjana Islam mengulas larangan tersebut menyatakan antara hikmah daripada larangan tersebut kerana anjing yang dipelihara di rumah boleh menimbulkan ketakutan kepada tetamu yang datang, menyalak tidak menentu dan sebagainya yang mempunyai kemungkinan yang besar mengganggu orang lain. Sains moden juga membuktikan adanya ancaman penyakit dari haiwan berkenaan.

Namun baginda tidak pernah pun mengarahkan supaya mana-mana sahabah baginda menyamak satu rumah. Paling tinggi baginda menyebut tentang jilatan anjing:

“Apabila anjing menjilat bekas kamu, maka basuh sebanyak tujuh kali” (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat lain ditambah lafaz “ke tujuhnya dengan tanah” ada pula yang menyebut kali ke lapan (Riwayat Muslim).

Ulama berbeza pendapat tentang anjing. Ada yang menyatakan, berdasarkan hadis hanya jilatan anjing sahaja yang wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan bersama tanah pada kali ke tujuh, atau ke lapan. Ada yang meluaskan sehingga sentuhan basah anjing pun wajib dilakukan demikian, walaupun hadis tidak pun menyebutnya. Ada yang berpendapat, basuhan dengan air tanah hanya pilihan. Apa pun, Nabi s.a.w tidak pula menyebut mesti menggunakan selut dan menyuruh menyamak bangunan atau rumah. Apatah lagi jika tidak nampak kesan najisnya. Namun, akal bisnes kadang-kala lebih lajak dari lajunya.