Labels

Friday, March 28, 2008

Tribunal patut minta maaf.



Dr M: Suruh tribunal mohon maaf
Mar 28, 08 5:41pm
“Suruh tribunal mohon maaf.”

Itulah reaksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap desakan supaya beliau memohon maaf atas "kesilapan-kesilapan" sewaktu berlakunya krisis kehakiman pada 1988.

Dalam tulisannya yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris - The Sun, Dr Mahathir berkata bukan beliau yang memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abbas dan Hakim-hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Tan Sri George Seah.

Oleh itu, katanya, beliau tidak sepatutnya memohon maaf.

Jika ada pihak yang perlu memohon maaf, katanya, mereka adalah anggota tribunal yang dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar yang memecat Salleh.

Dr Mahathir juga berkata, beliau bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat sebarang 'kesalahan' selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Kecuali ada penganiayaan, katanya, tiada sebarang kesalahan yang dilakukannya sepanjang tempoh tersebut.

Mengenai gesaan pengerusi DAP, Karpal Singh supaya beliau memohon maaf terhadap krisis kehakiman pada 1988, Dr Mahathir berkata, tuduhan-tuduhan terhadapnya, termasuk pemecatan hakim-hakim, bukanlah dilakukannya olehnya dan kerana itu, beliau tidak patut memohon maaf.

"Suruh (anggota) tribunal memohon maaf," katanya dalam tulisan tersebut.

Dr Mahathir juga membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menggesa kerajaan memohon maaf atas pemecatan lima orang hakim terbabit.

Beliau berkata, peguam (Zaid) berkenaan telah "lupa" bahawa beliau turut menyokong tindakan ketika itu.

“Orang yang meminta kerajaan memohon maaf terhadap apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abbas mungkin telah lupa bahawa ketika menjadi presiden Persatuan Peguam Islam, beliau menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil ketika itu.

“Beliau menyelar Majlis Peguam kerana mengecam Tun Hamid Omar berhubung pemecatan hakim-hakim terbabit. Sekarang beliau mahu menjadi 'lebih betul daripada betul, saya bertanya-tanya mengapa," tambahnya.

Pada 1988, sebuah tribunal khas ditubuhkan untuk mendengar tuduhan-tuduhan salahlaku terhadap Salleh dan kerana mempertikaikan pindaan perlembagaan yang telah menghakis kuasa badan kehakiman.

Hakim Mahkamah Agung - George Seah dan Wan Sulaiman - yang memutuskan bahawa penubuhan tribunal itu tidak mengikut perlembagaan - juga turut dipecat selepas didapati bersalah atas tuduhan salahlaku oleh tribunal yang lain.

Perkhidmatan tiga orang hakim - Datuk Azmi Kamaruddin, Datuk Eusoffe Abdoolcader dan Datuk Wan Hamzah Mohamed Salleh - turut digantung.

Siasat salahlaku di Terengganu

Dalam tulisan yang sama, Dr Mahathir juga menyarankan supaya diadakan siasatan - sebaik-baiknya oleh agensi asing yang berwibawa - mengenai dakwaan berlaku salahlaku dan penyelewengan kuasa, sehingga menyebabkan pihak istana menolak calon menteri besar pilihan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, terdapat khabar-khabar angin yang mendakwa pelbagai projek yang dijalankan di negeri itu, bernilai berbilion-bilion ringgit, adalah tidak perlu dan membazir dan kontraknya diperolehi oleh orang luar Terengganu yang didakwa didokong oleh anggota keluarga pemimpin tertinggi negara.

Juga didakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi telah "mempengaruhi" bekas menteri besar, Datuk Idris Jusoh yang didakwa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di negara itu dan dia juga didakwa turut mendapat keuntungan kewangan, kata Dr Mahathir.

“Semua ini adalah khabar angin. Adalah agak mustahil untuk membuktikan apa-apa kerana mereka yang melakukannya, pandai untuk melindungi diri masing-masing," katanya lagi.

Di samping itu, kata beliau, rakyat 'tidak yakin' dengan siasatan yang dijalankan oleh agensi dan jabatan kerajaan kerana mereka mendakwa berlaku campurtangan kerajaan.

“Untuk membersihkan namanya, kerajaan perlu mendapatkan perkhidmatan agensi asing yang berwibawa untuk menjalankan siasatan. Tentulah, mereka mesti diberi akses sepenuhnya terhadap dokumen dan lain-lain," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir tak mahu memimpin orang penakut




Saya tak mahu memimpin orang penakut – Dr Mahathir

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Nasihat Tun Dr Mahathir Mohamed kepada orang Melayu berbunyi begini,"dalam bahasa Inggeris kata, no risk no gain …kalau tak berani kita tak dapat untung apa-apa…"

“Ini maknanya orang Melayu kena berani…kena berani", kata bekas Perdana Menteri itu kepada wartawan Agendadaily yang kebetulan bersua sejenak dengannya semasa beliau membeli belah di The Mall, Kuala Lumpur, petang Ahad.

Beliau yang ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan beberapa orang pegawal peribadi tiba di pusat beli belah itu lebih kurang jam 6.30 petang.

Dr Mahathir baru pulang dari menonton Formula One di Sepang nampak sihat dan segak dengan baju khas berlambangkan F1.

Beliau nampak kelihatan tidak kekok dengan suasana orangramai yang berhenti sejenak memerhatikannya malah sempat melayan orangramai yang datang menemui untuk bersalam, bertanya khabar dan bergambar.

Selepas membeli barangan di bahagian pasaraya,Dr Mahathir menuju ke sebuah kedai buku untuk melihat beberapa buku untuk bahan bacaannya.

Semasa perjalanan menuju ke kereta wartawan Agendadaily sempat juga bertanya tentang pasukan mana yang menang dalam perlumbaan F1 tadi, Dr Mahathir menjawab,"tadi, tempat pertama Ferrari dan kedua Sauber Petronas".

Beliau nampak semacam berbangga sikit bila sebut Sauber Petronas yang dapat tempat kedua.

Bertanya tentang senario politik semasa khususnya mengenai kenyataannya baru ini bahawa orang Melayu sekarang mempunyai sindrom takut, beliau lantas berkata ," sejak 400 tahun dulu lagi orang Melayu dijajah sebab penakut".

Ditanya bila orang Melayu patut bangkit, Dr Mahathir dengan ringkas menjawab,"la..lah (sekaranglah)".

Ditanya samada beliau mahu menerima sekiranya ada sokongan padu ahli UMNO untuk memimpin semula UMNO , bekas Perdana Menteri itu menjawab,"saya tak mahu memimpin orang penakut…"

Beliau bersama isteri meninggalkan pusat beli belah itu pada lebih kurang jam 7.23 petang.- 23/3/2008

Monday, March 24, 2008

Khir Toyo letak jawatan? Anehnya....


Mengapa Khir Toyo Lepas Jawatan Dalam Parti?


Posted on Sunday, March 23 @ 18:57:12 EST by reformis



Oleh Mohd Sayuti Omar

AWAL-AWAL lagi saya sudah merasakan pengakuan Mohamad Khir Toyo dalam tv sewaktu mengumumkan beliau melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kononnya atas kerelaan beliau dan tidak ada sebarang tekanan ke atasnya saya tidak mempercayainya. Sebabnya, masakan semudah itu Khir melepaskan jawatan yang cukup berprestaj itu.

Semua orang bermati-matian berusaha untuk memegang jawatan itu. Khir pula dengan senang melepaskanya, macam melepas merpati putih tanda kedamaian! Alasan Khir Toyo beliau lepas kerana ambil tanggungjawab atas kekalahan teruk BN/Umno di Selangor. Benarkah?

Tidak masuk akal alasan berkenaan. Khir sengaja mencari alasan untuk menghalalkan tindakannya. Dalam soal ini bekas MB Selangor itu ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Khir tidak jujur kepada dirinya sendiri.






Tidak masuk akal alasan berkenaan. Khir sengaja mencari alasan untuk menghalalkan tindakannya. Dalam soal ini bekas MB Selangor itu ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Khir tidak jujur kepada dirinya sendiri.

Dalam keadaan sekrang beliau seharusnya tidak menjadi pandir. Beliau harus berani berterus terang dan membela diri sendiri. Dalam keadaan sekarang tidak ada gunanya ikhlas dan berkorban untuk kesejahteraan parti. Umno dalam apa keadaan dan lakulah apa sekalipun ia tidak akan sejahtera lagi. Umno sudah parah!

Bagi saya Khir tetap kena tekan. Atau kena masukkan dalam botol dan mulut botol ditutup! Ini menyebabkan Khir tidak dapat bernyawa dan menjadi sempuk. Kalau beliau tidak ditekan dan diasak, saya kira bukan semudah itu untuk Khir keluar dari pintu pejabat Umno Selangor.

Kalau benar alasan yang dikatakan Khir itu, ini bermakna bukan beliau saja yang kena berbuat begitu. Orang lain juga yang partinyanya kalah perlu berbuat demikian.

Mahadzir Khalid di Kedah kena lepaskan jawatan Pengerusi Umno Kedah. Kedah juga mengalami nasib sama dengan Selangor. Kedah juga terlepas kepada pembangkang. Pas telah membentuk kerajaan di sana. Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak.


Menangis dua jam

Begitu juga dengan Perak. Tajol Rosli Ghazali bukan saja perlu menangis kerana tidak mahu tinggalkan kediaman Menteri Besar atau menangis dua jam kerana nak serahkan kerusi Gerik kepada MCA. Tetapi beliau juga kena menangis dan lepaskan jawatan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Perak juga bukan menang. Pembangkang, PKR-Pas-DAP telah menubuhkan kerajaan di negeri berkenaan. Mohd Nizal Jamaluddin sudah menjadi Menteri Besar.

Begitu juga dengan Annuar Musa di Kelantan. Annuar Musa dan Awang Adek Hussein juga gagal untuk merampas Kelantan. Annuar juga perlu melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Bukan itu saja jawatan-jawatan lain juga perlu dilepaskan termasuk jawatan Presiden Kafa, pengerusi surau Bukit Marak dan sebagainya. Sebab tanggungjawab dan malu Annuar sangat besar di Kelantan. Selain dia kalah taukeh dia juga kalah!

Di Kelantan MBnya ialah, *****.... eh... bukan...bukan masih lagi Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan bukan Awang Adek, Awang Adek sudah terkorban khbarnya masih nanar sampai hari ini.

Tetapi kenapa mereka tidak ambil tanggungjawab seperti Khir Toyo? Apakah mereka itu tidak ada muka atau jenis muka ditampal dengan belulang biawak? Tidak tahu malu muka! Manakala Khir pula yang suka makan tempe itu tahu malu dan ada perasaan bertanggungjawab?

Justeru apa yang Khir kata itu hanya alasan sahaja. Apa yang berlaku beliau kena tekan agar melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Kalau bukan kena tekan tidak semudah itu Khir bersedia untuk berundur. Masakan sebagai bekas MB beliau hilang penyokongnya sekelip mata sahaja. Ke mana menghilangnya Exco yang mengelilingi beliau selama ini?

Khir ini pun satu jenis manusia juga, orang tekan sikit sudah mengaduh, sudah mengaku kalah. Apalah jenis ahli politik kalau serapuh itu! Jelas Khir bukan seorang fighter.

Siapa yang menekan Khir Toyo di Selangor?

Untuk mengetahuinya cukup mudah. Tenguk siapa yang dilantik oleh Abdullah Ahmad Badawi mengetahui Umno Selangor. Dia ialah Muhammad Mohd Taib bekas menantu Sultan.

Suara ghaib

Jadi orang yang menekan Khir tidak lain dan tidak bukan, ialah bekas MB Selangor itu. Dalam hal ini sudah pasti Muhammad Taib akan gunakan suara ghib untuk tidak menampakknya.

Mungkin Muhammad Taib ada sound sesuatu kepada Abdullah mengenai Khir sehingga Abdullah merestui agar Khir Toyo berundur.

Abdullah yang terkenal dengan hobi suka tidur itu tidak akan mengetahui apa yang berlaku di Selangor kecuali ada orang yang memberi tahu dan membisikan sesuatu di telinganya. Selalunya Abdullah mengendorsekan sahaja apa-apa yang telah diputuskan.

Kemalangan yang menimpa Khir Toyo itu ialah kerana beliau kurang cekap dan tidak dapat membaca riak dalam ombak. Beliau kurang bijak membaca teka teki politik. Beliau seperti jahil dengan Machiavellism.

Jadi ada apa yang berlaku di Selangor terhadap Khir Toyo ialah beliau telah menjadi mangsa permainan politik gertak dan kodeta. Sesiapa yang mudah gelabah dan cemas maka mudahlah pula kuasa yang digenggamnya akan dikodeta!

Sunday, March 23, 2008

Sejarah UMNO dan PAS

Siapa sangka langkah Umno pimpinan Hussein Onn memecat Pas daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 akhirnya memberi kesan panjang kepada perpaduan Melayu dan Islam dalam negara hingga kini menghantui parti itu sendiri dan menyusahkan sebarang usaha kerjasama baru.

Sikap Umno tidak menghormati Pas pimpinan Asri Muda dalam menentukan kedudukan kerajaan Barisan Nasional negeri Kelantan pimpinan Pas ketika itu kini menunjukkan bahawa apa saja keputusan politik akan memberikan kesan panjang yang tidak dijangka pada masa akan datang


Kini kesukaran Umno untuk mendapatkan kerjasama daripada Pas adalah hasil daripada tindakan Umno yang tidak cukup berwawasan ketika itu. Dengan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman parti Pas, Umno meleraikan perpaduan Umno-Pas yang dirintis oleh Tun Razak Hussein dan Datuk Asri hingga kesannya sekarang ialah Barisan Nasional sendiri kehilangan sokongan di lima negeri.

Ketika Barisan Nasional berada di kemuncaknya dengan menguasai semua negeri di Malaysia, maka Umno pula memecahkan perpaduan Melayu-Islam dengan langkah pertamanya meretakkan hubungan antara kumpulan yang menyokong Asri dengan pihak Mohamad Nasir. Hasilnya Pas berpecah dengan menhasilkan sebuah parti serpihannya, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).

Akibatnya Pas kehilangan Kelantan tetapi bukannya kepada Berjasa yang menggantikannya dalam Barisan Nasional, tetapi Umno yang muncul sebagai pemimpin kepada kerajaan negeri Kelantan. Berjasa tidak muncul sebagai parti yang kuat seperti Pas. Maka Umno muncul bertambah gagah dalam Barisan Nasional. Sebaliknya dalam tahun 1984, Pas bertambah pecah dengan muncul sebuah lagi parti serpihan iaitu Hizbul Muslimin Malysia (Hamim). Parti ini diterima masuk ke dalam Barisan Nasional walaupun dibantah oleh Berjasa.


Walaupun ada dua, iaitu Berjasa dan Hamim dalam Barisan Nasional, ia tidak dapat menggantikan kekuatan Pas, tetapi sebaliknya ia juga gagal mengimbangi Umno. Ketika ini Umno berasa jalannya ini adalah benar. Dengan memecahkan parti islam tetapio akhirnya Asri sendiri menyertai Umno walaupun usahanya untuk membubarkan Hamim gagal.


Maka pada tahun 1990, Umno sendiri mengalami perpecahan. Daripada kehancurannya, muncul Umno Baru pimpinan Mahathir Mohamad dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun Umno Baru muncul sebagai pengganti Umno untuk menerajui Nariosan Nasional, tetapi Berjasa dan Hamim memilih untuk bersekutu dengan Pas dan Semangat 46, beserta untuk Kongres India Muslimin Malaysia (Kimma) menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah.


Menjelang pilihan raya umum tahun 1986, pihak yang mendokong perpaduan ummah hampir menang mengalahkan kumpulan yang banyak memecahkan perpaduan ummah. Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat hampir kalahkan Barisan Nasional. Maka dalam menghadapi situasi ini, Barisan Nasional mengambil jalan untuk memcahkan Angkatan-Gagasan ini. Mereka menghantar wakil ke Pas supaya keluar daripada Angkatan-Gagasan, sebaliknya bekerjasama dengan Umno.


Kalau rancangan Angkatan-Perpaduan adalah membenarkan Pas menjadi ketua kerajaan negeri bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, maka Barisan Nasional juga mampu menawarkan palek yang sama kepada Pas asalakan parti itu bekerjasama Umno. Lagipun digambarkan bahawa Pas yang Islami adalah lebih hampir dengan Umno, ketika itu di bawah pimpinan Mahathir dan Anwar Ibrahium, yang imejnya juga Islami, jauh berbeza daripada Semangat 46.


Tetapi janji adalah janji. Dalam detik-detik penting ini, Pas wajar beristiqamah dengan Semangat 46. Namun Semangat 46 ternyata yang tersilap dengan bersikap angkuh apabila berjaya menarik keluar Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Barisan Nasional. Maka Angkatan-Gagasan pun kecundang. Cumanya Angkatan pimpinan Pas berjaya menyapu bersih Kelantan. Namun begitu, akhirnya Umno berjaya juga memecahkan Angkatan-Gagasan apabila Semangat 46 dibubarkan dan diserapkan ke dalam Umno Baru.


Kerja-kerja memacahkan parti orang lain akhirnya memakan diri. Pada tahun 1999, Umno sendiri yang berpecah dan serpihannya menubuhkan Parti Keadilan Nasional. Padahnya diterima oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya tahun 1999, apabila Terengganu menyertai Kelantan untuk menjadi negeri bukan Barisan Nasional.


Pada tahun 1999, kemenangan Pas juga adalah hasil daripada perpaduan empat parti dalam Barisan Alternatif, iaitu Pas, Keadilan, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Tetapi jentera propaganda Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memecah belahkan Barisan Alternatif. Ia berjaya di satu peringkat apabila DAP keluar daripada Barisan Alternatif. Tetapi di pihak lain, gerakan perpaduan bergerak juga apabila Keadilan bergabung dengan PRM untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ia dan Pas mengukuhkan lagi Barisan Alternatif dengan Keadilan mempunyai jalinan kerjasama bersama DAP.


Umno dan Barisan Nasional berasa mereka berada di landasan betul apabila dalam pilihan raya tahun 2004, ia berjaya merampas Terengganu dan hampir menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Ketika itu, tidak ada sedikit pun cakap-cakap mengenai perpaduan. Sebaliknya, mereka berasa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional telah pulih.


Tetapi setelah kerajaan negeri Barisan Nasional di Selangor dan Perak tumbang dalam pilihan raya umum tahun 2008, tanpa tertangguh-tangguh usaha dilakukan untuk menarik keluar Pas daripada Barisan Alternatif. Maka gambarannya ialah muncul kerajaan Pas-Umno di Perak dan Selangor. Tidakkah ada pertimbangan bahawa rakyat yang mengundi Pas di kedua-dua negeri itu adalah atas kerjasama Pas, Keadilan dan DAP? Kalau betul hendak diuji, bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak di mana platfomnya adalah Umno dan Pas bekerjasama dan bertanding. Akibatnya adalah Pas akan berpecah. Itulah yang dikehendaki Umno.

SUMBER

Wednesday, March 19, 2008

Utusan Hari Ini

Mari belajar Bahasa Arab

Rahsia mahir berbahasa Arab

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab sama ada secara rasmi ataupun tidak. Bagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.

Ada juga yang bertanya, apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tip mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?

Sehubungan itu, penulis ingin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.

Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksimum.

Dengan kata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat al-Quran dan hadis.

Pendekatan belajar mudah bahasa Arab ini menggabungkan beberapa elemen penting dan beberapa konsep unik yang kita abaikan sebelum ini. Antara konsep itu ialah:

* Konsep Memanfaatkan Kelebihan Memiliki Kata Pinjaman.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian.

Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab.

Dalam peperiksaan Bahasa Arab Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya amat mudah kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1,700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini.

Untuk itu, satu kaedah baru telah diperkenalkan yang diberi nama MUKADDAM. Kaedah MUKADDAM ini adalah singkatan (Membandingkan Unsur-unsur Kalimah Arab Dengan Dialek Alam Melayu).

Ia adalah satu pendekatan mudah belajar bahasa Arab terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sudah menguasai Bahasa Melayu. Konsep yang ingin diketengahkan sebenarnya cukup mudah.

Setiap hari cuma satu kata pinjaman sahaja yang akan dihurai, diguna dan dipraktikkan. Inilah yang dikatakan, sehari sehelai benang, lama-kelamaan menjadi selembar kain.

Begitu juga dalam konteks belajar bahasa Arab yang mudah ini. Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan as-hala qamusin. Apa yang dimaksudkan dengan as-hala qamusin ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami.

* Konsep Zikrullah

Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawapan yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah Kaifa haluk? (Apa khabar saudara?) Jawapannya ialah Ana bikhair wal hamdulillah (saya baik dan alhamdulillah).

Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawapan alhamdulillah iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah?

Sehubungan itu, kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.

l Konsep Panggilan Mesra

Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam al-Quran, perkataan ya... (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali.

Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.

Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.

* Konsep Intonasi

Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.

Sebagai contohnya perkataan La yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan.

Perkataan La boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.

* Konsep Bahasa Badan

Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.

Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru.

Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr. Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya.

Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?

* Konsep Pengukuhan Dengan ayat al-Quran, al-hadis dan Kata-kata hikmat

Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam al-Quran, hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklum, bahasa al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa.

Begitu juga dengan al-Hadis dan kata-kata hikmat dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.

Sehubungan itu, kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.

Keenam-enam konsep ini telah diterapkan sedikit demi sedikit dalam program MAHIR. Pemilihan perkataan MAHIR ini berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah mahir adalah kata pinjaman yang berasal daripada Bahasa Arab. Ia mudah difahami dengan mudah oleh kebanyakan warga Malaysia.

Apa kata Mufti tentang kerajaan baru pembangkang?


Pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Tentang Kerajaan-Kerajaan Pembangkang Yang Baru Dibentuk

Posted on Mar 18, 2008



SOALAN: Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor?



JAWAPAN: “Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara ini, maka beberapa perkara –setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti berikut:



1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah-. Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara ini. Wajib kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk mengangkat imej Islam di negeri berkenaan.


2) Kerajaan Baru Kedah adalah harapan umum agar prinsip-prinsip siasah Islam yang menekankan soal keadilan dan kemaslahatan rakyat dalam dasar dan perlaksanaan benar-benar dapat dihayati. Mereka perlu bernafas panjang dalam mengambil sesuatu tindakan agar kegopohan parti mereka di Trengganu dahulu tidak berulang. Kelihatannya YAB Menteri Besar Kedah yang baru, mampu menonjolkan ciri-ciri kematangan politik yang baik di peringkat awal ini. Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam. Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru.


3) Kerajaan Baru Selangor sebenarnya berhadapan dengan situasi yang amat sengit. Ini kerana, Selangor adalah negeri maju, rakyatnya mungkin lebih sensitif dan kritis. Kedudukan Selangor yang terdedah kepada dunia yang lebih terbuka, menjadikannya kayu pengukur golongan cerdik pandai sejauh manakah slogan golongan pembaharuan politik ini dapat direalisasikan. Nampaknya tawaran-tawaran Kerajaan Baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini.


4) Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang pertolongan Allah untuk pentadbirannya.


Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa “laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”.

Zaman Fitnah Politik Membadai Negara


Zaman Fitnah

Posted on Mar 16, 2008


Tempoh ini bagaikan musim ‘fitnah politik’. Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat melayu kita sebagai ‘menuduh secara tidak benar’. Namun perkataan fitnah apabila digunakan oleh al-Quran dan Sunnah tidak pula bermaksud demikian. Perkataan fitnah dalam al-Quran dan Sunnah membawa berbagai maksud. Antaranya; syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Sekalipun berbagai pihak menghubungi saya dengan ‘jenuhnya’ meminta saya memberikan ulasan tentang perkembangan suasana politik tanahair kita yang dinamakan sesetengah pihak sebagai Tsunami politik tanahair, namun saya hampir mengambil keputusan untuk tidak mahu mencoretkan apa-apa pada minggu ini.

Saya ingin tangguhkan sedikit agar lebih mantap. Bukan lari daripada tangungjawab dan harapan masyarakat awam yang dahagakan pandangan pada musim gawat ini, tetapi bimbang pandangan yang salah hanya menambahkan kekusutan sahaja. Ramai yang resah kerana belum pasti apakah yang akan berlaku keesokannya? Ramai bimbang dengan keadaan yang terumbang-ambing.

Tempoh ini bagaikan musim ‘fitnah politik’. Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat melayu kita sebagai ‘menuduh secara tidak benar’. Namun perkataan fitnah apabila digunakan oleh al-Quran dan Sunnah tidak pula bermaksud demikian. Perkataan fitnah dalam al-Quran dan Sunnah membawa berbagai maksud. Antaranya; syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Maka ramai ustaz yang tersilap apabila memahami ayat Allah (maksudnya) “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) dengan maksud menuduh orang itu lebih dahsyat dari membunuh. Itu fahaman secara melayu, seperti menyamakan tuak di Kelantan dengan tuak di Kedah. Bukan itu maksudnya, tetapi yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat tersebut adalah ‘syirik’.

Adapun apabila disebut sebagai zaman fitnah ianya bermaksud zaman ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Ianya menjadikan manusia keliru dalam membuat pendirian atau begitu sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud pada waktu tersebut.

Suasana politik kita sekarang juga hampir sedemikian keadaannya. Ramai yang bingung dan terkedu. Ada yang menyatakan kita tunggu dan lihat. Ada pula yang berkata kita kena segera bertindak. Nabi pernah mengingatkan para sahabah: “Sesungguhnya nanti akan berlakunya fitnah, orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang berkenderaan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksudnya, yang cuba mengelakkan diri dari mencampuri perkara yang tidak pasti dalam zaman fitnah adalah lebih baik.

Berbalik kepada keadaan hari ini, saya juga terkedu seketika. Walaupun, jika anda membaca artikel saya yang lepas, saya seakan mengagak keputusan yang bakal lahir sebelum saya pergi mengundi. Namun hari ini realiti itu benar-benar terjadi bukan lagi ramalan. Lalu disusuli dengan suasana yang tidak menentu.

Rakan-rakan penganalisa politik yang hebat-hebat apabila berbicara, juga tidak tahu apa yang hendak mereka katakan ketika ini. Cakap-cakap berbagai kedengaran di sana-sini. Sms berterbangan ke sana ke mari. Membawa berbagai cerita. Ada yang lucu, ada yang resah, ada yang kecut. Sangat sukar hendak ditentukan mana satukah yang berita yang sahih.

Suasana ini sangat baru dan asing bagi kita. Ini mengingatkan saya kepada kata-kata al-Nadwi mengulas suasana gelisah selepas peristiwa pembunuhan Saidina ‘Uthman. Katanya : “Dibai`ah Saidina `Ali sebagai khalifah pada ketika yang paling gawat dan penuh ujian dalam sejarah. Ini kerana apabila beliau dilantik memimpin kerajaan dan masyarakat atau dibai`ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya khalifah muslimin `Uthman bin `Affan r.a. baru sahaja berlaku dengan cara yang paling keji, kejam dan ganas.

Pada zaman itu terkumpul faktor-faktor tidak puas hati, sentuhan perasaan dan jiwa, banyak pula berita khabar angin, persoalan dan salah faham. Perasaan ingin tahu dan meminta penjelasan bertambah kuat. Berita syahidnya `Uthman menjadi tajuk bicara di mana-mana. Suara orang ramai kedengaran di sana-sini meminta perlaksanaan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh `Uthman…Memang begitulah keadaan masyarakat manusia pada setiap masa dan zaman bila sahaja berlakunya kejadian yang asing bagi mereka, maka hilanglah ketenteraman dan ketenangan..”( Abu al-Hasan `Ali al-Nadwiy, Al-Murtada, m.s. 141, Damsyik: Dar al-Qalam).

Apapun, kita semua mengharapkan perkembangan politik yang sedang berlaku ini tidak akan membawa kerugian kepada umat Islam. Ya, kita ingin perubahan ke arah yang lebih baik. Itulah hasrat kita semua. Kita benci keangkuhan dan penyelewengan. Namun kita juga tidak mahu “menang sorak, kampung tergadai”. Atau “yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran”.

Jika pilihanraya yang baru berlaku ini berjaya me’nyah’kan calon-calon tidak berkualiti, al-hamdulillah. Namun, janganlah dalam masa yang sama ia mengundang keburukan yang lebih besar untuk umat ini. Saya tidak bimbang di negeri majoriti umat Islam seperti Kelantan, Perlis, Trengganu dan Kedah. Namun saya gusar dengan negeri yang nasib umat kita boleh diperjudikan.

Seperti kebiasaan, tulisan saya mengingat semua pihak secara adil. Hasrat yang baik belum tentu akan memberikan natijah yang baik jika tidak dibuat atau diatur secara teliti. Saya teringatkan kejujuran isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Saidatina Aisyah r.aha ketika ditanya mengapakah beliau membawa angkatan tentera seakan ingin berbalah dengan Saidina ‘Ali selepas pembunuhan Saidina ‘Uthman. Ini sebelum berlaku peperangan Jamal yang membabit pertempuran antara tenteranya dengan tertera Saidina ‘Ali.

Jawab ‘Aisyah r.aha: “Demi Allah! Orang yang sepertiku tidak bergerak dengan suatu perkara yang disembunyikan dan menyimpan berita dari memberitahu anak-anaknya (maksudnya: beliau adalah Umm al-Mu’minin iaitu ibu orang-orang beriman, oleh itu mereka semua adalah anak-anaknya seperti yang dijelaskan oleh al-Quran.)

Sesungguhnya golongan yang bodoh yang datang dari beberapa negeri dan para pemberontak kabilah telah memerangi tanah suci Rasulullah s.a.w. dan melakukan beberapa perkara di dalamnya. Mereka telah menempatkan di dalamnya orang-orang luar. Dengan itu mereka telah mengundang laknat Allah dan RasulNya. Apatah lagi mereka telah membunuh imam orang-orang Islam tanpa kesalahan dan alasan. Mereka telah menghalalkan darah yang haram lalu mereka menumpahkannya. Mereka mengambil harta yang haram dan menghalalkan tanah yang haram. Mereka telah mengoyak maruah dan nilai.

Mereka mendiami negeri yang penduduknya membenci mereka tinggal di dalamnya, kerana mereka memberi mudarat dan tidak memberi manfaat. Penduduk Madinah tidak mampu menghalang dan mereka merasa tidak aman. Aku pun keluar di tengah-tengah orang Islam untuk memberitahu apa yang para pemberontak itu lakukan dan kewajipan mereka untuk bangun membaiki keadaan”.

Lalu `Aisyah membaca firman Allah Surah al-Nisa’ ayat 114 (maksudnya) “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia.”.

Kata `Aisyah lagi, “Kami bangkit untuk mengadakan perdamaian seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. Inilah sikap kami, kami mengajak kamu kepada yang ma’ruf dan menggalakkannya. Menghalang kamu dari yang mungkar dan menggesa supaya kamu mengubahnya.” (Al-Tabariy, Tarikh al-Tabari, 4/461-462 melalui riwayat Saif bin `Umar, Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).

Hasratnya sangat indah, namun kesudahannya tidak sedemikian indah, sehingga berlaku pertumpahan darah di antara sesama kaum muslimin dalam peperangan Jamal. Kata Ibn Taimiyyah r.a: “Sesungguhnya `Aisyah tidak berperang dan tidak pula keluar untuk berperang. Tujuan beliau keluar hanyalah dengan hasrat untuk mendamaikan orang Islam dan beliau menyangka bahawa dengan keluarnya itu akan membawa kebaikan kepada orang Islam. Kemudian ternyata kepadanya bahawa tidak keluar itu lebih baik. Oleh itu, setiap kali beliau mengingati peristiwa itu beliau akan menangis sehingga membasahi kain tudungnya. Demikian jugalah semua al-Sabiqin (mereka yang menganut Islam pada peringkat awal) termasuk Talhah, Zubair dan `Ali yang Allah meredhai mereka semua, mereka menyesali penyertaan mereka di dalam peperangan tersebut.” (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 2/185, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian juga Saidina ‘Ali r.a. selepas berlakunya peperangan Jamal. Apabila melihat kaum muslimin terkorban dengan begitu ramai, beliau berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Alangkah baiknya kalau ayahmu telah mati sejak dua puluh tahun yang lalu”. Jawab Saidina Hasan: “Saya telah melarang ayah dari ini semua”. Jawab Saidina `Ali: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku tidak sangka akan berlaku sampai begini”. Lantas Saidina `Ali memeluk Saiyyidina Hasan dan berkata ” Apa lagi kebaikan yang diharapkan selepas ini” (Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/251, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Bukanlah hasrat saya mematahkan semangat islah dan perubahan kepada iklim dan cuaca yang lebih harmoni dan selesa. Namun saya membekalkan anda semua dengan bingkisan sejarah yang boleh dibuat kenangan dan pengajaran. Supaya semangat anda dikawal oleh keputusan akal yang matang. Langkah-langkah perubahan politik dalam sejarah telah banyak membawa kebaikan untuk kehidupan manusia kepada yang lebih adil dan damai. Juga, bukan sedikit langkah-langkah itu apabila tersilap mampu membawa padah yang tidak ada sudahnya. Berhati-hatilah kita semua dalam meneruskan proses pengislahan politik ini.

Ingin saya memuji bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyerahkan tugasannya dengan senyuman kepada Ketua Menteri yang baru dari parti lawannya. Bahkan dia mempertahankan pula agar projek-projek mega dari Kerajaan Pusat jangan dihenti untuk Pulau Pinang demi kebaikan rakyat.

Sikapnya ini membayangkan betapa kepentingan kaumnya lebih diutamakan dari yang lain. Beginilah juga sepatutnya para pemimpin melayu Islam. Jangan hanya kerana fanatik parti, kita sanggup memboikot dan menahan bantuan untuk negeri-negeri yang diperintah oleh sesama Islam tetapi berlainan parti. Di manakah ukhuwwah islamiyyah antara kita.

Marilah kita berpolitik dengan lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan umat melebihi emosi diri. Jangan pulak ada di antara kita yang sanggup berpakat dengan ‘orang lain’ melebihi saudara muslimnya’ sendiri. Firman Allah: (maksudnya): “Sekiranya ada dua golongan daripada orang-orang beriman berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu golongan itu melampau terhadap yang lain maka perangilah golongan yang melampau itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan `adil, dan berlaku `adillah kerana Allah sukakan mereka yang melakukan keadilan. (Surah al-Hujurat: 9).

Antara Kerajaan Pembangkang...


Antara Kelantan,Kedah,Penang,Perak dan Selangor

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


"Antara kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan Kedah, DAP & PKR di Pulau Pinang dengan kerajaan pimpinan gabungan PAS, DAP & PKR di Selangor dan Perak, mana yang ustaz lebih yakin akan berjaya memperkenalkan kerajaan bersih dari rasuah dan lain-lain jenayah kepimpinan?" Demikian tanya seorang pelajar sarjana kepada saya.





Soalan yang sukar dijawab dengan tepat tetapi masih boleh memberi pandangan.

"Ada banyak pro dan kontra" jawab saya secara ringkas dan mengambil jalan selamat.

"Contohnya ustaz, saya serius nak tahu ni" Desak pelajar tadi.

" Tak nak bezakan kerajaan tu dengan yang diperintah oleh BN ke?" Tanya saya pulak.

"tak mahu, itu dah basi...saya nak tahu antara lima ini aja" katanya sambil senyum dan memasukkan handphonenya ke dalam poket baju melayunya.

"Apa pandangan anta sendiri?" Soal saya semula

"Ana tiada idea yang konkrit buat masa ini dan ana lebih suka nak dengar pandangan ustaz je" tegasnya lagi.

Keberatan

Saya sebenarnya agak keberatan untuk memberi pandangan terutamanya saya agak jauh dari politik kepartian, saya juga tiada info yang mencukupi berkenaan perkembangan mana-mana parti yang disebutkan tadi. Saya juga tiada idea tentang tahap amanah setiap wakil rakyat yang menang itu.

Justeru sudah tentu sukar untuk saya meramalkannya apatah lagi membandingkannya dengan adil.

Namun demikian, agar tidak mengecewakan si pemuda yang bersungguh ini, saya berikan satu pendapat sederhana dan ringkas sahaja untuknya berfikir dengan lebih jauh.

"Jika dilihat dari asal dan asas perjuangan ketiga-tiga parti berkenaan, sudah tentu patutnya kerajaan yang dipimpin oleh PAS di Kedah dan Kelantan akan mampu membuktikan mereka paling bersih, telus dan amanah. Ini kerana pemimpin mereka menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan politik mereka.

Islam mewajibkan kita sentiasa bersih dari penyelewengan amanah kepimpinan, Islam ajar pemimpin agar tawaddhu dan bersedia menrima teguran baik dari ahlinya dengan minda berfikir dan hati sedar, sentiasa fikri kebaikan maksimum untuk rakyat lebih dari dirinya sendiri"

"Namun, itu jika ikut dari apa yang sepatutnya la"

"Jika dilihat dari apa yang ada secara praktikal pula mungkin akan akan yang berbeza" tambah saya lagi secara ringkas

"Kenapa pula beza" Tanyanya mendesak ingin tahu.

"Dari sudut logik, duit dan pangkat serta kuasa ini bukan calang-calang ujian. Ia boleh sahaja membuatkan ramai orang tersungkur termasuk golongan ustaz dan ilmuan Islam. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada pelaburan cepat kaya melalui internet. Bukankah ia banyak juga disertai oleh mereka yang bergelar ustaz dan berlatar belakangkan agama. Ini membuktikan harta mampu menjatuhkan iman mereka yang punyai ilmu agama"

Jika Tanpa Pantauan Telus Tanpa ‘Double Standard'

Justeru, ini membuktikan tanpa pantauan berterusan, seorang ustaz atau siapa saja walaupun berlatar belakangkan pengajian Islam atau dalam parti Islam, mereka boleh saja menyeleweng dan tersungkur apabila mendapat kuasa dan pangkat, apatah lagi parti yang berlatar belakangkan demokratik dan keadilan umum sahaja

"Atas asas itu, mungkin saya kira kerajaan Selangor, Perak dan Perak mungkin akan lebih mampu bersifat telus berbanding Kelantan dan Kedah." Kata saya..

"Isyh,, biar betul ni ustaz, masih kurang faham le" berkerut dahinya kali ini.

"Maksud saya, di Selangor dan Perak, kerajaan negeri mereka betul-betul bercampur. Sebagai orang luar, ingat sekali lagi, saya sebagai orang luar. Setakat ini saya melihat hubungan parti-parti dalam Barisan Alternatif tidaklah serapat parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA dan UMNO"

Namun hubungan sebegini ada hikmahnya juga, malah tidak keterlaluan jika saya katakan masih ada di lubuk hati masing-masing rasa sangsi antara satu sama lain. Hasil dari itu, apa yang positif adalah setiap wakil parti akan menjadi check and balance bagi prestasi dan pergerakan exco parti yang lain di samping bekerja bersungguh bagi buktikan kemampaun, ketelusan diri kepada ahli parti lain..

Secara logiknya keadaan ini akan mampu menutup banyak ruang salah laku dari exco setiap parti, sukar untuk masing-masing mengambil kesempatan atas kuasa yang sedang dipegangnya, kerana percampuran tadi menyebabkan masing-masing diteropong dari dekat oleh rakan-rakan alternatif mereka selain oleh BN.

Keadaan ini mungkin berbeza dengan Kelantan dan Kedah. Oleh kerana mereka dipimpin majoritinya oleh exco dari satu parti sahaja. Tanpa penjagaan sebaiknya amat amat DIBIMBANGI jika terdapat salah laku pun, ia boleh didiamkan akibat timbul perasaan segan, takut dan macam-macam lagi untuk menegur rakan separti sendiri, bimbang teguran akan membawa mudarat kepada persahabatan, parti secara umum dan macam-macam lagi. Hanya iman masing-masing yang mengawal mereka, berbanding di negeri bercampur tadi, iman dicampur dengan pantauan rakan parti lain.

Ingat Ingat Dan Ingatlah

Nasihat kita bersama untuk semua pemimpin, sebelum tenggelam dalam nafsu kepada harta diperolehi dari jawatan yang dipimpin, sedarilah bahawa jawatan tidak kekal. Janganlah sampai sedang berseronok dengan harta, pangkat dan pengaruh yang disangka kekal dan mustahil untuk jatuh itu. Tiba-tiba jatuhlah ia dengan izin Allah, jatuh tergolek. Jatuh boleh datang dalam bentuk tewas kerusi, tidak dilantik semula dan lebih dahsyat adalah tiba kematian tanpa petanda. Firman Allah swt :-

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya : Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu ( AL- IMran : 26 )






Lagi Penyakit Dalaman Satu Parti

Selain itu, boleh wujud satu keadaan dimana teguran itu walaupun benar, ia menyebabkan penegur dianggap musuh dalamannya, pembangkangnya, pendengki dan pelbagai lagi. Hasilnya penyakit ini akan merebak hingga terpecahnya kesatuan dan lemahlah gerakan.

Saya tidaklah mengatakan ia akan sudah berlaku dan banyak berlaku tetapi saya hanya katakan ia mungkin boleh berlaku. Kerana saya ada sedikit pengalaman melihat apa yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu. Tidak perlulah saya ceritakan di sini namun, saya katakan ada yang tidak kena berlaku sehingga menjadi barah dan virus yang amat melemahkan, menghilangkan hormat dan kepercayaan kepada tok wakil ini.

Malah saya yakin, dari ramai-ramai yang terpilih menjadi exco itu dan ini, sudah tentu akan dapat dilihat kemampuan masing-masing dalam menjalankan tugasan dan amanah. Oleh kerana manusia ini berbeza-beza kemampuannya, sudah pasti ada yang dapat dilihat sebagai ‘kurang mampu' berbadning yang lain. Tatkala itu akan wujudnya keperluan menukarnya dengan individu yang baru.

Namun akibat mereka semua satu gerakan dan parti, biasanya AMAT AMAT SUKAR untuk sesiapa sahaja mempelopori cadangan untuk menggantinya dengan orang lain. Jika dilakukan juga, amat mudah perasaan amarah jahat menetas dalam hati dan akhirnya mewujudkan kem demi kem, sangka buruk demi sangka buruk. Akhirnya wujudlah budaya cantas mencantas, tuduh menuduh, fitnah memfitnah sesama sendiri.

Justeru hati-hatilah dengan permainan jawatan, pangkat dan harta. Jika tanpa gaji yang besar pun apa yang saya sebutkan di atas boleh berlaku, apatah lagi dalam waktu jawatan itu dikelilingi kemewahan atau harta.

Di kesempatan ini, hadis yang amat popular di bawah amat baik untuk ingatkan kita sekali kepada semua wakil rakyat berjawatan exco dan berjawatan dalam kerajaan baru. Bantulah diri dan rakan agar tidak termasuk dalam kumpulan menzalimi dan mereka yang dizalimi. Sabda Nabi s.a.w :-

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أو مَظْلُومًا فقال رَجُلٌ يا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إذا كان مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إذا كان ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قال تَحْجُزُهُ أو تَمْنَعُهُ من الظُّلْمِ فإن ذلك نَصْرُهُ

Ertinya : Bantulah saudaramu yang sedang menzalimi orang lain dan saudaramu yang sedang menjadi mangsa kezaliman, lalu berkata seorang lelaki : "Wahai rasulullah s.a.w, Aku membantunya sekirnaya dia dizalimi tetapi bagaimana pula aku membantunya sedangkan di sedang menzalimi" ?

Jawab Nabi : "Dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman, itulah dia ertinya kamu membantunya"( Bukhari, 6552, 6/2005)


Dan sebagai akhirnya, friman Allah ini sebagai nasihat kepada diri, pembaca dan tentunya mereka yang sedang di alam baru sebagai tok wakil dan exco.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاء لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقَيرًا فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.. ( An-Nisa : 135 )

"ooo begitu pandangan ustaz" terlopong dia mengangguk

"Tapi ia hanya pandangan yang bebas di tolak dan diterima, tiadalah bagus sangat pun, hanya pandangan biasa dari orang biasa. Ok ye..mari kita bersangka baik kepada penegur dengan kandungan membina dan mereka yang ingin menasihat, Apapun, perkembangan dari luar setakat ini. Nampak banyak pendedahan yang menggalakkan, seperti :-

1) Setuju declare harta kepada umum..tetapi saya sedang tunggu ni siapa nak mulakan.

2) Kedah umum turunkan cukai tanah di Kedah 30 %. Di sini

3) Perak dan Selangor declare tidak pecat kakitangan berbeza ideologi politik jika benar-benar berkualiti kerjanya.

4) Semua kerajaan negeri-negeri yang baru umumkan nak bersih dari rasuah. Namun semua orang boleh cakap, kita tunggu nak tengok sekarang.

5) Ada yang isytihar potong elaun exco untuk rakyat, dan tidak dibenarkan exco buat bisnes agar tidak terdapat konflik interest dan yang boleh bawa kepada salah guna kuasa dan rasuah. Ini bagus, tetapi bagaimana jika adik beradik sebagai proksi pula?. Kena semak juga ye.

6) Ingin perkenal program bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu berkuat kuasa April. Untuk tujuan itu diwarwarkan akan menyemak kontrak air di Selangor kerana didapati mengayakan satu pihak dan merugikan rakyat, Ini bagus tapi ingin dilihat akan diberi kepada siapa pula. Kami ingin lihat tender terbuka berdasarkan merit tanpa rasuah. Sumber di sini.

7) JKKK and Tabika Kemas dibiar operasi macam biasa, Cuma silibus akan disemak sikit..ini juga tindakan yang ingin dilihat, toleransi dengan mereka yang berbeza fahaman politik.

8) Sumber kekayaan Selangor akan ditadbir secara berkesan. Sumber di sini; ini baik lafaznya, namun praktikalnya yang sedang dan akan dipantau oleh rakyat.

9) Penang dan Perak membatalkan saman oleh PBT. Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga 17 Mac 08. Ini baik namun ada buruknya juga.

10) Cadangan menjual semua rumah exco Selangor yang dulunya bernilai RM 21 atau RM 40 juta bagi tujuan membangunkan negeri. Ini juga baik. Sumber di sini.


Selain dari apa yang disebut di atas, saya juga ingin melihat perancangan terperinci tentang menghidupkan institusi masjid dan ilmu dalam masyarakat. " Saya menamatkan bicara.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Persetujuan bersama Ketua Pembangkang....

19Mar08


Kenyataan Bersama oleh DSAI, YB Lim Kit Siang & YB Ustaz Abdul Hadi Awang


Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen

Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Ustaz Abdul Hadi Awang



Joint Press Statement by DS Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang, YB DS Abdul Hadi Awang

We, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Haji Hadi Awang, on behalf of KeADILan, DAP and PAS agreed in a meeting on the night of March the 18th that the wishes of the people as manifested during the 12th General Elections must be respected and implemented by us and our parties.

We agree that a stronger form of cooperation must be seriously considered, taking cognizance of the desires of the people for the formation of a new government for the Federation and the states that can bring major changes for the rakyat.

We also agree to propose YB Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail, President of KeADILan, which is the biggest opposition party in the 12th Parliament, as the Parliamentary Opposition Leader, until Dato’ Seri Anwar Ibrahim qualifies to stand for election.


Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Ustaz Abdul Hadi Awang

Tuesday, March 18, 2008

Kisah Anwar dengan Dr Mahathir...


Anwar telah cuba bertemu saya beberapa kali - Dr Mahathir
Posted on Saturday, January 06 @ 10:45:17 EST by TokAyah


Kiriman malaysiakita.net
Terjemahan dari tulisan Raja Petra Kamarudin "Mahathir breaks his silence"

oleh Marhaintua - Mandat 2020

"Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan pelakon-pelakon penting yang terlibat dengan mengabui perhatian Gaboner Bank Negara ketika itu – almarhum Tan Sri Jaffar Hussein - untuk melakukan kerja-kerja spekulasi tukaran matawang asing (forex) menyebabkan kerugian besar sehingga RM30 bilion antara 1992 – 1994," demikian laporan Malaysiakini pada 19 Julai 2006.

Malaysiakini seterusnya melaporkan:

Sambil menyatakan bahawa keseluruhan episod itu adalah "pengalaman yang paling dahsyat" ketika berada dalam kerajaan, Anwar mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut terlibat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hingga menyebabkan kerugian besar yang masih belum dapat dipulihkan kembali oleh Bank Negara hingga hari ini.

"Itulah kerja Nor Mohamad dan Dr Mahathir serta Daim. Ketika itu saya baru sahaja memegang jawatan Menteri Kewangan. Tetapi saya percaya Jaffar yang tidak tahu-menahu mengenainya bila saya bertanya beliau. Memang dia betul-betul memikirkan bahawa jumlahnya seditkit sahaja," jelas Anwar dalam temubual selama dua jam di pejabat Malaysikini di Bangsar Lama.

"Ketika tiba masa saya memahami segala-galanya, masalah sudah membengkak. Kita bercakap mengeenai kerugian yang menghampiri US$10 bilion."

Anwar mendakwa dia tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai spekulasi forex hinggalah lawatan beliau ke luar negara di mana beberapa orang kawan menghubunginya dan menyatakan bahawa Bank Negara adalah antara tiga pelakon teratas dan sudah dianggap secara merata sebagai sebuah bank penyangak.

"Saya mendapat tahu daripada seorang kawan di Switzerland yang memberitahu: "Anwar, spekulasi ringgit Bank Negara adalah besar," Saya memberitahu beliau, perkara itu tidak mungkin benar kerana kami perlu melindungi simpanan kami. Tetapi beliau berkata bahawa kamu (Bank Negara) adalah antara tiga bank teratas. Salah satu yang teratas! Saya berkata adalah tidak masuk akal kita boleh menjadi salah satu negara itu yang melibatkan diri dalam berbilion dollar spekulasi forex."

Pada 12 April, 1994, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang membangkitkan perkara tersebut di Parlimen.

"Apabila Laporan Bank Negara bagi tahun 1992 diumumkan tahun lepas (1993), Tan Sri Jaffar Hussein yang disokong oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) telah menafikan bahawa terdapat apa-apa lubang atau hole, dengan izin, di dalam Bank Negara. Dan beliau menegaskan bahawa kerugian sebanyak RM9.3 bilion dalam urusniaga matawang asing yang ia bersedia mengakui merupakan hanya 'paper losses' dan bahawa kerugian Bank Negara itu adalah keuntungan buat negara atau pun "Bank Negara's loss is the nation's gain." Kita semua ingat lagi."

"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa kerugian sebanyak RM5.7 bilion dalam urusniaga matawang asing pada tahun lepas datangnya daripada keuntungan yang diperolehi dalam urusniaga matawang asing dalam tahun-tahun yang sebelumnya.""Dalam usul khas saya atas kerugian tukaran asing Bank Negara di Parlimen pada April tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan sungguh-sungguh telah menafikan bahawa Bank Negara telah menjalankan spekulasi atau berjudi dalam tukaran matawang asing."."Lim Kit Siang telah menjawab kenyataan Anwar Ibrahim kepada Parlimen sepuluh hari sebelum itu, pada 2 April 1994, di mana dia telah berkata:

"Dari tahun 1981 sehingga 1984, kerugian yang dialami oleh Bank Negara kerana mempertahankan ringgit, dasar yang didukung oleh Menteri Kewangan pada masa itu, ialah RM9.5 bilion

"Prinsip pertanggungjawaban diterima oleh Tan Sri Jaffar Hussein. Saya akui beliau merupakan salah seorang Gabenor Bank Pusat yang berjaya, dihormati di rantau kita dan juga di dunia antarabangsa. Kesilapan diakui kerana beliau tahu maklumat terperinci telah tidak pernah dikemukakan kepada saya atau kepada Perdana Menteri. Beliau tahu dan saya tahu. Kita diberitahu maklumat itu hanya sebelum akaun 1992 hendak dibentangkan. Pada masa itu baru kita tahu."

Pelbagai laporan yang bercanggah di atas boleh di rumuskan sebagai berikut:

Selama beberapa tahun sehingga 1992, Bank Negara telah mengalami kerugian wang yang begitu besar jumlahnya akibat kerugian ketika terlibat dalam pertukaran matawang asing.

Pada 1993, laporan Tahunan Bank Negara 1992, telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan ketika itu, Anwar, menafikan bahawa Bank Negara mengalami kerugian dan apa yang berlaku hanyalah kerugian 'atas kertas' bererti secara fizikalnya Bank Negara tidak mengalami apa-apa kerugian.

Pada 1994, Anwar telah mengakui bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian kira-kira RM9.5 bilion tetapi berkata bahawa dia dan juga Perdana Menteri tidak tahu-menahu bahawa Bank Negara telah mendedahkan dirinya kepada risiko pertukaran matawang asing. Anwar menyalahkan Gaboner Bank Negara sepenuhnya atas kerugian itu kerana bertindak sendirian tanpa kelulusan ataupun berunding dengan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan.

Pada 2006, Anwar telah menyalahkan Dr Mahathir dan Daim berikutan kerugian Bank Negara dan mengisytiharkan bahawa kerugian itu sebenarnya mencecah RM30 bilion ataupun lebih (US$ 10 bilion). Wang yang kerugian itu, kata Anwar langsung tidak dapat diperolehi kembali sehingga hari ini.

Malaysia Today telah meminta penjelasan Dr. Mahathir berhubung dakwaan itu. Jika Dr Mahathir tidak lagi mengingati peristiwa tersebut, Malaysia Today mengingatkan beliau bahawa perkara tersebut telahpun dibangkitkan di Parlimen pada April 1993, dan sekali lagi pada April 1994. Pada mualanya Anwar telah menafikan bahawa Bank Negara telah mengalami sebarang kerugian. Setahun kemudiannya, beliau mengaku pula bahawa negara memang pernah mengalami kerugian, tetapi menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu dan turut mengumumkan bahawa Perdana Menteri juga tidak tahu-menahu. Namun demikian, sekarang (2006) Anwar telah menyalahkan Dr. Mahathir dan Daim atas kegagalan itu dan berkata dia (Anwar) hanya mengetahuinya ketika dia bertemu seorang kawan di Switzerland.

"Sudan tentulah kita semua tahu hal itu," kata Dr. Mahathir. "Malah kita telah buka satu pejabat di London untuk tujuan itu dan saya telah merasmikan pembukaan pejabat tersebut."

Tujuan kita berdagang dengan matawang ialah untuk menyokong Ringgit berbanding dollar Amerika, jelas Dr Mahathir. Semua orang melakukannya, kata Dr Mahathir. "Dan pada awalnya kita memang mendapat banyak keuntungan," katanya lagi.

"Memanglah selepas itu kita rugi sedikit tetapi kerugian kita adalah lebih kecil dari keuntungan yang kita perolehi. Kerugiannya tidaklah sampai RM20 bilion seperti yang disebut oleh Anwar. Jumlahnya lebih kecil dari itu, tetapi saya tidak ingat berapa jumlahnya yang sebenar. Tapi memang tidak tidak sampai RM30 bilion".

Kenyataan Dr Mahathir itu memberi andaian bukan sahaja menjelaskan bahawa segala kerugian telah ditebus kembali, bertentangan dengan dakwaan Anwar, malah kerugian itu adalah sedikit sahaja dan hanya sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi sebelumnya. Dengan itu, kerugian Bank Negara sebenarnya adalah sebahagian dari keuntungan yang diperolehinya pada peringkat awal.

"Apapun," hujah Dr. Mahathir, "Pada waktu yang sama pasaran saham naik sehingga ke tahap 840 mata daripada 262 mata. Ini merupakan permodalan pasaran sekitar RM300 bilion. Jadi, ketika kita rugi sedikit di pasaran matawang asing, kita telah untung berlipat kali ganda melalui keuntungan pasaran saham. Ini bermakna memberi sokongan kepada Ringgit dan menentukan satu matawang yang stabil membantu pasaran saham. Inilah yang memberi keyakinan kepada pasaran dan membolehkan rakyat Malaysia meraih keuntungan."

Dengan itu Dr Mahathir berpendapat, bahawa pada peringkat pertama operasi Bank Negara adalah satu kegiatan rasmi dan sah untuk menyokong Ringgit. Kedua, ia adalah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan dan bukan oleh operasi Bank Negara, yang dikatakan bank penyangak, tanpa kebenaran dan pengetahuan kerajaan, termasuklah Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Malahan, satu pejabat baru dibuka di London untuk tujuan itu untuk memberi sokongan kepada Ringgit dan mengelakkannya daripada merudum. Akhirnya ringgit yang stabil menghasilkan keyakinan pelabur yang kemudiannya menghasilkan kerancakan Bursa Saham Kuala Lumpur yang naik tiga kali ganda dan mencetuskan permodalan sekitar RM300 bilion.

{catatan penterjemah: heheheh ...... pandai Mahathir kelentong ..'market capitalisation' di pasaran saham adalah berbentuk nilai kertas -saham sahaja, kebanyakannya. Apabila melibatkan matawang negara untuk spekulasi forex kita melibatkan wang secara fizikal, dan membabitkan prinsip 'fudiciary' !!!!!}

"Adakah awak tahu bahawa Anwar telah cuba bertemu saya beberapa kali?" tanya Dr. Mahathir.

Saya tahu ini adalah berbentuk satu soalan, tetapi ada ketikanya kenyataan dikemukakan dalam bentuk persoalan, jadi saya anggap ini sebagai satu kes semacam itu.

Saya termangu sebentar kerana tidak tahu apa yang perlu dijawab. Apakah yang patut saya jawabkan? Kalau ada sesiapa yang bertanya apakah anda fikir dia bodoh, jelas dia tidak mengharap anda berkata "ya!" kerana apa yang dimaksudkannya ialah dia bukannya bodoh. Bagaimana pun kerana tidak mahu menjadi seseorang yang mahukan orang lain menguasai keadaan, saya pun menjawab, "Ya, saya pernah mendengarnya."

Memang benar perkara ini dan saya bukannya berbohong. Saya memang pernah mendengar perkara itu daripada seseorang yang mendakwa Anwar bercakap dengannya dan bertanya apakah dia mahu menjadi orang perantara untuk mengatur satu pertemuan dengan Dr Mahathir.

"Anwar telah bercakap dengan beberapa orang dan meminta mereka menemui saya. Dia mahu berjumpa walaupun saya tidak tahu kenapa. Pada pendapat awak, kenapa dia mahu bertemu saya?"

Jelas dia memang mahukan jawapan kepada soalan itu. Kenapa dia bertanya saya dari begitu ramai orang lain? Saya tidak faham langsung. Mungkin juga dia berfikir saya memang rapat dengan Anwar jadi saya mungkin mengetahui jawapannya?

Saya memang pernah menjadi Pengarah Kempen Bebaskan Anwar, tetapi itu adalah pada hari-hari ketika Anwar merengkok dalam penjara. Sejak 2 September 2004, hari dia dibebaskan, saya telah memberikan tumpuan kepada Malaysia Today yang kini tugas sepenuh masa saya dan saya juga tidak banyak berinteraksi dengan Anwar

Saya tidak mahu kelihatan kebingungan. Mungkin Dr Mahathir menguji saya untuk mengetahui apakah saya benar-benar mengetahui apa yang sedang berlaku ataupun apakah saya ini kononnya seorang penganalisis politik yang hebat yang saya lagakkan. Dia telah bertanya kenapa Anwar mahu bertemu beliau. Jadi dia mencari pendapat saya dan mahu menilai apakah pandangan itu betul ataupun mungkin juga salah. Jadi saya berlakon dengan Dr Mahathir dalam lakonan dua puluh persoalan dan mahu lihat betapakah dia menilainya pula.

"Saya fikir Anwar mahu berjumpa mendapatkan restu."

"Untuk apa?"

Begini, kalau dia mahu menganggotai UMNO semula dia perlukan satu rekod yang bersih. Dia perlu menunjukkan sudah berdamai dengan Tun. Ini sahaja satu-satunya 'stigma' (penghalang) yang melecehkan beliau masuk UMNO semula. Kalau dia dapat buktikan sudah bermaaf-maafan dan melupakan perkara yang silam makanya dia dapat sokongan Tun dan sokongan penyokong Tun dalam UMNO. Tun masih memilikki sekurang-kurangnya 60% sokongan dalam UMNO. Kalau digabungkan ini dengan para penyokongna sendiri yang masih kekal dalam UMNO sudah tentu ini memberikan satu kekuatan padanya.

"Apakah saya masih mempunyai 60% sokongan dalam UMNO?"

"Aha, ini satu soalan yang ada trick ataupun muslihatnya. Saya tahu dia sendiri tahu akan jawapannya tetapi dia mungkin mahu mengusik apakah saya tahu perkara yang saya tuturkan.

"Kalau ikutkan pendapat ibupejabat UMNO, memang anda mempunyai sokongan sebanyak itu. Itu sebabnya Pak Lah mengeluarkan RM600 juta kepada semua Ketua Bahgian pada petang menjelang Persidangan Agong UMNO . Dia mahu menumpulkan bisa para penyokong Tun yang mahu mencetuskan bantahan. Pada dasarnya dia mahu membeli semua penyokong Tun."

Dr Mahathir tidak berkata apa-apa selain mengangguk kepala, jadi saya tidak tahu apakah dia bersetuju dengan anadaian saya itu ataupun tidak.

"Tetapi apa pasal dia mahu balik semula kepada UMNO?"

"Saya fikir kalau dia mahu menjadi Perdana Menteri. Dia sedar bahawa dia tidak boleh menjadi seorang Perdana Menteri kalau tidak masuk UMNO semula. Hanya Presiden UMNO yang boleh menjadi Perdana Menteri dan dia sedar akan perkara ini."

"Tetapi bagaimana dia boleh balik menganggoi UMNO. Apakah UMNO akan terima?"

"Sebenarnya dia tidak perlu rujuk balik kepada UMNO seolah-olah dia memohon menjadi anggota UMNO semula. Kalau dia berbuat demikian ramai yang akan menentang, lagipun dia perlu memulakan segala-galanya dari bawah. Dia bukannya muda lagi untuk sabar memulakannya daripada bawah. Dia perlu masuk semula di peringkat atasan, semacam menyambung semula apa yang ditinggalkannya."

"Bagaimana dia boleh berbuat begini?"

"Wau…. Memang inilah sesungguhnya soalan besar."

"Kalau UMNO membuat pengumuman bahawa pemecatan beliau dulu adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan parti, bererti dia akan diambil masuk semula. Anwar bukannya diadili oleh Lembaga Disiplin UMNO.

"Dia telah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO tanpa mewujudkan satu perbicaraan yang adil. Semua pemecatan yang lain-lain adalah berdasarkn keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Tetapi tidak dalam kes Anwar.

"Sebab musabab dia dipecat ialah kerana dakwaan adanya salahlaku seksual. Tetapi mahkamah telah membebaskan beliau dari segala tuduhan salahlaku seksual. Ini bermakna pemecatan beliau daripada UMNO dikira tidak sah. Ini bererti pemecatan belaiu daripada UMNO mesti diterbalikkan.

Dr Mahathir hanya melopong merenung saya tanpa berkata apa-apa. Opocot…!!!! Apakah saya telah berlagak keterlaluan dalam hal ini. Akan tetapi keadaan sudah terlambat untuk balik ke pangkal jalan. Jadi saya perlu teruskan dan nyatakan pendapat saya.

"Kalau ada segelintir Bahagian UMNO meluluskan satu resolusi meminta Majlis Tertinggi mengkaji semula pemecatan Anwar berasaskan pemecatan yang dibuat bertentangan dengan Perlembagaan parti, beserta asas pemecatannya itu tidak lagi dikira sah, makanya Majlis Tertinggi UMNO tidak punyai pilihan lain lagi.

"Mereka bolehlah berkata bahawa pada 1998, Majlis Tertinggi bersetuju dengan cadangan Presiden untuk memecat Anwar kerana beliau (Presiden UMNO) pernah berkata dia mempunyai bukti yang cukup bahawa Anwar telah melakukan salahlaku seksual. Oleh kerana mahkamah sudahpun tidak berseutju dengan fitnah itu kerana tidak ada buktinya, makanya pemecatan itu harus diterbalikkan dan Anwar mesti diambil semula.

"Tetapi Najib sudahpun menjadi Timbalan (Presiden)".

"Najib telah dilantik sebagai seorang Timbalan. Dia tidak pernah bertanding jawatan itu. Sebaliknya Anwar bertanding dan menang. Jadi, Anwar telah dipilih oleh anggota patri sedangkan Najib tidak begitu. Najib hanya dilantik. Kalau pemecatan Anwar dianggap tidak sah, bererti dia sesungguhnya merupakan Timbalan Presiden Parti. Bukannya Najib".

"Adakah awak seorang peguam?"

"Tidak…saya hanya seorang penulis."

"Tetapi awak temberang macam peguam?"

"Ini hanya teori saya sahaja. Apakah Pak Lah menyokong langkah untuk membawa masuk Anwar kembali menganggotai UMNO mungkin bergantung kepada berapa besarkah ancaman yang dihadapinya Kalau dia merasakan bahawa kedudukannya terancam dan dia memerlukan Anwar untuk membantu mempertahankan kedudukannya, tentulah masuk akal untuk beliau mengusahakan Anwar diambil semula oleh UMNO".

"Apakah dia boleh percayakan Anwar? Anwar pernah cuba menyingkirkan saya. Dia mungkin lakukan perkara yang sama kepada Pak Lah."

"Tentu, tetapi ini adalah masalah sekonder, Dia memerlukan Anwar untuk menyokong beliau menghadapi Tun dan Najib dan selepas dia mengenepikan segala ancaman itu barulah dia boleh menangani Anwar".

"Apakah kamu tahu kalau Anwar tidak cuba menyingkirkan saya dia sudahpun menjadi Perdanaa Menteri sekarang? Saya sudah merancang mahu bersara pada 1998 tetapi disebabkan krisis 1997, dan apa yang Anwar lakukan saya tidak ada pilihan selain mengekalkan kedudukan. Malahan rumah kediaman baru Perdana Menteri di Putrajaya telah dibuat untuk Anwar dan bukannya untuk saya. Terdapat enam bilik tidur. Kenapa saya perlukan enam bilik tidur? Saya bukannya ada ramai anak seperti itu, Anwar yang mempunyai anak seramai itu. Kediaman itu adalah untuk dia dan bukan untuk saya. Tetapi kerana perbuatan Anwar saya tidak ada pilihan walapun saya sudah merancang mahu bersara".

"Ya, saya memang tahu akan perkara itu".

Kita akan sambung di lain waktu. Jika saya rasa mahu mendedahkan apa yang saya bincangkan dengan Mahathir….."

Senarai Kabinet Baru Pak Lah...



Senarai Penuh Kabinet Abdullah Badawi :

Perdana Menteri: Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri: Dato' Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Dato' Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Dato' Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Dato' Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan: Dato' Johari Baharum
Timbalan: Dato' Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan : Dato' Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Dato' Seri Syed Hamid Albar

Timbalan : Dato' Chor Chee Heung
Timbalan : Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Dato' Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Dato' Ong Tee Keat

Timbalan : Dato' Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed

Timbalan : Dato' Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Dato' Peter Chin Fah Kui

Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri : Dato' Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Dato' Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Dato' Liew Vui Keong
Timbalan : Dato' Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Dato' Mustapa Mohamed

Timbalan : Dato' Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Dato' Shahrir Abdul Samad

Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Dato' Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan : Dato' Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Dato' Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri : Dato' Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Dato' Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri : Dato' Shafie Apdal

Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Dato' Dr. S Subramaniam

Timbalan : Dato' Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Dato' Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Dato' Ong Ka Chuan

Timbalan : Dato' Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Dato' Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak

Timbalan : Dato' Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Dato' Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Dato' Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Dato' Liow Tiong Lai

Timbalan : Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri : Dato' Noh Omar

Timbalan : Dato' Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Dato' Dr Ng Yen Yen

Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Dato' Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri : Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Dato' Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri : Dato' M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Dato' Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri : Dato' Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Dato' Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Dato' Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri : Dato' Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh - mr

Friday, March 14, 2008

Surat Mukhriz kepada Pak Lah

http://media1.malaysiakini.com:8080/117/82d9518c15f8d9052dbd6566e8d0c79f.gif

Ketua Menteri Pulau Pinang Ke-4


Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng)

Beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP). DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12. Beliau merupakan anak lelaki kepada Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, dan berkahwin dengan Betty Chew, salah satu anggota yang disegani dalam parti DAP.

Pendidikan awal

Lim Guan Eng memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudianya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di Batu Pahat High School dan Melaka High School. Beliau melanjutkan pelajaran tingginya ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi dan diiktiraf sebagai akauntan profesional yang berkelayakan pada 1983. Beliau pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society).

Karier politik

Lim menghadapi perlantikan pertama sebagai Anggota Parlimen Kota Melaka pada 1986, selepas menewaskan Soh Chin Aun dengan majoriti 17606 undian. Beliau kemudian kembali dipilih pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, meskipun dengan undian majoriti yang berkurangan. Beliau kemudian menjadi orang yang pertama pernah dilantik dalam tiga penggal berturutan di Kota Melaka. Beliau menjadi alumni Melaka High School yang pertama mencapai rekod tersebut

Di dalam Parti Tindakan Demokratik, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada 1989 dan sekali lagi dilantik pada 1992. Pada 1995, beliau dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Lim dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004, dan memegang posisi itu sehingga kini.

Lim terpaksa meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 sehingga 25 Ogos 2004 kerana tidak dibenarkan oleh makhamah untuk menjadi Ahli Parliamen. Penggantungan ini disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas rayuan diterima, Lim dipenjarakan selama 18 bulan. Beliau, walaubagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999. Disebabkan pemenjeraan tersebut beliau tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya selama 5 tahun, dan beliau kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Beliau merupakan calon bagi kerusi parlimen Bagan dan juga kerusi DUN Air Puteh di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.

Pada 2005, Lim melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya terakhir dan kedua-terakhir (masing-masing). Walau bagaimanapun, Lim masih teguh berada pada posisi Setiausaha Agung DAP, beliau secara automatik termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti. Walaupun isterinya bertindak sebagai ketua wanita Melaka DAP, tetapi isterinya tidak termasuk dalam komiti. [1] Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP yang mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew dihalau daripada komiti. [2]

Pada pilihan raya umum 2008, Lim muncul kembali dalam arena politik, memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional.



Kehidupan peribadi

Lim berkahwin dengan Betty Chew. Beliau dikurniakan empat cahaya mata.

Menteri Besar Selangor


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.ADUN Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Khalid yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat mengangkat sumpah depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Istana Bukit Kayangan.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali disebut-sebut sebagai Timbalan Menteri Besar bagi kerajaan campuran tersebut.

Biarpun wujud dakwaan DAP berminat dengan kerusi tersebut, namun ramai berpendapat lebih baik kerajaan campuran tersebut mengekalkan status quo yang ada.

Jika cadangan tersebut diterima, ini bermakna jawatan Timbalan Menteri Besar akan diserahkan kepada wakil dari PAS.

PKR menang dengan 15 kerusi, DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi, pakatan tersebut berjaya membentuk kerajaan baru setelah berjaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-12.


Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Politik

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan.

Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.
Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Hebatnya MB Selangor baru ni,berbanding doktor gigi tu(Bekas MB)

Thursday, March 13, 2008

Menteri Besar Kedah ke-9...




Ustaz Azizan angkat sumpah jawatan MB Kedah

09/03/2008 3:46pm

ALOR STAR 9 Mac — Pesuruhjaya Pas Kedah, Ust Hj Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman di sini, petang ini.

Azizan, 64, menyempurnakan upacara angkat sumpah itu yang berakhir 3.30 petang ini di hadapan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Pemilihan Pesuruhjaya Pas Kedah itu sebagai Menteri Besar dibuat selepas parti itu memenangi paling banyak kerusi berbanding dua lagi parti pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-12, semalam.

Pakatan pembangkang memenangi 21 kerusi dengan Pas meraih 16 kerusi, PKR (empat) dan DAP (satu) berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 14 daripada sejumlah 36 kerusi DUN. Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.(tapi akhirnya calon bebas masuk PKR dan terus menjadi exco Kerajaan Negeri Kedah).

Bagi 15 kerusi Parlimen di Kedah, Pas memenangi enam kerusi, PKR (lima) dengan BN (empat- Parlimen Langkawi,Jerlun,Kubang Pasu dan Alor Star).

Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Undang-Undang dari University of Kent, United Kingdom. Beliau juga merupakan bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa(AJK) PAS Pusat. — BERNAMA.


Artikel lain

Wawancara dengan Menteri Besar baru Kedah
Posted on Wednesday, March 12 from Harakahdaily


Kira-kira sebulan sebelum menjelangnya tarikh Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Besar Kedah ketika itu pernah menyuarakan di akhbar bahawa beliau sebagai ketua kerajaan tidak langsung menghadapi masalah dengan kekuatan pembangkang di Kedah, malah menganggap parti KeADILan langsung tidak berpengaruh dan hanya menumpang nasib kepada PAS di Kedah.

Kuasa Allah menentukan segalanya, Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak ketika menjadi ketua pembangkang dalam Dun Kedah dalam persidangan terakhir tahun lalu pernah berkata ketika beliau bangun menangkis segala tohmah jahat wakil BN, katanya: "Wakil di sebelah sana jangan sombong sangat, mana tau lepas pilihanraya nanti yang sebelah sana mai duduk sebelah sini, kami pulak yang duduk di sebelah sana."

Ternyata keputusan 8 Mac lalu mengiyakan kata-kata Ustaz Azizan itu, 9 Mac beliau telah ditabalkan sebagai Menteri Besar, PAS Kedah menang dengan 16 kerusi Dun dan 6 kerusi Parlimen, manakala KeADILan memenangi empat kerusi Dun dan 5 Parlimen, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas.
Tiga hari sebagai Menteri Besar, wakil di Kedah sempat menebual secara ringkas dengan Menteri Besar Kedah yang baru.

Soalan: Bagi pihak warga kerja Harakah, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Ustaz dan PAS Kedah yang berjaya menawan negeri ini, boleh ustaz beri sedikit ulasan secara umum faktor-faktor kemenangan PAS di Kedah.

Ustaz Azizan: Terima kasih, Bismillahhirahmanirrahim, sebenarnya gelombang perubahan telah berlaku, alhamdulillah rakyat telah memberikan kepercayaan kepada kita, rakyat menolak BN tetapi dalam semangat perpaduan yang tinggi, BN ditolak kerana rasa tidak puas hati yang tinggi, BN sudah tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kepada rakyat, rakyat sudah matang dan saya ucapkan syabas dan terima kasih.

Ini juga melambangkan kesepakatan yang kuat antara PAS dan PKR, satu pakatan yang berkesan dan ahli menerimanya. Disamping itu tindakan kurang bijak BN hingga gagal memberi tumpuan kepada rakyat, BN telah nafikan hak rakyat sebab itu mereka gagal.

Soalan: Apa prioriti yang akan ustaz berikan dalam 100 hari pertama sebagai Menteri Besar?

Ustaz Azizan: Pada tahun 70-an kita pernah ada dalam BN, disingkirkan kemudiannya, generasi hari ini generasi bermaklumat jadi kita kena selesaikan semua kehendak mereka, bukan mudah juga sebagai sebuah kerajaan baru, tetapi saya akan lebih menumpukan kepada aspek pentadbiran dulu.

Soalan: Adakah kejayaan Kelantan akan menjadi model kepada kerajaan ini?

Ustaz Azizan: Ya, mana yang baik kita akan jadikan teladan, bukan sahaja Kelantan malah contoh-contoh dari negeri lain pun, mana-mana sahaja yang baik kita akan ikut.

Soalan: Bagaimana pula dengan perlaksanaan Undang-undang Syariah.

Ustaz Azizan: Ia belum dikaji, bukan tidak ditumpukan tetapi kita akan laksanakan perkara yang menjadi keutamaan dahulu.

Soalan: Apa yang menjadi fokus Ustaz di awal ini?

Ustaz Azizan: Kita akan menuju ke arah Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua, kita mahu rakyat hidup dengan tiada sebarang tekanan, tidak berlaku masalah sosial yang membimbangkan dan kebajikan yang dirasi bersama, hidup dalam perpaduan yang tinggi dan terjamin dari segi keselamatan.

Soalan: Sumber pendapatan Kedah agak terhad, hutang banyak, bagaimana ia akan diatasi.

Ustaz Azizan: Hutang Kedah sebanyak RM 2 billion, ini hutang dulu, kita akan bincang dengan UPEN, bincang dengan juru runding yang mempunyai kepakaran bagaimana hendak perkembangkan ekonomi berdasarkan sumber yang ada.

Soalan: Apa kita nak buat dengan penyelewengan yang dilakukan oleh BN dulu?

Ustaz Azizan: Bukan seleweng, tapi mereka belanja tidak berhemah, semua ini akan tidak kita ulangi.

Soalan: Bagaimana pula nasib beberapa projek yang telah siap tetapi gagal berfungsi umpamanya chalet di Pulau Payar dan sebagainya.

Ustaz Azizan: Semua itu kita akan review balik.

Soalan: Harapan Ustaz kepada semua senarai Exco yang bakal mengangkat sumpah esok dan juga wakil rakyat PAS yang lain.

Ustaz Azizan: Ya, semestinya mereka hendaklah bekerja dengan hati yang ikhlas, taat akan perintah Allah, kena ingat kita akan ditanya di akhirat nanti tentang amanah yang telah diberikan ini, saya selaku ketua kerajaan insyaallah akan membimbing exco serta wakil rakyat dan bertindak sebagai ketua seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.

Soalan: Bagaimana dengan pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh BN?

Ustaz Azizan: Kita tidak akan balas dendam, walalupun dulu kita dianaktirikan oleh BN, tetapi dasar kita tidak begitu.

Soalan: Secara ringkas pesanan Ustaz kepada rakyat bukan Islam di Kedah.

Ustaz Azizan: Semua kita adalah sama, jangan ada rasa curiga dan sebagainya, kita yakin rakyat sudah kenal apa itu PAS, PAS tidak pernah menzalimi rakyatnya. Begitu juga dengan kerajaan BA.

Soalan: Akhirnya Ustaz, apa pesanan ustaz kepada penyokong dan ahli PAS.

Ustaz Azizan: Ya kita menang kali ini, tapi kita mesti bersabar, teruskan istiqomah dengan perjuangan dan kita hendaklah banyak bergantung pada Allah.


Biodata Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak

- Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
- Dilahirkan pada tahun 1944
- Datuknya, Haji Ali Awang adalah pengasas pondok di kawasan itu pada tahun 1920-an.
- Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan mesyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British.
- Dua orang ayah saudaranya adalah penghulu
- Salah seorang dari mereka, Haji Ahmad Haji Awang adalah bekas Adun BN pada tahun 1990 di Sala.

Pendidikan

- Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
- Maktab Mahmud, Alor Setar (1959 - 1965)
- Universiti Al-Azhar,Mesir
- University Of Kent, Centerbury,United Kingdom.


Kerjaya

- Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Setar (1966)
- Ketua Jabatan Syariah, UKM
- Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina.
- Pensyarah sambilan UIAM (1983-1984, 1986-1995) Politik
- sertai PAS pada tahun 1978 di England
- 1986 aktif di Malaysia
- Menang di Dun Sala (Sungai Limau) mulai 1995 hingga sekarang
- Naib Presiden PAS (2003-2005)
- Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003)
- Ahli Majlis Syura Umalak PAS (1991 hingga sekarang)
- AJK PAS Pusat (1993 hingga sekarang)
- Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang)
- Setiausaha PAS Kedah (1995-1999)
- Mewakili PAS ke MAPEN (1989)

NGO

- Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
- AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
- AJK Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Aktiviti semasa di IPT.

- Persatuan Melayu Mesir (PMERAM), antara jawatan yang pernah disandang adalah Naib Yang DiPertua, Naib Setiausaha Agung, Pengerusi Badan Kebajikan, Pengerusi Badan Penerangan dan Pengerusi Badan Protokol.
- Malaysian Islamic Study Group (MISG) - England (AJK) - Persatuan Melayu United Kingdom (PMUK) - AJK Pengalaman Antarabangsa - Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi, India 1(980) - Pembentangan kertas kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983) - Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995) - Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001) - Conference Of South East Asia Islamic Law, Manila.

Menulis beberapa buah buku antarabangsa

- Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina.
- Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair And Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986.
- Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines: And Exploratory and Comprative Study, terbitan Shoutheast Asian Studies Program.
- Menulis beberapa artikel dan jurnal dalam Bahasa Inggeris dan Melayu dalam beberapa majalah antarabangsa.