SATU PERBINCANGAN UNTUK PENILAIAN BERSAMA
Ini merupakan artikel atau post pertama untuk tahun
baru Masihi 2012. Mudah-mudahan ia dapat memberi perangsang kepada insan
yang dahagakan dakwah dalam merentasi onak yang berduri sebelum kita
dihadapkan dihadapan Rabb al-Jalil.
MUQADDIMAH
Membaca
sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di
perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu
bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.
Dalam batu
bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang
bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan
ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah
mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang.
Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang
tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah
juga.[1]
Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja
melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini
kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity
pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan
munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam
zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal
dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat
pemerintahan Khalifah Abbasiah[2].
Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.
Empayar
osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat
perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi
menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan
dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang
ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama[3], pada
bulan ogos tahun 1914[4].
Pada tahun 1924, khalifah
Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki
yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe”
yang memberi maksud “berarak menuju barat[5]” telah memberi tamparan
hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu
kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang
berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut
berpayung[6].
Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu,
maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam,
yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia.
Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia
Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di
Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.
Kelahiran
gerakan islam bagi menyelamatkan umat Islam dari fitnah secular
merupakan satu perkara yang baik, tetapi kadangkala beberapa kelemahan
yang telah menimpa kepada pendokong-pendokong gerakan Islam menyebabkan
gerakan islam tersebut kelihatan lemah dan lesu.
Antara
punca kelemahannya adalah disebabkan kurang pemahaman tentang Fiqh
Awlawiyyat dikalangan Ahli pendokong dan penyokong sesuatu gerakan
islam.
Dengan kertas kerja ringkas ini, mudah-mudahan
dapat membuka ruang perbincangan yang lebih meluas bagi merealisasikan
tuntutan untuk mendaulatkan kalimah Allah atas muka bumi ini..
DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT
Fiqh Awlawiyyat ialah ;
“meletakan
segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan
pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam
dan nilai-nilai akhlak mulia[7]”
Ianya membawa maksud :
Mendahulukan
sesuatu yang lebih penting dari yang penting, mendahulukan yang penting
dari yang tidak penting. Semuanya hendaklah mengikut neraca wahyu
Ilahi.
Firman Allah;
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ
الْمِيزَانَ * أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ * وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ
بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
Maksudnya;
“Dan
Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan) *
Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. * Dan tegakkanlah
timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu”
(surah Ar-Rahman : 7-9)
DALIL-DALIL FIQH AWLAWIYYAT
Kelahiran
fiqh awlawiyyat bukanlah berdasarkan penilaian hawa nafsu semata-mata,
bahkan ianya berasal dari pernan nabi SAW sendiri. Antara buktinya
adalah seperti berikut;
Firman Allah;
أَجَعَلْتُمْ
سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آَمَنَ
بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا
يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
* الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Maksudnya;
“Apakah
(orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji
dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka
tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum
yang zalim * orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di
jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi
derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat
kemenangan”
(Surah At-taubah : 19-20)
Sabda Nabi SAW;
الإيمان بضع وسبعون بابا أدناها إماطة الأذى عن الطريق وأرفعها قول لا إله إلا الله
Maksudnya;
“Islam
mempunyai sebahagian dan tujuh puluh bab, yang paling rendah
(darjatnya) adalah menghilangkan kekotoran di jalan dan yang paling
tinggi (darjatnya) adalah perkataan La Ilaha Illa Allah (Tiada tuhan
melainkan Allah)[8]”
Pernah baginda SAW di tanya
berkenaan tentang islam yang paling baik, lalu nabi memberi jawapan
pelbagai berdasarkan kepada awlawiyyat terhadap individu-individu yang
bertanya.
Hadisnya adalah seperti berikut;
عن أبي مُوسَى رضي الله عنه قال
قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قال من سَلِمَ
الْمُسْلِمُونَ من لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Maksudnya;
“Daripada
Abi Musa RA yang berkata; mereka (sahabat) bertanya; Wahai Rasulullah
SAW, apakah islam yang afdhal? Menjawab Nabi : mereka yang memberi
kesejahteraan kepada orang Islam daripada lidahnya dan tangannya[9]”
Hadis yang lain;
عن
عبد اللَّهِ بن عَمْرٍو رضي الله عنهما أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النبي (ص)
أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قال تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ
على من عَرَفْتَ وَمَنْ لم تَعْرِفْ
Maksudnya;
“Daripada
Abdillah bin Amr RA: seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW
berkenaan Islam yang paling baik. Menjawab Nabi Saw; kamu memberi makan
dan memberi salam kepada orang-orang yang kamu kenal dan yang tidak
kenal[10]”
FIQH AWLAWIYYAT : ANTARA GERAKAN ISLAM DAN KELOMPOK MANUSIA
Di kalangan manusia itu terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;
a. Golongan nususi (tekstual)
Golongan
ini adalah golongan yang tidak pernah melihat kepada maqasid hukum yang
sehinggakan mereka mahu menyampaikan Islam tidak mengikut kepentingan
awlawiyyat.
