Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Thursday, December 22, 2011
Terbelakah Melayu?
Saya rasa tidak perlu kita tanya apa nasib Melayu di Pulau Pinang. Apa nasib Melayu di Selangor, di Perak dan lain-lain. Tengok dulu fakta ini yang menunjukkan nasib orang Melayu/Bumiputera di seluruh Malaysia sejak 54 tahun diperintah oleh parti Nasionalisma Melayu (UMNO)..
Jika kita melihat kepada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, peratus populasi penduduk Malaysia mengikut kaum dan etnik pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
1. Melayu/Bumiputra : 17,042,100 orang (66.11%)
2. Cina : 6,451,300 orang (25.03%)
3. India : 1,924,600 orang (7.47%)
4. Lain-lain : 358,800 orang (1.39%)
Purata pendapatan isi rumah (bulanan) mengikut kaum :
1. Melayu/Bumiputra : RM 3,624
2. Cina : RM 5,011
3. India : RM 3,999
4. Lain-lain : RM 3,640
Orang Melayu/Bumiputra adalah kaum majoriti dengan 66.11% daripada jumlah warganegara Malaysia...namun purata pendapatan isi rumah kaum Melayu/Bumiputera adalah paling rendah iaitu RM 3,624.
Orang India yang hanya sedikit bilangannya pun purata pendapatan isi rumah mereka lebih tinggi. Begitu juga kaum lain-lain. Orang Cina tak payah cakaplah, paling tinggi dengan purata RM 5,011 sebulan.
Selama 54 tahun pejuang parti Melayu (UMNO) memerintah. Apa yang pejuang Melayu buat??..Perlu diingatkan semua Perdana Menteri Malaysia selama 54 tahun adalah Presiden UMNO..tapi apa mereka buat?..orang Melayu masih rendah pendapatan mereka berbanding kaum lain sedangkan orang Melayu majoriti dan memegang kuasa politik !!...
Daripada pemuda UMNO sibuk nak meludah dan membelasah mahasiswa Melayu bernama Adam Adli. Saya rasa lebih baik mereka tengok statistik ini..apa yang pejuang Melayu dah buat?
BERSAMA KITA BERMUHASABAH
BERFIKIR SEJENAK UNTUK NEGARA
HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA
p/s: sekadar berkongsi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
melayu terbelakah dibawah anwar al-juburi???
kah kah kah...melayu mudah lupa..sebab tu melayu tak maju..bek xyah jadi melayu..jadilah mamak kutty lagi bagus..kah kah kah
Post a Comment