alangkah cepatnya hari-hari berlalu pergi alangkah lajunya malam berganti siang alangkah rakusnya sang malam memamah usia
dan umur ini... aku merelakan kepergian setahun dari usiaku aku lepaskan ia demi sebuah kehidupan yang baru usiaku saban waktu kepingin meninggalkanku
tapi aku.. apa yang telah aku korbankan untuk hidup yang jauh dari sebuah kepastian?
berapa banyakkah amalan yang telah aku persembahkan berapa gunung kebajikan yang telah aku longgokkan dan berapakah hasanat yang berjaya aku tabungkan tanpa tercicir
alangkah bertuahnya sang hamba yang diterima-NYA alangkah malangnya insan yang tercampak jauh dari kasih sayang-NYA
tapi, adakahku yakin, bahawa aku bukanlah insan malang itu?
No comments:
Post a Comment