Kebiasaannya, golongan ini mendakwa bahawa
mereka adalah golongan yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan
As-Sunnah, tanpa merujuk kepada pemahaman “Istidlal” atau pengambilan
hukum yang betul.
Maka dengan demikian, mereka
mengemukakan pandangan-pandangan yang tidak “bercaknakan” Fiqh
Awlawiyyat, sehingakan kadangkala merugikan kepada kemenangan islam,
seperti menimbulkan isu-isu khilafiyyah dan menyembunyikan isu-isu
utama, seperti kenaikan harga tol yang bercanggah dengan Islam[11],
kenaikan harga barang, “mengkondem” institusi-institusi agama yang tidak
sehaluan dengan mereka, membuat tuduhan jahat terhadap gerakan Islam
dan sebagainya.
b. Golongan Liberal
Golongan
ini pula adalah golongan yang dikenali sebagai “muktazilah moden” yang
sedang kuat menyerang agama dan umat Islam di seluruh dunia.
Golongan
ini hanya mengambil pemahaman Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan kepada
kehendak hawa nafsu semata-mata. Mereka juga kadangkala berhujjah
dengan menggunakan kaedah Fiqh Awlawiyyat, tetapi penggunaan fiqh
Awlawiyyat tersebut lebih kepada kehendak hawa nafsu, tanpa di asaskan
kepada wahyu Ilahi.
Sesuatu kandungan nas Al-Quran dan
As-Sunnah yang tidak bersesuaian dengan nafsu mereka, mereka tidak
menerimanya, ataupun mereka mewujudkan penta’wilan-penta’wilan terhadap
maksud nas-nas syarak tersebut dengan tujuan untuk menguntungkan
kehendak hawa nafsu.
Tindakan mereka ini adalah “ciplak” dari tindakan yahudi terdahulu yang telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.
Firman Allah;
أَفَتُؤْمِنُونَ
بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ
ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ
الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ
عَمَّا تَعْمَلُونَ
Maksudnya;
“Apakah
kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap
sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian
daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari
kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak
lengah dari apa yang kamu perbuat”
(surah Al-Baqarah : 85)
c. Golongan kesederhanaan
Golongan
ini adalah golongan yang dinyatakan oleh Allah “umat yang pertengahan”,
iaitu golongan yang mencari keadilan melalui pemahaman nas Al-Quran dan
Al-Hadis.
Firman Allah;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Maksudnya;
“Dan
demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang yang
pertengahan – adil- dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas
(perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas
(perbuatan) kamu”
(Surah Al-Baqarah : 143)
Menurut
Imam Fakhruddin ar-Razi, makna “umat yang petengahan” yang terpilih
adalah umat yang pertengahan dalam semua urusan[12]. Iaitu umat yang
mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perjuangan, disamping
“cakna” kepada tuntutan fiqh awlawiyyat.
Gerakan Islam
yang berjaya adalah gerakan Islam yang berada dibawah pengkategorian
“golongan kesederhanaan” ini, yang menjadikan wahyu sebagai dasar
perjuangan, disamping fiqh awlawiyyat dijadikan sebagai “teknik-teknik”
dalam menyampaikan kehendak wahyu.
KELEMAHAN GERAKAN ISLAM BERPUNCA KELEMAHAN PEMAHAMAN FIQH AWLAWIYYAT DI KALANGAN PENDOKONG
Melihat
kepada suasana gerakan Islam di seluruh dunia, didapati bahawa mereka
adalah kelompok manusia yang sentiasa beruasaha kearah kemenangan Islam
di tempat mereka. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah, disebalik gerak
kerja mereka terdapat beberapa kelemahan. Setelah di hayati, didapati
bahawa kelemahan tersebut berpunca dari tidak memahami konsep awlawiyyat
dikalangan pendokong-pendokong gerakan Islam tersebut.
Antaranya adalah seperti berikut;
AGENDA PERIBADI DAN AGENDA JEMAAH
Mementingkan
“agenda peribadi” berbanding “agenda jemaah” sentiasa menjadi bahan
“polimik” dikalangan ahli jemaah yang menyebabkan jemaah islam lambat
mencapai kejayaan dakwah islamiyyah.
Bandingannya
adalah kenyataan Allah didalam surah At-taubah ayat 19-20 yang
menyatakan bahawa amalan berjihad lebih utama berbanding menunaikan haji
di Makkah.
