Israel’s defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran’s nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising action – THE GUARDIAN LONDON 3 Feb 2012
Ehud Barak, Menteri Perang Israel yang juga kenalan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia, kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.
Pada 1997 di Amerika Syarikat satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan Kenyataan Prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century – Projek Amerika Alaf Baru.
Gerombolan NeoCon ini mencadangkan:
- Amerika wajib menambah belajawan pertahanan, memodenkan alat persenjataan untuk mengawal dunia dimasa hadapan.
- Amerika wajib memperkukuh hubungan dengan negara rakan yang mengamal demokrasi dan menentang rejim seteru yang berlawanan dengan kepentingan dan nilai Amerika.
- Amerika wajib mengembang dan memperluaskan kebebasan politik dan ekonomi perdagangan bebas di luar negara.
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk memastikan dunia antarabangsa selari dengan kepentingan keselamatan, kekayaan dan prinsip Amerika.
Sosok-sosok berfahaman kanan ini bernaung di bawah lambang NeoCon. Neo bermakna baru – manakala Con adalah singkatan dari perkataan Conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru.
Dari segi idealogi, NeoCon berhaluan kanan. Mereka menyokong dasar ekonomi kapitalis – pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan.
Mereka tidak mahu daulah campur tangan dalam urusan ekonomi. Gerombolan NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah USSR – Union of Soviet Socialist Republic – runtuh.
Adalah salah untuk melonggokkan semua bengolan NeoCon ini sebagai Yahudi. Mereka terdiri dari WASP – White Anglo Saxon Protestant, ada ramai Yahudi malah Zalmay Khalilzad – wakil Bush Junior ke Afghanistan adalah contoh NeoCon yng beragama Islam.
Agama tidak penting di sini. Justeru, bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah perikatan intim antara Yahudi Zionis dan Christian Zionis.
Nabi mereka ialah Irving Kristol – seorang pemikir Yahudi dan inteletual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Isreal.Secara sedar NeoCon merancang dan menyusun. Mereka menubuhkan kumpulan pemikir, kumpulan pelobi, bersarang di media dan di dunia akademia – mereka menyusup masuk ke dalam pentabiran Rumah Putih di zaman Ronald Reagan.
Gerombolan ini mengajukan pandangan mereka untuk dijadikan dasar Amerika. Justeru, dunia diberitahu tentang Clash of Civilisation/Bentrokan Peradaban (1993) buku Samuel Huntington dan The End Of History/Tamatnya Sejarah (1992) buku Francis Fukuyama.
Dua buku ini adalah contoh idealogi kanan yang menjadi rujukan NeoCon.
Presiden Ronald Reagan digantikan pula oleh Bush Senior. Ini adalah zaman kegemilangan gerombolan NeoCon. Parti Republican yang berhaluan kanan dan konservatif sedia menerima pandangan dan cadangan NeoCon untuk dijadikan dasar.
Apabila Bush Senior digantikan oleh Bill Clinton dari Parti Democrat gerombolan NeoCon mengalami sedikit kemunduran. Tetapi apabila masuk Bush Junior ke Rumah Putih, inilah masa dan ketika semua dasar dan Projek Alaf Amerika Baru diimplementasi.
Apabila kita memasuki 2008, Rumah Putih diduduki oleh Obama dari Parti Democrat – seharusnya Parti Democrat ini memiliki dasar berlawanan dengan dasar kanan NeoCon.Tetapi politik Amerika telah beralih jauh ke kanan. Hari ini, garis dan dasar yang membezakan Parti Republican dengan Parti Democrat amat tipis. Malah ada beberapa dasar Parti Republican kelihatan lebih baik dari Democrat.
Contoh: Bush Junior secara terbuka melarang Israel mendirikan perkampungan baru di tanah dan wilayah Palestin yang dirampas. Barack Obama hingga ke saat ini langsung tidak berani bersuara terhadap keganasan Israel.
Jangan silap baca. Barack Obama dinaikkan ke takhta Rumah Putih adalah sebahagian perancangan untuk mengabui mata rakyat dunia.
Jantan berkulit hitam di Rumah Putih ini tidak akan dituduh rasis apabila membenarkan kapal terbang mengebom Libya atau Syria dan membenarkan drones membunuh Anwar al-Awlaki warga Amerika sendiri di Yamen.
Belumpun habis satu penggal – Obama – Si Jantan berkulit hitam ini telah mengarahkan CIA untuk menggunakan drones dan meledakkan bom di Utara Pakistan.
Lebih banyak bom jatuh di Utara Pakitan di zaman Obama berbanding dengan dua penggal Bush Junior di Rumah Putih.
Mengikut falsafah NeoCon wajib diwujudkan kumpulan kelas elit pemerintah yang bijak bestari untuk mengendalikan sesebuah negara manakala orang ramai dan warga negara hanya menjadi pengikut. Orang ramai wajib menerima arahan dari pemimpin yang bijak pandai ini.
Jika falsafah ini diterjemahkan untuk dunia, maka kelas elit yang berkeupayaan berfikir untuk memimpin dunia hanyalah NeoCon yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Negara lain dalam dunia ini hanya perlu mengikut perintah. Jika falsafah ini diikut, maka dunia mengikut pandangan NeoCon akan aman makmur. Inilah mereka namakan New World Order atau Tata Dunia Baru – yang sedang dirancang untuk diwujudkan.
Tetapi apa sangkut pautnya semua ini dengan Iran?
Di zaman Shah Ahmad Reza Pahlevi dahulu, Iran dianggap sebagai negara sahabat Amerika. Shah Reza menjadi pembeli senjata Amerika kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.
Iran sanggup menjadi Tok Sarjan yang setia untuk mengawal Selat Hormuz. Bala tentera Shah menjadi barua Amerika yang menjaga keselamatan lalu lintas tanker minyak di perairan ini.
Hampir 40 peratus minyak dunia melintasi selat ini. Hampir 60 peratus minyak untuk Jepun lalu di selat ini. Iran menjadi negara amat penting untuk keselamatan perjalanan minyak yang menjadi asas sistem ekonomi kapitalis.
Justeru, apabila Shah Reza dihalau keluar dan Iran menjadi republik pada 1979, Iran terus dicap sebagai musuh Amerika. Kerajaan Iran dicap sebagai pengganas.
Mengikut idealogi NeoCon, tidak akan dibenarkan lagi muncul mana-mana negara yang berkemungkinan bangun menentang atau berani engkar tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat.Tidak juga Iran, tidak juga China – tidak juga Russia akan dibenarkan menggugat kepentingan Amerika dalam dunia hari ini.
Era dua negara super/ two super powers – Amerika dan Soviet Union seperti di zaman Perang Dingin dahulu – tidak akan dibenarkan muncul lagi. Yang wujud hari ini adalah dunia unipolar – dunia Amerika dan empire Amerika.
Justeru, apa yang kita lihat berlaku di Iraq, di Libya dan di Syria adalah contoh rejim yang engkar atau culas dan tidak berkiblat ke Rumah Putih sedang dilupuskan.
Semua ini perancangan NeoCon. Semua yang berlaku hari ini adalah strategi perancangan mengimplementasi Projek Amerika Alaf Baru.
Ketika tulisan ini digarap, media antarabangsa sedang berdondang sayang tentang kemungkinan Iran berjaya menjadi kuasa nuklear. Saban hari rakyat dunia diberitahu betapa kita dalam bahaya jika Iran memiliki senjata nuklear.
Tidak cukup dengan dondang sayang ini – kita juga dapat membaca komen dari pegawai tentera Amerika yang bersara. Mereka memberi amaran agar ‘dilakukan sesuatu’ (baca: serang) – terhadap Iran sebelum terlambat.
Kita juga berpeluang membaca komen dari bekas tim risikan Amerika dan Britain. Mereka mengabsahkan bahaya yang akan menimpa dunia jika Iran memiliki bom nuklear.
Jika semua ini tidak meyakinkan dunia, maka Isreal dan Mossad akan mengeluarkan data dan gambar tentang loji nukelar bawah tanah sebagai bukti yang Iran sedang membuat bom nuklear.
Pada ketika ini, semuanya sedang diatur mengikut perancangan. Di Pulau Socotora yang terletak di antara Laut Merah dengan Telok Aden – bala tentera Amerika sedang dikumpul.
Pada akhir Mac ini, akan cukup 100,000 bala tentera Amerika dari semua pasukan berkampung di Socotora. Jumlah 100,000 ini sama dengan jumlah tentera Amerika ketika Bush Junior ingin menyerang Iraq dalam 2003.
Sebelum perang pecah dan Iran diserang, para zionis seperti Ehud Barak terus mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Iran sebagai musuh dunia.
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan mengenakan sekatan ekonomi seperti yang telah dilakukan kepda Iraq dahulu.
Media pro-Zionis terus berdondang sayang untuk memastikan rakyat dunia melihat Ahmadinejad (Presiden Iran) sebagai Hitler baru. Bila label telah dibubuh, maka amat senang untuk ditembak. END
BERKAITAN:
ARTIKEL PERTAMA
ARTIKEL KEDUA
No comments:
Post a Comment