Akhirnya, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah. Jika perbicaraan dijalankan dengan adil dan tanpa campur tangan mana-mana 'tangan ghaib' , maka jatuhlah hukuman kepada yang bersalah. Kalau sudah terbukti Khir Toyo bersalah setelah dibicarakan dengan adil, kita sokong habis-habisan keputusan mahkamah.
Cuma persoalannya, adakah dia seorang sahaja yang bersalah? Mahkamah mengaitkannya dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Adakah dia seorang sahaja pemimpin Umno yang corrupt dan salah guna kuasa?
Makan ramai-ramai, yang kena seorang. Itu sahaja sebabnya saya bersimpati kepada Khir Toyo. Itu yang saya maksudkan justice denied.
Yang saya nak tulis dan tanya ialah, apa yang anda rasa akan terjadi jika selepas pilihan raya umum 2008 dahulu dan setelah dia pun tak lagi merasa nak jadi Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mengambil keputusan melompat masuk PAS? Di mana kedudukan Khir Toyo dalam PAS sekarang kalau perkara itu terjadi?
Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dah dibuai dengan penuh perasaan dan penuh ghairah oleh para pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang salah memilih sehingga dia pernah menjadi Naib Presiden parti itu.
Kalau Dr Hassan dan Zulkifli Noordin dilambung begitu tinggi ke atas oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS, saya rasa tak mustahil Khir Toyo sekarang ni adalah salah seorang Naib Presiden PAS jika dia masuk PAS selepas pilihan raya umum 2008 dahulu.
Tetapi Khir Toyo adalah ahli Umno yang setia. Waktu Umno kalah di Selangor dalam pilihan raya itu, dia berusaha untuk kepentingan partinya. Dia tak sabotaj partinya seperti gerombolan tertentu dalam PAS yang bermukah dalam gelap dengan Umno selepas pilihan raya itu. Khir tak seperti orang-orang PAS yang berkendak dalam gelap dan tiada maruah itu. Dia setia kepada partinya. Lihat posting dalam blognya "Impian saya".
Sekarang ni, Umno buat macam-macam kat dia, dia tetap setia walaupun takkan la dia tak terkilan langsung (lihat Malaysian Insider ""). Apa pun perangai Khir Toyo, dari segi kesetiaan, Umno bertuah mendapat ahli yang setia seperti dia. Namun, PAS hanya sekadar mendapat Dr Hassan Ali.
SUMBER:
Blog Dr. Khir Toyo
Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment