Labels

Saturday, December 29, 2012

Usman Awang perpaduan melalui puisi

Membaca kembali puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua” yang ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Usman Awang pada 1961 jelas menunjukkan pemikiran sosial golongan sasterawan dan karyawan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Ketika negara baru empat tahun mencapai kemerdekaan, api perkauman sudah terasa apabila masing-masing mahu memiliki negara ini.
Antara petikannya berbunyi:
“Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat
Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat
Esok, ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau
Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau.”
Puisi ini memperlihatkan sikap terbuka Usman Awang terhadap bukan Melayu asalkan mereka menganggap negara ini satu-satunya nusa tercinta mereka. Nampaknya puisi ini terus sesuai dengan pergolakan sosial dan politik sepanjang zaman. Ketika perpaduan kaum begitu rapuh, puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua” elok dibaca semula dan difahami.
Menyeru perpaduan adalah melampaui slogan. Semangat perpaduan mesti disuburkan dari dalam diri setiap warga. Slogan hanya bersifat sementara dan terlalu luaran. Tetapi menerusi karya-karya sastera yang menjurus kepada perpaduan, rakyat akan terasuk oleh pemikiran sasterawannya. Sekalipun bukan tokoh politik, agenda perpaduan Usman Awang diperlihatkan juga menerusi penganjuran Malam Puisi Pelbagai Kaum yang menghimpunkan penyair daripada pelbagai kaum.
Pada acara yang diadakan pada 1984, antara ucapan beliau ialah:
“Musuh kita bukan Melayu dan juga bukan Cina. Musuh utama kita adalah kemiskinan.”
Usman Awang cuba menyedarkan bahawa kemiskinanlah yang membuatkan antara kaum saling berprasangka antara satu dengan yang lain. Sastera telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk memupuk kesedaran terhadap hakikat sosial di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini.
Perjuangan beliau dalam sastera ialah menyuarakan kedamaian tanpa mengira kaum dan agama. Kemerdekaan adalah hasil perjuangan Melayu, tidak kira di bidang politik atau wira yang mengangkat senjata menentang penjajah.
Wira Melayu yang mengangkat senjata menentang penjajah sudah tercatat dalam sejarah, begitu juga perjuangan politik Melayu hingga negara mencapai kemerdekaan. Tetapi selepas merdeka, Melayu tidak meminggirkan kaum-kaum lain yang datang dari luar lingkungan Nusantara. Itulah juga maksud puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua”.
Kerana itu juga tidak hairanlah kalau Usman Awang juga menjadi penganjur deklamasi puisi Malam Merpati Putih yang melibatkan semua parti politik termasuk pemimpin DAP pada akhir tahun 1980-an. Beliau berusaha untuk menyeberangi sempadan pemikiran politik kaum yang sempit kepada agenda perpaduan yang besar. Beliau tidak memikirkan keuntungan politik sebab beliau bukan orang politik.
Tidak kira bangsa atau agama. Kita akan lebih memahami antara satu sama lain jika kita buang sifat sangka buruk. Seperti petikan puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua” karya Usman Awang:
“Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa?”

BERKAITAN:

Artikel drsifu.wordpress.com

Friday, December 21, 2012

Bibit-bibit munafiq

Orang Munafiq mula wujud pada ketika Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat berada di Madinah. Di antara faktor utama wujudnya orang-orang Munafiq adalah kerana pengaruh Islam semakin kuat dengan tersebarnya ajaran Islam. Malah ketika itu Islam berjaya menakluki pemerintahan negara Madinah.

Maka dengan itu, ramai yang ingin menumpang pada kekuatan Islam ataupun mereka takut menyatakan penentangan, lalu mereka duduk bersama dalam barisan kaum Muslimin.

Sifir yang sama mungkin akan berlaku apabila Islam mula berkuasa pada akhir zaman. Awas, sinar Islam kian menyinsing di seluruh dunia, namun titik-titik hitam munafiq mungkin akan turut melekat bersama. Berhati-hatilah! Berwaspadalah!

Terlalu banyak gambaran mengenai perihal Munafiq yang telah terdampar di dalam al-Qur’an mahupun Hadith Nabi S.A.W untuk kita kenali dan menjauhkan diri dari tergolong dalam kalangan mereka.
Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi orang Munafiq dan bersifat Munafiq, serta ancaman daripada orang-orang Munafiq!

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ramadhan 1433H

Ramadan tahun 1433H kembali ke pangkuan ummat Islam di seluruh pelosok muka bumi.

Antara ibadah yang difardukan dalam bulan yang mulia ini adalah ibadah puasa. Puasa maknanya “menahan”. Kita perlu memahami falsafah yang tersirat dalam puasa. 

Secara falsafahnya, kita adalah hamba tuhan, banyak keinginan-keinginan kita yang tidak tertunai dan ada yang tak mungkin akan menjadi kenyataan. Jadi, Tuhan mengajar kita supaya “menahan” dan “bersabar”. 

Dua nilai ini penting dalam merealisasikan falsafah puasa.  Puasa mengajar satu aspek dari segi menahan, iaitu dari lapar dan dahaga serta bersabar beribadah, lebih jauh dari itu, agama juga mengajar kita supaya “menahan” dari banyak perkara dalam hidup ini seperti menahan nafsu syahwah.

Selain itu, falsafah yang penting ibadat puasa juga ialah supaya mereka yang berpuasa dapat merasai penderitaan saudara mereka yang kelaparan,lantas kita diminta merasai sedikit kelaparan dan keletihan seperti yang dialami mereka,sekalipun kita mampu untuk makan pada siang hari tetapi apabila masuk bulan Ramadhan, kita diharamkan untuk makan dan minum di siang hari.

Maka boleh dikatakan bahawa puasa adalah tarbiah ruhiyyah dan tarbiah jasadiyyah (Pysical and spiritual training).

Di bulan yang mulia ini juga elaklah dari melakukan aktiviti pembaziran terutamanya jika ia membabitkan soal kepentingan negara dan wang rakyat. Justeru langkah berjimat cermat dan penjimatan perlu dilaksanakan segera demi impian ekonomi yang mampan pada waktu mendatang.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H
Ramadhan Didahulukan Ketaqwaan Diutamakan


Sekian corotan ringkas,
Saiful Ramli

Sistem Pendidikan perlu di pembaharui

Pengenalan
Dan tidaklah aku mahu melainkan untuk melakukan Islah sekuat dayaku” (Quran, 11:88)
Pendidikan di Malaysia seolah-olah menemui jalan buntu. Tujuan pendidikan yang seharusnya menjadikan para pelajar mampu berfikir dan menghasilkan idea baru yang kreatif tampaknya seperti gagal direalisasikan secarasubstantial. Kertas ini akan melakukan timbang tara terhadap punca permasalahan serta memberi cadangan penambah baikan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Di samping itu, saya juga akan mengenal pasti kekangan dan cabaran yang mesti kita tempuhi demi menuju ke hadapan untuk merobah sistem pendidikan kita.
***
Untuk memulakan perbincangan, saya kira kita perlu jelas akan takrif pendidikan. Takrif yang paling bersifat holistik, boleh diambil daripada syarahan Prof. Syed Naquib al-Attas, iaitu pendidikan merupakan satu proses dengan tujuan supaya manusia mengenal tempat duduk hakiki setiap sesuatu – akhirnya mengenal tempat duduk hakiki bagi Tuhan di atas segala makhluk[1]. Untuk manusia sampai kepada tahap pengenalan sebegini, pastinya proses berfikir merupakan komponen yang bersifat integral dan sangat penting. Tanpa berfikir, manusia tidak akan mampu membandingkan setiap sesuatu dari segi kualiti – dan akhirnya gagal membezakan tempat duduk hakiki bagi setiap sesuatu.
Maka, apakah pula tujuan pendidikan?
Dalam konteks Malaysia, saya masih melihat Malaysia sebagai sebuah Negara yang gagal keluar daripada kepompong ketakutan. Ketakutan yang saya maksudkan ialah ketidak upayaan untuk mesyarakat berfikir dan memahami sesuatu di luar daripada pemahaman yang biasa dan diwarisi turun-temurun. Maka tepatlah seperti apa yang telah disebut oleh mantan PM, Tun Abdullah Badawi bahawa rakyat Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama, mentaliti kelas ketiga. Untuk keluar daripada kepompong ini, sebuah masyarakat perlu mencerahkan dirinya sendiri. Immanuel Kant, dalam adikarya beliau ‘Was Ist Aufklärung’ (Apa itu Pencerahan) menekankan satu prasyarat penting dalam pencerahan masyarakat, iaitu kebebasan. Wacana dan idea dibiarkan bebas dilaungkan dan dibidas, supaya masyarakat berani keluar berfikir sendiri[2]. Sekiranya kita lihat permasalahan ini dengan kaca mata kita sebagai rakyat Malaysia, masyarakat Malaysia masih gagal mencerahkan dirinya. Hal ini, pada hemat saya, sebahagian besarnya dibentuk oleh sistem pendidikan yang punya ketempangan tertentu yang perlu kita beri perhatian.
Selain itu, dalam kekalutan masalah sosial yang meruncing, kita memerlukan para intelektual yang berfungsi, yang mempu mengenal pasti akar masalah dan menyediakan penyelesaian terhadapnya. Apa yang kita lihat kini ialah retorik politik para Menteri yang tidak tahu berfikir. Sebagai contoh, penyelesaian kepada masalah buang anak ialah sekolah mengandung dan bekas untuk diletakkan bayi di pasar-pasar raya. Paradigma sebegini, tidak kembali kepada pangkal masalah untuk melihat penyelesaian yang jitu dan mampan. Prof. Syed Hussein Alatas pernah menyebut permasalahan sebegini dalam bukunya,Intelektual Masyarakat Membangun, bahawa masyarakat Negara membangun seperti Malaysia masih kurang intelektual yang berfungsi[3]. Jika ada pun, sikap kritis mereka tidak dapat diterima masyarakat umum atau penguasa politik di atas mereka. Walhasilnya, dasar-dasar yang tidak masuk akal akan terus-menerus dicadangkan oleh para Menteri – seperti cadangan membawa telefon bimbit ke sekolah yang hangat diperkatakan kini.
Dalam proses menghasilkan manusia yang mampu mengenal pasti akar masalah, fakulti akal manusia untuk berfikir mesti digerakkan. Hal ini melibatkan dua peringkat pembelajaran, iaitu maklumat dan analisis maklumat. Peringkat pertama saya kira berjaya diseselaikan oleh sistem sedia ada, namun peringkat kedua masih gagal dicapai. Sebagai contoh, dalam peperiksaan Sejarah di peringkat SPM, kita bukannya melahirkan pelajar yang berfikir secara kritis terhadap nilai-nilai peristiwa sejarah, namun kita melahirkan robot-robot menghafal! Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kecelaruan dalam memahami sejarah – setakat mengetahui bahawa sejarah melibatkan pengetahuan mengenai apa yang berlaku sudah memadai, tanpa membuat perbahasan dan analisis mengenai nilaian sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam perenggan seterusnya, saya akan menggariskan beberapa punca yang menyebabkan kecelaruan ini terjadi.
Punca?
Antara punca permasalahan ini ialah ketidak mampuan mempersoal perkara yang dipelajari di dalam kelas. Hal ini mungkin telah menjadi masalah yang mendasar sejak pendidikan peringkat rendah lagi, kerana budaya pelajar kita yang kurang bertanya. Dengan bertanya, soalan-soalan yang timbul terhadap perkara yang dipelajari di dalam kelas merupakan permulaan kepada proses berfikir yang kritis – apatah lagi persoalan yang ditimbulkan melibatkan sesuatu yang baru atau kelompongan dalam ilmu yang diterima. Pada saya, inilah punca masalah yang utama, iaitu ketidak mampuan kita untuk menimbulkan persoalan-persoalan terhadap ilmu yang kita terima, lantas menjadikan fakulti akal pelajar Malaysia kurang dapat digerakkan untuk berfikir secara kritis. Akhirnya, pelajar kita gagal menjadi manusia yang berfikir!
Cadangan Penyelesaian?
Antara cadangan yang boleh saya utarakan dalam kertas ini ialah (1) pengajian asas-asas logik dan falsafah dari sekolah rendah, (2) rombakan sistem penilaian subjek sejarah, dan (3) pandangan yang ‘baharu’ terhadap kesusasteraan.
Pertama, pengajian asas-asas logik dan falsafah sejak sekolah rendah.
Tahap kecintaan yang tertinggi terhadap Tuhan adalah dengan mengkritik Tuhan”(Friedrich Nietzche)
Untuk menjadikan seorang pelajar mampu menyediakan soalan ke atas maklumat yang diterima olehnya, asas logik dan falsafah sangat penting. Logik mengajar untuk menjadi analitikal terhadap segala kenyataan yang kita terima, terutamanya kenyataan yang berbentuk nilaian (yakni menilai sama ada sesuatu itu baik atau buruk – terutamanya dalam subjek sejarah). Seandainya pelajar mempunyai asas tentang apakah itu penaakulan yang baik (sound reasoning) serta falasi-falasi dalam membuat sesuatu kesimpulan, saya yakin subjek sejarah tidak akan menjadi subjek yang melahirkan robot penghafal lagi. Malah, bukan sahaja subjek sejarah, malah subjek-subjek lain yang berkisarkan pandangan alam atau weltanschauung, seperti analisis karya sastera, semuanya boleh dibuat timbang tara yang lebih analitikal jika para pelajar mampu menaakul dengan baik. Selain itu, jika kita menelusuri sejarah, para filasuf dan para Nabi sekaliannya ditohmah oleh masyarakat mereka sendiri gara-gara mereka menimbulkan persoalan yang tepat dengan permasalahan yang melanda kaum mereka[4]!
Kedua, reformasi sistem peperiksaan subjek sejarah.
Saya sangat risau akan penilaian subjek sejarah SPM yang saya kira ‘tempang’ hari ini. Saya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan cara penilaian terhadap soalan yang berbentuk ‘fakta luaran’, seperti apa, siapa, dan bila sesuatu perkara berlaku. Perkara yang lebih merisaukan saya ialah cara pemarkahan terhadap soalan yang berbentuk nilaian, seperti menilai pihak mana yang baik atau jahat, pihak manakah ‘hero’, dan sebagainya. Hal ini kerana, skema pemarkahan sendiri telah menyebabkan pelajar menjadi tempang akal mereka untuk memikirkan sesuatu yang lebih dan tidak ditulis di dalam buku teks mereka sendiri. Jika buku teks dan skema pemarkahan kata ‘syaitan itu baik’, maka itulah jawapan yang akan dijawab oleh pelajar.
Maka, saya menyarankan supaya soalan-soalan berbentuk nilaian dibiarkan bebas jawapannya. Bebas di sini bermakna, contohnya, para pelajar bebas untuk menilai siapakah ‘hero’ dalam sesuatu peristiwa sejarah, asalkan mereka punya bukti kukuh berdasarkan peristiwa sejarah. Hal ini, sekali lagi, hanya mampu dilakukan jika para pelajar mempunyai asas penaakulan logik untuk membuat penilaian. Jika kita mahu melahirkan pelajar yang berfikir, bukanlah caranya untuk kita mendogma para pelajar bahawa si anu ini baik, dan si anu itu jahat!
Ketiga, pandangan ‘baharu’ terhadap kesusasteraan.
Kesusasteraan sering dianggap sebagai semata-mata karya kreatif oleh para pelajar. Kita jarang menyedari bahawa karya sastera berpotensi menjadi salah satu ejen pencerahan masyarakat. Hal ini dapat dilakukan melalui pemahaman dan analisis pelajar terhadap karya-karya sastera yang dilakukan merekasendiri. Antara perkara yang telah memandulkan pemahaman terhadap karya sastera ialah lambakan buku-buku ulasan sastera di pasaran, kononnya untuk memudahkan para pelajar memahami teks-teks sastera mereka. Perkara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik, apatah lagi ianya bakal menyebabkan satu lagi ‘pusaran ganas’ berlaku, iaitu kecenderungan para pelajar untuk menghafal buku ulasan sastera semata-mata, lantas mematikan fakulti akal mereka untuk berfikir dan mengkritik karya yang mereka baca. Menelusuri sejarah, terlalu banyak contoh yang telah ada yang menunjukkan bahawa karya sastera bukan sekadar karya yang berbentuk ‘suka-suka’ semata-mata. Sebagai contoh, karya-karya kritik sosial oleh para penyair seperti Bernard Mandeville, Rabindranath Tagore, novel ‘Putera Gunung Tahan’ tulisan Ishak Hj. Muhammad, novel ‘Ruang Perjalanan’ tulisan SN S. Othman Kelantan, serta novel ‘Imam’ tulisan SN Abdullah Hussin. Semua karya ini, jika dilakukan analisis yang bersepadu, kita pasti akan temui idea besar yang ingin dibawa oleh para penulis ini. Maka, pastinya analisis sebegini hanya akan mampu dilakukan apabila para pelajar berhenti ber’taklid’ dengan buku ulasan sastera, lantas cuba memahami teks dan mempersoal idea-idea penulis. Sekali lagi, perkara ini hanya mampu dilakukan apabila kemampuan menaakul pelajar dibina.

Kebebasan berwacana perlu wujud supaya masyarakat boleh mendapat pencerahan.
Tetapi, apakah pula kekangan yang dihadapi?
Pertama, apabila kita hendak memulakan pengajaran logik dan falsafah di peringkat sekolah, kita masih belum mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan ini. Jika ada pun, tenaga pengajar berkenaan tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar sepadan dengan kemampuan pelajar mengikut tahap masing-masing.
Kedua, sistem pendidikan dan peperiksaan Malaysia yang sering dikotori campur tangan politik. Sebagai contoh, peperiksaan seperti UPSR, PMR, dan SPM menggunakan sistem ‘graf’ dalam pemarkahan keseluruhan pelajar di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bermakna, markah gred A sentiasa berubah turun dan naik, mengikut pencapaian pelajar (atau sebenarnya mengikut kemahuan Menteri!). Setiap tahun, Menteri dengan senang hati mengumumkan bahawa pencapaian peperiksaan semakin meningkat, walhal tahap pengujian peperiksaan tersebut semakin mudah!
Selain itu, kertas peperiksaan Sejarah, seperti yang telah saya sebutkan tadi, selalu menjadi mangsa politik, sehinggakan jawapan berbentuk nilaian pun telah menjadi mangsa hafalan pelajar. Hal ini dsebabkan, mana-mana jawapan yang ‘tidak sebulu’ dengan kerajaan akan dianggap salah walaupun sangat rasional. Apa maknanya soalan berbentuk pendapat dalam peperiksaan sejarah jika tujuannya hanya untuk mengampu kerajaan?
Ketiga, wacana bebas di Malaysia belum wujud akibat ancaman daripadaundang-undang rimba seperti ISA dan OSA, malah yang terbaru ialah Akta Keterangan Pindaan 2012. Dasar-dasar tidak demokratik seperti ini melambatkan lagi proses pencerahan, akibat tiadanya kebebasan berwacana seperti yang telah digariskan oleh Kant, yang kekal relevan sehingga ke hari ini.

Kesimpulan
Intihanya, Malaysia wajar merombak banyak perkara supaya rakyat Malaysia mampu berfikir dan keluar dari kepompong ketakutan ini. Hanyasanya dengan kemampuan berfikir, sesuatu masyarakat itu mampu mencerahkan dirinya sendiri.

Wallahu A’lam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

[1] Lihat Syed Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam
[2] Lihat Immanuel Kant, What Is Enlightenment.
[3] Lihat Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun, DBP. Rujuk juga pandangan beliau mengenai percanggahan yang beliau sebut sebagai ‘bebalisme’.
[4] Lihat syarahan Prof. Tariq Ramadan di Sheffield, UK berkenaan bukunya, The Quest for Meaning: Developing a Philosophy of Pluralism, Penguin Press.


BERKAITAN:

HAZMAN BLOG

Wednesday, July 18, 2012

Islam yang disempitkan


Ditulis oleh: Saiful Ramli
Dakwah itu bukan untuk dijenamakan. Istilah “program dakwah” atau “program tarbiyah” dan lain-lain tidak sepatutnya wujud, kerana keberlangsungan dakwah itu meresapi dan terus menerus dalam setiap aktiviti manusia. Di mana ada program motivasi, itulah dakwah. Di mana ada kursus kepimpinan, itulah dakwah, di mana ada kem solat, itulah dakwah. Tidak perlu dicop sesuatu program dengan ‘cop halal’ dakwah.
Pemisahan antara agama dengan kehidupan iaitu secularism bukanlah semata terletak kepada membakulkan agama dan menjunjung kehidupan, namun menginstitusikan dan menjenamakan agama juga satu bentuk sekularisma. Kita kata Islam ada dalam semua urusan, tetapi kitalah yang memisahkan Islam dan hanya meletakkannya di tempat-tempat tertentu sahaja. “oh program tu program tarbiyah, program ni bukan tarbiyah. yang kita anjur ni sahaja tarbiyah, yang itu bukan”
Saya ambil contoh, slot rancangan di televisyen. Sering dibeza-bezakan, “rancangan agama” dengan rancangan-rancangan lain seperti gameshow, drama, filem, berita. Jika keberlangsungan dakwah itu berjalan terus menerus dan benar-benar meresapi, kita akan dapati semua program-program itu juga turut merupakan program dakwah.
Justeru itu dakwah Islamiyyah itu bukanlah dengan memperbanyakkan rancangan-rancangan agama di televisyen dan meng-banned terus segala rancangan lain, tidak, tidak. Sebaliknya dakwah Islamiyyah itu meresapi ke dalam rancangan-rancangan tersebut dan menyuburkan nilai-nilai universal Islam padanya. Dakwah Islamiyyah itu bersifat inside out,inclusive, bukannya exclusive atau “kita-kita aje“.
Rasulullah SAW, antara insan yang saya kagumi tidak menjenamakan atau menginstitusikan Islam, sebaliknya baginda membawa ruh Islam dalam setiap urusan kehidupan. Ketika musafir, ada ruh Islamnya. Ketika di pasar, ada ruh Islamnya. Ketika berperang, ada ruh Islamnya hatta ketika di kebun kurma ada ruh Islamnya. Tidak perlu baginda menganjurkan program tertentu atau kem tertentu atau daurah tertentu untuk para sahabat lalu menamakannya programtarbiyyah atau program dakwah dan etc.
Maka disini saya tegaskan bahawa fenomena ini akan mencetuskan neo-secularism yakni sekularisma yang baru.
Demi Allah, Rasul-Nya Muhammad bin Abdullah adalah contoh yang terbaik!

Tuesday, July 17, 2012

Tariq Ramadan talk – the footsteps of the Prophet. How should we do?


The Professor has long been one of my favourite. I frequented his blog for his current update, I searched in Youtube for his talks, so the minute I get to know from Ahmad Huzaifah, the CEO of One Heart Creative Solution, that they are organising a talk by Tariq Ramadan – I immediately bought 2 tickets. Our ticket numbers are 002 and 003 and the sister at the registration table said we must be one of his biggest fans to miss the first spot only by one number. I never really thought about it that way – but she is not wrong! :)
The title for the talk is ‘In the footsteps of the Prophet: How Muslims should contribute to the world.’
Prof Tariq Ramadan, in my humble opinion, is one of the few people that is gifted by God with a very sharp intellect and very keen spiritual insights. This made his talks always so intellectually stimulating and yet is still able to reach into your heart’s core. I also found him very passionate and generous in pouring out the knowledge to his audience that we can’t help but being captivated by his energy from beginning till the end of the talk.
Below are some of the gems that I picked out from him and interpreted and digested by my own understanding:
1) Nation of the Prophet Muhammad (pbuh) are called the ‘best nation’ conditional on our action of 1) asking towards good and 2) preventing against evil. Only then God announced and approved that we are the people that have faith in Him. Therefore, it’s our action that determines our faith.
2) “our relationship with God is a love story..” I really like this quote by him. He talked about how our spiritual journey towards God is filled with love and mercy from Almighty. Like all love story, there must be struggles and this struggle that differentiates between a hypocrite and a true believer. A hypocrite will say one thing and do a complete different thing and will not feel any concern – but a true believer will always struggle to be consistent in his words and actions and to stay true on the right path.
3) Change our perception. He talked about how the early surahs are all very short but very deep in its meaning. These surahs are normally talking about nature. It’s purpose is to call the Prophet Muhammad (pbuh) to change how he looked at nature and the ordinary things. Nature, ordinary things, when looked at from the inner eye, or the spiritual eye – will all have very significant meanings to us. It will all connect us back to God. Nature is a gift to us and we must take care of it
4) How the Prophet Muhammad (pbuh) changed the perception of the Arab culture at that time by his behaviour. From a pagan culture of abusing and degrading women, he showed that women, by the example of his wife Khadija – is actually the supporter, somebody that he relied on and seek counsel. He showed gentleness and vulnerability as human when he seek Khadija to console him after he came back the first time from receiving the revelation. When the pagans at the time were burying the child alive, he always demonstrated the most loving and caring behaviour towards children, especially when he gave his sermon while carrying his grandson.
5) How we are loved by the poor, is how we are loved by God.
6) Understanding with only the mind will lead to arrogance but understanding with the heart will lead to humility.
7) Story of the Iblis’s logic. Iblis is rationally right, but spiritually wrong. Due to only justifying things (the creation of Adam) from logical rational point of view, Iblis became arrogant and be doomed by God.
8) There are limits to our rationality. Be aware of that limits. ‘sami’na wa ata’na’.
9) Islam is not about doing what is the harshest, but doing what is right.
10) the Prophet demonstrates firmness and strictness in his worshipping action of God, but he also demonstrates flexibility and gentleness. He is firm when asking his followers to pray exactly like how he did it and yet always showing the rukhsah in worshipping activities (rukhsah for fasting during travelling).
11) 4 qualities that need to be inculcated in order to follow his footsteps:
1) confidence (because we are with God)
When the Prophet was asked to ‘read’ the first time, he can’t. But when he is asked to ‘read in the name of God’ – he can do it. The lessons that if we rely on ourselves alone, nothing can be done. We must know and have confidence that when we do things for God, God is always with us. 

2) trust
Our existing community now is not perfect, but must trust each other that we will know what to do when something is essentially wrong.
3) ambitious
We must have ambition to do more.
4) courage
We must have the courage to stand for truth and justice all the time. The mark of courage is when we can stand for justice in front of a tyrant.
12) 3 things to remember:
1) connection
We are all connected by one God and we all came from one humanity.
2) our role as vicegerent/khilafah
Nothing in this world is ever ours. Not our body, not the earth, nor our property. It will all be returned to God and we will asked how did we fulfil our role as the vicegerent of God on this world.
3) death
We will all one day die. Make dua that God will help us to remind us of this fact every day and every hour.
13) Education is very important to people. Emphasise on deeper meaning and not superficial ritual. Governments of the world must invest in education.
14) Creativity and culture. What are we doing for our own? Muslim youth will look for beauty/art/ entertainment in other places because its innate in us to seek beauty. We need to create our own art, music, architecture – beautiful things. The prophet loves beautiful things and always speaks beautifully. Create ethical art, ethical entertainment.
15) Celebrate this life, as we are also preparing for the Hereafter. In Islam, life in this world is not meant to be suffered. We must enjoy and celebrate life within the principle.
16) Ramadhan as training against consumerism. We must eat less in Ramadhan then how we normally eat. Don’t turn Ramadhan into an empty ritual.
17) Be loving and compassionate with ourself first. Start with ourself.
18) Be forgiving and spread forgiveness. We should first welcome question from people who are doing questionable things, before we judge them.
19) Be loving and compassionate with others. Tell other people that we love them, for God’s sake.
I’m afraid I can’t do justice to the many wonderful thoughts that was shared by Prof Tariq yesterday. I tried to be as accurate as possible to what is delivered by him, but of course, some of what he said will be missing from this note and also the nuances of how he said it. Please note that some of what is written here also comes from my own way of interpreting and my writing style. The ones I bold are the ones that really resonated with me. Well, actually most of what he said had really profound impact on me but it would be really futile to bold the whole thing!
I hope this will benefit those who can’t come yesterday, and to be able to share different point of understandings from those who came. To end this entry, I pray that God will bless Prof Tariq Ramadan with good health to keep on speaking and writing, may he will be blessed with barakah in every single thing that he did, and may God increase his iman and always keep him on the path of the Righteous, ameen.


BERKAITAN:

NAZIHAH

COMBINESBOTH

Kisah ayah dan anaknya

"Anakku, tatkala kau melihat mentari dan bulan, tanyalah pada dirimu, siapakah yang menciptakan kedua-duanya? Ketika ayah membawamu memerhati ombak di pantai dan melihat bintang di langit, kau kagumi akan indahnya ciptaan itu. Dan kau meminta ayah melukisnya. Tetapi anakku, ayah tidak mampu mencipta semua itu. Ada kuasa yang lebih kuat dan hebat yang menjadikan semua itu. Tanyalah pada dirimu, siapa yang menciptakan alam ini? Siapa yang menciptakan ayah dan kamu?

Tatkala kau bersendirian, Tuhan itu rapat pada hatimu. Tuhanmu menyayangimu, melebihi sayang ayah kepada kamu. Tanyakan pada dirimu, apakah aku lakukan kerana Tuhan yang menyayangiku? Adakah aku tergamak melakukan perkara-perkara dibenci Tuhan?

Anakku, andai kau lakukan kesalahan, ketahuilah, Tuhan itu maha penyayang. Selagi kau berusaha untuk menjadi lebih baik, dan melawan dirimu melakukan perkara yang dilarang oleh Tuhanmu, pada waktu itulah kau sedang menuju ke arah keikhlasan.

Anakku, kalau mereka mengatakan air mata yang mengalir itu adalah kelemahan, perhatikan kata-kata ini, air mata yang mengalir kerana cintakan Tuhanmu itu adalah tanda kekuatan imanmu. Tanda hatimu dekat dengan cinta pada Tuhanmu.

Anakku, sesungguhnya ayah menyayangimu, seperti Ibrahim menyayangi Ismail, diuji perasaannya, dengan taklifan yang tidak tertanggung pada fitrah seorang bapa.

Anakku, moga dirimu menjadi manusia yang bermanfaat untuk manusia dan alam seluruhnya."

Monday, July 16, 2012

Rethinking Islamic Reform by Prof Tariq Ramadan

Tariq Ramadhan
(Rethinking Islamic Reform)
Venue : Hotel Renaissance
Date : 14th July 2012

-Psychological attitude - way you look others - we are diversified - Surah al-Maidah, 48
-Often Muslim- competition of power, not good deed

1) Concept of reform

-all the mujaddidun came back to text - Jumud and taqlid - Nowadays, we have muqallid mujaddid, they are repeating the reformer, imitating their ways without considering the context - need to take the text seriously

2) "Reform" from Christianity?


-It is the concept of Islah -come back to sound state- Innama nahnu muslihun
-Double alienation- You think about yourself through other eyes, in fact you are ignorance of yourself- International Intellectual Disease- We don't read- We neglect the history- Shariah not only Islamic law but also include other aspects of life- law and legislation is important, but the philosophy behind it is very important- we not change the Quran and Sunnah, but reforming Muslim mind- The problem is the readers and the implementation, not the text itself- Respect your mind through critical thinking, dialogue, be serious in knowledge, read book

3) Genuine Authentic Sufism 


-Spiritual aspect -the concept of Ummatan Wasato and Khairu Ummah- Hadith "Spread Salam"- We are the agent of peace- Jurisprudence= catch up the reality, in fact, it is to change ourselves to be better- Iqra'- Read- Ya Muqallibal Qulub- Reform your heart- Spiritual reform- principle of ethics- If you obsessed with law, we will think to catch up with reality- But if we are looking by spiritual perspective, we will look at to transform the world better (
Obsessed with law means you are trying to focus on ruling rather than the philosophy behind the ruling)- Adding Islam word in every field, eg; Islamic Finance, Islamic Sociology- This is adapting, not reforming- Think about the philosophy of law- Sometimes, we used the maqasid syariah to change from hajiyyat to dharuriyat, because we are adapting, not reforming- Psychological- we are very quick to assess our leader but not reassess ourselves- We are between ignorance of majority and out of touch scholar

Salafist is the noble word- but Media has manipulated it same as the word jihad- law without understanding means implementing the law without thinking about the objective - the principle in maqasid syariah is wide - need creativity to understand in contextual framework- need to shift the authority; who speaks for Muslim- need to balance between the professional stream and religious stream- need to criticize, not only the authority of scholar but need to blame yourself for becoming the passive, don't want to change

What will we propose?- Economic model, we need to go beyond that- What is our response regarding to global warming? -principle of good governance is courageous of citizen- Questioning the methodology and authority- liberate our mind and intellectual

Humanity- listen to what people say- take from other civilization- discuss and listen- ambitious= you can't do it alone, but you could try- tawakkal- power of rationality also limit the rationality but limiting the rationality doesn't mean you cannot question rationality

Homosexual- I respect who you are but I don't agree with you as it is against my philosophy of belief- In the name of human right, you cannot force me to accept your thought as it is against my philosophy of belief- If you want to do, do it yourself- But you cannot force people to accept what did you do.



At the end he mention:

"IF YOU WANT TO REFORM THE WORLD, BE SERIOUS ABOUT IT. READ BOOKS, NOT JUST LOOKING TO WHAT'S ON INTERNET OR 2-3 MINUTES TALK FROM YOUTUBE. READ BOOKS, GIVE FOOD TO YOUR THOUGHT & MIND, RESPECT YOUR INTELLECTUALITY. 



VERSI BAHASA MELAYU

Faedah dari Rethinking Islamic Reform

1.Mujaddid yang melakukan kesalahan yang sama dan ikut 100 peratus apa yang dilakukan gerakan Tajdid yang terdahulu tanpa fiqh waqi' adalah mujaddid yang jumud dan bertaqlid.

2.Gerakan salafi yang menyeru kepada kembali kepada al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Salaful Ummah pun gerakan Reform juga.

Tambah Dr Tariq : Bahkan Salafi itu lebih baik dan antara Syaratnya.

3.Gerakan Islahiyyat pun gerakan Reform

4. Literalis, Maqasidi pun ikut salafussoleh jugak.

Reform = Gerakat Tajdid / Mujaddid. 

Sama je. Kena berlapang dada lebih sikit je.
  



Monday, July 2, 2012

Sepanyol Juara EURO 2012

Sepanyol mempertahankan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, sebentar tadi.

Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan pemain Manchestar City, David Silva hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41. Alba akan menyertai Barcelona musim ini yang dibeli dari Velencia.

Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.


Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala rakannya pemain tengah Chelsea, Juan Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.


BERKAITAN:

BERITA HARIAN

Kuasa Morsi disekat

Morsi menerima  pingat tertinggi tentera    daripada Tantawi  di pangkalan Hike Step di Kaherah. - Foto AFP  
Morsi menerima pingat tertinggi tentera daripada Tantawi di pangkalan Hike Step di Kaherah. - Foto AFP
 
Kaherah: Presiden Mesir, Mohamed Morsi, memulakan hari pertamanya di pejabat semalam, namun kuasanya disekat tentera memerintah sejak bekas presiden, Hosni Mubarak, disingkirkan dalam kebangkitan rakyat tahun lalu.

Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden awam pertama dipilih secara bebas kelmarin, Morsi secara rasmi menerima peralihan kuasa dan janji sokongan daripada tentera. Namun majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan.

Majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan. Askar membubarkan Parlimen bulan lalu berikutan arahan mahkamah dalam apa disifatkan pergerakan Islam itu sebagai rampasan kuasa secara halus.

Dalam penyerahan kuasa kelmarin di pangkalan Hike Step di Kaherah, Ketua Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), Marshal Hussein Tantawi, berikrar untuk menyokong Morsi.

“Kami akan menyokong presiden baru, yang dipilih rakyat,” kata Tantawi.

BERKAITAN:

RENCANA BERITA HARIAN

Saturday, June 30, 2012

Shi'ah dan Turki Othmaniyyah


Dalam banyak-banyak sejarah kaum Muslimin, saudara Turki kita yang paling banyak bertempur dengan mereka di arena siasah firqah Ahl Sunnah vs Shi'ah. Dan ini paling banyak berlaku setelah Empayar Safavid tertegak yang menjadi jiran Khilafah Othmaniyyah. Sebab itu bila saya tengok berita Ankara (yakni Erdogan) mengerah askar-askar Turki ke sempadan Syria saya tersenyum sebab saya teringat perjuangan mereka dahulu menentang Shi'ah yang radikal. Adapun Shi'ah yang tidak mengancam keselamatan negara, mereka dibiar terus tinggal seperti Alawiyyah di Turki. Orang Melayu kita tiada pernah berlawan dengan Shi'ah sehebat orang Turki. Jangan lupa juga Nizam al-Mulk memusuhi Shi'ah - yakni berperang dengan mereka atas dasar Siasah kerana Shi'ah mengancam keselamtan dan kestabilan Dawlah Seljuk. Sebab itu Imam al-Ghazali tulis beberapa kitab radd Shi'ah.

Neocon, Iran dan bom

 Saya telah menjelaskan secara ringkas tentang NEOCON pada artikel bertarikh 16 Februari 2012 yang lalu. Sekarang mari kita kenali neocon serta hubung kait dengan isu Iran.

Israel’s defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran’s nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising action – THE GUARDIAN LONDON 3 Feb 2012

Ehud Barak, Menteri Perang Israel yang juga kenalan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia, kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.

Pada 1997 di Amerika Syarikat satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan Kenyataan Prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century – Projek Amerika Alaf  Baru.

Gerombolan NeoCon ini mencadangkan:

- Amerika wajib menambah belajawan pertahanan, memodenkan alat persenjataan  untuk mengawal dunia dimasa hadapan.

- Amerika wajib memperkukuh hubungan dengan negara rakan yang mengamal demokrasi dan menentang rejim seteru yang  berlawanan dengan kepentingan dan nilai Amerika.

- Amerika wajib mengembang dan memperluaskan kebebasan politik dan ekonomi perdagangan bebas di luar negara.

- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk memastikan dunia  antarabangsa selari dengan kepentingan keselamatan, kekayaan dan prinsip Amerika.

 


Sosok-sosok berfahaman kanan ini bernaung di bawah lambang NeoCon. Neo bermakna baru – manakala Con adalah singkatan dari perkataan Conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru.

Dari segi idealogi, NeoCon berhaluan kanan. Mereka menyokong  dasar ekonomi kapitalis – pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan.

Mereka tidak mahu daulah campur tangan dalam urusan ekonomi. Gerombolan NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah USSR – Union of Soviet Socialist Republic  – runtuh.

Adalah salah untuk melonggokkan semua bengolan NeoCon ini sebagai Yahudi. Mereka terdiri dari WASP – White Anglo Saxon Protestant, ada ramai Yahudi malah Zalmay Khalilzad  – wakil Bush Junior ke Afghanistan adalah contoh NeoCon  yng beragama Islam.

Agama tidak penting di sini. Justeru, bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah perikatan intim antara Yahudi Zionis dan  Christian Zionis.

 

Nabi mereka ialah Irving  Kristol – seorang  pemikir Yahudi  dan inteletual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Isreal.Secara sedar NeoCon merancang dan menyusun. Mereka menubuhkan kumpulan pemikir, kumpulan pelobi, bersarang di media dan di dunia akademia – mereka  menyusup masuk ke dalam pentabiran  Rumah Putih di zaman Ronald Reagan.

Gerombolan ini mengajukan pandangan mereka untuk dijadikan dasar Amerika. Justeru, dunia diberitahu tentang Clash of Civilisation/Bentrokan Peradaban (1993) buku Samuel Huntington dan The End Of History/Tamatnya Sejarah (1992) buku Francis Fukuyama.

Dua buku ini adalah contoh idealogi kanan yang menjadi rujukan NeoCon.

Presiden Ronald Reagan digantikan pula oleh Bush Senior. Ini adalah zaman kegemilangan gerombolan NeoCon. Parti Republican yang berhaluan kanan dan konservatif sedia menerima pandangan dan cadangan NeoCon untuk dijadikan dasar.

Apabila Bush Senior digantikan oleh Bill Clinton dari Parti Democrat gerombolan NeoCon mengalami sedikit kemunduran. Tetapi apabila masuk Bush Junior ke Rumah Putih, inilah masa dan ketika semua dasar dan Projek Alaf Amerika Baru diimplementasi.

 

Apabila kita memasuki 2008, Rumah Putih diduduki oleh Obama dari Parti Democrat – seharusnya Parti Democrat ini memiliki dasar berlawanan dengan dasar kanan NeoCon.Tetapi politik Amerika telah beralih jauh ke kanan. Hari ini, garis dan dasar yang membezakan Parti Republican dengan Parti Democrat amat tipis. Malah ada  beberapa dasar Parti Republican kelihatan lebih baik dari Democrat.

Contoh: Bush Junior secara terbuka melarang Israel mendirikan perkampungan baru di tanah dan wilayah Palestin yang dirampas. Barack Obama hingga ke saat ini langsung tidak berani bersuara terhadap keganasan Israel.

Jangan silap baca. Barack Obama dinaikkan ke takhta Rumah Putih adalah sebahagian perancangan untuk mengabui mata rakyat dunia.

Jantan berkulit hitam di Rumah Putih ini tidak akan dituduh rasis apabila membenarkan kapal terbang mengebom Libya atau Syria dan membenarkan drones   membunuh Anwar al-Awlaki warga Amerika  sendiri di Yamen.
Belumpun habis satu penggal – Obama – Si Jantan berkulit hitam ini telah mengarahkan CIA untuk menggunakan drones dan meledakkan bom di Utara Pakistan.

Lebih banyak bom jatuh di Utara Pakitan di zaman Obama berbanding dengan dua  penggal Bush Junior di Rumah Putih.

Mengikut falsafah  NeoCon wajib diwujudkan kumpulan kelas elit  pemerintah yang bijak bestari untuk mengendalikan sesebuah negara manakala orang ramai dan warga negara hanya menjadi pengikut. Orang ramai wajib menerima arahan dari pemimpin yang bijak pandai ini.

Jika falsafah ini diterjemahkan untuk dunia, maka kelas elit yang berkeupayaan berfikir untuk memimpin dunia hanyalah NeoCon yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

 

Negara lain dalam  dunia ini hanya perlu mengikut perintah. Jika falsafah ini diikut, maka dunia mengikut pandangan NeoCon akan aman makmur. Inilah mereka namakan New World Order atau Tata Dunia Baru – yang sedang dirancang untuk diwujudkan.

Tetapi apa sangkut pautnya semua ini dengan Iran?

Di zaman Shah Ahmad Reza Pahlevi dahulu, Iran dianggap sebagai negara sahabat Amerika. Shah Reza menjadi pembeli senjata Amerika kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.

Iran sanggup menjadi Tok Sarjan yang setia untuk mengawal Selat Hormuz. Bala tentera Shah menjadi barua Amerika yang menjaga keselamatan lalu lintas tanker minyak di perairan ini.

Hampir 40 peratus minyak dunia melintasi selat ini. Hampir 60 peratus minyak untuk Jepun lalu di selat ini. Iran menjadi negara amat penting untuk keselamatan perjalanan minyak yang menjadi asas sistem ekonomi kapitalis.
Justeru, apabila Shah Reza dihalau keluar dan Iran menjadi republik pada 1979, Iran terus dicap sebagai musuh Amerika. Kerajaan Iran dicap sebagai pengganas.

 

Mengikut idealogi NeoCon, tidak akan dibenarkan lagi muncul mana-mana negara yang berkemungkinan bangun menentang atau berani engkar tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat.Tidak juga Iran, tidak juga China – tidak juga Russia akan dibenarkan menggugat kepentingan  Amerika dalam dunia hari ini.

Era dua negara super/ two super powers –  Amerika dan Soviet Union seperti di zaman Perang Dingin dahulu – tidak akan dibenarkan muncul lagi. Yang wujud hari ini adalah dunia unipolar – dunia Amerika dan empire Amerika.

Justeru, apa yang kita lihat berlaku di Iraq, di Libya dan di Syria adalah contoh rejim yang engkar atau culas dan tidak berkiblat ke Rumah Putih sedang dilupuskan.

Semua ini perancangan NeoCon. Semua yang berlaku hari ini adalah strategi perancangan mengimplementasi Projek  Amerika Alaf Baru.

Ketika tulisan ini digarap, media antarabangsa sedang berdondang sayang tentang kemungkinan Iran berjaya menjadi kuasa nuklear. Saban hari rakyat dunia diberitahu betapa kita dalam bahaya jika Iran memiliki senjata nuklear.

Tidak cukup dengan dondang sayang ini – kita juga dapat membaca komen dari pegawai tentera Amerika yang bersara. Mereka memberi amaran agar ‘dilakukan sesuatu’ (baca: serang) – terhadap Iran sebelum terlambat.

Kita juga berpeluang membaca komen dari bekas tim risikan Amerika dan Britain. Mereka mengabsahkan bahaya yang akan menimpa dunia jika Iran memiliki bom nuklear.

Jika semua ini tidak meyakinkan dunia, maka Isreal dan Mossad akan mengeluarkan data dan gambar tentang loji nukelar bawah tanah sebagai bukti yang Iran sedang membuat bom nuklear.

Pada ketika ini, semuanya sedang diatur mengikut perancangan. Di Pulau Socotora yang terletak di antara Laut Merah dengan Telok Aden – bala tentera Amerika  sedang dikumpul.

Pada akhir Mac ini, akan cukup 100,000 bala tentera Amerika dari semua pasukan berkampung di Socotora. Jumlah 100,000 ini sama dengan jumlah tentera Amerika ketika Bush Junior ingin menyerang Iraq dalam 2003.

Sebelum perang pecah dan Iran diserang, para zionis seperti Ehud Barak terus mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Iran sebagai musuh dunia.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan mengenakan sekatan ekonomi seperti yang telah dilakukan kepda Iraq dahulu.

Media pro-Zionis terus berdondang sayang untuk memastikan rakyat dunia melihat Ahmadinejad (Presiden Iran) sebagai Hitler baru. Bila label telah dibubuh, maka amat senang untuk ditembak. END

BERKAITAN:

ARTIKEL PERTAMA

ARTIKEL KEDUA

Tuesday, June 26, 2012

Kemelut Ekonomi masakini



Bukan senang hendak memperjelaskan kepada orang awam berkenaan permasalahan ekonomi semasa yang melanda Dunia Barat kini. Malah ketika mana mereka dikejutkan dengan penjelasan yang jujur daripada seorang pemain saham amatur, rata-rata melihatnya ianya merupakan satu lagi gerak kerja “nakal” kumpulan Yes Man – satu kumpulan yang sering menyamar sebagai golongan profesional dalam bidang perniagaan untuk muncul dalam kaca televisyen bagi membongkarkan salah laku syarikat-syarikat besar di United Kingdom.


Malangnya, dakwaan yang mengatakan Alesio Rastani, pemain saham amatur yang muncul di kaca televisyen rancangan BBC News pada 26 September lalu sebagai salah seorang dalang Yes Man telah disangkal sendiri oleh kumpulan tersebut. Malah siasatan lanjut oleh pihak BBC membuktikan bahawa Rastani benar-benar seorang pemain saham amatur yang tahu apa yang dibicarakannya. Ternyata kenyataan Rastani yang menimbulkan kejutan bahawa “kerajaan tidak memerintah dunia, Goldman Sachs yang memerintah dunia” tersebut adalah satu pengakuan yang teramat  jujur daripada seorang orang dalam (insider) yang saban hari bergelumang dengan pasaran kewangan (financial market) yang amat berpengaruh dalam menentukan paras kesihatan ekonomi negara-negara dunia.

Pengakuan jujur sebegini telah “disensasikan” lagi oleh media massa Britain dengan siasatan terperinci yang dilakukan terhadap Rastani dengan menyemak latar belakang kehidupan dan kerjaya beliau sebagai seorang pemain saham amatur di London. Tindakan ini seterusnya telah menenggelamkan isu pokok yang diutarakan oleh Rastani tempoh hari berkenaan siapa sebenarnya yang paling berkuasa – Kerajaan atau Industri Kewangan? Apakah sifat asasi sistem ekonomi moden itu senantiasa rapuh? Sepatutnya persoalan sebeginilah yang perlu dibahaskan oleh para cendekiawan dalam pelbagai bidang berhubung pengakuan Rastani tersebut.

Apa yang Rastani telah dakwakan bukanlah sesuatu yang baharu belaka. Malah 20 tahun lalu lagi, masyarakat di Barat sudah disajikan dengan filem-filem dan buku-buku yang membongkarkan kehidupan sebenar para pemain saham di Wall Street. Filem-filem yang telah menempa nama dalam tema sebegini seperti Wall Street (1987), Barbarians at the Gate (1993), dan Boiler Room (2000) sedikit sebanyak telah menzahirkan keadaan sebenar yang berlaku dalam industri kewangan di Barat khususnya di Amerika Syarikat.

Buku-buku yang terkenal karangan bekas orang dalam pasaran kewangan, Michael Lewis seperti Liar’s Poker (1989) dan The Big Short: Inside the Doomsday Machine (2010) turut sama membongkar budaya penipuan dan tamak haloba yang menjadi teras dalam sistem kewangan moden khusus di Dunia Barat. Malah sebaliknya dikatakan juga buku Liar’s Poker Michael Lewis itu turut sama dijadikan buku panduan buat para pemain saham amatur dalam cuba membina kerjaya mereka sebagai pemain saham yang disegani di Wall Street.

Pengakuan jujur Rastani yang mengatakan “sesiapa sahaja boleh buat keuntungan ketika berlaku krisis” juga bukanlah sesuatu yang baru. Apa yang Rastani jelaskan itu tidaklah sama dengan salah tanggapan terkenal berkenaan perkataan Mandarin, wei ji, yang membawa dua makna “krisis” dan “peluang” yang sering dijaja oleh pakar motivasi tidak kurang juga ahli politik khususnya di Dunia Barat, tapi lebih kepada apa yang dijelaskan tokoh ekonomi kapitalisme, Joseph Schumpeter sebagai “kemusnahan kreatif” (creative destruction). Schumpeter sendiri yang mengutip konsep ini daripada Karl Marx yang terkenal dengan adi karyanya Das Kapital, mengusulkan teori ini dalam kerangka faham neo-liberal yang pro-pasaran bebas (free market) telah banyak mempengaruhi cara berfikir para pemain ekonomi masa kini, dan Rastani adalah salah satu contoh yang memahami hakikat sistem ekonomi moden sebagai satu sistem tidak stabil yang penuh dengan peluang untuk membuat duit (profiteering) hatta tatkala dampak pada masyarakat sangat berbisa kesannya.

