Labels

Saturday, December 17, 2011

Pensil yang berwarna dendam



Mengapa terlalu sukar untuk memberi kemaafan kepada orang lain? Mengapa merelakan diri diselubungi dendam yang tidak pernah padam? 

Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.

Sedarlah, setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya. Mungkin hari ini hari kita. Apakah kita jamin yang kita tidak akan melakukan salah dan silap?

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari Allah jua. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerima masalah itu dengan sebaik-baiknya ataupun tidak.

"DIA-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (untuk kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan DIA Maha Kuasa (membalas amalan kamu), dan DIA lagi Maha Pengampun" -Surah al-Mulk ayat 2

Namun, jika kita tetap tidak mahu memaafkan kesilapan orang, tiada apa-apa keuntungan darinya. Yang tinggal hanyalah sebuah kehidupan yang serba tidak tenang.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik manusia adalah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda apabila sudah marah dan sejahat-jahat manusia adalah orang yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu” -Hadith riwayat Imam Termizi

Adakah anda sejahat-jahat manusia?





Maka demi kebahagian dunia dan akhirat maafkanlah kesalahan orang lain. Siapalah KITA untuk berdendam sesama hamba makhluk, kerana al-Muntaqim (MAHA PENYIKSA), hanyalah Engkau, Ya TUHAN pencipta seluruh Cakerawala.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.


Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Sekian,

17/12/2011-Saturday

No comments: