Labels

Tuesday, December 13, 2011

Lee Kuan Yew dan Malaysia

Malas sungguh nak ulas tentang Lee Kuan Yew (mantan Perdana Menteri Singapura) ini..namun perlu juga saya ulas sebab ramai mungkin tidak tahu sejarah Lee Kuan Yew dengan Malaysia (sejarah dari konteks luar media popular)..



Lee Kuan Yew pendokong Gagasan Malaysia

Semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama) mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia..Lee Kuan Yew (ketika itu Ketua Menteri Singapura) yang pertama sekali menyatakan persetujuan.

Malahan Lee Kuan Yew terus membuat referendum kemasukan Singapura ke dalam Malaysia dimana 70% rakyat Singapura menyatakan sokongan. Sedangkan Sabah dan Sarawak terpaksa dibuat referendum dua kali sebab ada tentangan daripada beberapa pihak.

Maka, Singapura dengan gembiranya menyertai Malaysia pada tahun 1963 dimana sambutan besar-besaran diadakan di seluruh Singapura (anda boleh lihat dalam filem-filem lama di Arkib Singapura).

Lee Kuan Yew menentang penyingkiran Singapura daripada Malaysia

Ramai anak-anak muda Malaysia ingatkan bahawa Singapura keluar dari Malaysia atas kehendak mereka sendiri..sedangkan jawapannya TIDAK sama sekali...

Apabila Tunku Abdul Rahman bercadang mengeluarkan Singapura daripada Malaysia (kerana masalah perkauman dan sentimen 'Malaysian Malaysia')...Lee Kuan Yew menentang sekeras-kerasnya...

Malah Lee Kuan Yew telah memujuk Tunku Abdul Rahman untuk tidak mengeluarkan Singapura daripada Malaysia...sehinggakan apabila Parlimen Malaysia membuat usul penyingkiran Singapura daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965...kesemua Ahli Parlimen dari Singapura memboikot pengundian tersebut sebagai tanda protes...keputusan undian ialah 126-0 menyokong penyingkiran...

Akibatnya..Singapura terkeluar secara rasmi pada 7 Ogos dan diistihar sebagai negara merdeka pada 9 Ogos 1965. Lee Kuan Yew dalam keadaan menangis teresak-esak mengumumkan penubuhan negara Singapura di siaran TV dengan kata-kata :

"For me, it is a moment of anguish. All my life, my whole adult life, I... I believed in Malaysian merger and unity of the two territories. You know that we, as a people are connected by geography, economics, by ties of kinship... It literally broke everything that we stood for.... Now, I, Lee Kuan Yew, as Prime Minister of Singapore, in this current capacity of mine do hereby proclaim and declare on behalf on the people and the Government of Singapore that as from today, the ninth day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five, Singapore shall be forever a sovereign democratic and independent nation, founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of the people in a most and just equal society."

Anda boleh lihat rakaman itu dalam rancangan History Channel..

Selepas daripada itu..Lee Kuan Yew tidak putus-putus mengkritik, hentam negara kita..mungkin rasa tidak puas hati dalam dirinya masih bersarang dan menebal...mungkin juga Lee Kuan Yew masih bermimpi Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia...

Ini terbukti pada tahun 1999 (tak silap saya)..Lee Kuan Yew pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura perlu kembali menyertai Malaysia untuk terus 'survive'...malah Lee Kuan Yew mencadangkan agar Singapura menjadi Wilayah Autonomi Khas dalam Malaysia..seperti Hong Kong (Hong Kong adalah Wilayah Autonomi Khas dalam China)..

Entahlah...inilah sejarah yang kita jarang tahu atau tak mahu ambil tahu....setuju Singapura kembali menjadi sebahagian daripada Malaysia ???




p/s: entahlah

8 comments:

Wan said...

Saya amat kasihan dengan Lee kuan Yew.Mimpinya untuk menyatukan kaum di Malaysia dan menyatukan Singapura bersama Malaysia hancur sama-sekali apabila Tunku dengan keras-hatinya menolak Penyatuan Tersebut.

Semangat kenegaraan bersama Malaysian ya kuat. Ternyata beliau sangat sayangkan Malaysia dan selepas 34 tahun Singapura merdeka, beliau masih mempunyai semangat yang kuat untuk menyatukan Singapura bersama Malaysia.

Saya amat kasihan dengan Beliau. Selama ini saya fikir bahawa beliau adalah seorang pengkhianat negara kerana putar-belit sejarah yang dilakukan oleh kerajaan.

Mulai saat ini saya akan hormati beliau sebagai seorang negarawan Negara Malaysia/Singapura.

Saya juga amat berterima kasih kepada saudara yang mengongsikan maklumat ini bersama saya hatta semua rakyat Malaysia

Anonymous said...

Pada pandangan saya, saya tidak terfikir tindakan Tunku salah. Ia adalah untuk menyelamatkan orang Melayu juga. Ya, mungkin tindakan nya namoak rasis sedikit, tapi kena faham. Ini Malaysia melayu punya... orang lain boleh tinggal bersama asalakan hormati hak kita. Tapi, LKY ni sangat gedik mahu asaskan Malaysian-Malaysia. Ini membawa perbuahan yang sangat extreme terutama orang-orang Melayu. Kita nak, TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

TORPEDO MELAYU said...

SETUJU SINGAPORE KELUAR, KALAU TIDAK DIA LEBIH DARI DAP...KALAU DIA ADA APA JADI MALAYSIA HARI INI...DAH HABIS MELAYU, TERIMA KASIH TUNKU.

Anonymous said...

MALAYSIA MELAYU PUNYA????? PATUT LAH CINA INDIA DAN LAIN2x TAK DI IKTIRAF SEBAGAI BUMIPUTRA (PRINCE OF THE EARTH).. WAL HAL LAHIR DI BUMI MALAYSIA.. PEACE

Anonymous said...

Macai anonymous is everywhere.jgn nk juang melayu sgat.sapa pegang ekonomi paling besar kt malaysia macai umno?

Anonymous said...

so..malaysia melayu punya..ok..tu memang kenyataan yang shit..yang melayu punya adalah Malaya sahaja..kena ingat..sabah sarawak..we are not melayu at all..so thats why some people denied our right as a bumiputra becoz we ar non-malay..kalau malaysia nie hanya untuk melayu sahaja,kenapa dulu gatal nak ajak sabah sarawak masuk persekutuan malaysia??sampai 2 3 kali buat muka x tau malu pujuk orang sarawak masuk malaysia..n one more thing..singapura dah membuktikan yang pembentukan malaysia x membawa apa2 keuntungan melainkan hanya kepada malaya..

Good Trueman said...

Orang yang mempertikaikan sejarah sedangkan ianya yang membawa kepada kemakmuran Negara adalah orang tidak bersyukur... Orang Sarawak dan Sabah yang saya kenal adalah baik tetapi pembangkang yang meracuni fikiran mereka.... Bab Lee Kuan Yu... kasihan??? Bacalah sejarah dunia,,, bacalah hubungan baiknya dengan China dan bagaimana Singapura antara pusat kewangan Cina sedunia ( luar China)dan organisasi cina.... Itu tak baca lagi tentang "jadi anak angkat Yahudi.." ( amerika bapa angkat Israel... so... )Kepada Melayu yang tak bersyukur , belajarlah agama secara 3 serangkai bukan sebahagiannn.. Harap fham maksud saya...

Anonymous said...

Orang boleh menyamar dengan nama macam-macam atau bermain 'wayang' di pentas dunia ini. Ada orang juga sanggup menggunakan topeng agama atau berbau islamik untuk mengkelabui mata dan minda pembaca terutama yang tidak mau berfikir jauh...Bila masa penyingkiran Singapura dibincang di parlimen? Kalau ada perbincangan kenapa beberapa orang menteri kabinet meletakkan jawatan masing-masing termasuk Tun Dr Ismail selaku Menteri Dalam Negeri sebaik Singapura dikeluarkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman? Apa diheran Lee Kwan Yew menangis? Bukan mustahil kalau itu semua adalah wayang atau lakonan yang perlu ditonjolkan. Apa ubahnya Lee Kwan Yew memakai songkok untuk memenangi hati orang-orang Melayu Singapura terutamanya penduduk Geylang Serai ketika pilihan raya pertama di Singapura dahulu...Jangan tak tahu...musang berbulu ayam ramai di laman sesawang nih...fikir masak-masak apa yang tertulis...jangan terus telan...Amerika (zionis) sanggup mengkorbankan ribuan nyawa dan menghancurkan bangunan yang dibinanya sendiri (911) untuk menghalalkan tindakannya menghancurkan dan mempeorak- perandakan negara-negara Islam yang sehingga ke hari ini masih terus bergolak sesama sendiri...