Kesalah fahaman konsep “kehancuran kreatif” yang dijelaskan Marx telah mengaburi teori beliau yang lebih penting dalam Das Kapital iaitu akan hakikat sistem ekonomi moden-kapitalisme itu sememangnya bersifat “kreatif-musnah” (creative-destructive) yang lebih dahsyat daripada apa yang disangkakan secara amnya. Beza faham ini seperti yang dijelaskan ahli kaji masyarakat Marxist terkemuka, David Harvey:
Karl Marx dan Joseph Schumpeter menulis panjang lebar berkenaan sifat “kreatif-hancur” yang wujud dalam sistem ekonomi kapitalisme. Walaupun jelas Marx mengkagumi sifat kapitalisme yang kreatif itu, beliau lebih menekankan perihal bahaya sistem tersebut yang bersifat “hancur-kendiri” (self-destructiveness). Peminat Schumpeter juga telah lama mengangkat dan membanggakan sifat kreatif kapitalisme tetapi pada masa yang sama melihat dan mengaggap sifat kehancuran itu sebagai hanyalah salah satu kos yang timbul dalam aktiviti perniagaan.
Iktibar Daripada Sejarah 

Teori sifat ketidak-stabilan sebegini bukanlah dibentuk melalui andaian ilmiah semata. Andai kita telusuri sejarah pembentukkan sistem ekonomi moden, ternyata banyak rentetan peristiwa penting dalam lipatan sejarah Ketamadunan Barat yang mengukir dan mengabsahkan teori Marx itu sendiri. Sebelum Dunia Barat menjadi seperti apa yang ada pada hari ini, mereka senantiasa bertelagah antara satu sama lain berhubung dengan mazhab agama Kristian (Katolik lawan Protestan) juga berhubung dinasti beraja (Habsburg di Austria, Bourbon di Perancis, Tudor di England). Sudah tentu pertelagahan yang selalunya berlanjutan menjadi peperangan yang panjang seperti Revolusi Perancis (1789-1799), Peperangan Waterloo (1815), Perang Saudara Inggeris (1642-1651) Perang Bunga Ros (1455-1487)  seperti ini memerlukan dana yang banyak dan rata-rata dinasti raja Eropah kerap kali mengalami situasi ekonomi yang sangat daif kerana kehabisan wang yang banyak digunakan untuk membiayai siri peperangan tersebut.

Keadaan seperti “kemusnahan kreatif” inilah yang menjadi sasaran ahli kewangan seperti Nathan Mayer Rothschild yang terkenal sebagai salah satu Dinasti Perbankan terbesar dan paling berpengaruh di dunia sehinggalah hari ini.

Dalam karya sejarah ekonomi dan kewangan terbaru ahli sejarah British terkenal, Niall Ferguson yang bertajuk The Ascent of Money: A Financial History of the World banyak menceritakan perihal kewangan, hutang dan perbankan dalam sejarah dunia. Antara pemain utama yang menjadi sebutan sejarah Barat akan kemelut ekonomi ialah keluarga Rothschild yang mempelopori dan menguasai bank-bank utama di Eropah semenjak zaman Pertengahan lagi. Ferguson yang juga telah menulis biografi sejarah Keluarga Besar Rothschild, telah membuktikan akan peranan utama ahli perbankan seperti Nathan Rothschild dalam membantu Duke of Wellington untuk mengalahkan Maharaja Napoleon di Waterloo. Pengaruh dan kekuatan kewangan yang dimiliki Keluarga Rothschild sering kali menjadikan mereka sebagai pembiaya kepada kedua-dua belah pihak seperti yang berlaku dalam Peperangan Waterloo – antara British dan Perancis. Ini tidak mustahil berlaku kerana Keluarga Rothschild itu sendiri sudah tersebar luas di merata Eropah mendirikan bank-bank mereka sendiri seperti Nathan yang berpusat di London, Amschel di Frankfurt, James di Paris, Carl di Amsterdam dan Salomon yang bergerak bebas di merata benua Eropah. Setiap peristiwa duka dan tragedi perbalahan, peperangan antara kuasa-kuasa besar Eropah, disitulah peluang yang timbul – sama ada secara langsung atau tidak, Keluarga Rothschild sentiasa berada di hadapan dari segi mengetahui berita dan maklumat penting berhubung situasi politik dan ekonomi di seluruh benua Eropah sehingga seorang penyajak Jerman, Heinrich Heine yang hidup ketika itu secara menyindir mengatakan “Duit adalah tuhan waktu ini, dan Rothschild adalah nabi-nya”.

Sifat sejarah ini kembali berulang tayang pada abad ini dalam bentuk baharu seperti yang telah dikupas panjang oleh Naomi Klein dalam karyanya The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism dan juga John Perkins dalam Confessions of An Economic Hitman turut sama menjelaskan bahawa faham neo-liberalisme ekonomi di Barat amat bergantung harap kepada malapetaka manusiawi seperti peperangan, kebuluran, dan bencana alam yang acap kali boleh kita simpulkan berpunca daripada salah-laku manusia itu sendiri (manufactured problems) yang rakus menimbulkan ruang dan peluang baru untuk golongan kapitalis, pedagang matawang dan pemain saham menjadi lintah darat kepada mangsa-mangsa keadaan.

Perbankan Islam Turut Terperangkap

Ahli ekonomi Islam dari George Washington University, Profesor Hossein Askari merungkai kemelut sama yang telah melanda disiplin ilmu dan sektor perbankan Islam.  Menurut beliau walaupun banyak bank menzahirkan bahawa produk kewangan mereka memenuhi tuntutan Shari‘ah, mereka masih tidak menawarkan produk yang benar-benar tepat memenuhi prinsip Shari‘ah. “Apa yang anda lihat pada hari ini bukanlah kewangan Islam. Banyak bank tidak mempunyai bahagian yang melibatkan perkongsian risiko. Pelabur mahukan bon, dan bank menghasilkan sesuatu yang menyerupai bon tetapi mereka tetap kata ianya bukan bon.” Bon yang merupakan sejenis pinjaman yang mana peminjam bersetuju untuk membayar kadar faedah (interest) dalam erti kata lain riba’. Dengan menawarkan sukuk yang dijoloki sebagai “bon yang Islami” tetapi masih menunjukkan sifat seperti bon (yang mana mereka masin tegas mengatakan ianya bukan bon). Kata Dr. Askari secara sindiran bahawa sukuk ini seperti “hijab yang telus”.

“Bon yang telah menzahirkan pulangan secara tetap adalah salah di sisi Shari‘ah dan itulah sifat perbankan Islam kini. Duit tidak boleh menghasilkan duit. Duit perlu dilaburkan ke dalam projek yang benar, di mana kadar pulangan bersifat tidak pasti” tambah Dr. Askari.

Seperti yang dilaporkan oleh The Economist, dengan kewujudan perbankan Islam, bank telah mewujudkan pasaran sukuk yang bernilai USD 882 bilion (RM 2.64 Trilion). Tidak hairanlah berbondong-bondong manusia baik Muslim atau bukan Muslim terjun ke dalam pasaran sebegini. Apabila Dr. Askari ditanya oleh seorang pemberita CNBC berkenaan nasib ekonomi Dubai yang cukup bermasalah walaupun pada dasarnya sepatutnya ada prinsip perkongsian risiko dalam amalan ekonomi mereka, Dr. Askari menjawab bahawa sistem ekonomi dan kewangan Dubai hanyalah bersifat-iras Shari‘ah (Shari’ah-style) tetapi tidak berlandaskan Shari’ah (not Shari‘ah-based) yang mana para pelabur langsung tiada pertalian langsung dengan projek-projek yang telah mereka melabur dan mereka menganggap akan memperolehi kadar pulangan yang tetap dan fahami bahawa tiada sebarang risiko dalam pelaburan-pelaburan tersebut.

Lebih menyedihkan kata Dr. Askari, pengabsahan produk-produk sebegini mendapat pengesahan daripada ulama’ yang duduk dalam lembaga pengarah (sudah tentu mereka dibayar jutaan ringgit setiap tahun) yang kadang kala lebih daripada satu bank dan ini sebenarnya menimbulkan persoalan konflik berkepentingan (conflict of interest). Dr. Askari menunding kembali kepada krisis ekonomi dan kewangan di Dubai yang mana pada awalnya bila mana bank telah membuat banyak keuntungan dengan keengganan untuk mengaku bahawa produk mereka yang kononnya berlandaskan Shari‘ah itu tidak mengamalkan riba’, tetapi bila mana berlaku kemelesetan ekonomi (economic meltdown) para pelabur itu kaget dan melukut meminta untuk diselamatkan daripada terjejas teruk (bailed out). Kata Dr. Askari ini adalah satu ironi kerana jikalau benar pelaburan yang mereka buat itu benar-benar berlandaskan Shari‘ah, para pelabur itu patut tahu berkenaan peluang mereka sama ada untuk mendapat keuntungan atau kerugian dalam pelaburan tersebut.

Peristiwa sebegini benar-benar telah membuka tembelang sistem yang dinamakan perbankan Islam tetapi pada hakikatnya telah tersadung dalam sistem perbankan konvensional yang diketahui umum mempunyai masalah yang bersifat sistemik. Sudah sampai masanya pemimpin dan ilmuan Muslim kembali merenung dengan mendalam akan gagasan Pengislaman Ilmu Kontemporari yang pada asasnya mampu menawarkan penawar jangka panjang yang lebih syumul (menyeluruh dan lengkap) khususnya bidang ilmu ekonomi yang semakin tenggelam dalam krisis yang melanda teruk di dunia Barat khususnya Eropah.


BERKAITAN:

HAKIM

Thursday, June 21, 2012

Kerjasama MAS dan AirAsia


Kedua-dua syarikat penerbangan terkemuka Asia itu telah menggantungkan sementara urus niaga saham masing-masing.

Pertukaran saham antara MAS dan Air Asia dikatakan telah mengakibatkan kemerosotan semangat bekerja di kalangan kakitangan MAS sehingga menjejaskan pemulihan syarikat penerbangan nasional itu.
Oleh itu, tidak hairanlah jika pertukaran saham itu bakal ditarik balik demi pemulihan MAS.

Walau bagaimanapun, kolaborasi ataupun kerjasama tersebut dilihat masih relevan dan perlu diteruskan memandangkan ia adalah antara langkah yang akan meletakkan semula MAS di landasan menjana keuntungan.

Kerjasama antara dua syarikat bukanlah satu perkara yang baru.

Sejarah dunia perniagaan misalnya menunjukkan bahawa syarikat terkemuka dunia, Apple Inc, pernah rugi berbilion dolar serta diancam bankrap pada tahun 1997 berbanding pesaingnya, Microsoft, yang mencatat keuntungan yang tinggi dan kedudukan kewangan yang kukuh.

Namun pengasas Apple, mendiang Steve Jobs telah berjaya menyelamatkan syarikat itu dengan membuat kolaborasi dengan Microsoft meskipun tindakan tersebut dikritik hebat segelintir pihak pada awalnya.

Menurut mendiang, corak perniagaan di zaman ini memerlukan kerjasama membina di antara pesaing di mana permusuhan antara mereka hanya akan membawa kepada perkara-perkara yang merugikan antara satu sama lain.

“Apple memerlukan bantuan rakan perniagaan…hubungan yang membawa kemusnahan tidak membantu (perniagaan) antara satu sama lain di zaman ini.

“Kita perlu melupakan tanggapan ‘Apple menang, Microsoft kalah’,” katanya di satu seminar Macworld yang diadakan di Boston pada tahun 1997.

Akhirnya, kata-kata dan tindakan kolaborasi di antara dua taikun perniagaan, Steve Jobs dan Bill Gates, terbukti tepat serta menyaksikan kedua-dua syarikat milik mereka itu berkembang pesat sebagai peneraju dunia teknologi hari ini.

Begitu juga Air France dan KLM yang telah lalui jalan yang sama.

Kalau kita lihat syarikat-syarikat oil and gas juga berkolaborasi dalam operasi mereka, masing-masing masih mengekal identiti dan masih bersaing antara satu sama lain.


Selama 20 tahun MAS berkembang maju dan menjadi ‘duta kecil’ negara membawa nama Malaysia mengharum di serata dunia.

Dari hanya memiliki pesawat jenis Fokker dan Douglas DC pada awal pengoperasiannya, MAS kini memiliki pesawat jenis boeing dan airbus, serta mempunyai sekitar 20,000 pekerja yang menjadi nadi penggerak kepada kecemerlangan syarikat milik kerajaan (GLC).

Malangnya, memandangkan MAS merupakan satu perkhidmatan awam yang diwujudkan sebagai salah satu keperluan menyediakan khidmat kepada rakyat dan negara ini, ia tidak terlepas dari mengalami kerugian meskipun mencatat keuntungan ratusan juta ringgit di era kegemilangannya.

Situasi terkini MAS menunjukkan syarikat penerbangan negara yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu sedang berada di dalam keadaan ‘tenat’, ‘nazak’ dan ‘nyawa-nyawa ikan’.

Sekiranya keadaan tersebut tidak dipulihkan, dikhuatiri MAS akan kehabisan aliran tunai dan bankrap menjelang tempoh suku kedua tahun ini yang akhirnya akan menyebabkan lebih 20,000 kakitangan GLC itu kehilangan pekerjaan.

Dan malapetaka yang dijangka melanda MAS itu sewajarnya tidak boleh dibiarkan berlaku dan ia memerlukan ‘sentuhan ajaib’ bagi memulihkan GLC tersebut untuk kembali sebagai antara syarikat penerbangan terhebat di dunia.

Justeru itu, salah satu ‘sentuhan ajaib’ ini adalah kerangka kerjasama komprehensif (CCF) di antara MAS bersama syarikat penerbangan kos rendah ternama dunia, Air Asia untuk mengenalpasti kerjasama yang sinergistik.

CCF yang sinergi di dalam bidang seperti perolehan bersama, latihan, penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih pesawat (MRO), pengendalian darat dan urusan kargo dapat mengurangkan kos operasi serta meningkatkan daya saing masing-masing.

Dengan adanya kolaboratif yang saling melengkapi kecekapan teras kedua-dua pihak, maka kos tentu sekali dapat dikurangkan sebab ada jumlah, skala ekonomi dan rundingan untuk mendapatkan kos yang lebih memberi kelebihan bagi kedua-dua buah syarikat.

Dengan kerjasama berkenaan juga, kedua-dua pihak dilihat mampu berganding bahu saling membantu dalam memikul beban tugas dan berkongsi kreativiti serta pengalaman yang berkaitan untuk kepentingan bersama.
Bukan saja MAS dan Air Asia sahaja yang memperoleh kebaikan kerjasama ini, malah para penumpang pesawat mereka juga akan berpeluang untuk menikmati pilihan yang lebih baik untuk memilih penerbangan mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.

Sesungguhnya, kolaborasi di antara MAS – Air Asia merupakan satu kerjasama terbaik dan banyak memberi kelebihan kepada pemulihan serta penambahbaikkan MAS, khususnya berhubung beberapa perkara yang melibatkan penggunaan bahan api dan perolehan yang menjimatkan kos.

Sebagai contoh, Air Asia yang selama ini menghantar pesawat-pesawatnya ke Singapura untuk diselenggara, kini boleh berkongsi kepakaran dan kelengkapan penyelenggaraan milik MAS di Subang sebagai pusat penyelenggaraan kapal terbangnya.

Untuk apa Air Asia perlu susah-susah menghantar pesawat-pesawatnya ke Singapura untuk diselenggara sedangkan Malaysia sendiri memiliki prasarana, kepakaran, penjimatan kos dan rakan niaga yang lebih baik serta menguntungkan kedua-dua belah pihak?

Begitu juga dari segi perolehan, sama ada berhubung alat ganti pesawat ataupun penyediaan makanan, kos operasi akan dapat dikurangkan dengan memiliki skala ekonomi dan jumlah yang lebih berkesan.

Penjimatan kos yang terhasil dari kolaborasi antara MAS – Air Asia ini sememangnya banyak manfaatnya jika diperhalusi dengan lebih teliti. Berapa ramaikah gaji pekerja yang boleh dibayar dengan jumlah penjimatan sebanyak itu.Sebenarnya, kolaborasi di antara MAS – Air Asia ini masih baru dan memerlukan masa untuk dibuktikan keberkesanannya. Kalau belum mula dilaksanakan sepenuhnya pun sudah dikritik, agak payahlah MAS untuk bangkit semula dari ‘nazak’nya.

Justeru, MAS – Air Asia perlu diberikan peluang untuk berkerjasama untuk memastikan industri penerbangan negara ini kembali mencatat keuntungan dan memainkan peranan penting sebagai ‘duta kecil’ yang membawa nama Malaysia di seluruh pelosok dunia.

Dengan mengukuhkan kedudukan MAS dan Air Asia sebagai dua syarikat penerbangan utama, tidak mustahil kedua syarikat ini bakal memerlukan tenaga kerja yang lebih dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

BERKAITAN:

RENCANA ILMIAH

PANDANGAN TUN DR. MAHATHIR

KENYATAAN TAN SRI AZMAN HASHIM