Labels

Saturday, December 31, 2011

Dikala usia semakin meningkat

 
alangkah cepatnya hari-hari berlalu pergi
alangkah lajunya malam berganti siang
alangkah rakusnya sang malam memamah usia

dan umur ini...
aku merelakan kepergian setahun dari usiaku
aku lepaskan ia demi sebuah kehidupan yang baru
usiaku saban waktu kepingin meninggalkanku

tapi aku..
apa yang telah aku korbankan
untuk hidup yang jauh dari sebuah kepastian?

berapa banyakkah amalan yang telah aku persembahkan
berapa gunung kebajikan yang telah aku longgokkan
dan
berapakah hasanat yang berjaya aku tabungkan tanpa tercicir

alangkah bertuahnya sang hamba yang diterima-NYA
alangkah malangnya insan yang tercampak jauh dari kasih sayang-NYA

tapi,
adakahku yakin,
bahawa aku bukanlah insan malang itu?
 
p/s: Selamat Hari Lahir ke-23

Wednesday, December 28, 2011

Wang kertas Baharu



pelbagai warna

Jom tengok duit kertas Malaysia baru yang dilancarkan pada 21 Disember 2011. Kali ini duit kertas Malaysia RM20 diperkenalkan semula. Duit kertas Malaysia baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.


 


 
Lagi gambar wang kertas baru RM20 Wang kertas baru dijangka diedarkan pada pertengahan tahun 2012. So untuk raya puasa nanti bolehlah gunakan wang kertas ini ya.



p/s: masih fiat money. Bila mau guna Dinar Emas???

Monday, December 26, 2011

Aku hanyalah seorang faqir


أنا الفقير إليك يا رب
وأنت عني .. عني غني
الضعف في .. في أصيل
وأنت رب .. رب قوي
الكل يبلى .. يبلى ويفنى
وأنت وحدك .. وحدك حي
يا ألله .. يا ألله

أنا الفقير إليك يارب وأنت عني عني غنى
والضعف فيّ ضعف أصيل وأنت رب رب قوي
الكل يفنى يفنى ويبلى وأنت وحدّك وحدك حيّ

معايبي ليست تخفى لكن عفوك أوفا
وأنني رغم ضعفي أرى الكبائر حتفا
أحيا بروح روح طموحٍ ملئى رجاء وخوفا
والطير تسجدو تسجدو تسمو وتحتسي النور النور صرفا

لولاك كنت هباءا (يارب) أو فاسقا أو شقيا
والمرء من غير دين (يارب) لم يسوى في الكون شيئا (يارب)
قد كنت ميتا ميتا ولكن أصبحت بالدين بالدين حيا
وكنت شتنان شتانا حقا بين الثرى والثريا


Saturday, December 24, 2011

Dr. Khir Toyo akhirnya bersalah

 

Akhirnya, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah. Jika perbicaraan dijalankan dengan adil dan tanpa campur tangan mana-mana 'tangan ghaib' , maka jatuhlah hukuman kepada yang bersalah. Kalau sudah terbukti Khir Toyo bersalah setelah dibicarakan dengan adil, kita sokong habis-habisan keputusan mahkamah.

Cuma persoalannya, adakah dia seorang sahaja yang bersalah? Mahkamah mengaitkannya dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Adakah dia seorang sahaja pemimpin Umno yang corrupt dan salah guna kuasa?
Makan ramai-ramai, yang kena seorang. Itu sahaja sebabnya saya bersimpati kepada Khir Toyo. Itu yang saya maksudkan justice denied.

Yang saya nak tulis dan tanya ialah, apa yang anda rasa akan terjadi jika selepas pilihan raya umum 2008 dahulu dan setelah dia pun tak lagi merasa nak jadi Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mengambil keputusan melompat masuk PAS? Di mana kedudukan Khir Toyo dalam PAS sekarang kalau perkara itu terjadi?



Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dah dibuai dengan penuh perasaan dan penuh ghairah oleh para pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang salah memilih sehingga dia pernah menjadi Naib Presiden parti itu.

Kalau Dr Hassan dan Zulkifli Noordin dilambung begitu tinggi ke atas oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS, saya rasa tak mustahil Khir Toyo sekarang ni adalah salah seorang Naib Presiden PAS jika dia masuk PAS selepas pilihan raya umum 2008 dahulu.




Tetapi Khir Toyo adalah ahli Umno yang setia. Waktu Umno kalah di Selangor dalam pilihan raya itu, dia berusaha untuk kepentingan partinya. Dia tak sabotaj partinya seperti gerombolan tertentu dalam PAS yang bermukah dalam gelap dengan Umno selepas pilihan raya itu. Khir tak seperti orang-orang PAS yang berkendak dalam gelap dan tiada maruah itu. Dia setia kepada partinya. Lihat posting dalam blognya "Impian saya".

Sekarang ni, Umno buat macam-macam kat dia, dia tetap setia walaupun takkan la dia tak terkilan langsung (lihat Malaysian Insider "Khir says made a scapegoat"). Apa pun perangai Khir Toyo, dari segi kesetiaan, Umno bertuah mendapat ahli yang setia seperti dia. Namun, PAS hanya sekadar mendapat Dr Hassan Ali.

SUMBER:
Blog Dr. Khir Toyo
Malaysian Insider