Firman Allah;
أَجَعَلْتُمْ
سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آَمَنَ
بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا
يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
* الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Maksudnya;
“Apakah
(orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji
dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka
tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum
yang zalim * orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di
jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi
derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat
kemenangan.”
(surah At-Taubah : 19-20)
Ayat
ini membuktikan bahawa amalan jihad fi sabilillah itu lebih di utamakan
berbanding haji di Makkah, ini kerana, manfaat jihad itu untuk manusia
ramai. Adapun haji pula, ianya sekadar manfaat diri individu yang pergi
Haji sahaja.
Juga hadis yang di nyatakan oleh Rasulullah SAW;
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ
قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ
كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ
وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ
لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Maksudnya;
“Daripada
Abi Umamah Al-Bahili berkata; di sebut kepada Rasulullah SAW berkenaan
dua orang lelaki, salah seorangnya seorang yang ‘Abid (ahli Ibadat), dan
satu lagi seorang yang ‘Alim (Ahl Ilmu). Berkata Rasulullah SAW;
kelebihan ‘Alim berbanding ‘Abid adalah seperti kelebihanku atas manusia
yang paling rendah dikalangan kamu, kemudian Rasulullah SAW bersabda :
sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya, Ahl Langit dan Bumi hinggakan semut di
atas batu dan ikan-ikan - dilautan - berselawat kepada sesiapa yang
mengajar manusia dengan kebaikan[13]”
Hadis ini
menyatakan bagaimana kelebihan yang ada pada seorang yang ‘Alim
berbanding seorang yang ‘Abid. Seorang yang ‘Alim, mempunyai ilmu yang
dapat disampaikan kepada manusia. Adapun seorang yang ‘Abid, ibadatnya
sekadar memberi keuntungan kepada dirinya, tidak kepada manusia ramai.
MEMENTINGKAN “AHLI LUARAN” DISAMPING MENGABAIKAN “AHLI DALAMAN”
Tidak
dinafikan penting mensasarkan usaha kearah meramaikan ahli jemaah, ini
dilihat sebagai konsep dakwah sebenar. Walaupun begitu, adalah satu
kelemahan jika usaha tersebut melahirkan satu tindakan yang mengabaikan
“ahli jemaah dalaman”, dengan mengabaikan program-program dalaman
seperti tarbiyyah, Usrah, Tamrin dan sebagainya.
Tindakan
sebegini melahirkan satu tanggapan dikalangan ahli dalaman bahawa
“gerakan islam” yang mereka dokong dan sokong ini bukanlah sebuah
“gerakan Islam”, tetapi sekadar politik kepartian semata-mata; yang
apabila kalah didalam medan, maka lahirlah “kelunturan semangat”
perjuangan di kalangan mereka.
Dalil atas kenyataan ini
adalah berdasarkan kepada teguran Allah terhadap “kesilapan” Baginda
SAW yang bermasam muka terhadap seorang sahabat buta yang bernama
Abdullah bin Ummi Al-Maktum yang berjumpa Nabi untuk bertanyakan hukum;
yang ketika itu Baginda sedang melancarkan seruan dakwah terhadap
pembesar-pembesar quraish.
Kisah ini di rakamkan oleh Allah didalam surah ‘Abasa;
عَبَسَ
وَتَوَلَّى * أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى * وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ
يَزَّكَّى أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَى * أَمَّا مَنِ
اسْتَغْنَى * فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّى * وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى *
وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَى * وَهُوَ يَخْشَى * فَأَنْتَ عَنْهُ
تَلَهَّى * كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ * فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ
Maksudnya;
“Dia
(Muhammad) bermuka masam dan berpaling * karena telah datang seorang
buta kepadanya * Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya
(dari dosa) * atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran
itu memberi manfaat kepadanya? * Adapun orang yang merasa dirinya serba
cukup * maka kamu melayaninya * Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau
dia tidak membersihkan diri (beriman). * Dan adapun orang yang datang
kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) * sedang ia
takut kepada (Allah) * maka kamu mengabaikannya * Sekali-kali jangan
(demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan
* Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu
adalah suatu peringatan”
(surah ‘Abasa : 1-12)
Berdasarkan asbab An-nuzul (sebab turun) ayat ini adalah seperti berikut;
Dalam
suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah dalam ayat ini adalah
turunnya berkenaan dengan Abdullah bin ummi Maktum yang buta yang datang
kepada Rasulullah saw. sambil berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya
Rasulullah." Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para
pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling
daripadanya dan tetap menghadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum
berkata: "Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?" Rasulullah
menjawab: "Tidak." Lalu turun ayat ini sebagai teguran atas perbuatan
Rasulullah saw.[14]
Lihatlah bagaimana teguran Allah
terhadap Nabi SAW yang tidak mengendahkan seruan Abdullah bin Ummi
Al-Maktum yang mahu bertanyakan hukum, ketika baginda SAW sedang
menyampaikan dakwah kepada pembesar-pembesar Quraish yang ketika itu
tidak beriman lagi.
Ini menandakan bahawa, pentingnya
menjaga Ahli dalaman berbanding “ahli luaran” yang belum tentu lagi mahu
masuk menjadi pendokong sesuatu gerakan Islam.
KELEMAHAN MEMPOSISIKAN PENGGERAK
Antara
kelemahan yang sering menimpa gerakan Islam dimana-mana adalah
kelemahan dalam “memposisikan penggerak” berdasarkan awlawiyyat.
Memposisikan penggerakan merupakan satu tindakan memerlukan kepada
kepakaran dalam menyusun strategi.
Kepakaran tersebut
bukan sekadar pakar dalam memahami bentuk kerja, tetapi hendaklah pakar
dalam memahami penggerak gerak kerja tersebut.
Seperti
untuk menggerakan “lajnah Tarbiyyah” memerlukan kepada penggerak yang
memahami konsep “tarbiyyah” didalam sesebuah gerakan Islam.
Jika
seseorang yang tidak memahami konsep gerak kerja “lajnah Tarbiyyah”
tetap di letakan di lajnah tersebut juga, maka ini boleh menyebabkan
gerak kerja tersebut akan hancur dan kucar kacir.
Tindakan
memposisikan penggerak mengikut awlawiyyat dapat dibuktikan dengan
tindakan nabi SAW yang memposisikan Khalid bin Al-Walid di “lajnah
peperangan” sedangkan ketika itu, Khalid bin Al-Walid adalah seseorang
yang baru sahaja dengan agama Islam.
Di samping itu
juga, kadangkala Khalid bin Al-Walid sering melanggar arahan Nabi SAW
sehinggakan Baginda SAW sering berdoa kepada Allah untuk minta selamat
dari kesilapan Khalid bin Al-Walid.
Kandungan doa Nabi tersebut adalah seperti berikut;
اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ
Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya aku bebas daripada kelakuan Khalid bin Al-Walid[15]”
PENUTUP
Banyak
lagi perkara yang perlu dibincangkan dalam tajuk “Fiqh Awlawiyyat dalam
gerakan Islam”. Walaubagaimanapun, dengan tulisan ringkas ini dapat
memberi satu lanjutan perbincangan secara “Ilmiyyah” yang digabungkan
dengan “Khibrah” atau pengalaman-pengalaman pejuang-pejuang Islam
terdahulu bagi mencari titik kekuatan dalam gerakan Islam.
Sekian
DI SALIN DARI BLOG USTAZ WAN JI
One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com
sesiapa yang ingin mendalami pengajian Fiqh, Hadis, Tafsir dan sebagainya, sila layari http://one-g.blogspot.com
e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
NOTA KAKI:
[1] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 2.
[2] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 4
[3] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6.
[4] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka : m/s 24.
[5] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58.
[6] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6
[7] Fiqh Awlawiyyat : 1.
[8] Sahih Wa Doif Sunan At-Tirmizi : 6/114 : Hadis ini di riwayatkan juga oleh Imam Al-Bukhari.
[9] Sahih Al-bukhari : 1/13 . Hadis no : 11.
[10] Sahih Al-Bukhari : 1/13. Hadis no : 12.
[11]
Kenaikan harga tol yang dilakukan perjanjian kerajaan dengan konsesi
adalah bercanggah dengan Islam, ini kerana, perjanjian tersebut memberi
keuntungan kepada golongan syarikat-syarikat swasta yang memonopoli
keuntungan Negara, sedangkan kekayaan Negara adalah untuk rakyat, bukan
untuk syarikat swasta.
Tindakan kerajaan itu adalah bercanggah dengan Firman Allah;
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
Maksudnya;
“Supaya kekayaan (perbendaharaan) Negara itu tidak berlegar diantara orang-orang kaya (syarikat swasta) dikalangan kamu”
[12] At-Tafsir Al-Kabir : 2/390.
[13]
Sunan At-Tirmizi : 9/299 : hadis no : 2609. hadis ini adalah hasan dan
sohih mengikut takhrij As-Syaikh Albani Ra didalam kitabnya “Takhrij
Misykat Al-Masabih” : 1/46 > hadis no : 213 dan kitab Sahih wa
Doif Sunan At-Tirmizi : 6/185.
[14] Tafsir Ibni Kathir : 8/319.
[15] Sahih Al-Bukhari : 22/124 : hadis no : 6652.
No comments:
Post a Comment